BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 23 June 2013

I'm In Dilemma.


DANGGG! I am totally in dilemma. Nak pergi camp or nak balik Ipoh. Ah gilagila. My fault. Kalau pergi camp petang ni dah gerak, kalau tak pergi hari ni patut cari tiket and balik Ipoh as soon as possible. Phew. Memang niat asal nak pergi camp, siap suruh pejabat hantar surat bagai. But what happen right now is, aku taktahu apa status surat tu. Diluluskan untuk menyertai aktiviti luar ke tak. Means, aku tak tahu lah aku dibenarkan pergi camp ke tak ni. Bala bala bala!

Ergh. Salah aku. Sebab haritu masa balik Ipoh tak pergi HEP pun tanya pasal surat tu, tibatiba hari ni nak gelabah gila babi. Pebenda siak aku. Hm tadi dah try call HEP and HEP tutup. Memang hari Ahad office tutup ke ape? Alah mana aku tahu. Aku bukan orang Ipoh. Kalau dekat Kelantan office bukak hari Ahad. Hm hm. 

So sekarang ni status surat tu aku taktahu, dan aku taktahu nak pergi camp atau balik Ipoh. Gila. Kalau balik Ipoh, tibatiba surat tu lulus, aku akan menyesal seumur hidup sebab tak pergi camp tu. Tiap tiap tahun pergi camp kot. The next is, kalau pergi camp, tibatiba surat tak lulus, mati aku nak jawab dengan lecturer senibina yang boleh tahan garang garang tu :( Hm cemana ni ?

BALIK IPOH , masuk kelas macam biasa or packing barang then gerak PERGI CAMP petang ni. Susah nya jadi Nur Amirah Auni. Benda senang pun nak buat susah. Omg omg ! Sayang tau nak tinggal camp. Sayang. Tapi pada waktu yang sama takut nak tinggal kelas seminggu tanpa kebenaran. All I can say right now is just, SEMOGA SURAT TU DILULUSKAN. AMIN. Kalau surat tu lulus, aku janji aku takkan ponteng kelas melainkan ada hal yang betul betul betul penting. JANJI ! Kbye. Assalamualaikum. 

Saturday 22 June 2013

Oh Bantal Peluk

Imageshack - thvn.jpg

Hi manusia manusia yang tidak membuta dan tengah segar. Hi semua dan assalamualaikum bagi yang wajib menjawab salam. Ihiks. So aku takboleh tidur, seksa gila noks. Dah lama tak berpisah dengan bantal busuk, tapi semalam aku tinggal dekat Ipoh. Pastu aku rasa macam aku rindu bantal aku. Rindu gila sampai aku takboleh tidur. 

Apebenda masalah aku ni? Aku rasa bantal busuk tu dah sapu minyak dagu dekat aku tu yang sampai aku teringat ingat dekat dia. Tak pun bantal busuk tu dah bagi aku nasi kangkang. Pergh. Hahahaha! K aku bergurau Jangan marah. Uhuks uhuks. 

So sekarang babyboy kite dekat Paris tau. Siapa babyboy aku? Ye ye, mungkin ada yang belum tahu, dan aku tahu ramai sangat yang nak tahu, aku faham, jangan segan, kalau korang nak tahu siapa babyboy aku bagitahu lah. Hm hm. Haa kau , nak tahu kan? K. Zizan Razak nama dia haa. Apa? Dia dengan emma? Eh tak. Emma tu saja je nak coverline aku dengan babyboy aku. Yelah. Aku ada bagitahu dia, biar hal aku dengan babyboy aku ni takda siapa yang kecoh. Hm hm. HAHAHA! 

Babyboy ada ajak aku pergi Paris sama, katanya nak honeymoon kali keberapa entah. Tapi aku dah bosan, dah selalu sangat honeymoon, dah bosan pergi Paris tau. Yelah, kalau aku tak masak, kitorang selalu jugak dinner dekat Paris, New York, Los Angeles. Ikut mood ah nak makan apa. Kalau Paris tu dah selalu pergi. Alah, dulu kan stay sana. Sekarang je stay Malaysia atas desakan peminat peminat kitorang. Hm hm. HAHA. 

Apa? Aku malas masak? Sebab tu makan luar? Eh tak. Mana ada. Aku bukan malas masak, tapi yelah, babyboy taknak aku penat. Aku nak kemas rumah pun tak kasi, eh kalau kau nak tahu, dia tak kasi aku berjalan, selalu dia je yang dukung. Haaa tutup mulut tu masa aku bercerita, masuk lalat nanti. HAHA! Tu pun babyboy merajuk aku taknak ikut dia pergi Paris, tapi okay lah balik. Sebab aku dah janji dengan dia masa dia kat Paris, aku janji akan setia. Atotototo. Haha

Tapi senanya aku nak cakap aku sedang merindui bantal peluk aku. Mohon ramai yang mengasihani aku. Okay tu je nak cakap. Bye. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Hahaha. Assalamualaikum :* 

(1) teen quote | Tumblr

Friday 21 June 2013

PERASAAN.

Totally trueeee! | via Facebook

I wish I could do this. Stop disturbing peoples who avoid me. But seriously I can't. I don't know why but I think that is the major problem with me. Sometimes I feel that my life is totally sucks. Yes. I laugh too much. Happy too much. But I guess no one knows what do I felt actually. I am totally dying. I've so many problems and I don't know how to settle it ALONE. I wish I could handle it but I can't. I wish I could share it with someone but I don't how and where to start. It is too complicated. Only ALLAH SWT knows what I felt. 

Hmm, tapi aku taktahu macamana nak settle masalah dengan manusia manusia ni, aku takpandai nak luah luah. Kalau luah aku takut orang salah anggap. Entah lah. Eh sakai lah rasa. Kadang kadang rasa nak lari dari dunia ni. Nak berehat dari berfikir macam ni. Kalau boleh aku rasa nak delete nak buang jauh jauh masalah dalam kepala otak ni, but its not easy. No one can't even do it. Kalau boleh buat, i guess everyone will live happily ever after without any problems. 

Scars & Stories | via Tumblr
All I can say is just, benda benda ni jelah yang main dalam kepala otak aku. Macam macam aku fikir. Itu ini itu ini. Faham tak aku rasa macam life aku SUCK gila gila. Eh aku nak lari weh. Dulu tak macam ni sial. Aku takfaham kenapa aku jadi macam ni. Dulu kemain heartless, orang buat itu ini aku tak kesah, sekarang semua benda nak ambik serious. Eh bodoh siak aku. Sekarang ni aku macam mudah nak tersentuh. Hish sakai lah weh macam ni. Pastu nak touching touching. Weh, aku nak lari dari semua ni weh. Nak lari. Serabut. Sangat serabut. Saiko pun ada rasa. Tapi hish entah laaaaaah. Yee, aku gelak aku buat lawak jadi bengong, tapi eh hati, hancur lebur, taktahu apa yang aku nak. Semua benda dah jadi tak kena. Apa yang aku nak semua aku tak dapat. Sebab tu orang cakap, JANGAN TERLALU MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MENDAPAT KAN SESUATU, kalau kau dapat apa yang kau nak tu, ALHAMDULLILLAH, tapi bila kau tak dapat, kecewa diaaa, Ya Allah, sakit weh rasa. Haa macam ni lah rasa dia. Macam ni. 

No worries | via Facebook
Saat paling sakit bila takda orang yang faham apa kau rasa dan takda orang kisah pun apa kau rasa. I just need a hug bila aku sedih, tapi ada siapa kesah? Takda wih :( Pedih. Sakit. Ye, ramai yang boleh dengar aku bercerita, yang boleh dengar aku luah perasaan, tapi tak semua faham. TAK SEMUA. Bercerita dekat orang yang takfaham apa kita rasa ni susah jugak, end up kita balik yang sakit hati. Susah nak cari orang yang boleh tenangkan kita sepenuhnya. SUSAH. That is why I said yang I am totally alone. Aku takda kawan yang betul betul rapat untuk dengar masalah aku tu semua. Macam aku cakap, orang dengar tapi orang tak faham. Balik balik, kutuk kita dekat belakang. Sedih doh sedih. 

Scars and Stories | via Tumblr
This. Sometimes, I just hate night. When I'm alone. Masa ni semua benda nak fikir. Haa macam sekarang ni lah. Aku rasa aku serabut, aku rasa aku sedih, aku perlukan seseorang, aku cari orang tu, tapi bila orang tu cakap, "eh got to go, ada kerja, nak buat itu, nak buat ini" and I was like, I just need someone to cheer me up. Tolong aku hilangkan semua rasa ni. Tapi ada tak orang macam tu? TAKDA. Semua blah. SEMUA. There must be a reason when I find you, thats mean I really need you. Buat lah aku gelak macam aku buat orang gelak. Aku tak selalu buat orang gelak, tapi aku harap ada orang yang boleh buat aku gelak bila airmata aku hampir mengalir, tapi apa yang jadi, orang bagi harapan palsu dekat aku. That make it worst. 

http://weheartit.com/lousummer | via Tumblr
There is a lot of peoples like this. Phew. Sangat ramai. So why don't I just die? Maybe when I'm no longer here, peoples will care about me and appreciate me more. Macam orang lain, I just want to be appreciated. Faham lah. Tapi apa yang jadi, masa aku ada orang buat itu ini dekat aku, sakitkan hati aku, buat aku menangis, tapi bila aku dah cukup kuat buat keputusan untuk lepaskan manusia manusia macam tu, masa tu baru cari aku. Sampai bila bila pun aku masih stuck dengan benda yang sama. Weh, I need to go on, tapi aku takboleh sorang sorang. Aku perlukan orang untuk teman aku, bagi semangat dekat aku.

Pheed

This shit are happen to me right now. Pedih siak. Sakit hati ni. Aku tahan je semua. Aku tahan selagi mampu aku tahan. Aku penat dilayan macam sampah, orang nak aku, orang cari, tapi bila aku nak orang, orang blah. Masa orang ada masalah, aku best friend tapi bila aku ada masalah? Mana best friend aku? MANA? Bukan nak mengungkit bukan nak harapkan balasan, tapi cukup lah kau jadi kawan yang boleh tenangkan aku bila aku sakit. Aku tak harap lebih pun. Hm. Aku cuma nak rasa yang orang masih hargai aku, aku cuma nak rasa yang ada orang sayang aku. Tolong lah bagi aku rasa tu, tolong. Kawan nak bergembira ni ramai, tapi takramai yang ada dengan kita bila kita susah. Sakit weh sakit. 

(!) | via Facebook
Nur Amirah Auni sangat penat nak layan perasaan dia sendiri. SANGAT SANGAT PENAT. Tolong lah manusia sekeliling ku, berhenti lah mainkan perasaan aku, berhenti lah sakitkan hati aku, kalau korang takboleh gembirakan aku, tak apa, cukup lah sekadar korang tak sakit kan hati aku, buat aku terasa. Weh Aku banyak gelak, aku bengong, aku gila gila, tapi tak semestinya orang macam aku takda perasaan. Kau nampak aku bahagia tapi hati aku? Tak siapa tahu wih. Maaf andai kata ada orang tak puas hati dengan perasaan perasaan bodoh aku ni. Nak cakap aku tak matang pun cakap lah, aku tak kisah. TERIMAKASIH SEMUA. TERIMAKASIH. Aku sangat penat dengan semua ni. Aku nak kawan yang betul betul boleh jadi kawan, kawan yang takkan rendahkan aku bila aku cerita masalah aku, kawan yang tak pernah lari bila aku perlukan perhatian, kawan yang tak pernah berhenti usaha buat aku gelak bila airmata aku nak jatuh, kawan yang boleh peluk aku disaat aku rasa teruk, kawan yang boleh lap airmata aku, kawan yang faham apa perasaan aku. Weh aku cuma nak orang sedar kewujudan aku. Bukannya buat aku macam ada takda je. Maaf. Benci lah aku kalau korang rasa aku pentingkan diri, MAYBE ada yang akan cakap aku saiko update benda benda bodoh ni tapi inilah apa yang aku rasa. Assalamualaikum. 

Aku harap aku boleh lari dari dunia ni sementara. Aku sangat penat. Aku rasa aku takguna. Aku rasa aku tak diperlukan. I AM TOTALLY NOTHING. 

Monday 17 June 2013

My FAULT.

~*My Life*~ | via Facebook

And im crying alone at night. Did someone cares? No one. Because I am totally alone. Keep hoping for something that I will never get. Well. I just a little girl that has so much dreams. For god sake, I am totally tired being in this way. You used to be my bestfriend a month ago and what happen right now? You just go away like that. No! That is not your fault. My fault. 

Salah aku sebab takboleh terima perubahan kau. Dulu kau layan aku lain sekarang cara kau layan aku lain. Dulu aku rasa kau sayang aku dan sekarang aku rasa kau nak lari dari aku. Sorry bro. Aku takboleh terima perubahan tu. Aku takboleh. Ye. Kau tak cakap apa apa. Tapi salah aku. Sebab aku perempuan. Mudah cair dengan semua benda sweet yang lelaki buat. Maaf. Hati aku rapuh. Jujur. Tu kelemahan aku. The first time we know each other, aku rasa bersyukur kenal kau. Aku rasa kau sayang aku. Tapi sekarang? Aku hilang kau gila gila. No! Bukan salah kau. Salah aku. 

Manusia, mudah berubah. Tapi kenapa kau jadi orang lain? No. I just over thinking. Banyak sangat fikir mungkin. Banyak sangat tengok conversation lama. Conversation yang fun gila. Yang takpernah ada masalah pun. We just enjoy ourselves and enjoy the conversation. Haaa nak berdrama ke ape ke nak buat lawak ke nak jadi ape ke semua takpa. Tittle kita apa masa tu? Dulu kemain boleh nak ngada ngada itu ini. Boleh. Semua boleh tapi sekarang? If dulu nak OTP berjam jam pun boleh. But now? Got nothing to talk. Okay. Aku yang salah. Peoples move on while me masih ingat benda benda dulu. Benda yang awal awal kenal dulu. Tapi kau faham tak bila kau dah berubah aku rasa aku hilang kawan aku? Kau faham tak? Aku nak kau yang dulu. Kau yang boleh terima semua benda pasal aku. Yang boleh layan aku macamana sekalipun. Yang boleh 24jam dengan aku. Yang boleh dengar aku membebel. Yang boleh membebel itu ini dekat aku. I'm wondering kenapa dulu boleh sekarang tak boleh? Babe. Aku hilang kawan. Aku sedih. Aku try cari kau yang dulu tapi aku takjumpa. Sumpah aku tak jumpa :'(

I don't know what is my problem. Aku tak suka perubahan yang macam ni. Serious aku tak suka. Aku rasa lost. Aku sabar. Aku tahan semua benda. Aku tahan perubahan tu dan aku belajar untuk terima. Tapi aku takboleh. Sebab aku rasa kau yang dulu lagi sayang aku. Kau yang dulu lagi care pasal aku. Aku takboleh weh. Aku try nak act macam biasa tapi aku takboleh. Sorry. Aku dah buat perangai gila aku. Tapi aku takboleh go on bila aku rasa kau terpaksa layan aku. Aku harap ni malam last aku menangis. Aku tak nak nangis dah. Tolong. Aku dah penat. Sangat penat. Maaf weh salah aku. Tapi tolong faham. Aku rindu kau yang dulu. Aku tahu aku tak sempurna tapi tolong jadi kawan aku yang dulu. Hm. Walaupun aku tahu ni salah aku. Ye. Salah aku sebab berharap kau takkan pergi. Berharap kau tak pernah hilang. Berharap aku tetap jadi keutamaan kau. Berharap aku jadi 24hours kau. Maaf weh maaf. Tapi satu aku nak cakap, AKU SAYANG KAU. 

love | Tumblr

Sunday 16 June 2013

Larian Membowling KFC !

 Twitter
Hi peoples. Assalamualaikum and selamat pagi petang siang dan malam. Yelah. Nak cakap selamat pagi kang korang baca malam, mulalah nak cakap aku tak kenal pagi dengan malam. Haaa Malas lah kan. So right now bukan lah nak update pasal apa. Nak update pasal semalam saja lah. Sesi berjimba jimba dengan orang Kelantan. Hahahahaha. Nasib baik diorang ajak aku keluar, kalau tak? Haaaaa merajuk balik Ipoh. Hahaha. Rupanya ada lagi orang nak kawan dengan aku. 

fyi peoples, semalam aku duty lagi. Hari tu dah duty semalam duty lagi. Biasalah. Daripada aku makan tidur makan tidur. Baik pergi duty. Haha. Dapat jugak tengok ramai orang tengok tengok lelaki lelaki kacak kan? Mana tahu ada yang kenyit mata. Lalala. So pukul tujuh lagi aku dah terpacak dekat IPC memandangkan dapat mesej yang memang kena kumpul pukul tujuh pagi. Tapi hmmm hmmmm hmmmm. Ramai juga yang datang lewat. Ahaks. Kiranya aku bagus jugak lah tepati masa. Konon lah kan. Konon. Haha. 

So gerak pergi tempat duty tu. Me kena jaga base dengan Alif and Solihin. Orang lain jaga checkpoint. Ah duduk dekat base tu siap siap bentang semua en, duduk atas kerusi, bersembang. Yelah. Orang baru lari kan, takda patient lagi. Tibatiba van milo ada, tibatiba rasa dah lama tak minum milo dalam van tu, apa lagi, saya merasmikan. Hahaha. Ambik airmilo sembang. Pergh nikmat siot breakfast dengan milo memandangkan turun rumah tu tak breakfast sebab bangun tidur lambat. K. Pastu orang orang sampai, yang berlari tu semua en, tengok jelah kekalau ada patient. Ada tu ada tapi tak serious sangat. Kaki melecet gitew jelah kan. 

Then peserta larian tu semua tunggu sebab ada cabutan bertuah and and hadiah bapak diaaa best. Lima ribu, LCD, Sony Xperia, and banyak seyh. Haha. Kitorang pun dapat number. Oh yaa yang ada semalam TRIO, abe bob, abe waa, abe wea, Aliff, Solihin, Fatihi, Zaim, Adam, Husain, Yusri, Me, Nadyaam, Wanie and Mia. Tu je rasanya. Haha. Then semua dapat nombor lah. So lepak ah mana tahu kalau kalau bertuah ! Taraaa! TRIO bertuah seyh. Abe bob Abe Wea Abe Waa semua dapat. Hahaha. Bertuah siak! Tengok ah siapa masukkan nombor tu dalam kotak. Aku okay. Aku. Haha. Lalala. Yang dapat tu bukan cikai cikai, haa sedap je haa hadiah diorang. hahaha. 

Then balik daripada duty tu, Zaim dengan Abe Waa hantar balik rumah. Then salin baju semua gerak pergi kbmall sebab Yus Solihin Aliff Fatihi Wanie and Mia decided yang diorang nak lepak lepak membowling. HAHAHA! And we had so much fun! Serious talk! 

Kenapa fun? This! 

1. Sebab dah lama tak main bowling dan diorang gila sangat sangat gila. 
2. Main bowling macam orang lupa diri. 
3. Aku banyak kali masuk longkang dan aku kena bash dengan diorang yang terer terer. 
4. First time membowling dengan Aliff dan aku tak sangka dia lagi terer dari aku.
5. Dapat mengenang kembali memori membowling bersama ahli Rangkaian Belia 2. Lala
6. Aku dapat gelaran baru , J'Lo yang merupakan singkatan kepada Jo Longkang sebab gua kerja asyik cuci longkang je. Tangan dah macam tak betul. Hahaha. 
7. Sepanjang main bowling tu gelak memanjang sebab saling kutuk. 
8. Lepas main bowling pergi cari makan dekat KFC. Then punya lah mencabar jalan tu. Semua jalan tutup. I was the one who drove the car yesterday. As usual, diorang macam tak percaya gua boleh drive. 
9. Terpaksa guna akal yang ada untuk cari jalan untuk sampai ke KFC yang dituju memandangkan jalan jalan utama semua tutup. 
10. Sampai KFC terpaksa mencabar diri untuk mencari parking memandangkan parking tu semua penuh. Atlast jumpa juga parking. 
11. The best moment bila diorang memekak macam orang gila dalam kereta tu sebab nak pilih jalan mana and diorang memekak bila nampak parking. 
12. Makan makan dan mengenang kembali peristiwa aku cuci longkang tu. Dan gelak gelak macam orang gila. 
13. Siap makan kena cari jalan nak keluar dari tempat tu lagi. Dan diorang tunjuk arah lagi dan aku gelak saja. 
14. Akhirnya sampai IPC. Taraaa! The END !

So apa yang best sangat? The moment when you spend your time with the one you love is the best moment ever. Bila kau duduk dengan orang yang faham kau and boleh jadi diri sendiri, tu lah benda paling best. Diorang kutuk ke bash ke, tetap korang boleh gelak macam orang gila dan kutuk diri sendiri. Haha. Serious babe, best siak boleh keluar macam tu. Buat perangai gila depan orang yang betul betul faham gila kita ni. Haaa tudia. 

The team! The awesome team! And the Lucky Trio! Hahaha. Hidup PBSM! 

Embedded image permalink
Nampak tak beriya je bola tu masuk longkang? hahaha

Embedded image permalink
Oh yaa. Event tu nama dia Larian Kitar Semula. This is me and Solihin. Ihiks. 

Embedded image permalink
This ! Menanti tuah. hahaha. Nombor ekor duduk tengah. Haha. 

Embedded image permalink
Tuah tak tuah lah. Tapi boleh tahan berat hadiah. Hahaha. 

Taraa ! That's all from me. Weh. Aku nak keluarkan statement baru, the best friends that i ever had were in Kelantan! Who? Them ! Hahaha. Saya, NUR AMIRAH AUNI BT MAT HASSAN sangat menyayangi mereka mereka di Kelantan. Sanggup balik Ipoh lewat semata mata untuk bersama mereka. Chewah! Mohon jangan bash aku lagi. Ini statement ikhlas dari aku. Sekian! Hahaha. So dah. Tu je nak update. Lantak ah korang nak baca ke idok! Hahaha. Bye peoples :) Take care. Muah! Sayang readers saya. Ihiks ! Oh yaaa, credit to Aliff and Solihin for all those pictures. Hihi. 

Friday 14 June 2013

Walk With Me. Walk With Us :)

water parks just girly things - Google Search
Hi peoples. Assalamualaikum. Gambar diatas ditujukan untuk gadis gadis yang merendah diri dan takut untuk menggoncang dunia. Haaa. Bagi semangat untuk diri sendiri. Trust yourself and make a strong step. Chewah. Gitewww. Haha tibatiba nak jadi pakar motivasi ah kekonon.

So today takda lah nak cakap nonsence ke ape. Banyak cerita nak cerita ni tau. Yang mana taknak dengar tu boleh beransur perlahan lahan. Aku tak kesah sangat tau tau. Haaa jangan pulak baca baca pastu kutuk aku. Takbaik tau takbaik. So first it is about walkaton diraja that i've join just now. Err not just now, I mean today. Ihiks. 

First of all I would like to say that I am totally glad being a part of PBSMM members. Peace! Haha. Atleast banyak jugak lah benda berfaedah aku boleh buat. Takdalah banyak tapi ada daripada aku kerja membuncitkan perut je. Haa kau ingat tak penat ke nak buncitkan perut? Sekarang sekali dengan pipi peha lengan semua dah buncit. Haa apecer ni? Siapa nak bertanggungjawab atas lemak lemak aku ni? Ada yang nak ajak aku kahwin ke dengan keadaan macam ni? Haa takda tauu. Sedih. tssk. 

Harini duty lah sikit setelah sekian lama tak duty. Gian tau nak duty. Memandangkan ni aktiviti besar, hmm mana tak besar nok, melibatkan raja kot. So sukarelawan yang standby kecemasan, yang pb je pun dalam 70 orang. Penuh pejabat tu tadi. Tua muda comel cantik ayu menawan kecoh semua ada. Tapi yelah dalam ramai ramai tu aku tengok aku je yang pemalu. Jalan tunduk. Ahaks. Ini semua poyyo. 

So overall best lah duty tu. Duduk melepak je kan. Bila dah tunggu semua habis jalan lalu checkpoint kitorang, kitorang follow ah dari belakang. And who is kitorang? HAHA! Ini yang best. FIrst of all Abe Rudy yang incharge duty ni, dia panggil nama tau bagi ikut checkpoint. Then me is so gelabah. Mana tak gelabah, takut terpisah dengan geng. Ah biasalah. Then when Abe Rudy nak announce siapa yang duduk checkpoint satu, mula mula ketua abe waa and i was like okay. Then dia sebut Afiq, masa tu dah terlintas dah, aku kalau bagi bagi group selalu kena dengan Afiq, tapi taktahu ah kali ni cemana kan, pastu lepas panggil nama Afiq, panggil nama Yus satu group, then nama Alyaa, then last sekali ada nama aku. Punyalah eksaited gila babeng. Aku tahu aku berlagak annoying tadi. HAHA! Ah gi mampos. So itu membuktikan tak kira mana duty pun aku pergi, aku ni memang satu group dengan Afiq. Serious talk. Haha. The best part is bila sekali dengan buddy. And Alhamdullillah we have Abe Waa in our group. Abe Waa tu dah memang hebat so tak risau. Ihiks.

Then masa duduk checkpoint tu punyalah lama lepak tunggu tuanku sampai. Sampai penat latah :( Kesian aku tau. Balik Ipoh kena. Balik Kelantan kena. Haa cemano? Atlast tuanku sampai semua berlepas. Kitorang tunggu je bebudak tu jalan depan kitorang. Tunggu ekor nya habis kitorang follow dari belakang. Then jumpa ekor follow lah ke check point dua tiga empat sampai sebelas. HAHAHA. sempat buat pagar semata mata taknak kasi motor dengan kereta lalu. So lenggang je tengah jalan tu buat line kitorang pbsmm ni haa. So maaf ye block jalan tadi. Demi keselamatan peserta. Kbye. 

Best. Totally best. So tu cerita masa duty tadi. Hihi. Penat seyyy sebab kena jalan sekali. Perut ni sakit balik tau. Haa. Tapi takpa. Saya okay. Saya dah besar. Hahaha tak memasal. So itu saja cerita tak menarik gua malam ni. Gua tak kisah lu orang nak cakap apa. Betul gua tak kisah. Hahahahaha. 

Embedded image permalink
Muka buruk pun boleh bajet bajet macam gadis litar kalau dah block motor kereta macam ni. Haaa. 

Embedded image permalink
Sedia menjalankan tugas. Jadi pagar ponboleh. HAHA. Rumah siapa takda pagar nak pagar boleh contact kami lah. 

Embedded image permalink
Sesungguhnya satu kejayaan kalau boleh ambik gambar tengah jalan macam ni. Seriously. 

Embedded image permalink
Walk With Me 2013 :)

Embedded image permalink
Muka checkpoint satu :*

Embedded image permalink
Kak Culing . Abe Waa . Alyaa 

Okay itu sahaja dari saya. Eh macam best pula buat tulisan senget ni. Macam sedikit matang. Taknak tukar lah macam ni. Nak teruskan lah tulisan senget ni. Ihiks. So nak cakap lagi gua balik Ipoh hantar barang je nanti. InshaAllah. Lepas tu balik Kelantan, 24 Jun till 27 Jun pergi camp perdana negeri Kelantan. Then 28 ada makan makan dekat rumah. 29 bola Kelantan lawan JDT. In sha Allah 30hb baru balik Ipoh untuk meneruskan pengajian di Politeknik Ungku Omar, Ipoh perak. Hihi. Doakan perancangan saya semunya berjalan dengan lancar. Amin. 

So bye korang. Sampai sini sudah. Malas nak merapu banyak. Dah penat. Banyak merapu tadi. Kaki punya lah lenguh gila. Seriously aku tak tipu. Haa. Okay dah eh eh? Okay babai. Hahaha. Saya sayang readers saya. Terimakasih. Dear haters, selamat membaca dengan penuh tenang dan berfikiran positif. Okay? Sekian terimakasih. Hihi. Assalamualaikum. 

Friday 7 June 2013

To Dearest Judges :)

Tumblr_mb82bclqxm1r5s07eo1_500_large

This is totally not me. Jangan nak sebar fitnah cakap aku dah tak pakai tudung tau sekarang. Hahaha. K tak memasal update blog tibatiba nak emo. Haa keji perangai. So hi assalamualaikum semua. Anda semua sihat? Ramai ramai tunggu aku update blog ni kenapa? Tak kerja semua? Korang ni sampai bila nak tunggu je aku update blog ni? Bila korang semua ni nak kahwin? Sudah sudah lah buat perangai macam ni. Kalau mak bapak korang tahu ni kecewa tau diorang. Haa dah dah. Siapa ni tercabut pampers kat sini ni? Kutip cepat. Hish korang ni tak belajar adab baca blog orang ke? Dah tahu pakai pampers jangan buang merata. Dah penuh bagitahu. Hish. Tak senonoh tau. Haa ni hapak semua ni. Ye tahu lah eksaited nak tunggu aku update tapi jangan sampai abaikan kesihatan dan kebersihan tau. Dah dah mandi sana. Cepat haa aku tunggu. Haa buruk perangai semua berlari pergi toilet.Tu kalau patah paip kena dengan aku semua. HAHAHA! Okay dah. Aku dah penat merepek. 

So hari ni takda misi apa apa pun update blog haa. Sesaja dek kerana bosan. Dan taknak blog ni dilupakan. Hm hm. Kesian pula dia diabaikan. Ye lah sekarang ni aku dah macam bajet bajet busy padahal tak pun kan. Aku rasa blog aku ni boleh tahan kecewa dengan aku. Time aku nak dia, aku cari dia. Time aku bahagia. Mana nak ingat dia. Oh sorry baby bloggy, I do love you for a thousand years. Ihiks. Okay dah. So hari ni ada lah nak bagi nasihat percuma sikit dekat korang ni haa. Takda lah nasihat mana sebab aku bukannya pesen betul sangat. Tak betul aku ni. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin kahwin. Haha. Bajet bajet macam dah anak dara tua. HAHAHA!

First, sekarang ni macam dah ramai sangat pesen nak main judge judge ni tau. Kalau nak judge kawan yang dah kenal bertahun tahun takpa lah. Tak kisah. Dah sah sah kau kenal dia siapa kan. Tapi kalau kau nak judge orang yang kau belum kenal, aku rasa tu melamapau. Haa tapi kalau yang belum kenal dah taksuka tu aku takboleh nak cakap apa tau. Maybe sebab kau tengok perwatakan dia. Tapi jangan takut nak kawan dengan orang yang kau taksuka masa kau belum kenal dia. Kadang kadang, before kau kenal, kau memang annoying gila babi dekat dia, tapi bila kau dah kenal, kau jangan terkejut kalau dia orang yang paling rapat dengan kau. Haaa. Kau tahu sebab apa? Manusia ni banyak perwatakan dia. Cara dia layan orang berbeza. I mean cara dia layan kawan lain, cara dia layan family lain, cara dia layan kekasih lain, cara dia layan pelayan restoran lain, cara dia layan tetamu lain, cara dia layan orang yang dia tak kenal lain cara dia layan orang yang baru dia kenal lain. So semua nya lain. Aku pun macam tu wih. So ayat yang memang dah cliche aku nak cakap kat sini yang, dont judge a book by its cover lah. Tak memasal. HAHA. Aku nak cakap kau langsung takda hak nak judge nak sebar benda benda tak betul pasal orang yang kau belum kenal. Okay?

Okay dah. Nasihat pasal benda lain nanti aku try di entry yang lain. Haha. Tapi aku bercakap sebagai seorang yang taktahu apa apa lah ni ye. Hm tapi aku ni bukan lah taktahu apa apa sangat. Pasal zizan aku tahu. Hm mana taktahu. Dah lama lagi suami. Memang tahulah. Ihiks. Haa jangan nak jealous sangat nok. Jangan sampai aku cerita yang aku dengan dia dah couple masa dalam perut mak lagi tau. Haa aku malas nak cerita. Nanti korang cakap aku sweet pula. Yelah. Masa couple kecik kecik dulu hari hari beli kitkat makan sama sama. Siap main tengteng dengan kitkat tu semua. Yelah. GreyC belum ada masa tu. So kitorang buat macam kitkat tu haiwan belaan lah. Haa tapi kalau lapar makan. Tapi takpa. Kalau habis boleh beli. Yelah. Yang patah tumbuh yang hilang pun berganti, yang habis boleh beli. Haaa tak memasal. Okay. Sekarang aku nak cakap satu je dekat korang, you are amazing just the way you are. Ihiks. 

Okay dah semua. Aku nak undur diri. Korang tu jangan lupa solat. Haaa. Nak tidur baca doa. Sebelum makan baca doa. Dah kenyang pun baca doa. Baru berkat hidup ni. Ingat. Kita ni menumpang dibumi Allah. Menumpang buat cara menumpang. Solat jangan tinggal. Tiang agama tu. Rumah takda tiang boleh runtuh. Agama tanpa tiang? kosong kosong kosong. Haa mama kite selalu cakap, amalkan ayat kursi. Semoga kita semua dilindungi. Amin :) Okay dah semua. Selesai sahaja disini. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Take care and thanks for reading :) 

Tumblr_mb7yizehht1reufmko1_500_large
THINK :)

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !