BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday 31 May 2013

Saya yang kebosanan.

Large

Holla keeeeekueeeeerrsss ! Hari ni saya blablabla .Eh wait. Ni bukan keek eh? Bukan eh? Oh takboleh nak holla keeekueeers eh? Haha. Semua nak holla keekuerss je cKawUnK . aHaks . Eh teWeMpiTz pula. Okay sudeh. Sudeh cukup cukup sudeh. So peoples. Hi and assalamualaikum wbt. Islam kan? Kena ah bagi salam. Dapat pahala. Boleh lah jugak topup pahala tu kan buat benda sunat. Tapi kalau dah nama islam tak sembahyang tiada guna. Walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Lalala

Fuhhh fuhhh ! Berhabuk sudah blog ni. Banyak nau habuk habuk ni. Haa kau, tolong ni haa, sapu habuk dekat hujung belah kiri yang belah atas kepada belah bawah yang bagai pinang di belah dadu tu. Haa kau pulak, gerak ke tepi sikit, haa tepi sikit, pegi belah kanan sikit, angkat tangan ke depan, okay okay, keadaan statik, eh ke kanan sikit, haa sikit lagi sikit lagi, op ! Haa nampak tak ada kerusi ogawa dekat situ? Haa tolong aku lap kerusi tu, buang habuk habuk. Lap kan sekali air banjir yang tumpah tu. Haaa kau pulak, yang sengih sengih taktahu nak buat apa tu, boleh tolong bangun tak? Okay jangan gerak. Angkat tangan ke depan, letak atas bahu kawan, luruskan barisan. HAHA. K taklawak. Dah dah. Mohon korang semua ni kemas blog aku ni sampai bersih k. Takkan nak baca je. Dah la aku tak kenakan apa apa bayaran bulanan. Tolong lah kemas sikit. Tu haa, saki baki popcorn tu, korang jugak yang makan. Bersepah habis blog aku. 

Okay dah. Berhenti merepek kejap. Aku nak tukar kepada mood serious. So memandangkan aku dah lama tak update blog, banyak jugak lah benda jadi. Dimana aku pergi camp dekat putrajaya hari tu dan sangat best walaupun penat dimana aku pergi jadi persegaran je pun. Kena masak masak tapi banyak benda baru aku belajar. Contohnya potong bawang potong sayur, cuci ikan, blablabla. Pendek kata, semua benda yang dibuat dekat dapur tu aku baru belajar. Yelah. Orang takpernah masak. Haha! Lepastu boleh lah belajar cara penyediaan makanan masa bencana ah kononnya. Kena masak cepat cepat untuk beribu orang. Ewah. Dan suasana di dapur tu macam dekat masterchef jugak lah kire. Har har. Aaaapak kecoh dekat dapur tu memandangkan ramai yang kaki latah dan aku salah satunya. Dan masa dekat sana dapat merasa hari hari pergi mesjid semata mata nak mandi solat. Pergh mesjid tu cantik. Sudah rindu. Dan semestinya adat pergi camp, tipulah kalau tak jumpa crush baru. Lalala. OMG ! Ada abang facy putih tinggi dan jambu sangat handsome khemah dia tepi khemah gua tapi sayangnya gua tak sempat nak tanya nama dia sebab gua ajet ajet gadis melayu terakhir yang sangat pemalu bak hang. Tengok kaki lah hoi. Eh no no. Gadis melayu tak tunjuk kaki. Lalala. Pastu ada sorang mamat vietnam nama ape entah dah la handsome gila pastu bau wangi. Omg omg. Haha. Dan best woh lepak. K tu je. Sekarang dah rindu. Tapi en nak show off sikit, gua ada nyanyi dekat sana. Ada budak main guitar. Gua nyanyi sebelah khemah geng geng keselamatan. Pastu budak international dengar pastu diorang cakap gua ada beautiful voice. Then gua cakap, gua bukan setakat ada beautiful voice tapi gua ada beautiful face juga. Lantas gua ketawa. Har har. Bajet bajet. Lalalalala. Tapi aku gurau je wih. 

Haa ni ah geng sedapur. Haha. Diorang ah dengar gua membebel siang malam pasal facy kacak tu. 

Me is with mekyah. Bajet bajet muka suci masuk mesjid. Haha. 

Ni boyfriend itewww. Ihiks. Nama diyeww haikal. Rindu haikal weh. Budak ni hyper dan bijak. Budak pun fall in love dengan aku. Hm malas ah nak cakap banyak. Lalala

Haaa. Ini budak nama dia Isha. Dia nak caras gua. Dia cakap Haikal handsome. Gua jealous. Gua akan pastikan gua takkan bermadu dengan dia. HAHAHAHA! K keji nya aku. Haha

Okay sudah. The best part is hari hari lepak tepi tasik sebab kitorang punya khemah betul betul tepi tasik. Then malam malam tengok kecantikan jambatan putrajaya tu haaa. Okay sudah. Tu pasal putrajaya. Then apa lagi aku buat? Oh nothing. Hidup aku mana nak ada matlamat sangat. Makan tiduq makan tiduq. Lalala. Okay dah. Apa lagi nak cerita? Apa lagi? Nak cerita pasal aku nak kahwin dengan ZIZAN RAZAK pun macam awal lagi. Aku ingat biar babyboy je yang cakap dekat wartawan. Sekarang ni dia cakap dia nak rahsiakan dulu. Yelah. Nak buat wedding of the year, takboleh kecoh kecoh. Eh eh? Lagipun ni permintaan pihak Kitkan dengan pihak Mamee. Aku ikutkan je. Takda kaitan. Haha. Kalau korang nak tahu, iklan mamee tu sepatutnya aku dengan babyboy tapi aku yang taknak. yelah. Nanti orang boleh tahu kisah cinta kitorang. So aku cakap, biarlah Nora Danish je ganti tempat aku. Kenapa aku suruh Nora Danish ganti? Sebab, hm dulu Nora Danish tu berlakon cerita Puteri pastu masa kecik kecik dulu, kitorang main tarik upih sama sama. Korang takda lagi masa tu. HAHAHAHA! Bajet dah tua. 

So bercakap pasal ZIZAN RAZAK, aku bangun tidur hari ni, dengan muka yang agak comel aku scroll TL, boleh tahan menyakitkan hati bila orang kecoh pasal "zizan meninggal". Haa peghati punya peghati. Stalk punya stalk dapat tahu lah ada sorang ni yang tibatiba tweet, alfatihah, zizan telah kembali ke rahmatullah. Semoga kau dirahmati budak. Pepandai tweet macam tu. Kepala bana kau zizan dah meninggal. Dia ada je dekat iklan kitkat tu *Gaduh takmatang* HAHAHA. K tak aku gurau. Haha. Okay back to that budak. Twitcon pesen ambik gambar tengok atas macam juon, nak banyak retweet agaknya tweet macam tu. Kau sanak saudara zizan ke apa? Orang lain taktahu, kau yang lebih lebih tahu. Kau ingat ni lagu Mila AF? Aku lebih tahu? Aku takfaham lah kalau jenis cakap orang meninggal ni. Okay cuba kau fikir eh, apa kau rasa kalau tibatiba orang cakap, kau telah kembali ke rahmatullah. Haa. Baru kau rasa langit tu tinggi rendah. Haa jangan sampai aku buat kau jadi bulu tangkis, pastu aku pukul kau dengan kayu besbol budak. Ha aku malas ah nak tunjuk gangster aku. Okay ni pesen yang tetiba sebarkan benda entah apa apa. Lagi satu pesen pulak , jenis marah budak tu then mention zizan sekali. Haa ni pesen apa? Nak menunjuk dekat zizan kau tu penyelamat dia? Tolong betulkan keadaan? Mention zizan biar zizan tahu kau yang marah budak tu sebab tweet macam macam pasal abang zizan? Tu ? Weh elok elok abang zizan tu taktahu apa apa, orang macam kau lah yang besarkan keadaan. Dah boleh buat orang stress. Fikir lah sikit hoi. Kalau betul kau tu nak back up abang zizan, buat tu biar ikhlas. Jangan nak menunjuk. Boleh? Okay dah. Aku malas ah nak cakap banyak. Kang semua cari gaduh dengan aku. Aku malas nak gaduh. Uhuks. 

K sudah. Semua. Saya minta maaf ye? Maafkan andai saya terkasar bahasa. Yang mana sebarkan benda benda tak betul tu, sudah sudah lah. Fikir sikit apa kau rasa kalau benda tu jadi dekat kau. Kalau yang pesen gebang je lebih marah budak tu dengan mention abang zizan tu, sudah sudah lah. Stress abang zizan nanti. Cakap sayang dia kan? Haaa. Benda kecik. Takyah nak besarkan sangat. Benda boleh settle. Okay? Dah. Sampai disitu sahaja. Btway, gua nak minta maaf dengan semua orang ni kalau selama kita kenal ni, saya banyak buat salah silap. Mulut ni kadang kadang kwaja jugak. Maaf weh semua salah. Halalkan makan minum :) Terimakasih. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah.  byeee. 

Nah. Ambik buat hadiah. Jangan gaduh gaduh lagi. Hahahahahaha! Kbye :* Sila jangan bash saya. HAHAHAHA. 

Wednesday 22 May 2013

I'm leaving.

Tumblr_mgxh7erea21rmcgngo1_500_large

Hello and hi earthlings :* Assalamualaikum wbt :) Eh no no no. Kite update blog ni bukan sebab kite rindu awak awak semua ni. Kite saja je update. Awak semua ni jangan nak bajet sangat tau. Lalala. Haha. Atototo. Gurau. K tak tak. Senanya update blog sebab dah lama sangat tak update. Dah berhabuk. Ni pun gua dah batuk batuk dah ni. Tengok korang pun dah berhabuk sama tunggu aku update. Dah dah. Gi mandi dulu sana. Buang habuk habuk dekat badan tu. Fanatik betul korang ni tunggu aku update blog sampai berhabuk. Haha k tak. Gurau lagi. Lalala

So i just to update and tell everyone here that I'm leaving. Haa leaving ler. Tengok gambar atas lah. Hm hm. No tu gambar cliche. Takda apa pun. Tapi boleh hayati betul betul ye semua. So tomorrow I'm going to Putrajaya. Wehee. Ada meeting dengan Najib. Hm dia nak suruh aku ganti dia kejap sementara aku tengah cuti sem ni. Katanya taktahu nak harapkan siapa dah kalau bukan aku. So kena meeting dulu lah. Ikut protokol katanya. Hm malas ah nak cakap banyak. Aku ni pendiam. Tanya lah orang yang dah lama kenal aku. So aku malas cakap banyak. Tunggu jelah berita tv3. Nanti ada ah gangguan masa korang nak tengok cerita. Lalalala. 

Ah takda nya. Gua nak pergi menjalankan tugas sikit. Dah bosan sangat terperap di Kelantan takbuat apa. Lalala. Ada festival belia 2013. Wehee. Dengar dengar ramai juga artis ada. Dan dan dan, hm hm gua kena duty -.- Bukan nya berjimba jimba kat sana maka belum tentu dapat jumpa semua orang. Oh sedihnyaaa. Tapi apa apa pun doakan perjalanan saya. Selamat pergi dan selamat balik. Insyallah. Amin. Dan tidak lupa. Doakan saya boleh berjumpa abang zizan saya. Oh tolonglah. Saya ingin berjumpa beliau. Tolonglah :(

Okay dah. Tu je aku nak bagitahu. Ada nak bagitahu apa apa lagi? Tiada kan? Oh aku dah kahwin belum? Hm setakat ni belum. Tapi akan merancang lepas lepas ni. So wartawan lain ada soalan? Oh ada? Okay macam ni, tweet je dan saya akan jawab di twitter. Okay? Kalau tak puas hati ke ape, cakap depan depan lah. Saya taknak ada gosip gosip murahan pasal saya. Okay? Dah dah saya nak berhenti menaip. Malas pula menaip panjang panjang. Korang nak baca pun sakit hati. Haha. Oh yaa lupa. Jangan lupa saksikan filem terbaru babyboy saya di pawagam bermula 23 May 2013. Okay filem ape. Cuba teka? Haa. Bikers Kental. Yeayyy! Ha tengok Bikers Kental nanti. Gua tahu cerita dia best. Lu tengok hero lah derrr. ZIZAN RAZAK. haa tudia. Lalala

Okay dah. Bye peoples :* Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Titeww tayunk awak shumeee :*

Sunday 12 May 2013

Happy Mother's Day beautiful lady :)


Hi assalamualaikum. Okay first entry for today, kite nak cakap pasal mama kite. hm. Semua orang ada mama. Kite tahu. Ada orang ada mak, ada ibu, ada mommy, ada umi, ada mama, ada bonda. hm tak kisah lah. Tapi kite tahu lah mama kite ni lahirkan kite. Hihi. 

Haaa, dia ni lah yang simpan kite sembilan bulan dalam perut dia. Bawak je kite gi mana mana. Pastu dia tahan sakit tau masa nak lahirkan kite. Pastu dia jaga kite besar. Susah susah dia pun dia ada masa dengan kite. Dia besarkan kite dengan penuh kasih sayang. Sampai kite jadi besar panjang ni haaa. Hm. Takda ah panjang mana. Pendek sikit sebab tumbesaran kite terbantut agaknya. Haaa. Dia ni lah yang bagi makan minum kite. Sama sama dengan abah. Jaga kite. Pastu dia jugak yang mengandungkan adik adik kite yang enam orang tu haa. Pastu lahirkan pulak. Haa. Tujuh kali tau tahan sakit bersalin. Tapi mama kite kuat. Kite tahu. 

Pastu en, dia ah hantar kite gi sekolah. Adik adik kite semua sekolah. Pastu bila kite dengan adik adik kite balik sekolah, haaa, makanan dah atas meja. Makan je. Siapa yang masak? Dia lah. Pastu kitorang buat sepah dulu semua. Masa kite kecik kecik. Sekarang pun kite banyak jugak buat sepah. Adik kite lagi ah suka buat sepah. Dengan mainan dengan buku. Siapa yang kemas? Dia lah. Pastu haa kalau adik kite demam, siapa yang jaga, suruh makan ubat semua. Dia lah. Pastu kalau kite ada masalah itu ini, siapa yang dengar, siapa yang bagi nasihat dekat kite? Dia lah. Pastu kalau kite buat salah, siapa bebel dekat kite? Dia lah. Pastu kalau kite nangis semua, siapa tenangkan kite? Dia lah. Hmmm. SEMUA DIA. Dia yang ada time kite dengan adik adik kite susah. Hm Pastu apa pun dugaan, kite tahu mama kite ni tabah. Bukan kite taktahu dia banyak problem tapi dia cool je. Dia tabah :')

Pastu kan, kite respect dia. Sebab dia faham kite. Kite ni jenis suka kawan dengan lelaki. Haa, dia faham. Dia tak marah. Tapi dia pesan macam macam dekat kite. Sebab kite tahu dia sayang kite :) Pastu dia sporting. Haa, dia tak kisah kalau kite bawak balik kawan kawan kite dekat rumah. Hm. Dia siap tolong masak, buat air lagi dekat kawan kawan kite. And dia boleh jadi mama kawan kawan kite jugak. Sampai kawan kite, datang rumah kite, panggil mama jugak pastu boleh boleh peluk peluk dia semua. Sibuk betul kawan kawan kite. Haha. Tapi dia tak kisah. Dia jadi mama kawan kawan kite jugak. Haa. Pastu haritu kite cerita pasal geng baru kite dekat dia. Tu pun dia tak kisah. Dia suka geng baru kite. Tu maknanya dia memang faham kite :)

Lepas tu an, dia tahu kite minat babyboy kite. Abang Zizan. Dalam risau risau dia, dia tetap izinkan kite turun KL jumpa abang zizan kite. Eh. Abang zizan kite pulak. Maaf ye semua. Haha. Tapi maknanya dia faham kite. Dia takda lah kongkong kite sangat sangat. Pastu haritu, masa nak cuti sem, kite cakap kite taknak naik bas sebab barang kite banyak, pastu kite cakap lah kite nak abah datang ambik, pastu dia sanggup datang ambik kite. Ihiks. Banyak lagi benda yang dia buat. Pengorbanan dia tu banyak sangat untuk anak anak dia. Kalau kite cerita, sah sah awak awak semua ni, boleh juling tau sebab panjang sangat. Hihi

Dan siapa dia? Dia mama kite. NOR ASIAH BT MAN :) She's the best mom. She's everything. And i love her *TabikKapten* Semua orang ada mak. Dan kite tahu, masing masing ada mak yang power sangat. Jadi ni lah mak kite. Mama kite :) Dia power. Dia kuat. Dia semuaaaa :) Kite janji, kite takkan sia sia kan kasih sayang dia. Kite janji kite nak jadi manusia yang boleh buat dia bangga nanti :) So mama, I LOVE YOU VERY VERY MUCH FOREVER. And my love is INFINITY :) Sekian. Kepada ibu ibu di dunia, HAPPY MOTHERS DAY :)

Kite sayang mak kite. hihi. 

p/s : Kite = Saya

Friday 10 May 2013

Hari Hari yang Longlai

Large
Holla holli ku beri nama cikebum cikebum. So Assalamualaikum dan hai beta ucap kan pada rakyat jelata beta dan peminat peminat beta yea. Beta amat tahu bahawa kalian semua sangat merindui beta. Dilihat pada keadaan negara yang agak huru hara selepas PRU13 ini, beta tahu puncanya kerana kalian semua merindui beta. Ye lah. Terdapat satu hipotesis dimana, semakin rindu kalian semua pada beta, semakin keliru kalian untuk membuat pilihan. Hypothesis accepted! Har har. Beta tahu kalian semua benar benar merindui beta. Ye beta memahami rakyat rakyat dan peminat beta. Beta faham. Tapi apa saja beta boleh buat. Hanya bajet bajet faham saja. Har har. 

Ah dah semua. Yang sudah tu sudah la. Ye. Aku tahu dah lama sangat aku tak update blog. Dah lama sangat. Fuhh. Last update blog, masa dekat Ipoh dulu. Atototo. Bajet lama gila dah tinggal Ipoh. Padahal baru seminggu satu hari tinggal Ipoh. Haha. So aku nak bagitahu kat sini bahawasanya aku sedang berada di Kota Bharu, Paris. Ye. I dekat Paris you olls. Datang ah Paris semua. Datang jumpa aku ni haaa. Hahaha. Paris lah sangat kalau ada Kbmall ni. Hahaha. 

Frankly speaking *buat muka serious* Aku sangat lah bosan berada di Kelantan. Eh. Itu tidak bermakna aku bosan berada di sisi keluarga aku okay. Aku bahagia. Tenang je duduk dengan keluarga. Tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Apalagi. Makan jelah bubur tu. Kalau biar lama lama nanti basi. Haha. Tapi jujur. Sedap weh duduk Kelantan. Duduk rumah sendiri. Haha. Dimana aku bangun tidur, sarapan pagi sudah tersedia di atas meja walaupun aku bangun tu dah nak hampir tengahari. Bangun bangun, makan. Pergh. Pastu lepak depan tv. Baring. No drawing no unipen no plan no acik oyot no exco ah no no no no dont punk with my heart. Hidup memang sangat relax. Mandi pun sukahati nak mandi pukul berapa. Kalau ada yang suruh mandi awal tu, mandi awal lah aku. Memandangkan aku ni jenis dengar kata. Haha. 

Tapi yang sedihnya. Takda kawan kat sini. Eh no. I didn't say that aku takda langsung. Tapi kan kan kan, kawan yang dekat Ipoh tu takda kat sini. Kalau ada pun jauh. Daerah lain lain. So susah. Dengan geng aku nya semua jauh jauh. Johor Melaka Negeri Sembilan Shah Alam. Kau nampak tak haluan mereka tu lain dengan aku? So memang tak ah nak jumpa dalam tempoh bercuti ni. Gilaaa. Sumpah rindu woi. Haha. Mana tak nya. Kalau dekat kamsis tu tiap tiap malam lepak. Walaupun akhir akhir sem dah kurang lepak dek kerana esaimen dan final project yang berlambak. Tapi aku ingat lagi, malam terakhir dekat sana sempat lepak dekat datarang kamsis, yang mana belum balik tu, duduk cakap cakap, luah perasaan :) Best wooo! 

So, my dear #DSB1A @ #DSB2A wanna be. I would say that I am totally missing all of you. Rindu rindu rindu. Rindu nak memekak dalam studio lapan. Rindu nak buat birthday suprise. Rindu nak berlakon masa kelas agama. Rindu nak buat presentation pastu gelak dalam kelas -.- Rindu nak lepak dekat dataran kamsis. Rindu lepak lepak buat hal sendiri masa design fest. Rindu nak photoshoot masa archinite. Rindu nak kawad keliling padang. Rindu nak main main masa kem polibriged. Rindu nak tidur kelas abang Fu. Eh? hahaha. Korang dah santau aku ke ape ni? Sampai rindu rindu ni? 

Okay dah. Tapi jujur. Sekarang ni amat gelabah memandangkan result bakal keluar. Haha. It would be stewpid kalau exam tapi takda result. Useless. How was my final exam? Hm hm hm. Not bad. Aku ada dua paper je kot. Math dengan materials je KOT. Har har. Math so far alhamdullillah. Boleh lah jawab dengan tak study tu. Hihi. Materials pun boleh lah jawab walaupun aku pun taktahu apa aku jawab. Eh, materials aku pernah belajar ke? Haha. Seingat aku, aku hanya berkhayal je. Haha. Ah lantak. Tak kisah. Ihiks. Pastu ada portfolio. Portfolio tu macam tu jelah. Ergh. Gelabah siaaa. Doakan pointer aku dengan kawan kawan aku geng geng aku bongok aku semua nya tinggi. Amin. Eh. Bongok? Har har har. Kbye. 

Dah dah dah. Hm Takda apa dah aku nak cakap. Tapi aku rasa lepas ni aku boleh kut kalau nak update blog setiap hari memandangkan i've got nothing to do. Membuta je kerja aku. Ye. Membuta di siang hari. Malam mana boleh membuta. Sibuk hafal script. Hafal lagu baru. Yelah. Sejak sejak dah jadi artis berpengalaman ni. Makin banyak job. Makin banyak award. Aku malas lah nak cakap banyak. Nanti orang cakap apa pula kan. So aku nak menyeru semua rakyat Malaysia, jangan lupa saksikan BikersKental ye. Ada babyboy I. Ihiks ihiks. Hm. Lama betul tak cakap pasal dia. Rindu juga. Tapi wa busy. Tak menyempat nak membebel hari hari. Tapi jangan risau. Hati ini masih sayang. Kbye. Dah semua. Mata dah mengantuk. Tapi taktahu nak tidur ke tak. Haha. 

Kbye. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Thanks for reading :* Lapchiu. Ihiks. 

Sebentar sebentar. Kenalkan. Ini dia geng geng saya. Body guard body guard saya. Hm. Biasalah. Selebriti macam I ni kena banyak orang jaga. Haha. kbye :*

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !