BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Saturday 26 October 2013

Hari yang Produktif

LIVE YOUR LIFE

Hi hello and assalamualaikum. Penat penat masih menggatal nak update blog. Sayang peminat katekooo. Annoying tak? Haha. Lantak. So today, aku rasa aku ada hari yang begitu produktif dimana, hmm aku habiskan masa buat benda yang berfaedah dengan geng geng yang dah lama tak lepak sama sama. Ha gitu. 

But aku tak cakap aktiviti kitorang tu berfaedah sangat, sekadar aktiviti untuk meluahkan stress dengan beban kerja yang tak terlepas lagi mungkin. Eceh ayat taknak kalah. Lantak. So tadi for once again, kite kite pergi Ulu Chepor. Mandi manda dekat air terjun. Eheh. 

Semalam tidur dah dekat subuh doing nothing. Then tersedar maybe sebab phone yang vibrate non stop. Tengok tengok pina pinot pinanooo (nama group line) tengah rancak sembang. HAHA. diorang tengah syok planning nak g ulu chepor. 

So I've joined the conversation, ikut planning sikit sikit. Then taraaa! Jadi pergi. Yang pergi tadi abang abang sado, Azmil, Capiq, Egy, Zul, Anip dan kakak kakak cantik, Farah, Yatika dan ada sorang adik yang lagi cantik dari kakak kakak tu which is aku sendiri. Phui! HAHA!

Gerak pergi sana. Main main air lepastu balik. K bosan. Dah tu kau expect kitorang nak pergi buat apa kat sana? Main frisbee dalam hutan tu? Ke tengok orang lawan bola? Main air jelah cerita dia. Main air sampai beku. Tahan kepala dalam air. Tengok siapa selam paling lama. Blablablabla. Tapi jangan risau, aktiviti yang kitorang buat tu adalah aktiviti yang sama orang lain buat. 

Then balik, sebab Anip dah mengidam sangat nak makan laksa dekat padang polo. Otw pergi polo makan cakoi, minum cendol, camwhore. Tapi gambar belum ada. Dalam phone bebudak ni ha. Yelah. Camera phone aku takda lah lawa sangat. Handphone murah biasalah (berharap orang belanja S4).

Banyak sangat ambik gambar tadi sampai si Capiq boleh mengarok ambik gambar pesen sama. So dia tutup phone dia. Then taraaa! Dah sampai. Kite kite pun pergi lepak padang polo. Ramai gila nak mati orang. Nak cari parking pun susah. Biasalah. Pengguna yang tak prihatin. Pesen satu kereta, rembat dua parking sekali. Kengkonon bajet kereta besar gitu. Padahal. Emph emph. Lack of parking education. 

So kepada pengguna kereta dan pemegang lesen kereta di Malaysia, mohon gunakan ajaran yang diajar masa ambik lesen dulu. Bukannya cikgu tak ajar parking cemana. So takyah nak tamak sangat nak parking dua sekali gus. Menyusahkan pengguna yang lain. Dan kepada penunggang motosikal, parking lah di tempat motor. Bukan kereta. 

Itu saja pesanan ringkas saya. So berbalik kepada aktiviti tadi, kite semua lepak makan laksa atas rumput dekat padang polo tu. Tengok orang jogging. Macam macam pesen ada. Biasalah. Manusia. Macam macam pesen. Then then then, taraaa! Balik.

Dan sekarang diorang semua tengah tengok bola dekat makmah while me duduk je kat rumah atas sebab yang tertentu. Ada baiknya juga saya duduk rumah. Boleh update blog kasi peminat baca *sila muntah* 

So it was an awesome day. Walaupun kitorang buat aktiviti yang normal, tapi what makes it special, we do it together. Diorang buat lawak, aku kaki gelak. Gelak gelak gelak gelak memanjang. Macamana lah ilmu tak keluar?

Jadi nasib baik final exam dah habis. Jadi itu sajalah laporan saya hari ni. Menyesal tak baca entry yang bosan ni? HAHA. So kepada pina pinot pinanoo, terimakasih untuk hari ini. Kita memang dah lama tak buat perangai gila sama sama. Dan tipulah kalau aku cakap tak rindu. 

For once again, thanks for the day. Semoga jumpa lagi. Semoga boleh lepak sesama lagi. Semoga jodoh kita semua panjang. Haa gitu. Jadi itu saja lah lagi sekali. Sedikit pesanan, the best moment is when you are with you bestfriends. Ngeh ngeh. 

Bye assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. PUBLISHED!

Friday 25 October 2013

Hari meratapi result PB

Cry
Hi and assalamualaikum earthlings. Okay. Stress stress and more distress. Bangun bangun tidoq terus dapat berita yang boleh tahan menyedihkan. Sedih dia boleh tahan. Markah PB gua der :( Teruk noh. Haa siapa suruh lalai sem ni? Siapa suruh? 

Farah kejut cakap nak guna broadband sebab nak check markah PB. Aku pun macam okay. Sukahati. Aku malas. Then tibatiba dengar Farah gelak beriya dan aku taktahu kenapa buat aku sedar. 

Dengan mamai mamai terus bukak iPuo check markah PB (Penilaian Berterusan) OMG! Kecewa. Aku kecewa. Cepat kasi bahu semua aku nak menangis ni. Teruk sangat doh markah aku. Teruk tahu tak teruk? 

Sem lepas ada lah jugak enam subject dapat A. Sem ni ada tiga je. Aduh. Macamana nak dapat 3.0 and above? Yelah. Maybe budak course lain boleh lah cakap, rilek, tu markah pb je. Tapi bagi budak budak senibina markah PB tu dah macam markah final exam. 

Kitorang exam dua paper je kot. Yang lain semua ikut markah PB. So kalau C kau, C lah. Dah takboleh buat apa dah. Serious tak boleh buat apa dah. Kalau subject yang ada final exam tu, memang takboleh buat apa. Final dah lepas :( Dan aku sendiri tahu aku tak score banyak untuk final exam. Cemana nak dapat A wih?

Design dengan woking drawing, taktahu result lagi. Tapi aku bajet bajet C je dua subject tu. Nak harapkan A memang langsung takboleh. Wih sedih wih sedih. Aku takda lah nak harap dapat AKJ sangat. Tapi harap dapat 3.0 and above, tapi kalau macam tu cerita dia, aku dah boleh meratapi hidup aku. 

Tapi serious hal ni tak salahkan sesiapa. memang salah diri sendiri sebab kerja nak meroyan je. Banyak main. Lalai dengan semua benda. Jadi korang korang semua, jangan nak lalai sangat. Setting balik niat, nak belajar bukan nak menggatal ke nak berjimba ke amenda. 

Dan yang paling penting, make sure yang masalah korang tu jangan nak libatkan dalam study. Rosak masa depan lah siak. Rosak. Phew. Ni ha, contoh dah ada depan mata. Andai kata sem depan masih kekal, panjang umur, murah rezeki, memang kena setting balik niat. Serious. 

Untitled

Dan sekarang mula rasa bersalah dengan mama abah. Pointer memang akan turun this sem. Phew. Tapi janji next sem I'll change everything. In sha Allah if I still here. Depends on situation.
Tibatiba terfikir, best jadi budak budak. Boleh aku jadi budak budak balik? Takpayah fikir masalah, takpayah fikir exam, takpayah fikir drawing, takpayah fikir result, dan yang penting takpayah nak meratapi ni semua. 

Tapi apa apa pun, masih bersyukur dengan apa yang ada walaupun sedikit kecewa. Eh boleh cenggitu? Hm. Atleast aku takda lah dapat D ke ape yang PB tu, kalau ada, aku rasa makin meroyan. Memang makin meroyan. Pastu kena bash dengan member member sendiri. Hahahaha. 

Jadi untuk classmates, soulmates, geng, selamat check markah PB. Aku tahu korang lagi power dari aku. Dan aku harap sem ni lagi ramai yang AKJ. Amiin. Dan doakan kebahagiaan aku tak kira dimana aku berada. Gitewwww. 

Okay tu je dari aku. Saja je nak lepas geram dekat blog. Kbye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang ketat ketat. 

Enough.

Random Talk About FRIEND.

me
 
Hi and Assalamualaiku wbt. Okay singgah update lagi. Ah lantak. Blog aku. Sukati. Haha. Taknak baca sudah. Tak heran. Eceh eceh. Angkuh dan bongkak betul statement tu. K tak. Gurau lah.
 
Tadi keluar lepak Khizanat. And that was my first time sampai sana. Eceh. Macam jauh. Takda lah jauh sangat. Tapi cool gila kut tempat tu. It was a cafe, tapi aku rasa tempat tu macam cool gila. Setakat nak lepak lepak tu boleh lah.
 
Plus dekat dia punya interior design tu rare ah. Eceh, interior design. Biasa ah budak archi. Haha. Ha angkuh lagi sombong lagi. Aku dengan kata kata angkuh aku dah boleh buang ke laut. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku dari sikap angkuh. Eheh.
 
Back to Khizanat, aku nampak ada lah a few drawing drawing dia gantung dekat dinding ah kan. Bukan drawing aku tu. Drawing art. Unique lah wih tempat tu. Simple je tempat tu tapi macam omg bijak nya dia dapat idea okay apa apa jelah susah nak cakap.
 
Lagipun aku bukan nak cakap pasal tempat tu sangat. Aku nak cakap aku lepak hang dengan housemates aku je ha. Hilang segala masalah. Serious aku cakap, kalau kau stress gila gila, kau keluar lah dengan member kau yang kepala otak gila gila. Hilang stress hilang segala masalah. Atleast, you'll stop thinking for awhile lah.
 
Eleh. Konon stress sangat je aku ni. No lah. Masalah cinta dah settle. Dah boleh move on.Eceh gitu. Haha. Takda masalah lah kot. Tapi normal lah tu kalau fikir sikit sikit. So aku nasihatkan dekat korang semua kan, kalau ada problem ke amenda ke, rasa nak tenangkan fikiran, mengadap Allah SWT dulu.
 
Then cuba spend masa dengan member. Kawan yang kau percaya, yang kau rasa boleh ada dengan kau time susah senang. Haa gitu. Macam kalau aku, aku tak nafikan yang mostly aku punya kengkawan, member semua nya gila gila. So kalau dah lepak tu, macam macam cerita keluar.
 
Boleh lepak Kinta Riverfront, main True or Dare lepastu gelak kuat kuat. Tu je kerja. True or Dare memanjang. Okay lah. Sukahati korang lah nak lepak buat apa. Gelak banyak banyak pun tak elok jugak. Orang kata keluar semua ilmu.
 
So aku nak tekankan, member member boleh buat kau lupakan masalah kau senanya. Don't you worry. Maybe you can have a girls talk gitu. Perempuan, memang faham perempuan kan? Haa maybe cara tu kot boleh buat kau tenang dari fikir masalah masalah kau.
 
Nak lepak mana, nak buat apa terpulang. As long as you can enjoy yourself. Lagipun, masa dengan kawan kawan lh kita akan jadi diri kita sendiri and maybe masa tu lah kita boleh tengok yang mana boleh terima buruk baik kita *tibatiba* Haha.
 
True friends dont lie
 
Beware. Sebab tu aku cakap, be with friend yang kau rasa betul betul kau rasa friend. Kalau pesen tikam member dari belakang tu, boleh ke nak cakap kawan? Kalau aku, orang dah tikam belakang, bukan kawan dah nama dia. Mungkin sekadar saudara sesama islam kot *betulkan kopiah*
 
Jangan terlampau percaya. Kadang kadang orang yang boleh boleh tikam kau dari belakang adalah orang yang paling rapat dengan kau. Yelah. Dah rapat, semua problem cerita, dah gaduh kang, mula ah kisah buruk kau, masalah kau dia jaja dekat semua orang. Pandai pandai lah pilih kawan.
 
Aku rasa aku mula lari topic. Jadi aku sedikit tenang sebab dah dapat merayau tadi. Jadi terimakasih Winie, Tasha, Farah dan Yatika atas masa yang terluang sebentar tadi. Letak phone tengah tengah meja dan berborak hal wanita yang matang. Eh konon. So itu saja untuk malam ini.
 
Jadi itu saja random talk pasal kawan yang aku mampu cakap. Oh ya. Kalau ada terasa hati dengan kawan tu, benda normal. Sebab makin sayang kau dekat seseorang tu, mungkin lagi banyak kau terasa hati. Macam aku. Aku mudah noh terasa hati. eheh. Sorry. Yang mana jadi kawan aku tu, harap sabar dengan perangai buruk aku. Lalalala
 
Untitled | via Tumblr
 
Eh tak memasal letak gambar emosi. Padahal tadi baru cakap dah lupa masalah lah, gembira keluar dengan member lah ape lah. Haha. Apa apa jelah. Saja je letak gambar emosi kat blog ni ha. Saja nak buat korang nangis. Jadi aku harap semua nangis lah. Hargai sikit effort aku. HAHA!
 
Untitled
 
Jadi itu saja dari aku untuk tengah malam ni. Aku nak membuta. Hari ni memang hari aku bersenang lenang dan membuta. Jangan kacau semua. Haha. Hari ini hari untuk aku berdua bersama dengan tilam yang empuk dan selimut yang selesa. Anyonyo. Kbye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Lalalala

Thursday 24 October 2013

Saya bakal bebas, bebas, bebas

8463 | via Tumblr

Hi and assalamualaikum earthlings. And yes! I'm freeee! Walaupun takda lah free sangat pun. Cuma dah habis final exam untuk sem ni, dan dah berjaya harungi presentation design pagi tadi eventho takda lah power sangat. Haha. 

Walaupun semua dah settle, kengkonon dah present itu ini lah, hidup masih lagi tak tenang sangat sebab budak architecture langsung takboleh lari dengan redo tau. Jadi ada jelah drawing yang nak kena redo. Jadi cenggini lah hidup selagi tak cuti.
Oh. Taksabar nak tunggu cuti. Nak cuti panjang dan lupakan semua masalah yang berkaitan drawing. Eheh. Pendek kata memang tak sabar nak hidup tanpa DRAWING! Mohon masa cepat cepat berlalu. Mohon mohon mohon. 

So lets talk about building services yang semalam. Sama dengan sejarah which is aku sendiri taktahu apa aku jawab. I just wrote everything that come into my mind. And aku takyakin sangat pun jawapan aku tu dihalalkan. Eh? Haha. 

Exams -.-

Haa cenggini ah cerita dia. Tengok soalan tu dah tahu memang takboleh jawab punya lah. Dah tunjuk sign dekat member member, mati aku. Haha. Tapi pagi tu beriya kot baca walaupun memang tak masuk. Tapi yelah, nak kasi nampak usaha tu, baca lah jugak. Satu persatu slide show aku bukak. Tapi hmm ingat ingat lupa. Hmm hmm. 

Exam

Jujur, memang dah lega sangat dah la habis semua benda. The best part is dah habis final exam. Walaupun takboleh nak balik Kelantan lagi sebab sangkut dengan portfolio. Haha. Aku pun takfaham kenapa portfolio tu lambat sangat dari hari final exam. Kalau tak aku dah boleh blah awal awal dah dari sini. 

Wuu wuu. Dan aku cuba berlagak tenang bila dapat result nanti. For sure aku rasa pointer turun. Sorry mama for disappoint you. Doakan takda subject yang repeat. Itu je harapan sekarang. Tak sanggup nak extend sem. So right now I'll prepare for portfolio. Itu sajaaaa. 

:)

Untuk cuti masih belum fikir apa apa. Macam yang aku cakap, aku nak balik tenangkan fikiran, lupakan serabut dengan drawing, nak lupakan semua masalah. Dan for sure nak hang dengan member member kelantan lah. Member yang tak pernah mengeluh siapa aku. 

Selebihnya biar tuhan yang aturkan. He's the best planner. Amiin. Where ever He place me after this, I know it is totally the best for me. All I can do is just be well prepared for any changes after this, and trying to adapt with every situation. Thats it. 

Love
The only one.

Tuesday 22 October 2013

Sejarah Yang Tak Perlu Dikenang

Facebook

Hello hai and Assalamualaikum wbt. Ah cerita dia nak cakap pasal exam. Katanya Farah "baru satu paper dah lepas geram" Ah memang. Haha. Aku taktahan sangat dengan exam tadi. Amenda wih sejarah? Amenda? Aku rasa akan jadi keajaiban dunia yang ke sepuluh kalau aku minat sejarah. 

Aku rasa sejarah lah benda paling bosan. Dan kalau korang nak tahu sampai sekarang aku masih pelik macamana sejarah aku masa SPM dapat A. Tapi alhamdullillah. Aku masih bersyukur. Hehe. So tadi first paper exam. Cuba teka semalam aku buat apa? Buat report survey. Yang tertunggak tak buat buat atas permaslahatan tertentu. Biarlah rahsia. Nanti pihak media serbu saya pulak. Eceh. 

Semalam keluar study kejap sebab tahu kalau duduk rumah memang aku membuta. Jadi keluar study dan ye. Benda paling teruk aku rasa, bila study tu, aku rasa macam aku baru belajar benda yang aku tak pernah belajar sebelum ni. And aku pun boleh lupa bila aku belajar benda tu semua. Teruknya sejarah aku. 

Finney

And setelah sekian lama tak bangun pagi tadi nasib baik sedar awal lah jugak. Rasa menyesal sikit tidur. Walaupun aku tahu kalau aku tak tidur pun aku tak study. So bangun siap siap gi campus, aku macam dah lupa semua benda yang aku baca semalam. Dan aku rasa hari ni teruk, which is lecturer yang jaga kelas kitorang exam tu garang tahap dinasour meroyan lepas bersalin kot.

Dia marah kitorang sebab kitorang lambat dia cakap. Pastu dia emosi. Aku ni, mana stress dengan lupa sejarah lagi, nak stress layan emosi dia lagi. Haha so biar. Masuk dewan macam biasa. Taraaa! Dah gelabah gila masa duduk dekat tempat tu. Main duduk je tadi. Dah tak fikir nak meniru pun. Eceh eceh eceh. Jangan meniru dalam exam okay? HAHAHAHAHAHAHAHAHA! k tak lawak. 

Hahahah!

Soalan first macam okay okay je. Soalan second pun sama, bukak page belakang belakang, em em em, aku pernah belajar ke? Em em em em. Objektif memang jawab ikut logic, walaupun aku tahu pemikiran aku ni kadang kadang tak logic sangat pun. Tapi biarlah. Tawakkal. Dah taktahu nak usaha cemana dah. Sebelum ni main main main. Tu je aku tahu. Berjimba merayau melepak membuta mengapa?

Jawab jawab jawab. Yang soalan essei tu takyah cakap lah. Memang aku goreng se goreng goreng nya lah. Dah jadi restaurant dah dalam kelas tadi. Kalau ada camera dah boleh buat rancangan masak masak dah. Aku dah goreng kaw kaw lah dan aku harap miss liyana tak ajar aku sem depan. Malu aku dengan jawapan sendiri. 

Dah siap semua, check check balik semua, banyak jugak tinggal and check balik jawapan tu semua, konon konon nak pilih jawapan yang terbaik walaupun semua aku main tembak je, and semua orang tahu last last ni part yang paling mengelirukan. Semua jawapan mengelirukan. And the fact is, 

So true.. :/

And beberapa minit sebelum tu aku tengok sorang sorang keluar means diorang dah yakin siap lah. Dan mungkin diorang yakin yang jawapan diorang dah yang terbaik. Mungkin. Yang keluar awal tadi terer terer semua. Haa tudiaaa. Then aku buat cepat cepat, konon nak hantar awal lah. Dah taktahan nak duduk dalam kelas tu. 

Masa tengah yakinkan diri nak keluar tu, tibatiba brader garang yang jaga kelas kitorang tu pun cakap "masa ada 15 minit lagi, calon tak dibenarkan keluar" Aku teruskan dengan misi aku untuk meyakinkan diri bahawa aku dah boleh hantar. 

Dengan langkah yang berani, aku melangkah keluar meninggalkan kertas jawapan dan soalan diatas meja, kemudian, 

"Eh, nak pergi mana? Masuk balik!"

"Tapi saya dah siap"

"Tak dengar ke saya cakap tadi takboleh keluar? Masuk. Duduk!"

Eh what the fish lah siaa. Aku ingat yang dia cakap takboleh keluar tu, yang nak pergi toilet ke amenda. Alah. Kasi halal lah. Aku nak hantar kot :( Alah alah. Duduk tempat tu balik, azmil dah loserkan aku. Ye. Loser sangat rasa. Haha. Jadi pesanan untuk anda semua, jangan keluar kelas exam untuk lima belas minit terakhir. 

This once happened to me. Haha

Dan alhamdullillah, situasi kat atas tak berlaku. Eh, tak berlaku kot. Eh entah. Aku risau jugak ni. Rasa macam tak peka sangat tadi. Boleh rasa aku cuai. Dan aku rasa aku salah tanda. Eh entah. Siapa suruh fikir masalah dalam dewan exam? Uih. Tapi tak sengaja doh, aku tengah perah otak nak keluarkan idea, ilmu sejarah, tibatiba, sapppp! Keluar habis semua masalah. Terpaksa kasi rilek otak kejap. Tapi mengganggu lah siak. 

Jadi alhamdullillah tadi semua berlari lancar walaupun sedikit terjatuh maruah kena marah. Okay sedikit malu. Tapi ia tak mengganggu untuk ambik paper esok. Haha. Amiin. Esok last paper. Taksabar nak habis. Nak tunggu portfolio je. Eheh. Dah habis paper esok dah boleh berlagak sikit. Haha Uih tak baik. Astaghfirullahalazim. Wish me luck for tomorrow everyone. Hihi. Thankyou. 

I'm done.

Nanti dah habis final boleh buat muka kerek cenggini. Ngeh ngeh ngeh. Bersyukur ada dua paper je. Sem depan taktahu berapa. Takut jugak rasanya. Okay. Takmo fikir sem depan lagi. Jadi ulasan untuk paper sejarah harini, teruk. Haha aku taktahu apa aku jawab. Harap tak fail je. Amiin. Jadi semua, barang yang lepas jangan dikenang. Biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dalam hidupmu. Move on lah. Jangan baca sejarah lagi. Bak kata tomok new boys, Sejarah Mungkin Berulang *tak memasal*

Life

Jadi sedikit selingan, hayati ayat diatas. Eh mana ada Hayati kat atas. Okay, baca elok elok ayat atas. Jangan cuba tiru orang. Jadi diri sendiri. Sebab masing masing ada life sendiri gitu. Ukur baju di badan sendiri. Bukan badan orang lain. Sempat bagi nasihat ni. Eceh. Haha. 

thanks for loving me

Deep sangat. Sedih. Same situation mungkin? Masalah cenggini ah keluar dalam kepala otak tadi. Haha

Timeline Photos - I'm glad the sky is painted blue | via Facebook

Fikir lah sendiri. Jadi itu saja untuk hari ini. Doakan yang terbaik untuk aku. Bye. Jaga diri semua. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang. 

Saturday 19 October 2013

Muka Baru

Tumblr

Assalamualaikum wbt. Hi hello earthlings. Lagi sekali update blog. Macam takda kerja kan update blog dua tiga kali. Padahal kerja berlambak. Ya Allah apa nak jadi dengan aku ni. Okay dah. Esok nak focus untuk exam pulak. Betul ni betul. Semoga angan angan jadi kenyataan. Haha!

Taraaa! Blog muka baru. Ye tahu. Makin buruk. Dah takda muka babyboy. Tssk. Sorry sebab terpaksa menghampakan babyboy untuk sementara waktu. Okay lepasni betul nak edit balik blog. Nak letak muka babyboy lagi. Betul ni betul. Sorry babyboyyyy :( 

Selain itu lagu baru semua baru. Padahal tersalah tukar template. Terpaksa kena edit balik semua. Macam takda kerja aku nak hadap benda ni je malam ni. Phew. Takpa takpa. Malam ni je. Eh konon. 

Kbye. Saja nak gebang blog dah new looks. Jadi sekali lagi nak tegaskan ni blog aku masalah aku semua hak milik aku. Dan mohon jangan salah anggap, aku sekadar nak luah perasaan je wih. Tolong tolong. Jangan marah aku. 

Aku tak pernah paksa suruh korang baca ke amenda ke. Sini tempat aku cerita macam macam, jadi tolong lah. Jangan salah anggap ke salah faham ke. Tolong laaaah! Biar aku bebas buat apa yang aku suka. Lagipun aku tak kacau orang. Aku menaip update je dekat blog ni. Tak ganggu orang. Serious. 

Jadi mohon maaf kalau aku sakitkan hati sesiapa. Aku mintak maaf. Jangan kongkong aku. Aku update blog ni tak usik siapa siapa. PASAL AKU JE. Okay dah. Aku tibatiba bengang. Astaghfirullahalazim. 

Dah nak duduk diam dah. Banyak misi lagi nak buat. Okaybye assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang :*

Friday 18 October 2013

Seaching...

hair

Hi hello and Assalamualaikum wbt. Aku lagi lagi lagi dan lagi. Takda orang lain. Dan ingin aku tegaskan yang dekat atas ni bukan aku. Aku lagi cantik mungkin? Kbye gurau. Mohon jangan serious. Mohon mohon mohon.

Sejujurnya, ku tak bisa. Hidup tanpa ada kamu aku gila. Eh tak. Sejujurnya aku bosan sangat dekat sini ni haa. Sebabnya si Awin Tasha Fawah keluar. So takda orang melalak dekat bawah ni so aku decide nak duduk sorang sorang tenangkan fikiran dan update blog. 

Ni pun dengan bantuan laptop Tasha dan broadband sendiri. Jadi aku nak cakap sikit pasal laptop aku yang buat hal tu. Beriya bawak laptop lain datang Ipoh sebab nak guna broadband. Laptop lama tak boleh install jadah haram kenapa entah. So mula mula broadband tu boleh je guna dekat laptop baru tu haa, tapi tibatiba sampai Ipoh takboleh guna pulak. Takleh install. Haram jadah. Kena guna laptop Tasha pulak. Haih. 

Jadi aku tengah cari jalan penyelesaian nak settlekan masalah laptop dan broadband aku tu. Semoga jumpa jalan. Amiin. 

Nak cerita sikit, hari ni ada kelas CAD. Lepastu belajar 3D. Lepastu hantar terus kerja yang Puan Nurul suruh buat, lepastu usha usha sikit markah yang lepas lepas dengan Puan Nurul then Alhamdullillah, so far amat puas hati dengan markah yang dah dapat. 

Test dapat 13/20. pastu yang first punya kerja 20/20, then yang tadi dapat 10/10, the yang taktahu lagi final project punya lah. Harap harap dapat lah 30 and above. Atleast dah boleh score A untuk CAD. Amiin amiin. 

Bercakap pasal result, risau jugak aku. Memandangkan mostly aku punya subject semuanya penilaian berterusan. Dua subject je kot ada final paper. Hm hm hm. Yang lain semua PB. Dan aku dapat rasakan yang markah aku takda lah terer terer sangat. Berdasarkan apa yang aku dah buat, aku dapat rasa lah aku tak se power orang lain. 

DAN DAN DAN, aku boleh rasa yang pointer aku mungkin lebih menurun. Tapi mintak jauh lah tu kan. Aku harap tu perasaan je. Harap sangat doh. Amiin amiin.

Timeline Photos - Just Girly Things | via Facebook

Haa berangan berangan berangan. Haa ni selingan. Macam aku sendiri masih berharap gitu. Kerja nak berharap je. Tak habis habis. Haha.

(1) Likes | Tumblr

Terumbang ambing taktahu nak jadi apa. Masih belum jumpa diri sendiri. Masih mencari. Takda ke sesiapa nak bawak aku bercuti? Bawak pergi LA ke, New York ke, Paris ke ah mana mana jelah. Biar boleh tenangkan sikit kepala otak aku ni. Haa ada? Aku bukannya taknak bercuti dengan babyboy, tapi dia busy. Nak handle AF tu bukan senang tau. Lalalala. 

365 days | via Tumblr

Still trying, still searching. Hoping for the best. May Allah SWT bless me. I know He will always be with me to show me the right way. Amiin. 

Friendship | via Facebook

I'm sorry If I did wrong. Take me for who I am. Trying to be the better me. In sha Allah. Tapi bila orang dah menyampah, takboleh nak ubah dah pemikiran orang. 

No matter what I'm going through; there's always someone doing worst than me. I should be grateful for what I have and who I have. Website - http://bit.ly/1fHW5Bl

Itu saja. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang :) 

Thursday 17 October 2013

Dan Sebenarnyaaa....

Family | via Facebook
Eceh. Tak memasal letak gambar yang kengkonon nak future gitu. Gatal noh nak kahwin. Haha. So hi earthlings. Assalamualaikum :) Niat nak update nye sesaja gatal tangan. And nak menyampaikan berita yang hamba telah selamat sampai di Ipoh New York tepat jam empat lebih tadi. Haha. Tepat sangat waktunya. 

So yeah, kembali menghambakan diri di Ipoh untuk masa depan yang lebih cerah mungkin. In sha Allah. Orang kata bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, tapi tak sedarkan diri sebab kelemasan ketika berenang. 

Semoga kesusahan segala bagai ni dapat ganjaran di hujung hujungnya. Semoga anak sulung mama boleh jadi architect yang berjaya. Eceh giteww. Cerita dia aku sepatutnya gerak balik Ipoh hari ni dengan mak ngah tapi sebab jijah post dekat group cakap pn saedah nak buat kelas pukul lapan hari ni, aku suruh abah carikan ticket. And alhamdullillah. Ada ticket. Maybe yang orang reject reject kot. Hihi. 

Jadi semalam gerak balik Ipoh pagi ni sampai. Tidur kejap buat kerja then pergi kelas. Tapi good news nya, design yang kengkonon nya kena present esok, sebenarnya kena present after final exam. ALHAMDULLILLAH. Lega sangat rasa dia. 

Walaupun sebenarnya memang kena guna masa sebaiknya lah nak siapkan design tu. Mana nak study final exam lagi, mana nak siapkan drawing lagi. Boleh gila. Tapi sabar katanya. Ada hikmah gitu. In sha Allah. Then lepas final exam, dah boleh focus untuk port folio, siapkan yang mana tak siap. Yang mana tak hantar. hehehe. Nampak sangat banyak jugak kerja yang aku belum hantar. Pemalas. 

Jadi cerita dia nya nak cakap yang aku dah selamat sampai Ipoh lepastu design tak payah nak kena present esok. Alhamdullillah. Alhamdullillah. Alhamdullillah. Allah helps me a lot. Hehe. So sekarang curi masa kejap nak update blog. Sentiasa ada masa je untuk blog. Haha. 

Untitled

In facts. Yes. Cakap soal hati dan perasaan. Eceh. Kengkonon nak move on, tapi susah nak lupakan jugak. Aku taktahu masalah aku. Tapi aku rasa semua perempuan mengalami masalah yang sama. Eh maybe. Eh entah. Lantak pi depa. Sekarang cerita dia aku nak melupakan nak melepaskan tapi masih tak mampu. Perlahan lahan boleh lah. Masih suka masih sayang. Takboleh buat apa. Seriously. Tapi masih mencuba untuk melepaskan. Lagipun aku dah cakap aku nak berkorban kan? Semoga aku kuat. Doakan. 

👌

Yes I am. Sometimes masih berharap dia masih pandang aku macam dulu. Masih perhatikan aku. Masih tengok semua benda yang aku buat. AH berangan. Padahal aku tahu, benda dah tak jadi macam dulu. (#np Harapan : haaarapan, harapan menjadi layu) Semua dah lain. Beliau pun dah berubah. Mungkin lebih bahagia. Mungkin. Dalam mata dia tu dah takda apa apa untuk aku. Aku tahu, tapi masih susah nak move on. Ah boleh gila. Tapi mintak jauh lah.Haha. 

...

I'm not supposed to and I'm sorry. It is not your fault. But my fault. Tapi aku masih tertanya tanya bila aku nak lupakan kau ni. Bila bila bila? Okay bye. See, aku masih meroyan pasal kau. Means, kepala otak aku masih ada kau. FUh. Keluar lah cepat. Kenapa kau taknak keluar? :( Sebab aku dah kunci. Kan? Kau terkurung kan? Maaf.

(1) Facebook

Haa, ni dah takboleh. Haram jadah nama dia. Boleh boleh, lepas kahwin gitu. Haha. Semoga jodoh aku cepat sampai. Eh no. Semoga jodoh aku sekarang tengah belajar rajin rajin, pointer dia tinggi, pastu nanti dia kerja lagi power dari aku, lepastu dia boleh sara aku nanti. Pastu kitorang hidup bahagia. The best part is semoga dia soleh. Boleh jadi imam aku, imam anak anak aku. Eceh. Dah meroyan kat atas tetiba nak berangan. Haha. 

Heart
Kepada hati, terimakasih. Sebab masih berfungsi. Bangga juga dengan hati sendiri. Hati yang orang curi. buang, pijak, baling, blend, remukkan, gilis dengan treller, tapi dia masih berfungsi. Terimakasih HATI. 

Jadi itu saja ulasan aku di petang hari yang hening ni. Haha. Kejap meroyan kejap berangan. Nampak tak kepala otak dah tak berapa betul sehari dua ni? Nampak tak? Semoga otak aku pulih nanti. Haha semoga semoga semoga. Amiin. Okay itu saja. 

Anyway, aku sangat merindui babyboy aku satu satunya. ZIZAN RAZAK. Amboi. Busy noh laki aku sebulan dua ni. Alah. Biasa lah tu. Nak cari nafkah untuk bini. Senanya kes aku dengan dia ni macam Wawa Zainal dengan Aeril Zafril. Senanya kitorang dah lama kahwin. Tapi taknak bagitahu. Nanti nanti lah kitorang bagitahu okay? HAHAHA. Kbyeee. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang :*

Wednesday 16 October 2013

Raya Si Lifeless

Untitled | via Tumblr

Hi and assalamualaikum earthlings :) Selamat Hari Raya Aidil Adha lagi sekali. So mari bercerita berkenaan dengan raya. Raya ku begini rayamu gimana? Eceh konon nak sesi soal jawab gitu. Hehe. 

Firstly alhamdullillah, Allah SWT masih bagi peluang saya dengan awak awak semua ni sambut raya hari ni. Masih diberi peluang untuk bernafas. My rasa is not bad lah. I mean normal. Sama macam tahun lepas. Hehe. 

But seriously, hari ni bangun tidur lewat sangat maybe sebab penat kot. Maybe lah. Dan maybe jugak sebab saya sendiri nak qada' tidur gitu. Dah lama tak rasa nikmat tidur. So bangun tidur lagi dah penuh orang dekat rumah. Memandangkan rumah saya ni macam tempat berkumpul jugak lah gitu. 

Tak kira lah bilabila pun, rumah kite memang jadi rumah gather. Memandangkan rumah ni rumah pusaka arwah tok ayah dengan arwah mek so wajarlah kalau semua berkumpul kat sini dari dulu. 

Bangun bangun dengan muka tebal pergi mandi, then santap. Eceh. Kengkonon golongan istana. Kengkonon. Siap mandi semua carilah sesuap nasi atas meja. Pergh nasi minyak. Eh apa awak semua ingat orang kahwin je boleh jumpa nasi minyak? Mama kite pun tahu buat tau. 

So makan makan, dah kenyang alhamdullillah, pergi lah ajak Athirah tengok orang bermain main dengan lembu yang dah jadi daging tu. Ha then balik ha bukak tv ada lawak ke der 2 ha then masuk bilik jap then bukak bazuka architecture saya tu then bawak keluar drawing dan colour then duduk depan tv taraaa! Buat drawing. 

OMG. Pakai lawa lawa cantik cantik tapi sepahkan rumah dengan pencil colour dan duduk mengadap drawing. Like seriously, hello ni Kelantan kot. Bukan Ipoh. Haduh. Kadang kadang saya terfikir jugak, bila lah boleh hidup tenang tanpa drawing. Okay tahu. Bila cuti sem. Ya Allah, tak sabar nya. 

Jadi begitulah raya saya tahun ni. Sangat bosan. Maybe sebab tak meraikan sangat kot. Maybe lah. Dan the best part is saya boleh membuta sepenuh perasaan petang tadi. Orang kejut makan pun tk bangun kot. Hehe. Sleep is more important than eat. 

Kajian juga ada menyatakan tidur boleh buat kita lupa masalah kesedihan penderitaan kita untuk sementara waktu. Masa tidur je tak fikir masalah. Bangun tidur sambung fikir. Jadi lebih baik tidur lelama. Ye dak? Hehe. 

Okay dah. Taktahu nak cakap apa. Bosan. Saya rasa saya makin bosan sekarang. Ataupun saya ni memang bosan dari dulu? Hm hm hm. Lantak pi lah bosan tak bosan pun. Saya rasa nak menaip jadi saya update blog sajalah. Tak kisah orang baca ke tak. Serius tak kisah. Haha. 

Kbye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang :)

♥ Pink hearts & sparkle dreams ♥ | via Tumblr
She's not okay

Tuesday 15 October 2013

Pengorbanan

 (1) Likes | Tumblr

Hello hi and assalamualaikum semua. Hehe. So alhamdullillah, I would like to say that right now I am currently at my hometown, Kota Bharu, Kelantan. Eventho I'll be here for only two days, I think I have an enough time to ran away from all those assignment. Okay wait, err not really actually. Saya masih balik bersama drawing. Haha. So taklari sangat lah kot. Tapi like seriously, saya sangat lah stress for a few weeks. Pergh. 

Seriously drawing tak bagi muka langsung. Semua drawing nak kena submit minggu yang sama. We are not a robot. Boleh gila sebab drawing. Tapi nak taknak kena siapkan jugak. Its all about the future. Susah susah sekarang, dengan izin Allah SWT, dah besar sikit nanti, senang sikit hidup. In sha Allah. Amiin. Eceh. 

"Dah besar sikit nanti", cakap macam sekarang belum cukup besar. Haha. Omg next year dah 20. Dah boleh cari bakal suami. Bukan boyfriend lagi dah. Tapi bakal suami. Setakat nak couple main main ni bazir masa gitu. Haha. Okay so peoples, saya nak cakap yang maybe saya akan bebel banyak sangat malam ni sebab nak lepas geram dah lama tak update blog dan banyak benda saya nak bebelkan. Hehe. Jadi yang semangat nak baca, teruskan usaha. Yang malas tu, boleh tutup sekarang. 

Before I proceed, nak jugak ucap selamat hari raya Aidil Adha or Selamat Hari Raya Korban or Selamat Hari Raya Lembu and so on lah. Haha. Selamat Hari Raya AidilAdha. And as we all know AidilAdha is so familiar with Korban. And its all about pengorbanan. So I think I want to share something sikit hari ni. Something yang maybe orang dah tahu. And maybe tak. 

Hari Raya Aidiladha or Hari Raya korban adalah untuk memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah. Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya sendiri demi mengikut perintah Allah SWT yang disampaikan melalui mimpinya. Tapi Allah SWT itu Maha Berkuasa. AllahuAkbar. Nabi Ibrahim menyembelih anaknya dengan mata yang tertutup. Tetapi apabila dia membuka matanya, alangkah terkejut nya Nabi Ibrahim apabila yang disembelihnya itu adalah seekor kibas. Bukanlah anaknya Ismail. Tapi Nabi Ibrahim bersyukur kerana Allah SWT memberi nya kekuatan sehingga Nabi Ibrahim dapat melaksanakan ibadat dari Allah SWT. 

Jadi tengoklah. Sampai macam tu sekali Nabi Ibrahim berkorban Sampai sembelih anak sendiri tu. Sebab perintah Allah. Kita bila lagi? Tak cakap orang lah. Aku pun sama. Malas nak cakap lebih tapi teringin nak berkorban tahun ni. Mungkin berkorban perasaan? Mungkin berkorban hati? Dan mungkin berkorban kehidupan yang boleh tahan menyeronokkan tapi tak menjanji kan apa apa dekat akhirat nanti. 

Susah. Bukannya senang nak berubah. Susah nak istiqamah tu. Pernah jugak cakap nak berubah. Tapi buruk tak buruk perangai boleh terpesong balik. Hangat hangat tahi ayam. Sebab bodoh. Sayang nak tinggal segala keseronokan. End up makan diri. Serabut. Mungkin dah sampai masa nak tinggalkan semua benda tu. Hidup dengan bahan orang. Kutuk orang tu kutuk orang ni. Sampai bila nak jadi macam tu. Teruknya saya rasa. 

Sekarang, dah rasa apa yang orang rasa. Saya kutuk kutuk orang, bahan bahan orang, end up sekarang, orang buat benda sama dekat saya. Karma mungkin. Entahlah. Jadi sempena hari raya korban tahun ni, nak jugak buat sesuatu yang baru Nak berubah. Nak korbankan keseronakan yang tak bagi apa apa tu. Dan pada waktu yang sama nak korban kan perasaan yang terabai, hati yang dihancurkan, dan hubungan yang sia sia. Jadi sesiapa yang berkaitan, maafkan salah silap. Halalkan semua benda. Terimakasih. 

Doakan saya tak lagi hangat hangat tahi ayam. Doakan saya kekal istiqamah. Doakan kejayaan saya juga. Next week final exam. Hehe. Dah itu je. Saya tak kisah kalau ada yang nak cakap saya ni kengkonon bajet alim tetiba ke amenda. Tapi ini blog saya jadi sukahati saya lah. Haha. 

Never Sacrifice Who You Are!

Fuuhhh. Jadi korang ape cerita? Berkorban apa semua? Mari ramai ramai berkorban. Seriously pengorbanan ni sangat susah. Which is korang kena betul betul ikhlas. Tapi berkorban untuk show off tu tak kena lah. Bamm! Kena atas muka sendiri. Okay pape jelah. Haha. Tapi seriously, sometimes, kalau kita nak bahagia kena berkorban. Mungkin awal awal pedih rasa dia. Tapi dengan izin Allah, bahagia dihujungnya. 

Yelah. Pelangi pun muncul lepas hujan. So logic lah andai kata bahagia tu muncul selepas keperitan. Pengorbanan ni perit. Tapi ingatlah, ada balasan untuk kita nanti. Allah is planning the best for all of us. Ingat tu. Percaya Allah SWT. Kita yang solat terumbang ambing lagi ni pun Dia masih bagi kita nikmat. Peluang untuk kita hidup. Tak percaya yang Allah SWT tu dah rancangkan yang terbaik untuk kita? Cannot lah cenggitu. Hatudiaaa. 

Eh eh. Sembang alim pulak saya. Karang kena bash ni. Haha. Takpalah. Dah biasa. Saya ni takda ah baik sangat. Lalai jugak. Jauh terpesong. Teringin nak berubah. Sangat teringin. Jom lah sama sama. Teman saya. Hehe. Boleh? Sekarang ni satu je saya mintak, maaf semua salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Saya banyak sangat dosa. Tak sedar mati tu makin dekat. Haa mati tu makin dekat dengan kita semua ni. Ingat sikit. Jadi mari kita. Sama sama. 


Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilAdha. Berkorban lah dengan penuh keihklasan. Assalamualaikum :) Tak jawab dosa jawab sayang. Lalalala~

Monday 7 October 2013

Minggu Stress

Stress...

Hello hai dan Assalamualaikum. Dengan assignment banyak aku cari masa nak update blog kejap sebab aku dah rindu sangat nak meluahkan perasaan dekat blog. 

Honestly sekarang aku boleh tahan stress sebab semua project nak kena submit this week, dan honestly jugak weekend ni lah aku rasa paling berguna sebab aku banyak habiskan masa aku siapkan assignment, buat plan mengadap laptop. 

Andai dulu weekend sesedap rasa je aku tidur tak fikir kerja yang banyak, weekend ni aku lebih teratur dimana aku tidur lewat sangat semata mata siapkan drawing yang banyak. OMG. Penat nya boleh tahan lah. Aku rasa aku boleh rabun. 

Next, disamping assignment yang banyak aku jugak stress atas permasalahan cinta yang terputus di tengah jalan. Tapi aku ambik positif. Tipu lah kalau aku cakap aku tak meroyan dekat twitter. Memang aku meroyan sampai kawan kawan sendiri mula bash aku cakap aku meroyan blablabla. 

Tapi sekarang alhamdullillah dah boleh move on. Semoga kau yang tinggalkan aku macam ni je, bahagia dengan hidup kau sekarang. Aku harap kau bahagia. Ye. Dan jangan risau aku takkan kacau kau lagi. Hihi. 

And yes, aku nak mintak maaf dekat followers aku dekat twitter andai korang semua serabut dengan tweet aku yang meroyan gila babi haritu. Ye aku faham korang rimas. Mesti korang macam "eh pebenda lah perempuan ni nak meroyan royan". K aku mintak maaf. Tapi tu cara aku. Sorry sangat. Unfollow je kalau tak suka instead korang kutuk kutuk aku. Hm. 

Bukti aku benar benar stress dan gambar pengubat rindu

And benda stress berikut nya aku taktahu bila nak beli tiket bas sebab busy sangat. Macam taktahu bila nak curi masa. Ya Allah. Haih. Hm hm. Banyak benda siak nak buat. Serious banyak. Mampos lah semua nak submit minggu ni. Nak taknak kena buat jugak. 

Benda stress berikutnya, kawan kawan yang mula menjauh. Aku taktahu ni perasaan aku ke ape. Tapi aku rasa macam aku mula jauh dari orang orang yang rapat dengan aku. Maybe semua tengah sibuk buat assignment kot. Yelah. Semua stress project banyak nak haroomm. 

Tapi jujur, aku rindu geng geng yang dulu. Seems like semua dah berpecah dan takda masa nak lepak. Aku harap aku ada duit banyak, ajak diorang keluar, pastu lepak sama sama. Dan aku harap aku ada masa untuk tu. Hehe. Rindunya sem lepas. 

Okay dah. Pendek kata aku ada jugak rasa nak tenangkan fikiran. Maybe dekat rumah kot. So serious, aku kena balik. Hm. Doakan aku makin bahagia dan aku sempat submit semua kerja this week dan takda masalah so that aku boleh balik Kelantan dan tenangkan fikiran. Amiin. 

Dan doakan aku tak meroyan lagi. Dah. Aku takleh cakap banyak sangat. Ni pun menaip habis laju dah ni sebab aku ada kelebihan menaip. Haha. Kbye. Dah assalamualaikum. Maaf tau kalau aku ada sakitkan hati sesiapa. Aku cuma hmmm rindu semua benda sekarang. Aku stress, and memang aku perlukan semua kawan kawan aku untuk buat aku gelak. 

i want to be happy | Tumblr
All I need is just my BESTFRIEND. Can we lepaking together again? 

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !