BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Tuesday 22 October 2013

Sejarah Yang Tak Perlu Dikenang

Facebook

Hello hai and Assalamualaikum wbt. Ah cerita dia nak cakap pasal exam. Katanya Farah "baru satu paper dah lepas geram" Ah memang. Haha. Aku taktahan sangat dengan exam tadi. Amenda wih sejarah? Amenda? Aku rasa akan jadi keajaiban dunia yang ke sepuluh kalau aku minat sejarah. 

Aku rasa sejarah lah benda paling bosan. Dan kalau korang nak tahu sampai sekarang aku masih pelik macamana sejarah aku masa SPM dapat A. Tapi alhamdullillah. Aku masih bersyukur. Hehe. So tadi first paper exam. Cuba teka semalam aku buat apa? Buat report survey. Yang tertunggak tak buat buat atas permaslahatan tertentu. Biarlah rahsia. Nanti pihak media serbu saya pulak. Eceh. 

Semalam keluar study kejap sebab tahu kalau duduk rumah memang aku membuta. Jadi keluar study dan ye. Benda paling teruk aku rasa, bila study tu, aku rasa macam aku baru belajar benda yang aku tak pernah belajar sebelum ni. And aku pun boleh lupa bila aku belajar benda tu semua. Teruknya sejarah aku. 

Finney

And setelah sekian lama tak bangun pagi tadi nasib baik sedar awal lah jugak. Rasa menyesal sikit tidur. Walaupun aku tahu kalau aku tak tidur pun aku tak study. So bangun siap siap gi campus, aku macam dah lupa semua benda yang aku baca semalam. Dan aku rasa hari ni teruk, which is lecturer yang jaga kelas kitorang exam tu garang tahap dinasour meroyan lepas bersalin kot.

Dia marah kitorang sebab kitorang lambat dia cakap. Pastu dia emosi. Aku ni, mana stress dengan lupa sejarah lagi, nak stress layan emosi dia lagi. Haha so biar. Masuk dewan macam biasa. Taraaa! Dah gelabah gila masa duduk dekat tempat tu. Main duduk je tadi. Dah tak fikir nak meniru pun. Eceh eceh eceh. Jangan meniru dalam exam okay? HAHAHAHAHAHAHAHAHA! k tak lawak. 

Hahahah!

Soalan first macam okay okay je. Soalan second pun sama, bukak page belakang belakang, em em em, aku pernah belajar ke? Em em em em. Objektif memang jawab ikut logic, walaupun aku tahu pemikiran aku ni kadang kadang tak logic sangat pun. Tapi biarlah. Tawakkal. Dah taktahu nak usaha cemana dah. Sebelum ni main main main. Tu je aku tahu. Berjimba merayau melepak membuta mengapa?

Jawab jawab jawab. Yang soalan essei tu takyah cakap lah. Memang aku goreng se goreng goreng nya lah. Dah jadi restaurant dah dalam kelas tadi. Kalau ada camera dah boleh buat rancangan masak masak dah. Aku dah goreng kaw kaw lah dan aku harap miss liyana tak ajar aku sem depan. Malu aku dengan jawapan sendiri. 

Dah siap semua, check check balik semua, banyak jugak tinggal and check balik jawapan tu semua, konon konon nak pilih jawapan yang terbaik walaupun semua aku main tembak je, and semua orang tahu last last ni part yang paling mengelirukan. Semua jawapan mengelirukan. And the fact is, 

So true.. :/

And beberapa minit sebelum tu aku tengok sorang sorang keluar means diorang dah yakin siap lah. Dan mungkin diorang yakin yang jawapan diorang dah yang terbaik. Mungkin. Yang keluar awal tadi terer terer semua. Haa tudiaaa. Then aku buat cepat cepat, konon nak hantar awal lah. Dah taktahan nak duduk dalam kelas tu. 

Masa tengah yakinkan diri nak keluar tu, tibatiba brader garang yang jaga kelas kitorang tu pun cakap "masa ada 15 minit lagi, calon tak dibenarkan keluar" Aku teruskan dengan misi aku untuk meyakinkan diri bahawa aku dah boleh hantar. 

Dengan langkah yang berani, aku melangkah keluar meninggalkan kertas jawapan dan soalan diatas meja, kemudian, 

"Eh, nak pergi mana? Masuk balik!"

"Tapi saya dah siap"

"Tak dengar ke saya cakap tadi takboleh keluar? Masuk. Duduk!"

Eh what the fish lah siaa. Aku ingat yang dia cakap takboleh keluar tu, yang nak pergi toilet ke amenda. Alah. Kasi halal lah. Aku nak hantar kot :( Alah alah. Duduk tempat tu balik, azmil dah loserkan aku. Ye. Loser sangat rasa. Haha. Jadi pesanan untuk anda semua, jangan keluar kelas exam untuk lima belas minit terakhir. 

This once happened to me. Haha

Dan alhamdullillah, situasi kat atas tak berlaku. Eh, tak berlaku kot. Eh entah. Aku risau jugak ni. Rasa macam tak peka sangat tadi. Boleh rasa aku cuai. Dan aku rasa aku salah tanda. Eh entah. Siapa suruh fikir masalah dalam dewan exam? Uih. Tapi tak sengaja doh, aku tengah perah otak nak keluarkan idea, ilmu sejarah, tibatiba, sapppp! Keluar habis semua masalah. Terpaksa kasi rilek otak kejap. Tapi mengganggu lah siak. 

Jadi alhamdullillah tadi semua berlari lancar walaupun sedikit terjatuh maruah kena marah. Okay sedikit malu. Tapi ia tak mengganggu untuk ambik paper esok. Haha. Amiin. Esok last paper. Taksabar nak habis. Nak tunggu portfolio je. Eheh. Dah habis paper esok dah boleh berlagak sikit. Haha Uih tak baik. Astaghfirullahalazim. Wish me luck for tomorrow everyone. Hihi. Thankyou. 

I'm done.

Nanti dah habis final boleh buat muka kerek cenggini. Ngeh ngeh ngeh. Bersyukur ada dua paper je. Sem depan taktahu berapa. Takut jugak rasanya. Okay. Takmo fikir sem depan lagi. Jadi ulasan untuk paper sejarah harini, teruk. Haha aku taktahu apa aku jawab. Harap tak fail je. Amiin. Jadi semua, barang yang lepas jangan dikenang. Biarlah ia menjadi kenangan yang terindah dalam hidupmu. Move on lah. Jangan baca sejarah lagi. Bak kata tomok new boys, Sejarah Mungkin Berulang *tak memasal*

Life

Jadi sedikit selingan, hayati ayat diatas. Eh mana ada Hayati kat atas. Okay, baca elok elok ayat atas. Jangan cuba tiru orang. Jadi diri sendiri. Sebab masing masing ada life sendiri gitu. Ukur baju di badan sendiri. Bukan badan orang lain. Sempat bagi nasihat ni. Eceh. Haha. 

thanks for loving me

Deep sangat. Sedih. Same situation mungkin? Masalah cenggini ah keluar dalam kepala otak tadi. Haha

Timeline Photos - I'm glad the sky is painted blue | via Facebook

Fikir lah sendiri. Jadi itu saja untuk hari ini. Doakan yang terbaik untuk aku. Bye. Jaga diri semua. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang. 

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !