BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 29 July 2012

B-->O-->S-->A-->N



Again . Haii . Assalamualaikum wbt . Salam satu Malaysia , salam satu dua tiga ! Okay . iteww datang nak hupdate blog ni . Gila bosan . Tu yang tibatiba update blog ni . So how are you guys ? Tadi sahur makan apa ? Puasa okay ? Phuii ! Takleh blah punya soalan. Aku tanya kat sini bukan ada orang jawab pon kan ? Ye dak ? Okay ye ye ye . See , betapa bosan nya aku . Arghh ! Tolong lah aku woi . Tolong tolong tolong . Baik lah . Memandangkan ni blog aku , aku rasa aku nak nyanyi . Sapa nak join aku ? Puhlease angkat tangan . Okay . Terimakasih atas respon . Tapi ni blog saya jadi saya nak nyanyi sorang sorang . Grrr ! JOE ! Enough ! Stop merapu . STOP STOP STOP ! DAh . Now aku macam bosan gila dan aku taktau apa masalah aku dan sekarang aku nak chiow dah ! Bosan gila entry ni . Okay kita tahu  Tapi kita sangat lah bosan . ye ye . Sangat bosan bosan bossan ! Thanks for reading . Nak stop dah . kaybye people ! Muehehe !

 My dear suami . Orang kata awak tak handsome pon . Tapi takpa lah suami . awak handsome dimata kite . Chewahh ! Sekurang kurang nya , kite tengok awak , tengok video awak , boleh lah tergelak sikit sikit time takde mood ni . Thanks yea suami . Itew sayang awakss . Hihik -..- BABY YOU LIGHT UP MY WORLD LIKE NOBODY ELSE !


Friday 27 July 2012

Merapu-ing


Chewahh ! Gambar langsung tak leh blah . Gambar tuh dah okay , caption maam gampang je . Rasa jugak nak lempang . Okay wait . Assalamualaikum cinta , waalaikumussalam rindu . Okay aku tau tadi baru aku update blog . And now aku update lagi . Lantak lah . Blog aku sukahati aku lah kan ? Me sangat ah boring . Tu yang aku tibatiba rasa nak update blog . Pasal ape entah . Muehehe ! See , aku tak mengantuk pun . Segar bugar aku ni . Aku sangat tak mengantuk dan aku takboleh tido . What happen to me ? What is wrong with you mata ? Alolo , mata nak biasakan diri , taknak tidur malam eh ? Nanti kalau dah sambung belajar , tak tidur malam kan ? Tu yang mata nak biasa kan diri tu yea ? Alolo . SO shomel my mata :) Nanti kite mandikan awak dengan lelaki lelaki kacak . Cuti mata lah kononnya -.- See , aku kalau dah boring merapu lah keje aku . Ampun ampun !

Eh eh . Hari ni kan aku off day kan kan kan . Tak keje lah kan . Betapa jahil nya aku , malam ni aku baru sempat pergi terawih . Astaghfirullahalazim . Teruknya aku . Puasa dah nak masuk seminggu baru sekali pergi terawih . Hmm :( Bad girl ! Yeah i know . Tapi yang aku nak cerita , tadi masa ontheway nak terawih dekat stadium tu lalu lah depan ipc kan , ohemgee ! Aku rindu pbs members . Rindu gilagila wei ! Kat ipc lah kitorang melepak , borak gila gila , gelak macam orang tak betul , kau usik aku , aku usik kau , mengata itu ini , dan kat ipc jugak lah aku selalu kena bahan . Aku kan bajet artis , memang aku selalu kene lah kan -.- Ciss ! Tapi tu yang kene bahan tu lah buat aku rindu nak kena bahan lagi sekali . Lama dah tak kena bahan . Pastu pastu , dekat ipc tu jugak lah start kenal pbs . Start kenal semua orang . Berkumpul discuss everything , and guess what , dah lama dah aku tak pegi sana . Kalau pegi pon macam kosong ~ kosong ~ I mean bukan lah ipc tuh dah kosong , hati ni rasa kosong , sebab orang lain semua dah sambung belajar . Rindu nak gelak gila gila lagi . rindu nak kena bahan -.-

Lepas lalu depan ipc tu , lalu pulak depan kfc kan , well , terbayang pulak Koman dengan twister nya dalam kepala otak aku . Kat situ lah breakfast before ada meeting . Dangg ! Rindu rindu rind ! Koman , bila kau nak makan twister dengan aku . Tak . Maksud aku kau je makan twister . Aku makan benda lain . Teringat jugak dekat afiq , sebab dekat kfc tu jugak lah first time cakap borak borak face to face dengan dia . First time breakfast sesama kat sana . Ouh dangg ! Pastu uncle aku pon parking lah kereta dekat depan dewan jubli perak tu kan . Dekat padang perdana kalau tak silap aku . And suddenly ,  aku tringat mangsa tanah runtuh yang terbaring kat situ . Bunyi siren ambulans and the first responder usung mangsa mangsa tu kat situ . While ada sorang kakak yang meraung raung cakap adik dia ada kat dalam . Kat tepi padang ada ubai and the gang tengah rawat mangsa yang dihantar kat situ . Pastu mangsa yang siap dirawat tu , SR angkat pergi dekat geng geng dayah depan ipc tu . Ohemgee . Rindu nya . And masa tu SR mula dapat nama SupeRing , and until now , we still SupeRing :) Rindu simulasi bencana . Sangat rindu . Tersangat rindu . Ya Allah , kalau lah boleh ulang balik masa tu :'( 

See , aku rindu mereka . tersangat rindu . Dan kadang kadang terpikir jugak dalam kepala otak aku ni , diorang ingat aku macam aku ingat diorang tak ? Well , masing masing busy . Ada kawan baru . Ada life baru . And aku kat sini , life masih tak berubah . masih lagi harap SUME CAMP mampu diulang . The moment in ipc , boleh datang balik . Nak belajar dengan MT MT lagi . Abe wea , Abe bob , Abe waa and also Abe Fariz . Nak duty sama sama lagi . Pastu buat bising kat ipc . nak makan masakan sendiri lagi . Nak duk dalam group . Pastu berperang . Main itu ini . So many kind of things kitorang dah buat . But then , semua tu dah takda . Semua hilang . Yeah ! Tapi jadi memory . Gila . Teringat nya aku . What happen to me ? Apa nak jadi aku ni . Apa nak jadi . malam malam duk menggila sesorang . See , airmata keluar . Babe , aku rindu kau kau semua . Taksabar nak tunggu raya . Nak jumpa . Kalau ada jodoh , panjang umur . InsyAllah jumpa . 

Eh wait . Kenapa aku nak emo bagai ni -.- Stop Joe stop ! Stop crying . Stop stop stop ! *ketuk kepala dengan selipar* Diorang bukan pegi mati pon . Diorang pegi belajar woi . kang diorang balik lah . Kau tunggu je lah . Ape daaaa aku ni . Okay menggila balik . Yang menjadi masalah sekarang , kenapa dengan aku ? Kenapa tak ngantuk . Okay aku tau sangat sebab dia kenapa . Tadi kan , aku bangun pukul 2 petang . Tidur pagi bangun dua petang . Nampak permainan aku ? Gila . Anak dara ka apa ni ? Harap harap makcik makcik yang ada anak kacak tak baca blog aku . Kalau tak , sah sah dia taknak buat menantu . Anak kacak tu penting . Woi abang kacak ! *kenyit mata* Excuse me . Joe , sila jangan curang . Dah lupa title kau ? MRS. RAZIZAN . I repeat MRS.Razizan . Sila jangan lupa diri . Ouh . Maafkan saya . Hati saya berbicara . Muahaha ! Sorry dear jijang , i takda niat nak curang . I setia dengan you . Chewah ! Untung lah kau dapat wife setia cenggini . Tak sia sia kau bawaku pergi . Ehem ~ 

Nak cakap pasal apa lagi eh ? *yawning* Haa . Mulut memberi isyarat pada mata untuk tidur . Menguap dah pun . Mata , nak tidur dah ? *mata berkelip* Okay okay . Nak tidur dah yea ? okay meh tidur meh :) So readers , aku rasa dah cukup dah aku merapu ni . Dah cukup sangat dah . Thanks for reading entry yang tak memberi faedah ni . Terimakasih la sangat . Nasir nasir , aku update blog nasir , sila baca . Okay readers , nasir peminat blog aku . And fyi , dia jugak lah yang selalu bahan aku masa dekat ipc dulu . Sebab dia tau aku memang gilakan che abang zizan . See , aku terlampau gilakan zizan sampai aku lupakan abang aku sendiri . My Dear Aaron Aziz . Sorry yea bang . Adik lupa abang kejap sebab adik nak setia dengan suami . Chewah ! Engkau hado ? Okay dah dah . Tidur tidur ! Esok sahur . Good MorNight peoples ! Assalamualaikum . Muah kiri muah kanan ! 

I just love this picture . The last activity yang gila gila kitorang buat kat ipc .

Graduation Day . Ni lah gambar last kitorang duk ramai ramai :/

okay jap . Aku betul betul kena tidur dah ni . See , suami dah halau suruh tidur . Nampak tak muka warning dia tu ? Dia suruh aku tidur tu . Maafkan saya . So tidur dulu . Bye peoples . Bye suami :*

Anda suka anda like . Anda tak like anda punya suka . Maafkan saya terlampau banyak merapu . Muehehe ! Night night night !

Thursday 26 July 2012

Ramadhan meet us again :)





Assalamualaikum wbt :) Salam Ramadhan . First of all nak cakap sorry lah sangat sangat . Last aku update blog cerita pasal apa dah ? Haaa . Pasal camping kan ? Tu pon aku cakap nak sambung part two bagai . I am so sorry . Aku takda mood nak sambung sebab macam panjang sangat woi . Muehehe ! Plus , lately aku sangat busy sampai tak sempat nak update blog . Im working okay . Lepasan SPM tapi dah bekerjaya . Malas lah nak cakap apa . Kalau before this aku shooting je memanjang , sekarang aku ada dua kerja lah kan . Full time artist and part time businesswoman . Acece ! Businesswoman lah sangat kan . Phuii ! Okay wait . Kenapa tulisan blog nih dah macam budak baru belajar menulis ? Woi . Selalu aku guna tulisan yang macam mana eh ? Okay lupa . Nyanyuk . Lantak lah . So , to all peminat yang menunggu part two pasal camp tu , sorry , aku malas sangat nak update . Hihi . So , anggap la cerita pasal kem tuh sungguh la dramatik dimana penghujung nya tergantung . Chewah ! Engkau ado ?

So gambar di atas langsung takda kaitan dengan entry . Saja ja nak suruh kau berdoa before baca entry aku ni . Berdoa pulak bukan untuk orang lain . Untuk parents kau jugak . Muehehe ! Seorang anak yang baik adalah seorang anak yang sering mendoakan kesejahteraan ibubapa nya . Hihi . Moga makbul lah doa kau baca kat atas ni :) So hari ni , aku taknak main main merapu sangat . Nak update pasal Ramadhan . So now , its Ramadhan . Bulan puasa . Bulan rahmat , bulan keberkatan , bulan keampunan :) Macam macam lah . And fyi , dah nak masuk 6 hari puasa , 22 hari lagi nak raya -.- Urgh ! Jo , please stop talking about raya . Puasa pn belum tentu cukup . Dan untuk pengetahuan peminatpeminat jugak , aku tak bukak puasa kat rumah lagi tahun ni . Hari hari bukak puasa dekat kbmall . Hihi . Dah kita kerja kat kbmall . Takkan ltibatiba nak bukak puasa dekat pavillion pulak kan . Tapi tidak dinafikan aku sahur di merata rata tempat , contoh , Paris , NewYork , England , London , Australia , NewDelhi dan macam macam lagi . Excuse me , takkan aku nak mention semua , this is not a geografi class . Muehehe ! 

Bulan puasa ni hari hari bukak puasa dekat Kbmall tapi hari ni aku bukak puasa kat rumah sebab hari ni aku off day . Beristirehat lah aku kat rumah . And bulan puasa ni jugak , ramai jugak lah orang buat perubahan . Sebagai contoh , kalau sebelum ni , hari hari aku pergi surau sebab nak sembahyang . Excuse me , pergi surau takkan nak pegi cuci baju pulak kan . Walaupun tak dinafikan aku selalu tidur di surau . After solat okay . So , sebelum bulan Ramadhan pergi surau , solat , adalah kan muka yang kenal kenal tu sebab selalu nampak time pergi surau kan . Tapi sekarang , muka yang aku tak penah nampak kat surau time aku pegi solat , aku akan nampak dia pegi surau time bulan Ramadhan . One kalimah , Alhamdullillah . Atleast , mereka dah buat kebaikan , pegi jugak sembahyang kan . Daripada tak pegi langsung . Nanti bila dah terbiasa , lepas bulan Ramadhan pun diorang terus buat benda tu . Hari hari pergi solat dekat surau dah sebab dah terbiasa . Sama sama kita doa lah kan . 

And ada jugak orang buat perubahan yang dari free hair kepada bertudung . Tidak dinafikan ramai jugak lah . And kita sebagai orang yang dah bertudung ni jangan lah duk kutuk orang yang baru nak bertudung tu . Takpayah lah nak buat kesimpulan sendiri yang kononnya orang tu bertudung bulan Ramadhan ja . Excuse me , sekurang kurang nya orang tu hormat jugak bulan Ramadhan . Dan kau tau kan hidayah Allah tu kat mana mana . InsyAllah Allah bagi orang tu hidayah untuk kekal bertudung . Alhamdullillah lah kan . Kita ni support je lah . Hihi . Doakan yang terbaik untuk orang lain bulan Ramadhan ni . InsyAllah orang lain pon doakan yang terbaik untuk kita . Who knows right ? Err . Perubahan lain yang mungkin orang lain buat . Err . Smokers ? Okay . Maybe abang abang brutal yang smoking tu , bulan puasa kan , mana boleh makan tengah hari kan , rokok pon takboleh nak hisap kan ? So so so , ada lah a few person yang akan jadikan bulan untuk Say No To Rokok ! Muahaha ! Ye dak ? Ye lah , kalau bulan puasa , boleh smoking before sahur , pastu lepas berbuka . Siang hari memang tak lah kalau nak smoking an , so , makin kurang dah tu abang abang brutal tu hisap rokok . Am i right ? Jimat bang jimat kalau tak smoking ni . Baik kumpul duit buat beli baju raya berpasang pasang . Amekaw ! So , time nih jugak lah nak stop smoking kan . Eh ce try ce try . You can do it abang abang smokers ! Chewah !

Seronok senaunya puasa ni weh . Tidak dinafikan jugak di facebook tu makin ramai orang yang buat status ala ala nasihat gitew . Yelah . Daripada buat status yang perli memerli tu kan . JAdahnya kau -.- Kan nampak sikit perubahan tu . Walaupun sikit , ade lah perubahan . At least orang sangat menghormati bulan Ramadhan . Lagipun bukan selalu jumpa . Setahun sekali je kut . Lepas puasa raya ! Weeee ~ So apa lagi eh nak cakap pasal puasa ? Wait . Haaa , puasa di rantauan . Yang mana batch aku tu , sah sah la puasa jauh dari family . Yelah kan , kau semua kan sambung belajar jauh jauh kan ? Sah sah ada jugak a few dari kau kau ni rasa macam indahnya kalau boleh puasa kat rumah ken ken ken ? So pity pity .Puasa di rantauan lagi buat kau rindu rumah kan ? Rindu masakan ibu kan kan kan ? Ohmaii . So pity pity en ! No matter what , selamat puasa di rantauan . Next year aku pulak woi . Ohmaii . Macam mana entah nanti . Biaq pi lah . Lambat lagi woi ! But puhlease , kalau shopping kat bazaaar Ramadhan tu jangan dok ikut nafsu sangat . Bazir amalan syaitan ! 

And to budak budak , aku rasa dah ada dah yang habis kan duit untuk beli mercun . Ye dak ? Mengaku je lah budak budak . Aku pun penah jadi budak budak dulu . Tapi aku budak budak yang sangat comel *sila jealous* But please , adik adik tolong lah jangan main tepi masjid . Mintak tolong . Kesian makcik makcik pakcik pakcik yang tengah terawih tu . Tanjat diew ! kalau nak main mercun sekali pun , main dalam hutan . Takda orang nak marah ye adik adik . Tapi ken ken ken , daripada adik bakar duit buat beli mercun tu , baik adik kumpul buat beli hmmm ape eh ? Budak budak suka apa eh ? Okay fine ! Buat beli baju raya ? Okay tau . Duit parents dah ada . Err , guna je lah duit tu buat benda berfaedah . Haaa ! Kumpul duit tu buat beli iPhone . Taktau nak guna macam mana ye dik ? Kasi akak guna . Hihi . Chomel kan kite ? Lalala ~ Moral of the story , kalau beli mercun tu sama macam bakar duit . Kalau nak bakar pun , sikit sikit je lah . Tak meriah jugak raya tanpa mercun . Muehehe ! Agak agak lah kan , banyak tak abah aku beli mercun tahun ni ? Oh damn ! Tak sabau ! 

So , aku rasa aku nak stop writing dah ni . Macam dah makin boring dah ni . Muehehe ! Aku taktau nak cakap pasal apa . Update ni pon sebab lama dah tak update . Kang menangis pulak peminat peminat aku sebab terlampau rindu entri aku yang macam va va voom tu kan ? Okay mengaku je . Hari tu masuk berita harian peminat peminat aku mogok lapar sebab takdapat baca blog aku *flip hair* So , to all readers , haters , lovers , sweethearts , buddies , and who ever , Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak :) Selamat bersahur , Selamat Berbuka Puasa , Selamat Menunaikan Solat Terawih , Selamat Beribadah . Dan Selamat Mengira Berapa Hari Lagi Nak Raya :) Last but not least , kepada kawan kawan aku yang puasa kat rantauan tu kan , selamat menikmati juadah berbuka puasa . And to my dear RazizanRazak ,selamat berpuasa . Hikhok *gelakgedik* . Ku mengharap kan Ramadhan kali ini penuh makna , agar dapat ku lalui dengan Sempurna . Chewah ! Aku dengar lagu Raihan . Engkau ado ? Okay out dulu . Dont miss me please ? Tolong lah jangan rindu aku sangat . Mintak tolong . Bye ! Muah kiri muah kanan . Muah dua dua belah *kenyitmata* 


Selamat berpuasa dear Mael Lambung . Muehehe ! 

Anda suka anda like , anda taksuka , kesah apa aku kan ? Okay bye ! Selamat berpuasa , selamat ke bazaar Ramadhan !

Saturday 7 July 2012

Perkhemahan Perdana PBSMM Part One



Ehemm ~ Ketepi ketepi ~ Bagi laluan bagi laluan . Mengumumkan artis hot meletop datang mengupdate blog . Okay . Jealous ? Tak kesah :) Eh haii Assalamualaikum Cinta Waalaikumussalam Rindu . Okay tutup mulut semua . Aku tau semua orang kat sini nak bagitau aku yang kaw memang rindu aku sesangat kan ? Rindu tahap cipan cipan menari di kayangan kan ? Okay okay . Kite tawu lahh ! Seminggu kot aku tak menari nari melompat lompat dekat blog nih . Dah sah sah readers rindu nak baca latest entry kite ken ken ken ? Okay baiklah kite tawu lagi . Tapi aku dapat tau yang satu dunia cari aku kemana aku menghilang selama seminggu kan ? Memang bising kot orang cari aku . Yea yea yea . Aku tahu lagi . Ekchelli , aku tak pegi mana mana pon la woi . Aku pegi camping . Hewhew . Aku ni kan muka camping . Seminggu aku pegi camping . Khamis baru balik . So takyah risau lah . Walau bagaimana pon aku sangat berterimakasih kepada penduduk seluruh dunia yang sangat sangat prihatin cari aku . Okay bye ! Aku fail bab bab buat pendahuluan ni . See , jadi panjang gila . Point nya , hari ni aku nak update pasal camping lah . Ye lah , sebab aku pegi camping , takkan nak update pasal raya pulak -..- So lets proceed :) 

So , i just went back from perkhemahan perdana pbsmm peringkat negeri . Tempat dan tarikh , sila rujuk gambar diatas . harap maklum . Pendek kata camp tu sangat lah seronok dimana for the first time aku jadi facy orang orang dewasa . Nampak tak sdikit show off disitu . Yea yea yea , saye memang suka show off . Okay proceed . Before pegi camp tu kak ema mesej cakap facy kena pegi awal . Camp tu start 25th , tapi facy kena lapor diri on 24th , pukul 5 petang rasanya . Aku mati mati ingat semua facy lapor diri petang tu lah kan . Memandangkan kena dapat arahan kena lapor diri petang 24th tu , aku pegi je lah kan . Ingin dinyatakan disini , aku mengalami masalah transport pada awal nya , almaklum lah ayah kite busy mengalahkan tan sri . Haaa , nampak ? Nasib baik lah ada cik jasmine yang sudi hantar . Thankyou Min :* Lepas tu aku sampai tu , oh damn ! Aku kut facy first yang sampai *batuk batuk* Yang dah ada kat sana abang abang logistik , abe peja , abe wae , abe nae , pastu abe rudi abe waa abe bob and a few abe yang aku tak kenal lah . Hihi . Maafkan saya . Aku pon macam segan lah nak keluar dari kereta kan . Memandangkan aku gadis yang sangat lah comel , disana hanyalah ada abe abe . Aku kan pemalu . Hari tu kan keluar paper aku ni seorang yang pemalu . Kalau dah nama artis , semua benda orang heboh heboh kan . Taksuka lah :p 

So , sampai ja kat sana terus text afiq yus , then diorang cakap dah nak sampai dah . Aku pon macam lega lah sikit . Aku cakap dekat jasmine , teman aku sampai diorang sampai , tunggu kejap , yus afiq solihin akif dengan kak ayu sampai . hihi . Lega diorang sampai aku pon keluar bersama beg , lalu ku menerjah mereka :) Jeng jeng jeng ! Yang kenal masa tu afiq yus denga solihin je kot . Akif tu kawan afiq , tak kenal , kak ayu tu tak kenal sangat , tapi penah nampak lah dia camping before this . So , aku cakap cakap dengan afiq yus solihin je lah kan . Tengok tengok tapak kem tu , pergh ! Lalang woi lalang . Last time aku pegi camp tu masa Sukbel tahun lepas . Setahun lah tak sampai kat sana . Sampai tu tak nampak macam tempat kem pon . Lalang banyak , tapi tu pun abe abe Logistik cakap diorang dah seminggu dah kemaskan tempat tu . Nampak sangat before diorang kemas tu , lagi bersepah kan ? Memang terkejut lah . Pastu hari tu kami stay beberapa orang sahaja disana . Hewhew . Sewonok tangat tangat . HIhik . Dasar joe gedik -..- Pastu pastu malam tu tidur dengan nyenyak nya . Tapi before tido , aku study . Engkau adooo ? Bersungguh punya study . 


amekaw ! Benda kat atas ni lah yang aku study . Haaa . Susah woi buat benda ni . Nasib baik ada solyhin . Ya Allah . Kau tau tak , kalau kau kasi benda ni dekat Solyhin , kurang 5 minit , dia dah boleh siap kan dah benda ni . Kau kasi dekat aku , umur 50 tahun belum tentu aku siap buat benda ni . Tapi aku pandai je sebenarnya . Tapi dulu lah . Sejak jadi artis , busy , tak sempat nak main dengan cube ni , jadi lupa step bagai . Plus , tak elok lah kan masa shooting duk main je benda ni kan . Nanti producer cakap aku takda disiplin . Jatuh lah maruah suami aku kan . Taklaku lah bohsia 2 tu . Acece . Aku promote ni . Untung lah kau zizan dapat wife macam aku *kenyitmata* Pastu solyhin pon ajar lah malam tu . Ajar ajar ajar sampai aku muntah . Hihi . Takda lah . Sampai aku tertidur dengan sendiri nya main benda ni . Tapi takda lah tertidur sangat sebab sejuk gila woi ! Tapi tidur jugak lah . Pagi tu bangun dengan semangat nya nak sambut adik adik comel . Hihi . Baik betul aku ni . Sapa yang untung ? Zizan jugak . Takda orang lain . Hihi . Nasib lah . 

Second day kat sana . Sambut budak budak . Comel je kite jadi facy . jadi facy ke penyambut tetamu woi ?! Okay . Ape ape je . Aku sukarelawan . Kalau orang suruh aku tebang pokok pon aku buat . Tapi aku tau kalau benda tu betul betul terjadi aku takkan tebang pon pokok tu . Aku bukan takut tapi tak sampai hati . CIntailah pokok kita . Haa . Penyayang jugak aku ni senanya . Tapi jangan bagitau zizan . Kang dia jealous pulak aku sayang pokok tu . Pastu sambut semua orang . Nampak ja bas zs , terus aku kejar bas tu . Betul ni . Sambut teacher aku . Peluk cium aku . Haa . Aku kan student yang mengenang budi . Dia cikgu pbsm pertama aku . Hihi . Pastu sambut budak zs . Bukan apa sebenarnya , sebab nak ambik baju je . Baju tak cukup woi . Kena mintak dengan budak zs . Nampak tak permainan aku ? So lepas ambik baju pegi lah khemah aku . Hihi . Pastu tolong kak ekin kemas field clinic tu kan , nampak budak pakai baju sekolah tercari cari seseorang . Danggg ! Buddy aku . Jijie dengan Alyaaa . Meloncat loncat aku ! Haha . Over excited . Cover line cover line . Artis tak boleh riak . Paparazi di mana mana . Susah jadi artis hot ni . Sila jealous . 

Sebelum tu , malam yang aku baru sampai kem tu jijie ada call cakap nak datang . Aku pon cakap lah dekat dia . Nanti buat lah suprise kan . Peluk lah aku dari belakang . Dia pon cakap okay okay . Tapi masa dia datang hari tu , tak sempat dia nak peluk dari belakang sebab aku nampak dia dulu . Tapi jujur , terperanjat aku . Taksangka buddy buddy tersayang datang . Oh dangg ! Me peluk peluk mereka , then mereka pon pegi lah tolong budak sekolah mereka bukak khemah bagai . And me . Tolong tunjuk arah budak budak baru sampai . I mean diorang kan taktau ppd diorang kena pasang khemah kat mana . Aku pon bawak lah . Tunjuk lah arah agar mereka tidak terpesong . Baik nya aku . Okay tau . Thankyou puji *peace* Pastu masa sibuk sibuk . Bajet sibuk je senanya , pastu nampak ada dua orang abang naik motor . Abe komie dengan aliff @ abe tong . Hihi . Ada ka patut baru sampai . Bagus nyeeeww ! Pastu , nampak lah little star . Haa . Engkau ado ? Adik aku lah . akiezack . Nampak dia tapi masa tu takda mood nak layan dia . Jahat nak mampos aku . Lantak lah . Pastu buat taktau . Sengih sengih sebab dia cute . Tengok sapa kakak dia lah kan . Okay abaikan budak tu . Pastu letih sikit . Pegi dekat khemah urusetia . Ambik tag dengan kad ahli dengan kak ema . Pastu tibatiba ada announcement suruh facy berkumpul . Ehemm . Haii saya facy . Pastu pastu pergi lah berkumpul tepi stage . Masa tu jumpa semua orang lah . Yang baru kenal nya kak tirah . Pastu masa tu Abe din lantik ketua facy which is kak tirah lah kan . Pastu masa tu discuss pasal skill station bagai . So many many kind of things la . And for skill station aku dapat balutan senanya . Aku yang nak lah . Sebab aku suka balut balut ni .

Pastu petang tu banyak kali kena panggil dengan kak tirah sebab banyak benda nak bincang . Macam mana nak bagi group . Petang tu semua kena berkumpul sebab ada taklimat from camp com . Dengar lah taklimat itu ini . Lepas taklimat tu , macam lapar gila . Pastu pegi beli burger . Nasir jual burger pulak . Dia jaga gerai kak ema rasanya . Dia tolong kak ema kot . Pastu beli lah burger . So sempat makan burger je lah . Makan makan tu . Petang tu ikut kak tirah naik kereta dia sekali dengan kak ayu pergi cari masjid terdekat . Nak mandi . And finally jumpa masjid yang boleh dikatakan jauh jugak lah . Taktipu . Around 10 minutes jugak lah nak sampai tu . Tapi punya lah selesa masjid tu . Mandi mandi . Sembahyang . Pastu back to camp site . Get ready for ice breaking . Lets break the ice . Hamekawww ! Pastu malam ice breaking tu ajar tepuk tepuk bagai . Mula mula nak bagi group tu macam kecoh gila lah . Tapi bila dah dapat masuk group tu , memang okay lah . Fun gila . Aku dapat group D . Hoyeahh ! Budak budak memang sporting gila lah . Okay lah kan . Aku memang suka kalau budak budak sporting . Pastu buat ombak . Comel woi comel . From depan ke belakang . From kiri ke kanan , from kanan ke kiri , from belakang back tu depan . Agak lawa lah ombak tu . Sebab tu ramai orang suka tengok ombak rindu . Kaitan ? Takda langsung . Pastu malam tu facy kena duk kat depan kena introduce diri masing masing . Memandangkan aku sangat lah pemalu , a little bit nervous . Tapi sebab dah terlampau biasa buat konsert itu konsert ini , biasa cakap depan orang ramai , biasa dah cakap guna mic , so buat biasa je lah kan . Sampai turn aku , aku dengan penuh gayanya bangun . Lalu ku capai mic , batuk batuk sikit , test test suara , tibatiba lampu stage padam . Mic tak bunyi apa apa . Okay . Nampak tak betapa hot nya aku sampai ada pihak cuba sabotage aku . Tapi aku wat cool . Bila semua dah okay , aku pon keluar kan dialog yang berbunyi ,

"hai assalamualaikum *tunggu budak budak jawab* . Nama saya Nur Amirah Auni bt Mat hassan . Dengar dok ? *budak jawab tak dengar* Okay nama saya Nur Amirah Auni , Nur Amirah Auni , Nur Amirah Auni . Oleh sebab sayo glamour , *budak budak boo* sayo ado namo glamour . Saeng saeng sayo panggil sayo Joe . So sayo tok kisoh la popok awok nok panggil sayo gapo pung . Kak comei ko kak gorgeous ko . Ikuk popok awok lah . Sayo takpo belako . Okay bye" 

And finally budak budak tu panggil Kak joe . Rasa jugak nak bagi penampor . Tapi lantak lah . Buat tak tau . Tapi kalau kat zs dulu memang budak budak selalu kena marah sebab panggil aku kak Joe . Pergi kem semua orang panggil mcm tu . WhatTheFish -..- Pastu selesai introduce diri aku tu , aku sempat jugak cakap dekat budak group aku , nasib lah diorang dapat facy gedik macam aku . Alhamdullillah mereka kat depan depan tu boleh terima kegedikan aku tu . So , wat lek wat peace lah . Tapi aku tau ada jugak yang mengata kegedikan aku tu . Tapi  takpa lah . Tak kisah . Hihi . Pastu wat lek wat peace lagi . Lepas tu blaja tepuk tepuk bagai . Lepas selesai main main tu , kami masuk tidur . Eh tak . Excuse me derr , facy kena berkumpul lagi . Ada class pertolongan cemas . Jeng jeng jeng ! Mengantok woi mengantok . Pastu abe din ajar lah semua benda . CPR , Balutan , Stretcher , err ape lagi uh ? Okay tak kesah . Pastu pastu pastu , aku mula mula dapat balutan kan ? Aku tukar . Ambik CPR . Jadahnya aku belajar bukan main bersungguh malam tu . Aku telah ditegur oleh abe din sebab aku was was . Aku bukan was was senanya , aku ragu ragu . Cemas lah kononnya . Engkau ado ? Nama lagi pertolongan cemas , kenalah cemas kan ? Okay . Jangan ikut saya . Saya pelik . Eh tak unik . Tak puas hati ? Bilang sama bapak ! Pastu , belajar sampai tengah malam baru masuk tidur . Sejuk gila . 

| Masa ni meeting facy facy bertauliah . Discussing how nak handle all the bebudak for ice breaking |

| Suasana malam ice breaking tu . Sangat lah awesome . Ramai bebudak -.- |

Pastu keesokan hari pulak , the third day kan , bermula lah aktiviti skill station . Lima group , lima skill station . Budak budak rotate rotate dan rotate . Mereka bertukar tukar pendapat skill station . And aku jaga skill station CPR . Ehemmm . Jadi cikgu cpr kejap . Engkau ado ? Aku bermanja manja dengan Dummy . Kau tak tau dummy tu sapa . Ehemm . Pastu yang ajar CPR skali dengan aku , kak ayu , aliff , dengan solyhin . Just imagine , lima group kena ajar cpr , first first group A datang , ajar lah . Ajar ajar ajar . Pastu habis tu group B pulak sampai , ajar ajar ajar . Habis tu , group C pulak sampai . Ajar ajar ajar . Berterusan sampai lah group E . Lima kali ulang benda sama woi -..- Tapi best lah . Hihi . Buat CPR tu hobi saye . Lagi seronok kalau mangsa tu RazizanRazak ! Whoaaa ! Suami takpa . Muahaha *gelaksetan* Pastu ajar itu ini . Facy facy lain ajar balutan , usungan , kawad , pastu nama apa entah skill station yang ajar guna walkie talkie tu . Haaa , Radio komunikasi rasanya . Lantak lah radio apa pon . Aku lupa . Maafkan saya :) Pastu begitu lah hari ke empat . Lepas habis ajar skill station tu , budak budak pon ada aktiviti rentas halangan . Jagalah check point pulak . Ada ka patut aku kena jaga tempat diorang kena merangkak dalam air . Busuk gila air tu . Dasar budak budak pulak jahat , eh tak . Bukan jahat . Nakal sangat -..- Lepas diorang merangkak dalam air , badan baju memang basah la kan , pastu diorang kena lalu depan aku . Aku tunjuk arah kan , kuang hajo . Aku warning dah dekat budak budak , air kat baju awak tu , jangan sampai kena saya . Saya tak nak ada setitik pon  air tu kena saya , boleh pulak budak tu naik , datang dekat aku , teet , dia sentuh aku -..- Busuk sikit baju aku . Ehemmm ~ Masa tu jugak aku kenal BO . BO BO BO ! Me hate him . Benci gila . Entah pape entah mamat tu . Kenapa lah aku kena jaga check point sama dengan dia . Bajet bagus mamat tu . Padahal tak pon . Okay malas cakap pasal dia . Spoil mood . Muahaha ! lepas rentas halangan tu , Abe waa panggil . Dia panggil aku afiq dengan halim . Tolong dia handle stage . Dia tanya sanggup tak , aku cakap sanggup . Sebab best jugak belajar benda baru ken ken ken ? Tapi sayang seribu kali sayang , malam tu hujan . Malam kebudayaan cancel . So , we just lepak lepak , main hujan , borak borak atas stage je  . Hihi . So comel . Pastu malam tu , kami tidur dengan nyenyak nya dalam mobile . Ada ekond ! Wuhooo ~ Pagi tu bangun lewat . Rasa taknak bangun pon ada senanya . Tapi wat lek wat peace . Bangun jugak . Bersemangat !

| Skill station kawad . Abang abang logistik yang ajar kawad . Untung lah boleh kawad :] |

| Berpanas lah adik adik di tengah panas . Tahniah ! Anda berbakat ! Muahaha ! |

| Skill station Balutan . Yang aku ingat nya , Afiq , Yus , Kak Isya ajar balutan :) |

| See , mereka buat apa yang mereka belajar . Tapi taktau lah sekarang ni ingat lagi tak -.- |

|Skill station Usungan . Rasanya Halim handle . Nasir pon ada jugak ka ? Okay lupa |
| Btway , untung gila adik ni jadi mangsa . Best gila kena usung woi ! Tahniah ! |

| Khusyuk jugak budak budak ni belajar usungan . Untung lah yea . Aku pon lupa nak mangusung acano |

| Skill station Kawad . Aliff sangat PRO CPR . Engkau ado ? Excuse me , muka aliff masuk paper okay |

| Sila cari saya . Aku tenggelam woi . Peminat mengelilingi . Nah . Jealous lattew :* |

| They're standby for rentas halangan . Ada pulak yang menyibuk kat belakang . That was Abe waa |

| Go go stretching stretching ! Bersemangat . Basah jugak kau nanti dek :p |

| Kesungguhan mereka terpancar dari sudut larian mereka . Punyalah bersungguh , masa itu emas |

| Solyhin pegang khazanah budak budak rentas halangan . Nasib kau lah lihin . Pemegang amanah |

Eh wait . Dah lewat ni ngok -..- Tak . Bukan kau ngok . Aku yang ngok . Besok aku keje lah . I think , aku kena stop typing . Herherher . Dah lewat ni . And i think , aku kena publish dah entry yang panjang gila ni . Dah berhabuk dah simpan dalam draft . Ada lagi nak sambung cerita pasal kem , hari keempat dan kelima . Aku sambung malam esok lah . Part two lah kononnya . Excuse me , cerita bohsia pon ada satu dua . Aku pon nak jugak buat cerita kem ni jadi banyak part ken ken ken ? Okay malam esok kau baca lah lagi . Hari ni baca yang sampai hari ketiga je k ? Aku nak publish . Malas simpan dalam draft dah . Berhabuk . Bibik balik Indonesia . Takda orang nak tolong sapu sapu kat blog ni  . Mohon faham . So enjoy reading walaupun panjang gila . 

Ouh btway , Cik F yang komen entry saya hari tu , takyah lah baca blog saya kalau tak suka . Saya taksuruh pon wak . Takyah lah nak kutuk kutuk saya di tempat saya :) Masuk rumah orang kena ada adab . Harap maklum . Namun begitu , kritikan anda sangat lah saya terima . Harap maklum . Hihi . And to you guys here , thanks for reading , kalau taksuka takboleh nak buat apa dah . Blog ni pon tempat aku melalut . Kan aku dah cakap blog ni tempat aku merapu . Banyak kali dah aku cakap . Takyah lah nak bagitau aku lagi sekali yang blog aku ni merapu ke melalut ke . Dah memang niat aku buat blog ni sebab nak jadi kan tempat merapu . Kau kesah apa kan ? Nak blog yang tulus , buat blog sendiri . Saya tak hot . Saya suka syok sendiri lah awak :) Sapa nak buat kita bangga kalau bukan diri kita sendiri . Harap maklum yea farah mana entah . Tibatiba kutuk orang -..- Eh tak . Nasihat *puke* 

bye everyone . Sorry taksuka baca tau . Tapi aku tulis entry ni bukan sebab nak sukakan hati kau . Kejam nye itew . Maaf maaf , itew tak sengajeww . Hihik . Tido dulu tau tau tau . Esok itew sambung tau tau tau . Muah kiri muah kanan ! muah dua dua belah . Toodles ! *kenyit mata* *lambai lambai* *flying kiss* 

Anda suka entry saya ? Anda suka anda like . Anda tak suka ? Takda butang unlike kat sini . Tapi lain kali takyah baca terus blog ni . Harapmaklum :)

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !