BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Tuesday, 31 January 2012

yang tersirat AJL 26 !

hey . assalamualaikum . its me again . memang la . this my blog an . takkan la nasir bilal khan plak yang nak tolong updatekan . tingtong !

gambar ni bersempena aku teringat kat NSI <3 tadi
sekaligus aku teringat juga kat KAMAL MAHMUD <3

gambar di atas hanya iklan semata mata . act , aku nak story morry pasal AJL lah cik abang cik kak . tanggal 29 JANUARY 2012 , Anugerah Juara Lagu ke 26 telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil . kau tak pcaya ? ni ada bukti dia . 


hello . engkau ingat stadium putra bukit jalil ni tempat orang main bola je ke ? hishh ! taktaktak . AJL pon buat kat situ tau . mana aku tau ? haa . ni aku la . i am the one of the finalis occay . see the leg . but before you see the leg you have to selak my kain a little bit . but but but , you cannot cannot do that if you is a boy . because , it is not muhrim . you know you know ? occay stop . i have a new mood to day . i think i want to talk in english a little bit . i am very good in english . i was born in NEW YORK , grew up in LONDON and stay in PARIS . my house is at the top of the EIFFEL TOWER you know . jeles lettew !


astaghfirullahalazim . aku banyak sangat merapu kan . aku nak brenti merapu kejap .
occay now , let sambung sambung pasal AJL . aku nak bagitau kau pasal benda tersirat ni .
macam aku cakap la kan . aku ni finalis actually . tapi mesti kau takpecaye an ?
  Mesti kau pelik kenapa takda muka aku tadi an ? sedangkan aku cakap aku ni finalis . haaa
Aku dah agak dah mesti kau fikir macam tu punyalah . jom aku story story sikid  .
Ekchelli . at the first first , aku kena bawak empat lagu yang aku nyanyi sendiri
Which is lagu aku sendiri yang aku cipta sendiri means that aku lah penulis lirik akulah composer
lagu lagu tu adalah KISAH HATI , KARMA , BERIBU SESALAN and AWAN NANO . 
mesti kau terkejut an ? kenapa orang lain yang nyanyi lagu tu ? 
kenapa takda pon nama aku disebutkan . pelik kan ?
takpayah nak pelik pelik sangat la . benda biasa je tu occay . aku tak kesah sangat .
macam ni cerita dia haa . kite pegi satusatu occay .


KISAH HATI

Macam ni ekchelli .lagu tu aku yang kena nyanyi . dah lagu aku an . masa tu aku dk dkt backstage .
Then tibatiba alyah datang . menjerit jerit cakap lagu dia dah takda . aku tanya mana pegi lagu dia yang terpilih untuk finalAJL ni an . yang tajuk lagu dia tu CERITA JANTUNG tu haa .
dia pon cakap lagu CERITA JANTUNG tu terjatuh dalam sungai masa dia ontheway nak datang sini
dia pon terjun sekali dalam sungai tu . nak carik balik dia punya lagu tu an . jumpa . tapi dah basah .
takboleh lah dia nak bawak lagu CERITA JANTUNG tu malam tadi an . so , oleh sebab aku kesian ,
dan atas dasar simpati dan baik hati . aku pon cakap .
“alyah , you take my song and sing like your own song” aku pon suruh la dia pakai idea aku
buat macam dalam musicbox tu . yela . yang macam kau tengok dalam tv tula kan . haaa
tu idea aku tu . lagu tu pon lagu aku . tapi sebab kesian , aku kasi lagu tu kat alyah .
and , bila satu lagu dah kasi dekat alyah ada lagi tiga lagu .


KARMA

Masa aku tunggu turn nak buat persembahan tu . aku ternampak faizal tahir kat backstage tu .
dia tengah mop mop lantai . aku tanya dia , “bang buat apa kat sini dengan mop segala bagai? “ ,
dia pon cakap , “this year takda satu pon lagu  abang boleh pegi AJL . abang teringin nak dduk kat backstage . yela . setiap tahun abang boleh duduk dekat backstage kan . tibatiba tahun ni takbole .
abang sangat kecewa dan berdukacita la . abang pon cuba tanya pihak pengurusan , takda ke keje keje yang abang boleh buat supaya abang duduk dekat backstage . dia cakap ,
ada satu je lagi keje tinggal .tolong mop kan bahagian backstage . abang pon terima je la .”
dan tanpa aku sedari . airmata mengalir . sedih dengar cerita dia . aku pon suruh dia ambik lagu karma .
so . dialah yang nyanyi lagu tu . dan kau tau tak kenapa dia bakar piano malam tu .
dia saja je nak protes . nak balas dendam sebab TV3 takpilih lagu dia . biasa la tu .
so , bila faizal tahir ambik lagu karma satu , aku ada lagi dua lagu untuk dipertandingkan .


BERIBU SESALAN

bila faizal dah habis buat persembahan . aku tunggu la nak perform untuk beribu sesalan kan
tunggu tunggu . aku nampak shila amzah , jaclyn victor , ning baizura tengah main masakmasak
ada ka main masak2 dekat tepi dekat tangga depan stage tu . ada ka patut . aku pon tanya la diorang
"ni kenapa main kat sini ni ? tua tua main masakmasak lagi . dah la main dekat tangga depan stage !"
diorang pon jawab la . diorang cakap diorang dok situ sebab saja je nak masuk tv sikitsikit
diorang teringin sangat nak masuk tv sejak kecik lagi . tu yang diorang saja mainmain kat situ
so , bila aku dgr macam tu . aku terasa la nak tolong diorang merealisasikan impian diorang
sebab aku ni kan sangat la baik . aku pikir la cara macam mana nak merealisasikan impian tu
ting ! *mentol lampu menyala* apa kata aku bagi je diorang bawak lagu beribu sesalan 
aku bincang bincang dengan diorang , diorang pon setuju . diorang bawak lagu tu la
aku tak kesah sangat pon . so lepas perform diorang datang kat aku . peluk peluk aku cakap thankyou
akhirnya diorang punya impian tercapai an . nasib baik ada aku . 
so now , aku focus untuk lagu aku yang ada la . haa . satusatunya lagu yang ada .


AWAN NANO 

aku pon focus la untuk awan nano je kan . tengah focus ni . orang pon panggil turn aku perform 
aku bukan main gabra la nih . takde la gabra sangat pon . dah biasa perform kan . 
so . aku pon melangkah dengan penuh yakin , sambil rambut berterbangan la ni an . 
tibatiba , ada orang langgar aku . sapa entah . jatuh la aku an . nak bangun tu . gila sakit kaki aku
aku takboleh nak buat apa la kan . aku nampak sorang je masa tu untuk gantikan aku . hafis
masa tu dia tengah cuci tangga yang kotor sebab jaclyn , shila and ning baizura tu . 
aku bincang dengan pengurus ajl tu aku cakap aku nak tukar orang , aku nak hafi gantikan
tapi mulamula ramai orang tak setuju sebab diorang cakap aku je sedap bawak lagu tu
tapi nak buat macam mana , aku dah injured kan . terima je la . aku pon panggil hafis
aku bincangbincang dengan dia . mulamula dia taknak tau . aku pon cakap aku nak bayar dia
dia pon setuju la kan . tapi tak sempat nak tukar baju . tu yang nampak sengkek tu . 

so bila semua dah selesai . tunggu je la orang umum pemenang an . ni lah pemenang nya .

PERSEMBAHAN TERBAIK : alyah . kisah hati . 
yang tersirat , ekchelli , idea tu sume aku punya . aku yang suruh dia buat macam musicbox tu . sepatutnya aku yang jadik patung tu an . sepatutnya remy ishak peluk aku . 
 aku takdapat nak naik ambik sebab aku kan injured tadi . tapi tahniah alyah sebab kau dapat nyanyi lagu AKU . 

VOKAL TERBAIK : hafiz . awan nano
yang tersirat , aku sempat ajar hafis vokal sampai dapat jadik mantap macam aku . bila aku ajar dia tu tak penting pon . aku ajar dia masa rehearsal petang tu . masa dia practise sapu tangga . 

TEMPAT KETIGA : faizal tahir . karma
yang tersirat . tu lagu aku . aku yang cipta . oleh sebab aku injured . faizal yang naik . and aku ada bayar orang suruh gantikan aku . buatbuat macam dia composer and penulis lirik . 

TEMPAT KEDUA : shila , jaclyn , ning baizura . beribu sesalan 
yang tersirat . tu lagu aku lagi . aku taknak ambik trofi tu sebab diorang ada cakap kat aku yang diorang punya impian lagi satu nak ambik trofi AJL atas stage . aku taknak hancurkan impian diorang .

TEMPAT PERTAMA *bunyi drum* : HAFIZ , AWAN NANO !
yang tersirat . dia terpaksa ganti aku last minute . tu pon aku bayar . aku taknaik ambik trofi sebab masa aku jalan nak ambik tu aku tengok dia dah ambik trofi tu . aku lupa aku dahbayar suruh dia ambik trofi tu . 

untuk membuktikan aku upah dia last minute 
baju dia tu baju dia pakai masa cuci tangga
dua orang tu jugak aku turut upah untuk gantikan tempat aku .

occay . dah la . tu sedikit sebanyak tentang AJL 26 kay ? nasib baik la kau baca blog aku .
kalau tak memang kau taktau apa yang tersirat kan ? tapi ingat tau . jangan bsingbising . 
untuk kite kite je *trademark majalah bintang kecil*
tu je la occay ? aku nak chow dah . apa apa hal , contact PA aku . takda nom ? yellowpages kan ada
occay sayang sayang . peminat peminat serta sahabat handai . gudnait . 
muah kiri muah kanan . toodles !
last last . tahniah kepada pemenang pemenang AJL 26 ! you're great !

P/S : please don't take everything that written here seriously . okay okay ? tahniah hafiz for awan nano . jozan mesti bangga :)

coolblog .pizzahot 

Sunday, 29 January 2012

KONTROVERSI KONTROVERSI !!

cak cak cak ! aku lah cicakman ! gila lama aku tak update blog . sorry sorry . kau kena paham aku nih artis . shooting banyak an . biasa la . tu yang aku kaya gila sekarang ni . hihik . jeles lettew ! a.a.k . ade aku kesah ? takpon . okay okay . walaupun lama aku tak update blog . lama tak bukak , keadaan masih lagi bersih , cun dan comel seperti sediakala . sebab aku ada upah bibik suruh kemaskemaskan masa aku takda . yela , kaya sangat kan . sampai kat dalam blog pon ade bibik sorang . okay dah dah . malas merapu banyakk .


okay as you all know , kalau aku mengupdate blog ni , mesti ada benda menarek la kan . dan untuk pengetahuan u olls u olls ni , entry ni agak kontroversi yea . aku harap gila lepas kau baca entry ni kau jangan heboh heboh dekat reporters okaii ? kalau aku tau antara kau kau ni bagitau reporters pasal benda ni , memang kau kena . aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara . muahaha ! *gelak macam setan*


okay now , untuk menunjukkan aku nih mesra alam dan tak sombong serta angkuh , aku nak kau teka entry nih aku nak cite pasal apa . haa . nampak mesra alam an kalau main teka teka cenggitu ? haa . aku dah agak dah . kau teka cepat ! ***kau fikir*** teeet ! masa tamat . dukacita dimaklumkan anda gagal . aku dah agak kau memang takley teka punyalah . kau tau tak aku nak cerita pasal aku keluar dengan kawan aku berserta kekasih nya ! and the best part is ada KAMAL MAHMUD ! tanpa dirancang okaii . hihik *gelak gedik* lets begin now . 


hari tu aku ada plan dengan kawan aku danny dengan kawan sekolah rendah aku dulu nak kuar sebab nak meraikan akif yang baru keluar PLKN . eh kejap , bukan keluar tapi cuti . so , kitorang pilih hari selasa la kan . nak dijadikkan cerita , si danny , dia dah ada janji dengan orang lain . orang yang penting jugak la an . iaitu PA aku . yang jugak pada waktu yang sama , buah hati pengarang jantung dia lah kan . pastu , aku saja je buat gimmick cakap dekat wawan dekat danny yang aku tak dapat join . last last aku pegi jugak an . yang mengejutkan , pegi pegi tuh , hanya kami bertiga je yang kluar . wawan tak kluar pon . yang keluar aku , danny , akif , sweet tak ? dah la aku je yang comel . satu satunya gadis yang ayu dan lemah lembut an . sampai je kbmall tu , danny cakap taktau sapa yang datang . tapi dia cakap dia datang dengan kawan dia . yang jugak dikenali sebagai KAMAL MAHMUD aku . pastu an , aku memang terkejut la masa tu . tak sangka KAMAL MAHMUD ada an . tapi aku macam biasa la an . berlagak cool . artis , macam ni la . cakap cakap dengan danny , jeng jeng jeng ! KAMAL MAHMUD datang . ohmy . tapi cool je kan . si akif plak , dia nampak aku , tapi aku takprasan dia . pastu dia jerit , "artis jalan tak tengok orang weii ! " terkejut aku . tengok tengok akif . act , walaupun niat nak jumpa akif hari tu , dk kejap je dgn dia . aku banyak melepak dengan danny , miss edsassin @ cikadik yati @ mrs danny , and of course KAMAL MAHMUD . 


hello kawan cerita atas tu takmenarik la :P yang bawah ni haa menarik ! :D

macam yang aku cakap la an . aku banyak melepak dengan tiga orang insan ni lah kan . mulamula tu danny jalan dengan buah hati dia , aku jalan sorang sorang . takde la sorang sorang sangat pon . ada la jugak berkepit dengan yati a.k.a mrs danny . tapi an yang menyedihkan , si danny tuh suruh aku ambik gambar dia dengan buah hati dia . apa kelas an ? aku ni artis . orang yang sepatutnya ambik gambar aku . tapi takpa la kan . demi kawan , aku sanggup tolong . baik kan aku ? memang ! lepas bertiga , kamal mahmud datang . before that aku ada cakap an aku macam sorang sorang takde partner an . dan bila kamal mahmud datang , cuba kau teka sapa jadi partner aku . haa . mesti kau ingat kamal mahmud an ? tak ! dia jalan dengan danny . aku jalan dengan yati iaitu buah hati danny *perlu ke aku mention banyak kali?* . jalan jalan tu aku sangat lapar . 

merayau rayau kami berempat carik tempat makan . ramai gila kot orang pegi kbmall hari tu . aku rasa sebab peminatpeminat aku tau aku nak kluar hari tu kot . sebab tu diorang kluar jugak an . biasa la . sapa taknak jumpa artis an ? kau pon nak an ? tipu la kalau kau cakap taknak . 

so , kami berempat pon pergi la makan tempat yang kurang orangnya tapi ramai la jugak an . PIZZA HUT ! nak duduk tu an , carik meja yang empat orang la kan . aku 'taktau' la masa tu kan danny sengaja ke hape , dia duduk sebelah yati , and dia suruh aku duduk sebelah ''sepupu" aku . aku dudk je . redho orang cakap . okay la jugak an . kau bayang kalau dia dok depan aku . memang takhabis la kan pizza aku ? tak tak . habis jugak . sebab aku sangat lapar . so , order . haa . ni aku rasa nak sepak je budak yati ni . kau tau kenapa , orang elokelok order untuk empat orang . dia plak dah kena balik . apalaa you ni dek . bukan selalu nak dapat makan dengan artis hot macam i . hish ! aku gurau je nak sepak dia . aku nak cubit sikitsikit je . sebab dia sangat comel . untung kau danny . :)

tinggal la kami bertiga an . danny dah angau dah . kesian dia . jadik psycho lepas yati balik . kesian aku tengok dia . sampai cakap sorang sorang . tapi nak buat macam mana . biarkan je la orang nak angau ke psycho ke . pastu selesai makan , kami bertiga jalan jalan kejap . pegi coolblog . beli coolblog . aku tak beli . kamal mahmud beli . pastu an , aku paksa diorang teman aku pegi beli air utk adik aku . dua orang lelaki teman aku pegi beli sebotol air . gentlemen tak diorang ? nampak macho an bila diorang teman aku aku yang cun , ayu , lemah lembut ni . kan kan ? pastu masa nak berpisah tu , KAMALMAHMUD hulur straw . satu coolblog dah ada kat tangan aku . nak tolong pegangkan act . taktau pon dia belikan untuk aku satu danny satu . dan cuba kau bayang apa perasaan aku masa dia hulur straw tu ? eh jap . takyah bayang la sebab kau takkan penah tahu . 

kami berpisah tapi aku tersenyum . hihik . thankyou thankyou . thankyou coolblog kamal mahmud . thankyou danny . thankyou jugak yati sebab awak kasik saya banyak sangat cubitan awak yang sangat halus tu . sakit gila tau dia cubit aku . pastu banyak kali jugak dia hempuk aku dengan barang yang ada kat tangan dia tu . tapi takpa , aku tak kesah sangat pon . sebab dia PA aku yang comel juga merangkap buah hati kawan baik aku . :) ingin aku nyatakan disini , aku taktau pon KAMAL MAHMUD ada jugak hari tu okayy . alhamdullillah . terimakasih ALLAH untuk hari tu . :)

okay dah . tu je cerita aku . yang menarik dan comel tu . kalau kauk rasa tak menarik pon aku peduli hape . cerita aku . wekk ! *jelir sambil buat muka comel* ohmy . memang gila . hari dalam sejarah aku keluar dengan KAMAL MAHMUD , termakan sekali , terduduk sebelah dia , terambik coolblog dia . kesian awak KAMAL MAHMUD . sorry sorry . untung la kau buah hati kamal mahmud . kau jaga dia elok elok okay . kalau takjaga dia elok elok memang kau kena , aku call anak buah aku , kejap je dia settlekan kau . aku ni kaklong kau tau . tapi aku yakin kau dah jaga dia elok elok . :) THANKYOU :)

tu je nak cakap . dan ingin aku tanya kau kat sini , apa kau rasa bila crush kau dk sebelah kau ? borakborak sekali ? dia cakap pandang kau dengan keadaan dia dk sebelah kau ? kau pikir lah apa yang kau akan rasa eh ? sebab apa yang kau rasa tu , adalah benda yang sama aku rasa . okay joe ! stop it . kau angau ! berani an aku letak nama KAMAL MAHMUD dalam blog aku yang dah meletup gedebak gedebum ni . lantak la dia nak pikir apa pon . tak kesah . tapi ,  kalau lah kamal mahmud baca blog aku , satu perkara je aku boleh buat , REDHO :) 

okay . time to stop writing . mengantuk . sleepy sleepy . nite nite nite . muah kiri muah kanan . titew tayang pewminat titew :D

coolblog . pizzahot

i will remember the moment . yeah ! i will . 

Friday, 20 January 2012

di saat aku merindui dirimu ~

keshing ^.^ hello hello . blogging time . hihik *gelak gedik* . apa khabar semua ? sihat ke tidak ? sudah makan ? tengah buat apa tu ? baju raya berapa pasang ? harap harap anda semua sihat . dan sentiasa bahagia di sisi keluarga tersayang . jangan lupa jaga kesihatan tau . 


* bunyi nyamuk lalu tepi telinga *

jap jap . kenapa penulisan aku jadik kotor kat atas tu ? dengan title yang macam tajuk lagu dulu dulu . dengan soalan macam tu . memang tak la kan aku nak tanya soalan cenggitu . aku ni artis . jatuh standard buat ayat dalam kad hari raya macam tu . dah dah . lupakan . weii . aku rindu kawan aku . pastu an tadi , masa boring boring  . takda keje nak buat . bukan takda job occay . aku mintak MC . aku bosan gila la tadi an . aku pon terfikir la nak buat video an . biasa la . nak kasi kawan aku tengok . untuk membuktikan kat diorang aku rindu kat diorang . mesti kau jealous sebab aku tak rindu kau pon kan ? rindu kau buat apa . jumpa pon takpenah . memang tak la kalau nak rindu tu . tapi , oleh kerana kau nih peminat aku an , aku kasi jugak la kau tengok video yang aku buat dekat kawan aku . tapi kau takyah la jealous eh bila tengok vid tu . sebab dalam vid tu muka aku semua cun . biasa la . artis an . dah dah dah . tengok je la k ?

pesanan before kau play vid tu , sila pause kan lagu blog ni . ada kat bawah sekali tu . pause kan kejap . kejap je . aku tau kau taknak pause lama lama an ? sebab lagu dalam blog aku ni best gila kan ? biasa la . lagu aku , suara aku . memang orang suka . haa . dah dah . pegi pause lagu tu . 

pastu , pesanan kedua , sila pakai alat keselamatan seperti tali pinggang , hamlet helmet , sebagai langkah berjaga jaga . aku takut kau tengok muka aku yang cun tu , kau jadik jealous . pastu takdapat nak control kau punya emosi . mesti kau hentak hentak kepala kau kat dinding an ? so , kalau pakai helmet , selamat la . tali pinggang tu pulak untuk pasti kan kau tak bergerak dari tempat asal . mana la tau kau jealous sampai nak bunuh diri . kalau kau pakai tali pinggang tu , kau takleh nak ambik pisau kat dapur an ? pastu kau takboleh nak terjun bangunan an ? kan lebih selamat tu . 

pesanan ketiga , bimbingan daripada ibu bapa untuk anak anak yang berusia 15 tahun kebawah amatlah diperlukan . terimakasih . 

pesanan keempat , kau hayatilah lagu dia eh ? dengar betul betul . kalau kena dengan mood kau , memang kau nangis . muahaha ! *gelak macam setan*

so , please enjoy .. :)

video

maf yea jika kualiti tidak bagus . aku main buat je tu . 30minit je . biasa la . aku pandai blakon je . takpon nyanyi . mana pandai nak buat vid ni . tapi an aku nak pesan ni . kau takyah nak bising bising la pasal vid ni eh . aku taknak la dato' farid TV3 tu tau . kang dia nak masukkan vid aku dalam anugerah skrin pulak . memang kalah la orang lain . aku bukan apa , kesian kat diorang kalau kalah . diorang habis beribu ribu nak buat cerita . aku 30 minit je buat . tapi dah menang an ? kesiankat diorang la . 

so , mesti kau jealous an tengok vid td ? sebab muka kau takda an ? takpayah nak cakap tak jealous la . aku tengok muka kau tadi pon memang nampak ke jealousan tuh . takpayah nak sorok la muka jealous kau tu . ni aku la . sekilas ikan di air , aku tau ikan tu masih hidup . *gempak doe peribahasa aku*

dah la weii . aku nak chow . sahabat sahabat aku *yang ada dalam vid* , aku rindu kau . jom buat trip lagi nakk ? rindu rindu rindu :( 

sahabat sahabat aku *yang takda dalam vid* , takda pesan untuk kau . muahaha ! *gelak macam setan*

aku chow dulu . macam biasa la . sekolah dah start cuti ni . esok aku nak pegi las vegas . bercuti dengan abang aaron aku , dengan bang mail lambung . dengan ah chai sekali . kau nak ikot ? takpayah !!! penyibokk ! dah la eh . byee . aku takbole tido lewat sangat . rosak muka aku nanti . tak cun nanti nak masuk tv . 

okay byee . muah kiri muah kanan . toodles . :)

Thursday, 19 January 2012

manusia

hey hey . blogging time . aku bosan doe . macam biasa time time cenggini aku update blog . tu lah benda yang aku suka buat sekarang . bosan bosan cakap merapu . tak cakap okay . taip . kenapa aku bosan ? hello . bukan sebab aku takda job okay . job aku berlambak lambak . twentyfourseven aku shooting . sampai aku bosan . shooting shooting shooting . bosan kan ? tapi nak buat macam mana . tu memang keje aku an ? artis . cenggini la . mesti kau jealous an ? alaa . takpayah cakap tak la . tadi mak kau call aku cakap kau jealous dgn aku . haa . kan dah kantoi . takpayah nak tipu aku sangat la . aku bijak okay .


so , nak cakap pasal ape ni doe ? seriously , tiap kali nak update blog an otak aku jadik slow je . tu yang taktau nak cakap pasal apa tu . biasa la . aku ni artis . letih sikit . job sana sini an . kajian membuktikan kalau aku letih dgn shooting automatic otak aku gerak slow . aku taktau apa apa doe . tu kajian yang buktikan . mesti kau orang jealous an scientist sume berebut rebut nak buat kajian pasal aku . dah agak dah . kau ni takde keje lain jealous tak habis habis . 


eh . tadi an . aku busy promote aku punya page . hello . bukan sebab orang tak kenal aku okay . cuma yang kenal aku tu semua orang kat oversea . biasa la . aku jarang sangat nak belakon filem malaysia . ye la . ape ada kat malaysia nih . dah la panas . rosak kulit artis yang hot macam aku nih . nasib baik aku pandai jaga muka . menyampah ke bhaii ? haa . kalau menyampah tu dah boleh dah kau calarcalarkan skrin kau punya lappy tu . takpon , kau jolok bijik mata kau dgn batang penyapu untuk pastikan kau tak baca blog aku dah . kalau baca , keje kau nak menyampah je . kalau tak nak jealous . hishh ! tergendala aku nak cakap pasal fans aku kat malaysia ni . 


okay . jom sambung balik . so aku promote page aku dekat penduduk malaysia ni . memang la aku carik publisiti murahan tapi ada sebab doe . aku kan asal malaysia , takkan la aku takda langsung fans dekat malaysia an ? aku pon nak la promote diri aku dekat orang malaysia ni an . ye la . sebab orang kat sini jarang nak kenal aku . aku memang famous dekat paris , new york , london , germany , cambodia , shimla , hish . banyak la . bengkak jari aku kalau nak tulis semua an . tu yang aku promote page aku tu . agak publisiti murahan la . so , page aku untuk penduduk malaysia ni increase dah jadik 100 ribu orang . ramai gila peminat aku . aku taknak la riak sangat an . biasa biasa je . 


macam macam kot reaksi orang masa aku promote page tu . aku IM je stgh orang tu . tak semua okay . insan terpilih je . meh nak citer sikit drama drama yang berlaku masa sesi promotan tu . 


ada setengah orang tu , bila aku cakap do like my page kan , dia cakap assalamualaikum . malu aku doe . yela aku tibetibe suruh orang like aku punya page . salam tak apa tak . terkejut orang tu . terimakasih la yang bagi salam tu . maaf sebab aku lupa nak bagi salam . yela . artis ni kadang kadang mudah lupa . mana nak ingat skrip lagi , mana nak ingat lirik lagu baru lagi an . harap faham la kan .


pastu ada lagi tu , kalau kawan sekolah dulu tu , aku suruh like dia macam okay je . pastu kalau kawan tu or senior kat sekolah dulu mesti cakap , waa dah ada page sendiri dah . i support you . haa . segan aku . tanpa segan silu aku cakap biasa la . dah jadik artis dah . tak pun aku cakap aku saje je nak ari publisiti murahan . baik mengaku awal awal an before orang yang chop kite macam tu an . kire okay la kalau budak skolah aku tu . aku suruh like diorang like je . siap like status lagi . 


next , kawan kawan aku masa aku pegi formula one competition last year . diorang kalau yang like tu occay la . lepas like tu mesti bising cakap aku tak tegur diorang . tegur sebab nak suruh like je . hello kawan . maf okay . aku bukan taknak tegur korang lah . aku segan . mana tau korang tak ingat aku an . korang pon kena paham . aku dah jadik artis sekarang . busy la kan . tapi aku hargai kau kenal aku . yela sapa tak kenal kan . aku ni artis . 


pastu kalau orang yang aku tak kenal tu , lepas aku suruh like , diorang pon macam okay jugak . like . pastu intro intro jadik kawan . okay jugak kan . dapat kawan banyak la aku cenggini . aku layan je la . artis kena layan peminat . okay je la . taksalah pon kalau nak layan orang yang tak kenal dekat facebook ni . sebab facebook ni tempat carik kawan . takde guna kawan kau beribu tapi kau tak penah cakap dengan kawan kau tu . so , terimakasih la kan sebab korang taksombong . 


last , ada yang aku suruh like , dia like je . okay jugak tu . dia tak sombong okay . kalau dia sombong dia tak like pon kan ? thankyou jugak . jap . ada satu lagi spisis . sorang je yang aku jumpa dalam ramai ramai ni . aku promote page aku kan . aku cakap bla bla bla do like my page . dia boleh jawab . dislike dislike dislike . sorry la . apa jenis manusia la cenggini . aku takmarah tau kalau dia taknak like tapi takperlu nak reply cenggitu . mesti kau ingat aku malu an ? sikit pon tak . tapi dalam kepala otak aku ni , aku macam pelik dengan mamat ni . apa motif dia ? hello bang . awak sorang tak like tak jejaskan apa apa la . tapi takpa la . maybe dia nak jadik jujur an . occay la tu .


so sepanjang sesi mempromote page tu , boleh la tau yang mana friendly , yang mana sporting , yang mana cool , dan yang mana poyo *sorang je kot yang poyo* . so , macam yang aku cakap , fans aku dah ada dalam 100 ribu la sekarang ni . tapi kau takyah la jealous eh . takda guna . artis hot macam aku ni memang macam ni . .dekat oversea pon aku dah famous , ni pulak kat malaysia . tanah tumpah darahku ni wei . mesti la kat sini aku famous jugak . plus aku nih adik kandung aaron aziz . aku pon ada jugak berlakon cerita cinta elyssa . yang hero tu aku la . yang samseng tu . cerita tu naik sebab aku la . 


dengan ini aku nak ucap , terimakasih la kat manusia yang sudi like page aku . anda sporting doe . dan anda cool . kalau aku makin famous nanti aku taklupa korang la . skarang ni pon dah famous dah . cuma famous dekat oversea je . takfamous sgt kat malaysia ni . nasib baik abang aaron aku tu cari makan dekat malaysia jugak an . 


kalau ada orang nak cakap entry nih sangat poyo ke hape ke , aku peduli ape . this is my blog , this is my way . kau nak buat entry yang takpoyo , kau tulis dalam blog kau sendiri . takpayah nak busy busy org lain punya blog . dah la baca blog orang . pastu nak kutuk kutuk . takmalu betul eee . dah la . aku nak chow . nak buat preparation . esok ada show dengan justinbieber . duet skali dengan M . daud kilau . okay lah . byee . 


muah kiri muah kanan . saya sayang kawan saya . saya sayang peminat saya . muahaha ! *gelak macam setan* toodles ! bye ! :) jap nak cakap . tajuk entry aku memang selalu takda kaitan dengan isi entry aku . sebab tu la orang cakap dont judge a book by its cover . okay . bye .

Wednesday, 18 January 2012

when ME merapu ! silalah hayati .

hey . aku rasa bosan gila . taktau nak buat apa . so , macam yang aku cakap , bila aku bosan , aku update blog aku an ? so , ni lah yang aku tengah buat sekarang . nampak tak nampak tak ? walaupun sejam yang lalu , aku baru je update . tapi aku nak update lagi . bosan kot . and aku nak tukar mood dah . nak stop kan mood sedih tu .

so , im back . dengan wajah taksedih . biasa la . tadi tu aku sedih sedih sebab aku nak menjiwai watak . artis an . macam ni la . kejap kejap sedih , kejap kejap bahagia . artis yang banyak job macam aku ni selalu dapat watak yang berubah ubah . aku bukan tamak sangat nak amik sume job , tapi producer producer tu yang paksa aku . nak buat macam mana kan ? kalau tak ambik job kan , masuk paper cakap aku ni berlagak DIVA lah hape . taknak aku macam tu . nak jadik artis ni kena pandai jaga nama . 


so , nak borak pasal ape uh malam ni ? gila . aku taktau nak cakap pasal apa . takda idea . 
cakap pasal alam sekitar nakk ? nak kau cakap ? takpayah nak tipu la . takda orang nak cakap pasal benda tu . cakap pasal pembuangan bayi nak ? hishh ! jap jap . aku taknak . nanti aku rasa sebak . aku ni artis yang sangat emotional . haa . kejap kejap . cakap pasal keje nakk ? taknak ? taknak sudah . aku nak . kau taknak , sila blah .

haa . hari tu aku ada cakap aku keje an . pastu aku nak resign kan . tapi aku takut nak bagitau bos aku kan ? kau tau tak , semalam aku dengan beraninya text bos aku , aku cakap . aku terpaksa brenti sebab dad aku suruh brenti . aku kena buat lesen sebelum CNY . aku mintak maaf la dgn dia an . dan kau tau apa jadi lepas tu . dia text aku marah marah . dia cakap aku buat perangai . cuak gila doe . aku tak reply text dia . aku malas nak layan . suka suka hati dia je cakap aku buat perangai . yang dia buat perangai tu . taknampak . *aku semakin marah* rileks rileks . aku takboleh nak marah sangat .  berkedut kang muka aku . takcun kot masuk tv muka berkedut .

malas ah aku cakap pasal bos aku . takpenting pon . takmenarik langsung . salah aku jugak gatal nak keje . sedangkan masa tu job aku dah banyak dah . biasa la . nak cuba nasib kan . tapi nak buat macam mana , aku sesuai jadik artis je kot . boleh jadik pelakon , penyanyi and producer je . kalau yang lain tu takbole . tu yang aku keje tiga hari terus resign tu . gaji ? memang takdapat la kan . takpe la . kalau dapat gaji pon aku taktau nak simpan kat mana jugak . nak simpan dalam bank , memang penuh . takbole nak masuk duit dahh . gaji gaji aku sume aku simpan kat rumah . kat mana aku simpan ? mana boleh bagitau . rahsia . sampai bila bila pon aku takkan bagitau kau yang aku simpan gaji aku tu dekat bawah carpet depan tv kat ruang tamu rumah aku . sampai bilabila aku takkan bagitau . aku ni memang pandai simpan rahsia . mesti kau jealous an ? dah agak dah . nampak muka kau pon aku dah tau la . 

okay . aku rasa aku banyak merapu hari ni . tapi takpa la . sukahati aku . ni kan blog aku . suka hati aku la nak merapu ke nak maruku ke . blog aku . I repeat , BLOG AKU ! hakmilik aku . kalau kau tak pecaya , boleh la datang office aku . aku boleh tunjuk document yang jelas membuktikan blog ni sah atas nama aku . haa . aku taktipu okay . 

eh . dah la eh . aku ngantuk la . puas dah berdrama . banyak kot aku shooting hari ni . dah la nak layan peminat lagi . ramai gila peminat aku datang serang aku tempat aku shooting tadi . sampai bengkak tangan aku nak autograf . kesian kat aku an ? eh . takpayah kesian . aku dah biasa hidup macam ni . artis kan . memang selalu macam ni . so aku mintak izin dulu lah yea . kau pon dah boleh dah slow sloe pegi buat benda lain . sidai kain ke , main golf ke ape ke . nak menyibuk je keje dia . okay lah peminat aku yang ramai sekalian . byee . muah kiri muah kanan . toodles !

no one know what i feel

dengan mood yang sangat sebak dan sedih . penat . hari ni memang aku sedikit emotional . sedih untuk perkara kecik . dan aku rasa bodoh jugak sedih sebab benda ni . tapi apa boleh buat . memang aku cenggini . right now , i need blog . sebab blog ni tau semua benda . dia pendengar yang setia walau dia takda telinga . 

kenapa aku sedih actually . tadi naili , tim bagitau dia takdapat balik for CNY . hari tu dia cakap , daftar hari ni then jumaat ni balik . aku bajet bajet nak keluar dgn mereka . tunggu siha balik . then tunggu diorang balik . pastu keluar an . buat prangai gila gila . homaigod . dan bila diorang takbalik . rasa frust . sumpah . kalau keluar dgn diorang , takbest sangat kalau takcukup . hmm . dan just imagine , nanti nak ambik result baru diorang balik . babes , bulan tiga tu . skarang baru bulan satu . 2 bulan lagi . lama tu .

dan aku mesti rindu kat diorang . siha cakap , ada hikmah disebalik sesuatu . yeahh ! memang betul . there must be something yang aku taktau . tapi aku tumpang bahagia lah . occay la tu diorang dah dapat masuk U . boleh jumpa abang abang handsome an . occay . taknak cakap pasal diorang dah . mata aku berkaca . 

aku mintak maaf kalau ada sape sape terkena dengan aku hari ni . kalau aku emotional hari ni . aku mintak maaf . aku rindu kawan aku . dan aku terkejut dengan berita tadi . kejap . tapi diorang bukan nya pegi takbalik balik . mesti la balik an . tapi lambat lagi .
aku rindu korang . naili , tieym , aini , siha , nani , naimah , porshe , dini . korang kawan sampai mati aku  .. :'(

aku emotional kan ? aku lebihlebih kan ? takpelu aku nak cerita benda kecik ni kat blog aku kan ? tapi lantak la . blog ni je dgr luahan hati aku . engkau , kalau taksuka takpayah nak bukak blog ni lagi occay ? dah . aku nak out . basuh muka . bye .


this is for NAILI

kau belajar elok elok 
do take care of yourself 
layan peminat kau elok elok 
kalau jumpa mamat handsome ingat kat aku occay 
sila carikkan jodoh untuk aku
aku taksempat nak peluk kau ketatketat before kau pegi
ingatkan jumpa lagi jumaat ni 
tapi takpa la
kau jaga tieym untuk aku occay ?
aku sayang kau teramat sangat
kau ada tempat kat hati aku :')

this is for TIEYM 

kau pon sama 
belajar elok elok 
kalau jumpa mamat handsome tolong ejaskan untuk aku satu
aku tak sempat nak peluk kau an masa bbq tu ?
sorry pasal salah faham malam bbq tu
kau jaga naili untuk aku occay ?
aku pon sayang kau ketat ketat
kau pon ada tempat dalam hati aku :')

byee . selamat menjadi budak U . 

Tuesday, 17 January 2012

the true friends :)

eh eh . update belog kejap . bosan ah . tapi seriously , no idea at all . walaupun aku baru je update blog tadi , tapi rasa nak update lagi . aku bosan and aku perlu luahkan everything kot yang ada dalam kepala otak aku ni . memang kena luah . kalau tak jadi gila . kalau aku jadik gila , satu dunia akan sedih sebab kehilangan bintang yang bergemerlapan macam aku ni . kan ?   takpayah nak cakap tak la . jawapan dia memang ye . 

eh kejap . its 17 JANUARY 2012 rite ? kalau betul hari ni dua orang kawan aku akan daftar pergi university . maka diorang dah selangkah ke masa depan . tahniah aku nak ucap untuk diorang dua orang tu . masuk U jugak akhirnya . diorang dapat masuk UTP . Universiti Teknologi Petronas . jap , lupa nak cakap . kawan aku tu , mestilah kawan baik aku . yang memang kesayangan aku . kalau tak , takkan la nama diorang ada dalam blog aku kan ? kawan aku tu naili and tieym . tahniah ! :') you makes me proud of both of you . kagum aku ada kawan macam kau dua orang . 

so , masa kau dok dkt U nanti . kau jangan buat tak ingat dekat kitorang kat sini okay ? walaupun kau pegi daftar esok , pastu kau balik plak jumaat nanti , aku tetap nak pesan jugak . kau blaja elok elok . kalau nak cari pakwe , tolong ingat dekat kitorang kat sini okay . tolong ejaskan untuk kitorang jugak . please :) aku taknak yang jambu sangat kay ? pastu an , kau dok sana jaga diri elok elok . takpayah ambik job shooting banyak banyak . bia aku je yang ambik sume job tu kayy ? dah tu je aku nak pesan dekat kau dua orang ..

dan bila dua orang tu dah pegi U , aku dan yang lain masih terumbang ambing .

 aini still dekat kelantan . hari tu buat lesen . and now masih dalam proses buat lesen lagi kot . maybe dah dapat lesen P . homai , jealous . 

next , siha cha . she's in kl . if i not mistaken , 20hb dia balik kelantan . aku tktau apa aktiviti dia dekat kl . tapi yang aku tau masa new year hari tu , dia pegi BTS dengan kakak dia  . dan aku jealous jugak . 

next , porshe . dia sibuk dengan class ape ntah . english class . baru habis public speaking kalau tak silap aku . okay la tu . atleast dia buat hal yang berguna untuk masa depan dia . 

next next , nanie . dia baru balik from kl . tak la baru sangat an . tapi benda latest aku tau , dia pegi kl hari tu . okay la jugak . dapat makan angin . aktiviti terkini dia , aku taktau . dia menyepi . aku rindu kot dekat dia . :)

last but not least , naimah . yang aku tau tentang dia . dia masih lagi berada di kelantan kot . sama macam aku . tapi dia jadi surirumah tak bergaji . dia baik . dia tolong mak dia kat rumah . saya bangga dengan awak :)

dan aku ? merantau jauh jauh . paris , new york , germany , london ,  uganda , shimla and so on . shooting . show . dancing . singing . acting . aku baru brenti kerja . and tengah carik keje lain sebab aku nak blanja sweetheart sweetheart yang kat atas ni . :)

sejujurnya . aku rindu mereka . nak gelak gelak . lepak lepak . nak dok dalam kelas . pegi beli makanan dekat kedai belakang . guys , aku rindu kau . nanti lepak skali lagi okay ? maksud aku berkali kali . 

okay bye . tibatiba mood jadik sedih . sebab aku rindu kau orang . nanti jumpa okay ? bye sweethearts . i do love you more than everything :')

here comes the list of my SWEETHEARTS . 
# NUR FATIN NAILI
# NUR FASIHA
# AINI
# SITI FATIMAH
# NURUL ARIFAH
# NUR HANANI
# NAIMAH 

no one can take them from me , except ALLAH :) okay bye . :')

Monday, 16 January 2012

this is for kaklong :)

whoot whoot . aku bosan . jadi ku ambil langkah bijak dengan mengupdate blog . actually yang aku tergerak hati nak update blog ni sebab tadi kan aku visit blog fans aku yang ramai tu kan . bertuah sangat la fans aku yang mana blog dia tu aku follow . mana tak bertuah , jarang artis hot macam aku ni nak follow blog peminat kan . tapi takpa la . demi peminat aku tak kesah sangat . 


masa aku menjalankan aktiviti blogwalking tadi , aku bukak la siha cha punya blog . fan kesayangan aku tu kalau kau nak tau . tapi mesti kau nak tau an . kalau kau taknak tau takkan kau bukak blog aku yang gorgeous macam aku ni . aku ada terbaca satu entry ni . yang dia buat birthday wish dekat kawan aku . jadi aku tertarik nak buat benda sama . kau nak cakap aku COPYCATS ? err . silakan . takpa la . demi kawan . copycat pon copycat la .

jom cerita pasal dia nak ? kalau taknak sila berambus dari sini . nama kawan aku tu AINI . aku sekelas dengan dia dua tahun . start masa aku form 4 lah kan . masa form 1 form 2 form 3 tak sekelas sebab dia lagi bijak dari aku . kalau dia bijak dari aku , maknanya dia sangat bijak lah kan . sebab aku ni pon dah bijak sangat dah . kau bayang la kalau dia lagi bijak an . tak . seriously dia sangat bijak . pompuan baik tau . dia jugak agak cun . manis . comel . ada la package nak jadi artis macam aku . tapi aku rasa dia takboleh lawan aku . sebab award aku memang banyak gila . aku start rapat dengan dia since aku form 5 . kalau ada  benda yang aku takpaham , memang dia lah salah sorang yang akan aku cari . dekat dekat SPM , dia jadi cikgu LK aku . tapi ramai kot berebut dia nak suruh ajar itu ini . tu cukup membuktikan dia sangat bijak . aku sayang dia ketat ketat . sumpahh ! dia ajar aku macam macam . tak kira lah pendidikan secara formal ataupun tidak formal . 

here comes my sweetheart . cik aini . 
cun kan dia ? saya sayang dia :)

dia dan aku
walaupun nampak macam aku je yang gila
kebenarannya aini juga dua kali lima gila tak kurang dari aku

so , here , aku nak mintak maaf dengan cik aini aku . hari tu masa birthday dia aku tak wish . niat nye nak wish lewat lewat dalam pukul 11.45 cenggitu la . atlast , aku tertido . sedar sedar pukul 12 lebih hari lain dah . tak sempat nak wish . jahat nye aku an . sorry aini . kau kena paham aku ni artis . letih dengan shooting . maaf again . 

and now , i would like to wish you , for once again , happy belated birthday sweetheart , happy sweet 18 . may ALLAH bless you . forget me never okay ? . since your birthday is earliest than the other , why dont we just call you kaklong ? okay takk ? now , kau dah tua lagi satu tahun . tapi ingin aku tegaskan kat sini . takpayah nak ubah sangat la perangai kau tu . aku suka prangai macam tu . dan aku tau mereka mereka yang lain juga suka . for SPM result , aku cukup yakin kau akan dapat straight a's . aminn . kalau kau dapat bunga tapi aku takdapat , kau kasi aku sekuntum okay ? please . aku nak sangat pegang bunga . :) pastu an , aku nak cakap ape lagi uh . haa . maaf salah silap aku kay ? sepanjang kita kenal . takpayah nak simpan dendam sangat lah yea . kang takpasal pasal , kau datang simbah asid kat muka aku . jangan cenggitu k ? aku sayang kau gilagila . ketatketat . kawan sampai bila bila k ? mesti kau nak kawan dgn aku sampai bila bila kan . sebab aku ni kan artis . kan kan ?

dah la . tu je aku nak cakap . to kaklong baru . aku doakan kau bahagia okay . eh jap . nanti kita pegi U samasama eh .  course sama eh . okay bye sweetheart . aku nak chow dulu lah . biasa la . aku takboleh lama lama . busy dengan shooting . tu pon adik angkat aku yang nama greyson chance tu offer aku jadi heroin dalam video clip dia . taknak la aku . buat apa an . aku dah banyak sangat job . okay la . bye sweetheart . 

once again . i would like to give credits and thanks to my sweetheart siha cha for the idea :) 

Sunday, 15 January 2012

RESIGN :)

hey sweetheart sweetheart . pengarang jantung buah hati aku . bangga lettew aku cakap macam tu . biasa la , jarang artis nak cakap macam tu dekat peminat . okay . kau baca tajuk entry ini kejap . RESIGN kan ? kau ingat lagi tak semalam aku cakap aku dah dapat keje an ? and hari ni aku rasa nak resign . 

tapi sampai sekarang aku tak bagitau bos aku yang aku nak resign . aku taktau la kenapa aku jadik macam tak sampai hati . bos aku tu baik cuma ada beberapa sebab la aku nak resign . aku taknak bagitau nanti mengaibkan pulak kan ? kang masuk paper aku mengaibkan orang . takpasal pasal satu malaya bising . takpasal pasal kau jealous . kan kan ? cakap je jealous . apa ada hal . 

masalah aku sekarang aku nak resign tapi taktahu nak bagitau macam mana . kalau dia tanya sebab kenapa nak resign , aku taktahu nak jawab apa . kalau berterus terang kan takut dia terasa . dan aku sangat risau dia taknak lepas aku . sebab aku mintak cuti pon macam dia berat je nak kasi . aku bukan nak bajet hebat ke ape . tapi aku memang hebat la kan ? sampai bos sayang gila nak lepas an ? 

and bos aku tuh macam dah plan banyak benda untuk aku buat minggu ni . dan just imagine what will happen kalau aku suddenly resign . tak ke rosak plan tu . jahatnya aku . tapi seriously , taktahan siott . nak resign nak resign . kau doakan aku dapat resign dan bos aku kasi aku resign kay ? 

okay done . tu je aku nak cakap . entry nih macam bosan sikit an ? kalau kau takpuas hati takyah la baca an . takpayah nak tekan tekan . menyibok je . tu sweetheart sweetheart aku , do sokong sokong me kay ? kau kan peminat aku . kan kan ? terharu gila kot ada peminat ramai sampai beriburibu ni . dah la .aku nak chow dulu ni . 

sweetheart sweetheart , bye . muah kiri muah kanan . kimsalam mak ayah tau . kalau ada abang abang kau yang handsome handsome tu minat aku , boleh la nak ejaskan . aku on je . biasa la . aku artis yang layan peminat an . okay byee . 

kamal mahmud sweetheart <3


Saturday, 14 January 2012

something NEW again !

tengok tengokk . ada nampak benda baru takk ? ada kann ? layout baru dekat titew punya blog . dan kau nampak sesuatu ? kalau kau bukak blog aku ni nampak la sikit blog ni blog perempuan ayu cam aku an ? kalau sebelum ni ada kau rasa keliru aku ni acano , hah ! aku perempuan yang sangat ayu . penampilan bru ni menjelaskan segalanya . wahh ! kelas ayat aku jah ! jealous la tu kan ?


lama tak update blog . actually quite busy . aku kerja doe . sebelum ni shooting je keje aku an . skunk ni aku stop shooting jap . aku nak keje biasa biasa je . apa ni orang cakap , aku buat homework before shooting cerita baru . aku keje biasa biasa je . tapi takpa lah kan keje apa pon . janji halal . dapat gaji , alhamdullillah .


nawaitu aku , gaji aku untuk sebulan yang pertama nak buat belanja family aku . second nak buat belanja kawan aku . ketiga aku nak beli banglo lagi sebijik . pastu nak renovate banglo lama . nak buat padang golf , nak buat pantai tepi rumahh . pastu duit yang lebih lagi tu , nak beli kreta merce lagi dua bijik . bmw nak tambah satu je . then nak beli pesawat peribadi lagi satu . biasa la . aku ni selalu je ke oversea an . breakfast kat new york , lunch dkat shimla , dinner dekat paris . biasa la artis kan . jealous la tu kann ? aku dah agakk . pastu lepas aku kira kira , ada duit lebih RM 4.35 , aku nak derma dekat anak yatim . budak budak takbole pegang duit banyak banyakk an ? nanti hilang .. 


okay dah cukup aku merapu . besar citacitaku . tapi an aku fikir , kalau aku dapat keje kat tempat lain minggu depan aku nak resign terus . malas dah aku buat keje yang sekarang ni . kau takyah tahu la kenapa ehh ? doakan yang terbaik untuk aku je k ? kalau betul korang peminat aku . 


eh dah la . aku nakk off . nak tido awal bang . esok keje . homaigod . malas gila . dan aku sangat letih . aku tido dulu kay sweetheart ? nantikan wajah baru blog aku lagi k ? ada lagi aku nak ubah ubah tu . and to KAMAL MAHMUD <3 i do like you and im waiting . outside the line :)


titew tido dulu tauu . muah sikit . muah kiri muah kanan . nanti kimsalam la dekat mak ayah . bye . muahh ! <3


kamal mahmud sweetheart <3

Wednesday, 11 January 2012

back to SCHOOL :D

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum
hello ^.^

waah ! tadi an aku back to school
planning asal nak pakai baju sekolah
tapi takjadik
kalau pakai baju sekolah 
nak melencong tak boleh sebab mesti orang ingat ponteng
aku pulak risau masuk paper ke hape
maklum la 
one whole world kot tau aku artis 
kau ada ?

pastu aku pegi lah dgn rakan artis aku yang lain
naili , tieym , aini
janji pukul sembilan tapi aku dgn nai sampai 9 lebih
biasa la shooting habis lewat
nak bertolak from SHIMLA nak balik MALAYSIA
lama kot 
tu yang sampai lambat tu

okay sampai kat sekolah tu
first time la kan pegi sekolah sebagai artis yang banyak award
sebelum ni takda orang kenal sangat
pastu pegi tu
semua budak sekolah keluar kelas
then serbu kitorang ramai ramai
serbu aku je la
sebab aku lupa nak pakai mask
kawan aku yang tiga orang tu pakai mask
so orang tak cam sangat la
tujuan utama , pegi bilik SPBT hantar buku teks 
yang sepatotnya hantar TAHUN LEPAS

pegi bilik SPBT jumpa teacher mimi
salam salam rindu saya kat dia
rindu nak ponteng kelas dia . haha
okay gurau . lucu takk ?
lucu kan ? okbyee .

pastu kitorang borak dgn teacher mimi kejap
then mintak izin nak keluar lah
sebab nak pegi jumpa cikgu lain
pastu pegi bilik guru
jumpa CIKGU ROSYA 
cikgu yang ajar aku SEJARAH
sebab dia la kan aku boleh A sejarah
pastu salam dengan cikgu terdekat
which is cikgu AINUN , cikgu ZAIMAS dan ramai lagi
cikgu AINUN plak bagi nasihat kat artis yang dua orang tu
maklum la kan , diorang nak masuk U dah
bijakk ann ?

pastu lepas pegi bilik guru pompuan
pegi bilik guru lelaki
looking for our beloved PAPA BEAR <3
ckgu HUZAIMI
tapi takjumpa
tapi takpa la 
yang ada ustaz YUSUF
the handsome one . muahaha !
jumpa lah beberapa cikgu orang dalam tu
then kitorang blah
takboleh dk lama lama
nak cari papa dilain tempat

tapi before cari PAPA HUZAIMI
kitorang nak cari PKKO baru dulu
jeng jeng jeng
masuk pejabat guru kanan
terpampang lah 

"PENOLONG KANAN KOKURIKULUM"
ENCIK MOKHTAR BIN JAAFAR

masuk masuk ja dah nampak muka SIR 
which is cikgu TK aku
bangga bangg !
bukak pintu nampak muka SIR
auww ! cayalah sir

nak masuk tapi ada orang
tunggu la dulu
pastu kan , nampak la papa kitorang en
niat nya nak buat suprise
masa tengah sembunyikk tu
suara cikgu SEHWALI yang kuat tu pon kedengaran

"hoh ! tu papa awokk tuhh !"

punoh kijo kawe !
tak jadi nak buat suprise bangg 
kitorang pon keluar dari tempat tersebut
jumpa papa 
auww <3 rindu doe
pastu kan masa tengah cakap cakap ngan cikgu HUZAIMI kan
jeng jeng jeng
cikgu MARINA . pkhem .
jumpa dia salam salam
ehemmm 
*maaf saya terbatuk*

cikgu HUZAIMI ajak pegi bilik guru
tapi aku suruh dia pegi dulu
sebab tak jumpa PKKO baru lagi
pegi lah masuk bilik dia 
and guess what , dia pakai IPAD
canggih wooo !
masa nak keluar tu kan
dia ambik gambar kitorang pakai IPAD
muka aku ada dalam IPAD tu .
muka kau ada ? takda kan ?
jeles lettew !
aku bukan nak bangga sangat tp
maklum la
sebelum ni muka aku masuk majalah 
masuk tV 
yelahh . artis an . cenggini la

lepas bergambar
pegi la bilik guru jumpa cikgu HUZAIMI
pastu cakap cakap
dia hulur duit
keshingg $.$
jealous tak jealous tak ?
dia kasi dua ribu kalau taksilap

pastu lepas jumpa cikgu huzaimi
kami jalankan misi cari sijil aku yang hilang tu
tapi takda
homaigod . sayangg ~
dah dah dah
redhoo ~

kami pon memasang niat nak pegi starbuck
lepas pegi kantin tapi taktau nak makan apa
jalan jalan pegi sana tp tutup
homaigod ! sangat kaciwa
pastu kitorang pasang niat nak melencong
okay , KB jom !
pegi lah kitorang melencong
naili aini tieym hasut aku okayy
tapi sebab samasama artis kan 
pegi je la
tunggu driver datang ambikk
muahaha !

pegi KB nak makan act 
diorang nak makan PROSPERITY yang sangat tak sedap tu
tapi sampai dekat MCD tu pukul 11 lebih
takpa la jalan jalan dulu
survey survey barang BBQ then back to MCD 
masa tu 11.55
tunggu la dulu
pegi cari tempat dulu nakk ?
naik la cari tempat 
lepak lepak sesuaikan diri dgn keadaan
pastu tengok jam
alaaa dah pukul 12 
pegi la order . tapi taktau kenapa
harga murah suddenly
*actually saja tunggu mcvalue lunch*
kitorang bukan main prepare RM 200 nak bayar
tapi naili yang belanja
biar la . taksalah tolong orang dapatkan pahala
so naili ,, i love you

aku order SPICY CHICKEN MCDELUXE je *panjang an?*
diorang tiga orang order prosperity
naili tu memang dia suka makan benda tu
yang dua orang lagi tu try try makan 

masa aku naik tu kan 
aku tengok phone aku yang aku tinggal dekat aini dgn tieym
kau tahu wallpaper aku dah bertukar ?
tiba tiba wallpaper phone jd ...


gila kann ? fuhh . nasib baik takrosak phone aku
pastu aku pon try check check phone
tgk gambar . kau tau gmbr apa ada ?



fuhh . nasib baik sangat cun sikit
kalau tak memang aku delete
tapi risau jugak takot masuk virus ann ?
takpa la nasib baik diorang artis
blog artis kena letak gambar artis 
muahaha !

pastu , aini dgn tieym dahh bukak prosperity tuh
aku memang dah tergelak
sebab bau benda tu sangat "WONGI"
so aku pon buat bodoh 
tunggu ja diorang makan . haha
sambil tunggu tu , aku bukak lah rezeki aku

spicy chicken mcdeluxe :D

dan aku makan dgn nikmatnya
then aku tunggu je diorang makan benda yang aku sangat tak suka tu
 before diorang makan aku dah warning
benda tu pedas gila
tapi diorang nak try jugak lantak la
tieym pon makan an ?
aku tengok dia pastu aku gelak
dia bajet cool dia cakap 

macam ni kau cakap pedass ?

walaupun aku tahu dia dah rasa apa aku rasa .
kau tengok muka dia 

nampak tak muka COVERLINE dia ?

pastu aku tengok aini
dia buat muka takley blahh 
siall je an ?
tapi muka dia merah bangg !

makan makan
aku tengok nai cool je
dia sorang je kot yang suka benda tu

cool je an muka naili ?
tieym pulak sibuk je nak sumbat dalam mulut orang
dia punya tak habis

so aku bagitau dia cara yang aku buat kat rumah
dia pun try buat cara yang sama
which is ...

nampak tak nampak takk ?

kan aku dah cakap benda tu tak sedap
pastu dia makan jugak
kitorang pon habiskan makan
pastu cuci cuci tangan 
ambik gambar satt 


okay aku takcun sangat

pastu siap makan
diorang teman aku pegi beli barang bbq
shopping shopping
pastu bayar
pastu naik hammer dekat parkson
niat nak naik roller coaster tp ada orang
naik hammer tu okay la
takda orang sangat

pastu artis kan taksah kalau keluar tak shopping kasut an ?
kitorang pegi la kedai kasut'jap BOUTIQUE actually
cari kasut baru nak pegi shooting 
takkan nak pakai yang sama je kan ?
tapi aku dengan aini takda la bersungguh sgt an ?
si naili dgn tieym obses gila cari kasut
lain kali biar je la kakak tu layan kita
biar dia tolong promote
kita ni artis takboleh banyak gerak
sume benda orang kena layan kita tauu 
the best part is photoshoot again
gambar kat bawah je la kayy ?

next kasut pon dah borong satu kedai
penat kakak tu nak scan
kitorang pegi beli dress baru 
nak pegi dinner lah hape la kan ?
shooping 
nasib baik kitorang bawak bodyguard kan
tolong pegangkan 
berat jugak tadii barang
berapa thousand entah habis

bosan berada di KB
keluar pintu PARKSON lepas shopping
driver dah tunggu depan pintu
singgah pegi 7E beli topup
driver betul betul hantar depan pagar sekolah
aku cakap takpayah la
sebab kitorang artis low profile
tapi pakcik tu yangg nak letak depan pagar

sampai kat sekolah
photoshoot sikit
sorang sorang balik
tieym balik dulu
pastu an , aku , naili dgn aini borak pasal ombak rindu
cerita tu kan mcm ntah pape an ?
*mintak mintak abang aku tak baca*
pasti borak pasal job baru
borak borak kejap aini balik
passtu ann , borak ngan naili pasal job yang banyak tu 
naili pulakk balik and aku orang last

so macam tu lah pegi sekolah hari ni
so lihatlah gambar dibawah yang sempat di SNAP :D

VENUE : GIANT
MODELS : NAILI , JOE , TIEYM , AINI

NAILI , ME , TIEYM

NAILI , AINI  ,TIEYM

VENUE : PLAYGROUND
MODELS : TIEYM , NAILI

beliau sangat over =_=

models . --'

VENUE : KASUT PLACE
MODELS : JOE , AINI , TIEYM , NAILI 

abaikan perutku yang buncit sikit tu

it should be eight rite ?

VENUE : SCHOOL again
MODELS : JOE , NAILI , TIEYM , AINI







best student ever , kan ?

and the best teacher ever . kan ? kan ?


okay done . tu ja 
and the best part is 
baju yang kami pakai tidak di sponsor
BAJU KURUNG 
nampak MANIS dan SOPAN 

dan , masa ontheway nak balik sekolah
aku dan naili nampakk kereta cantik
dua orang artis lain taknampakk

okay aku brambus dulu
takpayah nak kutuk sangat la k ?
aku tau kau jealous . sebab gambar aku sume cun

okay byee 
muah kiri muah kanan :D
toodles !!

kamal mahmud <3

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !