BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday 25 December 2013

"Akak, bagi saya lima minit je......."

Being with You :)
"Cah ooo cah! Masuk meta!"

Lalu ecah muncul depan pintu bilikku. Lalu aku berkata, 

"Haa bukok kipas meta. Masuk masuk doh. Rugi kalu tk bukok kipas laluh"

Sambil menghidupkan kipas itu, Ecah mula melemparkan kata kata cacian padaku. Aku tabah. Dah biasa.

Pergh gua punya malas. Nauzubillah! Nasib baik adik ramai boleh suruh itu ini. Kepada jejaka jejaka kacak yang nak menumpang kesenangan gua suruh adik gua buat itu ini, boleh lah masuk meminang gua cepat cepat. Lepas kita kahwin, adik gua adik ipar lu. Boleh lah lu nak mintak tolong apa pun. 

Kahkah! Macam jual adik lahsiaaa macam tu. No no no! Aku je berhak buat adik adik aku cemtu. Aku sayang adik adik aku. Walaupun macam tu sekali aku suruh diorang. Takpa. Aku nampak comel bila suruh adik aku buat macam macam. Nampak comel dan manja *muntah dedak ayam*

So hi semua. Cuba teka aku buat ape je harini? Meratapi hidup sendiri. Tapi tadi je. Masa meroyan tadi je. Now dah okay memandangkan masa aku stress tadi aku buat keputusan nak bawak adik adik aku merayau rayau. Memandangkan aku dah serik kena marah merayau sorang sorang dekat Ipoh dulu. Ehem. Deep. Haha. 

So tadi merayau lah bawak adik adik aku. End up kita decide nak ke kbmall je. Eh. Kelantan ada tempat lain ke? Hehehe. Ada lah siak. Jemput datang Kelantan semua nanti aku bawa jalan jalan. Tapi sebab aku dah rindu member tempat kerja dulu, so aku pergi jelah kbmall. Sebab diorang memang kat situ. yeayy! JUMPA!

Sempat lah lepas rindu bagai tadi. Ahaks eheks uhuks. Then sempat jumpa Kak Fatin mintak tolong dia pasal case study yang kena buat pasal  butik tu kan. And thank god Kak Fatin boleh tolong. Ingat nak ambik gambar butik dia tadi tapi macam segan sebab customer tengah ramai so mintak tolong Kak Fatin je ambikkan. Omnomnom. 

Eh aku cerita panjang lebar macam korang berminat je nak dengar kisah hidup case study aku kan? Haha. Ah lantak gi mampus. Aku pun dah bosan cakap pasal case study. kahkah. Malas fikir. Cuti belum habis bro! 

Jadi itu sajalah aktiviti aku untuk harini. Yelah. Saja je share. Mana tahu ada peminat yang nak tahu live update dari aku. Kenalah cerita. Yelah. Taknak hancurkan hati peminat. Jadi kat sini ada lah beberapa  benda aku nak promo. Mari bersama sama luangkan masa untuk sesi promo aku. Tak lama ye adik adik abang abang kakak kakak. Bagi saya lima minit je kak taklama. Haa haa. 

Firstly marilah ramai ramai undi babyboy waa untuk anugerah meletop, abpbh . Ha semua yang dia tercalon lah. Jadi untuk link dan kategori apa anda boleh vote, jom ramai ramai follow @ZTF_Official. Diorang ada share semuanya. Eh jangan bukak je. Vote abe zize okay? Abang sado handsome tu. Hihi. Thankyou. 

Next, aku nak promo tudung sikit. Kepada hijabistas dan awek awek yang dah cantik dan nak lagi cantik bertudung, boleh lah follow @OhGadisCollection di instagram. Diorang ada jual tudung tudung yang cantik. Dengar dengar ada koleksi tudung baru you olls. Harga? Pergh. Takyah sembang. Berpatutan. Puas hati lah cerita dia. Jom ah follow, then jangan lupa pilih tudung pilihan anda. 

Dan kalau ada yang nak beli telekung solat yang menarik warna dia, corak yang cantik, boleh lah contact 0166460994. Memang cantik. Alah abang abang sado tu, mesti tak berminat sebab korang rasa taktahu nak beli dekat siapa kan? Siapa cakap! Boleh beli dekat mak. Dekat awek. Haa untuk akhirat juga ni. Lagi sweet kot kasi hadiah telekung solat. Harga? Berpatutan lah. Takkan lah nak suruh korang beli barang mahal melebih. Haa berpatutan. Dijamin! Okay yang ni corak corak tau. Kalau yang tak suka corak corak, ada jugak yang plain je. Nak warna apa? Haa boleh contact number tu ha. Tanya. Nanti sepantas kilat dia confirmkan. Jomlah beli ramai ramai. Mana tahu korang bagi telekung kat sesapa, tibatiba lembut hati dia nak solat. Siapa tahu kan? Dah dapat pahala kat korang. In sha Allah. Bergantung pada niat. Hihi. 

Jadi itu je untuk harini. Nak apa apa, contact je i olls you olls. in sha Allah i olls boleh tolong u olls. Bukan saja saja promo ni. Aku memang promo barang barang baik je. Is barang baik heyy is barang baik! Kalau ada yang berminat tu contact aje kak culing. Hehehe. Okay bye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. 

Tuesday 24 December 2013

Aku perit. Aku sakit. Aku penat.

Gateway
Mata dah penat menangis. Airmata habis untuk terus mengalir. Kadangkadang aku sendiri taktahu apa yang aku nak dalam hidup ni. Aku tak pernah tahu. Seronok tu selalu rasa, tapi ada tahapnya aku rasa serabut dengan sendiri. Dan taktahu kenapa. 

Sekarang memang rasa takut. Takut nak masuk balik. Cuti. Tapi kepala fikir masalah. Fikir assignment. Project. Tak tenang. Takut fikir project yang dah hantar tu. Tahu. Memang main main. Aku sendiri yang tempah maut. Sekarang aku sendiri yang takut. 

Dan masalah yang tak pernah selesai sampai aku sendiri buntu taktahu nak buat apa dengan masalah yang satu ni. Susah nak selesaikan masalah  berkaitan hati. Kepala bising suruh lepaskan, tapi hati kecil bisik, jangan lepas. Soal hati baik ikut hati. Tapi ikut hati, mati. 

Penat jadi sang pencinta. Sang pencinta yang hanya mencinta tapi tidak dicinta. Aku sedar aku tidak dicinta, tapi kenapa nak diteruskan? Sebabnya aku sendiri takpasti. Pernah cuba tapi gagal. Berkali kali cuba tetap gagal. Aku sudah penat mencuba. Dan pada waktu yang sama aku penat nak teruskan. 

Penat mencuba untuk melepaskan, dan penat untuk meneruskan. Tapi nyata aku lebih memilih untuk meneruskan. Memang. Dia banyak menyakiti. Setiap hari, tapi hati seolah olah sudah biasa. Jadi aku biar. Rela. Diri ini lebih memilih untuk terus jadi bodoh. Kerana satu sebab yang aku rasa aku je patut tahu. 

Dan sekarang, aku taktahu macamana nak lari dari masalah ni. Ye. Manusia takkan boleh lari dari masalah. Sebab tu aku masih disini. Hadap sendiri. Kenapa sendiri? Kerana aku tahu tiada siapa akan pernah memahami. Perit. Complicated. Susah untuk dijelaskan. 

Tapi aku harap dia ada dengan aku. Teman aku hadap benda ni sama sama. Tapi mana dia? Tak ada. Tersepit dengan keadaan. Dan aku masih lagi cuba. Cuba untuk faham keadaan. Tapi ada satu lagi rasa yang aku kena tahan. SAKIT. Kenapa? Sebab sendiri. 

Maaf. Taktahan hingga terluah disini. Jangan ambik peduli. Adili aku seburuk buruknya. Aku tak kisah. Aku faham kau tak pernah duduk tempat aku. Jadi mungkin kau takfaham apa yang aku rasa. Assalamualaikum. 

So True

Friday 20 December 2013

Happy Holiday everyone !

<3

Hello hi and assalamualaikum. After all, lama jugak tak update blog kot. Biasalah. Busy busy busy. Project sana sini. Project juta juta bak ang. Konon konon dah jadi architect berjaya. Padahal design je pun. Haha tapi parah doh aku punya design. Kerja last minute dan sekarang aku dah start gelabah sebab aku risau encik fuad akan marah aku sebab aku punya design cincai cincai je. Kalau cincau boleh jugak buat minum, ni kalau cincai apa pun takboleh. 

Even first project dah selamat hantar, belum apa apa dah dapat second project. Lagi empat minggu kot nak kena submit. Pendek kata hidup mati design lah kot. Tak sanggup. 

So update blog ni senanya sebab dah bosan duduk dalam bilik sorang sorang, housemates ramai dah balik. Roomates pun dah balik. Aku memang forever alone lah dalam bilik ni. Dah la demam. Banyak masalah lagi. Badan panas. Taklarat. hmmm sedihnya jadi saya. Hm mohon menangis semuanya. 

Jadi since dah balik ipoh a month ago, dah macam macam hal aku buat rasanya. Tapi alhamdullillah, they actually care. Ada bestfriend yang memang care sangat. Maaf sebab salah anggap konon diorang tak peduli. Padahal diorang memang guardian angels aku kot. Eheh. 

♥️

So semua dah balik kampung. Ada yang gerak balik kl dulu semua. Ha semua dah tinggal aku. Padahal aku yang cari nahas cari tiket lewat. Haha. End up tiket yang awal awal semua dah habis. Terpaksa lah aku terperap dekat ipoh ni sampai hari ahad. Lewat pun lewat lh. Daripada tk dapat balik langsung. 

Sampai demam demam rindu nih. Eheh. And yes, di kesempatan update blog ni, aku nak ucap tahniah kepada adik perempuan aku, aisyah auni, pmr dapat 6A. Haha aku tktahu kenapa dia lagi bijak dari aku. Aku ingat aku lagi bijak. And dia punya science dapat A dan aku mula rasa yang dia bukan adik aku. KAHKAH. 

and apalagi nak cakap? K kepada kawan kawan baik yakni AR10, hati hati balik kampung. Jangan lupa aku. In sha Allah panjang umur takda aral melintang lagi seminggu kita jumpa. Maaf salah silap aku sepanjang sebulan kat sini. Maaf banyak susahkan korang. Dan terimakasih untuk semuanya. 

Aku segan nak cakap, tapi aku pejam mata lah ni eh. Aku sebenarnya sayang korang sangat sangat haa. Mungkin aku ni kawan biasa korang je tapi to be honest korang dah macam adik beradik aku. Memandangkan aku je yang selalu buat hal, aku rasa macam aku paling muda bodoh taktahu apa. Haha so korang dah macam abang abang kakak kakak aku dah. Abang abang sado kakak kakak cantik. Aku tahu aku kawan yang menyusahkan tapi aku tahu aku takboleh hidup takda korang, Mungkin boleh hidup tapi lain. hmm fahamilah. Haha dah cliche betul aku hari ni. Tapi aku ikhlas. 

You  | via Facebook

Aku janji takkan susahkan korang lagi. In sha Allah. Aku try. Tapi aku memang menyusahkan. Hm hm hm. Okay serious maaf salah silap aku yang banyak tu. And thankyou untuk semua nasihat yang korang bagi. Bebel korang semua tu aku dah rindu. Marah lah aku bebel lah dekat aku, aku tahu korang peduli. Tapi tolong, jangan ignore aku :( Hmm okay dah. Sayang korang semua tau. Eh haha selamat bercuti. 

Okay kepada mama abah adik adik, tunggu kakak cantik balik rumah menggegarkan rumah. Eh? Haha aku dah rindu semorang dah. Lama dah tak jumpa mama abah fattah aisyah hakim muiz wafiy athirah. hm rindu lah you olls. Hehe. Semoga semua sabar menanti kepulangan anakanda yang paling cantik ni kerumah. Hhaha. Tak sabarnya. Dan doakan aku selamat sampai okay? Hehehe

Itu saja untuk hari ni. Selamat bercuti kepada semorang. Selamat menghabiskan hari hari anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Bye and assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Thanks for reading :) #AR10, aku akan rindu korang. Hihi ada jodoh jumpa lagi. 


Sunday 8 December 2013

MAAF

Satu hari tuhan akan ambil nyawanya kerana sakitnya sendiri. Tapi ada baiknya, sekurang kurangnya dia berhenti menyakiti. Menyakiti hati sahabatnya yang sering peduli. Biarlah sekarang mereka terus membenci. Bila nanti sampai masa dia pergi. Kehilangannya takkan pernah ditangisi. Benar lah jika sesuatu yang terjadi itu ada sebabnya sendiri. Tapi pedih dihatinya, takkan ada yang akan fahami. Kerana dia memilih untuk sakit sendiri. Sakit dihati yang dirinya sendiri taktahu bila mampu diubati. Sakit. Sakit menahan. Menahan diri meluahkan yang sebenarnya. Akhirnya, semua makan diri. Tapi takpa, satu hari semua akan lenyap, masalahnya, sakit hati nya, penderitaannya, susah payahnya, kerana sakitnya. Ajal akan menjemputnya. Tapi satu pinta nya, maaf kan salah silap nya, halal kan makan minum nya. Dan ketahuilah bahawa dia sebenarnya bersyukur. Bersyukur ada insan yang benar peduli. Marah mereka kerana risau. Maki mereka kerana peduli. Tapi dia tak pernah menghargai, menyusahkan dan terus menyakiti. Bodoh. Diri ini bodoh. Maaf. Sudah. Tak ada sesiapa yang tahu apa sebenarnya dihati. Biarkan dia lenyap. Lenyap bersama sakitnya. Lenyap bersama penderitaannya. Satu hari nanti, semua bakal tahu, apa punca ini semua terjadi. Dia terima andai dia terus dibenci. Kerana satu hari nanti, dia akan pergi. Pergi kerana sakitnya. Sakit yang dirahsiakan sendiri. Maafkan jika sudi. Terimakasih. 

Thursday 5 December 2013

Senaman jari dengan menaip.

Love

Hello hi and Assalamualaikum. harini saja update sebab macam rasa nak menaip. Nak harapkan buat assignment menaip memag tidak lah. Kerja aku semua memerlukan kepakaran melukis. Semua pakai manual. Takda nya nak menaip naip ni. 

So hari ni kelas boleh tahan. Semalam tidur kejap je. Buat floor plan tu pun masuk kelas design hari ni en fuad tak puas hati lagi. Katanya kitorang semua masih mood bercuti. Haa memang. .Tiga minggu je kot cuti. Mana nak cukup. Tu aku lah. Orang lain taktahu. Aku ni memang malas sekarang. So wajar lah andai kata en fuad cakap aku ni takda progress lagi. 

Lagi teruk bila minggu depan en fuad cakap nak siap sekali dengan elevation. Pergh. banyak tu. Boleh gila i olls u olls. Haha. Stress stress and more distress. What is life about? Lifeless. Baru masuk seminggu. PTPTN pun belum masuk lagi tau. Haa 

Then so far, kelas yang aku betul betul enjoy nya kelas English dengan kelas Architecture Structure je. English sebab memang fun. Macam main main sembang sembang bebel  bebel. While structure, lecturer macam comel je macam comel je. Dia macam fun. So kitorang pun macam fun lah. Boleh bergurau. Haa lecturer lain tu, kalau kau nak bergurau macam kau cari nahas lah. 

So esok we olls ada presentation working drawing about IBS. Wish me luck everyone. Doakan yang baik baik untuk kite okay? Hihi. okay tu je kot nak cakap. Taktahu nak cakap apa dah senanya. HAHA. Kbye I love you. Takjawab dosa jawab sayang.

Tuesday 3 December 2013

Oh PTPTN

. | via Tumblr

Hello Hi and Assalamualaikum wbt. Aku rasa aku dah lama tak update blog since aku dah balik Ipoh ni. Ye. I've been here for almost a week kot. Eh entah. Lupa. Takda lah busy sangat. Cuma sedang membiasakan diri di rumah baru. Kemas sikit sikit. Lepas rindu dekat geng. Lepak lepak segala bagai. 

So nak cerita apa aku pun taktahu. Walaupun dah nak masuk seminggu aku duduk sini, baru dua hari kot masuk kelas. Cerita sedihnya bila rumah jauh dengan campus pastu memang keadaan tengah nazak. Takda transport jadi kena lah jalan kaki. Jadi aku dah buat keputusan nak ambik positif. Jalan kaki jauh jauh setiap hari boleh kurangkan cholestrol aku dan boleh menguruskan aku. HAHA. Mohon ramai tergoda untuk berjalan kaki bersama aku. Walk With me 2013. 

First day masuk kelas dah dapat assignment. Working drawing dah kena prepare untuk presentation hari jumaat ni. And harini kelas design dah dapat first project. Nama project tu Ice Breaking. Tapi tahu tak yang teruknya apa? Tempoh dua minggu je nak siapkan benda tu. Dan sebenarnya project tu kitorang dah buat dah sem lepas tapi kitorang dah buat untuk tempoh enam minggu tau. Nampak tak kerja makin tough? 

Aku dah gelabah. Serious aku risau. Dan ni belum apa apa kepala otak dah terganggu. Serious terus malas nak buat kerja. Mood aku dah hilang. Sangat hilang. Okay dah biar je. Malas nak emosi. Tapi aku ada cerita sedih lagi ni. Dan aku rasa benda ni betul betul sedih tau. Aku harap korang sediakan tisu sebab aku risau korang akan nangis. Ha gitu. 

Jadi berita paling sedih kali ini adalah duit ptptn belum masuk. Dan aku seolah olah dah kopak sangat dah. Sesak bhai. Nak makan fikir dua tiga empat kali walaupun end up aku akan makan jugak apa yang aku nak. Eh benda paling perit sem ni adalah tunggu ptptn masuk. Dan yang boleh tahan mencabar bila ada sesetengah pihak yang memberi harapan palsu kononnya pt masuk esok lah lusa lah haritu lah harini lah. Khabar angin semua tu. Jangan percaya. Anggap lah ptptn itu suprise yang terbaik nanti. Haih. 

Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Terseksa juga tunggu ptptn. Tapi ptptn juga mengajar kita erti kesabaran yang sebenar. Selagi kita bersabar, mungkin perit pada mulanya, tapi in Sha Allah penantian kita tu membuahkan hasil yang memuaskan. Sabar lah. Allah SWT bersama dengan orang orang yang sabar. Aaaa nampak tak? Isu ptptn je. Hihi. Semoga ambik isi penting ye. HAHA. 

Okay dah takda apa rasanya nak aku cakap. Andai kata ada yang nak sponsor aku kereta, bagitahu lah. Contact aku di facebook twitter dan dimana sahaja. Aku tak kisah. HAHA. Dan yang mana nak menyumbangkan wang pun aku terima. Boleh lah hantar kerumah. Aku alu alu kan. Dah. Itu saja cerita sedih aku sem ni. Dan jangan risau semua, aku bahagia di sisi geng geng aku. Diorang jaga aku elok elok. Tapi jujur lah cakap memang rindu gila dekat mama abah, adik adik. Tapi takpa. Nanti bulan ni balik lagi. Hehe

Sekian saja saya melaporkan. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Eh awak, solat jangan lupa. Tiang agama tu, takda tiang rosak lah agama. Kbye. Hihi. 

Pages | via Facebook

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !