BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 29 September 2013

Oh Auto CAD

Tornei-me insano | via Tumblr

Hello hai and Assalamualaikum. Jadi disini aku ingin meluahkan sedikit perasaan geram dan kecewa dengan Auto CAD aku yang entah mengapa tidak berfungsi. Boleh tahan menyakitkan hati lah. 

Jadi cerita dia berbunyi begini tau. Aku telah membuat keputusan nak ikut dak dak ni pergi mcd buat Auto CAD. Ye ye. Nawaitu dah pasang nak buat Auto CAD sebab aku rasa aku baru buat sikit disaat orang lain dah buat elevation segala bagai. 

Lalu aku siap siap tunggu dak dak ni datang ambik, then aku memujuk rayu Farah untuk pinjam laptop beliau kerana laptop aku haram jadah takleh install Auto CAD. Dan alhamdullillah Farah dah mengizinkan aku untuk meminjam laptop beliau kerana beliau nak siapkan kerja design beliau. 

Lepastu lepastu kite gerak gi mcd. Disaat duduk di meja yang sesuai, dak dak ni yang dah memang power Auto CAD bukak laptop dulu dan terus buat CAD. Tapi aku, terlampau kebulur lalu aku pun mencari sesuap makanan yang ada di MCD ni haaa. Lalu aku melantak. 

Nampak tak perbezaan dak dak power dengan dak dak yang tak power macam aku? Lalala. Lantak. Pastu setelah kenyang melantak rezeki di tengahari, dengan semangat yang membuak buak, aku pun bukak lah laptop yang diberi pinjam oleh Farah sebentar tadi. 

Dan harapan, harapan menjadi layu. Semangat yang membuak buak seolah olah tiada gunanya lagi apabila aku memang takboleh bukak CAD aku. Eh sial sial sial aku menjerit di dalam hati dengan harapan tiada orang dengar. Ihiks ihiks ihiks.

Jadi dengan perasaan yang kecewa, aku pun update blog. Semoga korang turut sama kecewa dengan aku. Sekarang ni aku tengah tunggu abang kacak, AZMIL LOKMAN yang dengan rela hati nak tolong aku settlekan masalah aku. Thanks Azmil. Jasamu ku kenang. Semoga anda semua tolong saya doakan pointer AZMIL tinggi. Eh jangan lupa doa pointer saya tinggi jugak tau. Eheh eheh. 

Terimakasih. Untung juga saya ada peminat macam awak semua ni tau. Lalalala. Semoga muntah hijau semuanya. Kbye dah nak publish. Lalalala. Lagi sekali saya update entry yang sia sia. Haha. Kbyeeee. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Anyonyonyo. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab gatal. 

Follow me on Tumblr! (http://thousandwordquotes.tumblr.com/)

Friday 27 September 2013

Sia Sia

Quote love is friendship set on fire | 9images

Hi ain comel dan ain comel sangat hewhew. Jo sayang ain ihiks 

Hi Assalamualaikum. Aku nak cakap dan nak highlight, ayat diatas yang kaler merah dan kecik tu adalah hasil seni gila publisiti ain. Dia yang gatal tangan nak taip lepas tu tak kasi aku delete. Lepas tu aku pun ikut lah kehendak gila publisiti dia dengan tk delete ayat yang dia taip tu. Kengkonon ambik hati. 

Jadi aku tktahu kenapa aku rajin sangat nak update blog. Serious. Padahal aku bukannya aku ada idea sangat nak update. Pendek kata aku merepek je ni. Hewhew. Okay ada orang tanya aku, hewhew tu apa. Honestly aku tktahu hewhew tu apa tapi aku guna jugak sebab kengkonon nak ikut trend. Ihiks. Walaupun aku tahu hewhew tu adalah benda yang sia sia. 

Anak anak yang dirahmati Allah sekalian, jangan lah kita membuat benda ataupun perkara perkara yang sia sia. Daripada nak hewhew, baik korang pergi mengaji Al-Quran. Solat hajat. Memandangkan sekarang ni macam ramai orang yang nak final exam. Haa dekat kan diri dengan Allah SWT sikit. Hihi. Eh apa pulak sikit, banyak. 

Acecece. Aku nasihat orang tapi aku rasa aku pun macam tengah buat benda yang sia sia ni. HAHAHAHA! Habistu aku macam dah penat belajar. Eh korang tahu tak semalam aku tak tidur tau. Serious tak tidur. Buat drawing. Eheh. Tapi end up drawing tu tak guna pun hari ni. Kalau aku tahu aku tidur awal awal. 

Hm okay. Alang alang aku dah update blog ni, aku rasa nak berkongsi cerita sedih lah dengan peminat peminat aku. Aku rasa raya haji ni aku tak balik Kota Bharu, New York. Hm hm hm. Sebab nya masa tu cuti kejap je. Eh entah. Aku pun tktahu kenapa semua orang tak balik. Jadi aku tak balik jugak lah. Habis tu macam tak leh balik gitu. 

Jadi aku nak cakap lah yang aku ni sedih lah. Sebab seumur hidup aku, tiap tiap tahun aku raya dengan family aku tau tau tau. Tengok lembu tumbang sama sama. Habis tu tahun ni nak tengok lembu tumbang kat mana? Dekat Ipoh ni ada anjing je. Mana ada orang korban anjing raya haji. Tu haram jadah nama dia. 

Eh jangan lah nangis. Aku baru cerita sikit. Ah cengeng. Hihi. Aku ada kelas CAD tau petang ni tau. Student yang berjaya akan bukak laptop dan siapkan kerja CAD tapi aku. Hm hm hm. Bukak blog update. Takda matlamat hidup. Padahal final is around the corner , thank god ada traffic light, lampu merah. Boleh stop kejap. eheh eheh eheh.

Okay dah, Aku taktahu dah nak bebel apa tau. Serius. Aku macam hm hm. Aku makin bosan sekarang. HAHA. Tapi aku rindu geng geng aku yang sem lepas tau. Rindu sangat. Aku banyak berubah, so orang dah menjauh. Tapi jujur, rindu keakraban sem lepas. Haa gitu. Keakraban kau. Haha. 

Dear in the Headlights

Dah dah. Bye semorang. Selamat maju jaya dalam hidup masing masing. Doakan aku juga berjaya. Kita satu bangsa kita satu negara, kita satu matlamat wohooooo. Lalalalala tak memasal. Dah kbye. Assalamualaikum. Ihiks ihiks. 

Thursday 26 September 2013

Infiniti Cinta?

Always love you but I let go

Hello Assalamualaikum. Tak jawab dosa jawab sayang. Anyonyo. Dengan mood yang lain, kengkonon nak move on, aku gagahkan diri untuk update blog yang tak seberapa sangat ni tau. Yelah. Ape je ada. Ye dok? Lalalala

SO yeah, hari ni Music Video INFINITI CINTA keluar, and and I was like omg omg tak sabar nya nak tengok. Dari semalam dah meroyan dekat twitter tulis lirik lagu tu segala bagai siap mention babyboy dengan harapan dia retweet walaupun dia tak retweet. Duh. Please. Haha. Takda lah. Mention, hashtag sebagai support memandangkan gua seorang isteri yang solehah dan sentiasa support babyboy gua. Ihiks ihiks. 

Honestly, pagi tadi bangun tidur sibuk siapkan drawing yang kengkonon kena submit pukul dua hari ni. Tak makan tak mandi terus buat drawing yang boleh tahan sakit hati tu. Pukul dua pergi kelas, pukul empat balik tidur sebab penat sangat, pukul sembilan baru bangun. Buruk nya perangai anak dara. 

Dan lepas pukul sembilan baru sibuk nak tengok MV Infiniti Cinta. Pergh pergh pergh. Good job GHAZ ABU BAKAR, ZIZAN RAZAK yakni suami saya, dan KAKA AZRAFF yang cantik noh. I keep repeating the video again again and again. Tak sangka laki gua boleh jadi chef and omg omg sangat, Kaka Azraff sangat cantik okay without braces. Angel sangat nampak. 

Masih eksaited tengok video tu. Serious aku ulang ulang. Haha. Macam orang takda kerja kan? Buat report agama pun sambil dengar lagu tu tau tau. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Haha. No matter what, good job! Tahniah semua pihak. And and, tahniah ZTF, trending AWANI gitu. Hahaha. Power power. Dah berapa kali dah. Boleh tahan power ZTF ni. Mohon Kak Needa bangga dengan anak buah beliau. cc: @needa_h

Okay okay. Sudah sudah. Berkenaan hati dan perasaan aku? Hm. Nothing. Kosong kosong kosong. Mungkin jiwa ni dah kembali tenang. Aku sendiri pun dah tidur macam orang pengsan. In fact, I'm still hoping for the best in my life. 

Okay dah. Tasha dah balik. Aku pinjam laptop dia ni haa update blog. Hihi. Thankyou @tashaaaarashid. Follow lah dia ramai ramai. Hahaha. Dah aku rasa aku nak chiow dulu. Wahai peminat peminat yang menyayangi Kak Culing, mohon doakan kebahagiaan Kak Culing. Boleh? Haaa gitu. Bajet artist sangat nok. Mohon takda orang bash. Haha. Kbye. 

pain

Saturday 14 September 2013

Hello Kota Bharu

Keep your gead up
Alhamdullillah. I am safely arrived at Kota Bharu, Kelate. Eheh. So ingin aku bangga kan yang entry ini di update dikala aku sudah landing dengan enaknya diatas katil yang empuk, di bilik sendiri, di rumah sendiri. Pheww. Empuknyaa tilam ini. 

Dekat Ipoh mana ada katil. Mr K kedekut haram jadah. Tssk T.T Sakit tau belakang tidur atas tilam je tau. Kadang kadang tidur atas kerusi, kadang kadang tidur atas lantai berselimutkan drawing. Eceh. Bajet tidur dengan assignment. Padahal buruk tak buruk perangai aku, mana pandai buat assignment sekarang. Tidur lebih penting gitu. HAHAHA.

Yelah. Pengalaman itu mendewasakan. Jadi sebab aku rasa aku dah lama jadi warga PUO, aku rasa aku dah power dan dah dewasa. Orang dewasa mana buat assignment, jadi aku biarkan je assignment aku tu. Hewhew. Tidur itu lebih penting. 

"Nak hidup sihat, tidur kena sentiasa cukup. Sekurang kurang nya lapan jam sehari. Lebih itu lebih baik", kata aku yang tak pernah makan sayur. 

Jadi cerita dia empat hari cuti ni aku nak hidup dengan tenang di Kelantan dimana aku tak perlu fikir assignment drawing segala bagai. Jadi aku telah mengambil langkah bijak untuk tidak membawa pulang mana mana assignment pun. 

Sebab aku tahu, kalau aku beriya bawak assignment balik pun, aku takkan pandang assignment tu. Jadi untuk menjaga hati assignment, ,aku tinggalkan mereka di Ipoh untuk mereka berparty disana. 

Itu saja dari aku. Terimakasih kepada pihak yang mendoakan perjalanan aku selamat sampai. Alhamdullillah. Selamat sampai. Hehehe. Niatnya balik nak tenangkan fikiran. Nak betul betul berubah. Balik ke kelantan untuk cari diri sendiri. 

T.E.E.N.S :)
Dah la semua. Itu saja dari aku. Pesanan aku kepada semua orang, selamat menyambuat Hari Malaysia. Selamat bercuti. Luangkan masa anda dengan keluarga. Yang mana jauh dengan family tu, rajin rajin kan call parents dirumah. Sekurang kurang nya takda ah kau jadi Si Tanggang. Eh tak memasal. K lah. Byeeee :*

Tuesday 10 September 2013

Dear you :)

beautiful | Tumblr

Hello hi and Assalamualaikum. Its me again. Again and again. Dah tu kau expect siapa nak update blog ni kalau bukan aku? Lisa Surihani? Emma Maembong? Nora Danish? Haa ni haa satu satu nya orang yang berkuasa dalam blog ni. Hahaha. 

Today, I won't talk much about opinion and so on. Because I don't have any idea to update. Tapi sebab gatal tangan nak menaip, aku gagahkan jua update blog. Dah terbukak blog ni, I was thinking to do something sweet ah. Why don't I tell a story about him? Yes. Him. The one who knows me very very well gitu. 

I never talk about him before, and I'm sure, if he was reading this, he must be proud having the sweet me. HAHAHA! Kengkonon. Ni nama dia cerita puji diri sendiri. Haha. And you, yes you, this is for you. Ihiks. I'm not going to mention your name, you know who you are, because there is no one else, only you. Lalalala. 

And to korang korang yang taktahu apa apa, kalau nak keep on reading pun, keep on reading lah, kalau taknak muntah hijau, takyah baca pun tak apa. Tapi untuk awak tu, ye awak, yang hari hari tak lost contact dengan saya tu, awak kena baca ni. Taknak baca saya tumbuk awak. Haa jejaga. 

He's the one who take me for who i am, but at the same time, he changed me a lot. From worst to better. Yes. I told no one before that someone is changing me patiently gitu. Bukan senang nak ubah manusia keras kepala macam aku ni, tapi dia sabar sangat sangat sangat. And finally, I can see the changes in me, and I am quite selesa with myself today. Okay. Ni ayat puji diri sendiri. Haa kan aku dah cakap kalau taknak muntah hijau jangan baca. Berebut juga nak baca semua. Haha. 

basically.
What I like about him? I dont like him. But I love everything about him. Semua. Yang paling power tu, when he really really know who I am. Satu satu perangai aku dia tahu. Aku ni pesen jealous tak memasal. Benda kecik je nak jealous. Tapi dia sangat sangat sabar walaupun kadang kadang dia bengang jugak. Tapi dia banyak sabar lah. Ihiks. 

Cute :)Dear you, I love you and I don't wanna lose you like I lose the others. Be in a relationship with you is my favorite part. Be by your side is my favorite moment. One day if I no longer be by your side, please know that I love you from the bottom of my heart :) I love you because of you. You.  Thanks for always be there when I need you even though sometime you missing without any reason. Haha. Okay okay. I know there must be a reason, it just I'm not an understanding person. Haha. Terimakasih kerana sentiasa bersabar dengan hamba wahai tuan hamba, senang cerita, beta nak kata yang beta sayang sangat pada tuan hamba. Hihi. 

Sampai bila bila pun ingat tu okay? I love you and I don't wanna lose you. Hihi. Okay dah, selesai berjiwang. Itu saja teaser untuk cerita siapa pakwe aku. Haha. Nantikan cerita penuh okay? Beberapa tahun lagi. haha. Bye peoples. Muah kiri muah kanan, muah dua dua belah :*

true | via Tumblr

Sunday 8 September 2013

Bestfriend or Boy/Girl-friend?

(6) hipster | Tumblr

Hello and assalamualaikum. And yes it is September. Another month. Boleh tahan cepat masa berlalu. Eceh. Cliche noh ayat aku. Ah lantak. Haha. So whaddup? K nothing. Takda apa. Nothings change. Keadaan masih seperti biasa cuma I'm quite busy with drawing, assignment, project blablabla. Drawing, assignment, deadline semua dah boleh pergi mampos. Seriously, aku rasa masa sangat tak mencukupi. Walaupun, aku banyak tidur sekarang. Takboleh berjaga langsung. Haha. Aku taktahu kenapa aku punya semangat nak belajar makin kurang. I am totally lost. Phewww. 

So I won't talk much about my life. Lets talk about something else? But as usual, I am pretty sure that I will talk much. Haha. Takkan tak kenal aku. Membebel menaip sama banyak. Semoga bersabar. Nak baca, baca lah. Taknak, aku takpaksa. Siapalah aku nak paksa korang semua baca entry aku yang tak seberapa ni *bunyi violin lagu sedih*

Which one is more important? Boyfriend, girlfriend, bestfriend or friend? Siapa lagi penting? Seorang kawan akan cakap, kawan yang lagi penting. While seorang kekasih nak rasa yang dia lagi penting. Well. Pendapat berbeza. Sangat berbeza depends on who you are. Seriously. Apa yang kau perlu buat, letak diri kau dalam diri orang lain. 

Tapi to be honest, kata orang orang bijak, kawan ni lagi penting. This is fact. Sebab kawan yang akan tolong kau bila kau susah nanti. Kalau aku sendiri pun, gaduh dengan boyfriend, for sure, kawan lah aku cari. Sebab kawan dah macam adik beradik. I mean yang betul betul kawan lah. Bukan lah kawan yang pesen tikam kawan dari belakang, kawan yang kutuk kawan sendiri dekat belakang. Kawan jugak orang yang aku cari kalau susah. So for me, kawan yang lagi important. Kawan je yang ada masa untuk kau, nak dengar kau mengadu itu ini masa kau gaduh dengan kekasih kau. 
:)

Ada jugak, walaupun dah couple, dia tetap cenderung dengan kawan. Which is dia tak lupa kawan dia. Kawan tetap penting lah kiranya. Okay kalau kes macam ni, kalau korang ada boyfriend ke girlfriend yang pesen lebihkan kawan, kau kena lah sabar dan jadi lebih memahami. Jangan nak jealous dengan kawan dia. Sebab kalau kau jadi seorang kawan pun, kau nak kawan lebih kan kawan kan? Ape berbelit sial ayat aku. Hahaha. Faham faham sendiri okay?

Tak aku nafikan, seorang kekasih nak diri dia dilebihkan. Kalau sampai tahap kau lepak dengan kawan kau sampai lupa awek lupa pakwe tu tak kenalah. Baik takyah couple. Taksalah lebihkan kawan, tapi jangan sampai tahap kau lupakan awek/pakwe kau terus. Satu hari lepak dengan member, balik terus tidur, bangun tidur keluar dengan member lagi sampai berhari hari kau tak text awek/pakwe kau. Kalau kau jadi diorang pun mungkin kau rasa terabai. Ye dak? Satu je, seorang awek/pakwe taknak rasa dia diabaikan. 
Tapi tu lah, manusia ni berubah. Ada yang jenis berubah lepas dah mula couple. Which is, diorang lebih pentingkan kekasih diorang sampai ketepikan kawan. Berlambak je kawan aku yang macam tu. Ni kalau yang nampak ketara lah. Kalau dulu dia suka lepak dengan kau, dengan kawan kawan lain, bila dah dia couple, mungkin dia lebih cenderung untuk lepak dengan kekasih. Masa free bukan lagi untuk kawan tapi untuk kekasih. Ini yang masalah. Mostly what happen lah kan. 

Please people, jangan lah 24jam kau dengan awek/pakwe kau sampai kawan kau sendiri terasa dengan kau. Jangan buat kawan rasa dia makin diabaikan since kau dah ada kekasih. Faham tak? Punyalah kau nak jaga hati awek/pakwe kau sampai kawan ajak keluar ajak lepak pun taknak. Kalau kau jadi kawan pun kau terasa kan? Dekat situ nak dengan awek/pakwe, dekat sana nak dengan awek/pakwe, buat itu dengan awek/pakwe, buat ini dengan awek/pakwe, habistu bila masa kau dengan kawan kau?

Memang susah nak jaga hati semua pihak, tapi usaha lah. Senang cerita, cuba letakkan diri kau dalam diri setiap orang. Tapi ada orang pernah pesan dekat aku, jangan terlampau taksub dengan relationship sampai kawan kau sendiri terasa dengan kau. Seorang kawan tu dia memahami, tapi kalau dia boleh terasa, kau bayang lah apa kau dah buat okay? 

Lastly aku nak cakap, pilihlah siapa yang lagi penting. This is my opinion. Opinion korang aku taktahu. Hihi. Aku ni takda ah matang sana. Aku bercakap apa yang ada dalam kepala otak aku je. Eheh. Dan macam biasa panjang jugak entry aku. Lalalala. But a wise said, friend is everything. Tapi kau nak rasa selamat, jadikan awek/pakwe kau tu kawan kau. Lepak ramai ramai sama sama. Weheee~ Takda siapa siapa terasa hati. Okay? Eh senang senang aku je. 

Love <3

Dan sebenarnya ni sekadar nasihat untuk diri aku sendiri jugak. Aku ni pun boleh tahan jealous. Haha. Tak memahami katanyaaa. Lalala. Apa apa jelah. Eh gitu? Haha. Okay dah. Itu saja dari saya. Entah bulan berapa pulak aku update nanti. Selamat menunggu okay? Hehehe. Kbyee peminat peminat. Anyonyonyo. Eh eh. Zizan jadi pengacara Af tau. Power tak babyboy aku? Haha. Ajet ajet. Lalala. K dah malas nak taip dah. Bye peoples, muah kiri muah kanan, muah dua dua belah. Assalamualaikum. 

A friend is a second half ▲ | via Tumblr

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !