BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Saturday 26 October 2013

Hari yang Produktif

LIVE YOUR LIFE

Hi hello and assalamualaikum. Penat penat masih menggatal nak update blog. Sayang peminat katekooo. Annoying tak? Haha. Lantak. So today, aku rasa aku ada hari yang begitu produktif dimana, hmm aku habiskan masa buat benda yang berfaedah dengan geng geng yang dah lama tak lepak sama sama. Ha gitu. 

But aku tak cakap aktiviti kitorang tu berfaedah sangat, sekadar aktiviti untuk meluahkan stress dengan beban kerja yang tak terlepas lagi mungkin. Eceh ayat taknak kalah. Lantak. So tadi for once again, kite kite pergi Ulu Chepor. Mandi manda dekat air terjun. Eheh. 

Semalam tidur dah dekat subuh doing nothing. Then tersedar maybe sebab phone yang vibrate non stop. Tengok tengok pina pinot pinanooo (nama group line) tengah rancak sembang. HAHA. diorang tengah syok planning nak g ulu chepor. 

So I've joined the conversation, ikut planning sikit sikit. Then taraaa! Jadi pergi. Yang pergi tadi abang abang sado, Azmil, Capiq, Egy, Zul, Anip dan kakak kakak cantik, Farah, Yatika dan ada sorang adik yang lagi cantik dari kakak kakak tu which is aku sendiri. Phui! HAHA!

Gerak pergi sana. Main main air lepastu balik. K bosan. Dah tu kau expect kitorang nak pergi buat apa kat sana? Main frisbee dalam hutan tu? Ke tengok orang lawan bola? Main air jelah cerita dia. Main air sampai beku. Tahan kepala dalam air. Tengok siapa selam paling lama. Blablablabla. Tapi jangan risau, aktiviti yang kitorang buat tu adalah aktiviti yang sama orang lain buat. 

Then balik, sebab Anip dah mengidam sangat nak makan laksa dekat padang polo. Otw pergi polo makan cakoi, minum cendol, camwhore. Tapi gambar belum ada. Dalam phone bebudak ni ha. Yelah. Camera phone aku takda lah lawa sangat. Handphone murah biasalah (berharap orang belanja S4).

Banyak sangat ambik gambar tadi sampai si Capiq boleh mengarok ambik gambar pesen sama. So dia tutup phone dia. Then taraaa! Dah sampai. Kite kite pun pergi lepak padang polo. Ramai gila nak mati orang. Nak cari parking pun susah. Biasalah. Pengguna yang tak prihatin. Pesen satu kereta, rembat dua parking sekali. Kengkonon bajet kereta besar gitu. Padahal. Emph emph. Lack of parking education. 

So kepada pengguna kereta dan pemegang lesen kereta di Malaysia, mohon gunakan ajaran yang diajar masa ambik lesen dulu. Bukannya cikgu tak ajar parking cemana. So takyah nak tamak sangat nak parking dua sekali gus. Menyusahkan pengguna yang lain. Dan kepada penunggang motosikal, parking lah di tempat motor. Bukan kereta. 

Itu saja pesanan ringkas saya. So berbalik kepada aktiviti tadi, kite semua lepak makan laksa atas rumput dekat padang polo tu. Tengok orang jogging. Macam macam pesen ada. Biasalah. Manusia. Macam macam pesen. Then then then, taraaa! Balik.

Dan sekarang diorang semua tengah tengok bola dekat makmah while me duduk je kat rumah atas sebab yang tertentu. Ada baiknya juga saya duduk rumah. Boleh update blog kasi peminat baca *sila muntah* 

So it was an awesome day. Walaupun kitorang buat aktiviti yang normal, tapi what makes it special, we do it together. Diorang buat lawak, aku kaki gelak. Gelak gelak gelak gelak memanjang. Macamana lah ilmu tak keluar?

Jadi nasib baik final exam dah habis. Jadi itu sajalah laporan saya hari ni. Menyesal tak baca entry yang bosan ni? HAHA. So kepada pina pinot pinanoo, terimakasih untuk hari ini. Kita memang dah lama tak buat perangai gila sama sama. Dan tipulah kalau aku cakap tak rindu. 

For once again, thanks for the day. Semoga jumpa lagi. Semoga boleh lepak sesama lagi. Semoga jodoh kita semua panjang. Haa gitu. Jadi itu saja lah lagi sekali. Sedikit pesanan, the best moment is when you are with you bestfriends. Ngeh ngeh. 

Bye assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. PUBLISHED!

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !