BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday 22 November 2013

JOURNEY

aspirant | via Tumblr

Hello hi and assalamualaikum. Sebab dah bosan sangat aku nekad nak update blog. Rasa nak bergiat aktif ballik walaupun aku ni boleh tahan membosankan. Ah lantak. Kalau nak baca, baca. Kalau taknak sudah. Sebab aku update ni pun sebab gila menaip. So today tibatiba rasa nak cakap pasal JOURNEY. 

Yes. Life is a journey. Cliche betul kalau cakap macam tu. Tapi tu lah faktanya. Life is a JOURNEY. Perjalanan. Dan semua orang tahu perjalanan dalam hidup ni paling banyak dugaan. Boleh jugak nak dikaitkan dengan roda. Kejap kat atas kejap kat bawah. 

Sepanjang hidup ni, kadang kadang kita akan duduk dekat atas. Masa tu orang sanjung kita. Suka kita. Semua benda kita buat ni senang je. Lancar je. Dipermudahkan semuanya. Tapi jangan lupa, akan ada satu masa kita duduk kat bawah. Be prepared. Sebab masa kita dekat bawah ni lah sukar jugak hidup kita. Banyak dugaan. Ada je tak kena. Dan masatu, mungkin orang yang selalu ada dengan kita pun boleh jauh dari kita. Ha gitu. Akan rasa susah sampai kita mengeluh. So hidup ni tak sentiasa senang. Ingat.

Yup

"Even in the straightest roads, we can get lost." Jadi sepanjang perjalanan yang aku cakap ni lah kita kena sentiasa berpegang pada landasan. Ingat balik arah tuju kita nak kemana. Letak target nak kemana. Nak berjaya ke. Nak jadi orang senang ke. Nak jadi orang susah ke. Nak sentiasa berada di tempat yang sama ke. Sukahati lah. Ikut hati masing masing. Hidup kau, bukan hidup orang lain. Haa faham kan?

Dah tahu nak kemana tu, usaha lah macamana nak ke tempat tu. Contohnya macam kalau kau rasa kau nak berjaya, pandai pandai lah kau usaha. Dalam dunia ni takda orang yang bodoh, yang ada cuma yang malas. Semua orang berhak untuk berjaya. Tapi layak ke tak ke, kau decide sendiri. Dan pastikan kau tak tergelincir sepanjang perjalanan tu. Jalan elok. Hati hati. Sebab perjalanan dalam hidup ni banyak apa? Ye betul anak anak. Cubaan dan dugaan. 

Try it! | via Facebook

Apa yang jadi di belakang, biarkan je. Kau dah lepas. Teruskan perjalanan. Kalau sebelum tu kau ada jatuh, bangun lah selagi kau mampu. Teruskan perjalanan. Ingat balik destinasi kau. Niat kau. So bangun lah. Kalau rasa lemah takda orang nak sokong dah, ingat parents kau, ingat orang yang kau sayang, orang yang sayang kau. So bangun. Stand up. Teruskan. Perjalanan masih panjang. Jangan bazirkan masa dengan masa lalu. What past is past. Jadi kan iktibar jelah. Sebagai peringatan. Apa yang aku boleh cakap, berhenti meratapi masa lalu. Nanti perjalanan kau yang masih panjang ni terganggu. 

True

Life is a journey, from Allah SWT and to Allah SWT. Ingat. Kita ni ada pencipta. Penentu hidup kita pun Allah. Jadi buat apa apa tu ingat Allah SWT. Jatuh bangun kita Allah ada di setiap langkah. Jangan takut. Dan cubalah untuk sentiasa ada di landasanNya. Amiin. 

<3

Selain usaha, doa tu yang penting. Rajin rajin lah berdoa. Allah je boleh tolong kita. Serious. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Jadi doakan lah apa yang kita rancang tu Allah restu dan doa biar Allah tolong kita. Kalau tak jadi, maknanya Allah tu ada plan yang lebih baik :)

Allah ♡

Akhir kata, jangan banding kan life kita dengan sesiapa pun. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin apa yang kita ada tu, orang lain takda. Bersyukur dan terus bersyukur. Apa pun jadi dengan life kita, tu adalah perancangan Allah. Dan itu adalah sebaik baik perancangan. Itu lah yang terbaik untuk kita. Jadi target kemana kita nak pergi, hati hati dalam perjalanan, usaha, doa, dan jangan tersalah landasan. In sha Allah, sampai tempat yang kita nak tuju tu which is menuju kejayaan. Ha itu lah maksud aku. 

Nur Amirah Auni. 19. Pengguna part time camera360. HAHA. 
Bakal meneruskan perjalanan di sem tiga untuk menuju kejayaa. Nak graduate. Jadi arkitek. InshaAllah.

Itu saja dari saya. Terimakasih kerana membaca. Itu je akku mampu tulis. Aku ni takdalah sempurna nak nasihat orang. Sekadar bagi pendapat sendiri. Sukahati nak terima ke tak. Hehe. Kbye assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang. HEHEHE. 

Result Sharing *sila klik jika ingin tahu*

Hello hi and Assalamualaikum. Okay dah tahu memang takda orang rindu sebab baru haritu aku update blog. Okay faham. Dan untuk pengetahuan semua pihak aku bukan nak gebang result aku hari ni tapi aku cuma nak berkongsi result jelah. Hehe. 

Tak kisah korang nak tahu ke tak, serious aku tak kisah sangat. Hidup ni tak elok sangat ambik peduli pasal orang. Jadi aku bajet bajet korang nak tahu lah. Please lah buat buat macam  nak tahu. Dah lama aku tak merayu dekat korang ni. Haha. Tolong lah tolong buat eksaited nak tahu. 

So result takda lah tinggi sangat nak dibandingkan dengan sem lepas. But still thankful. Sebab memang takda repeat. In fact, kebanyakan subject tu memang atas pagar which is bila bila masa je boleh tergelincir jadi fail. Nasib baik Allah SWT bagi rezeki lulus. Alhamdullillah. Hehe. 

Macam yang aku cakap, result kali ni memang aku taknak peduli sangat pasal pointer sebab bagi aku a few subject yang fail tu memang teruk ah doh :( Tapi Alhamdullillah. Syukur sangat memang takda. And aku sibuk cakap takda fail ni berapa je aku dapat? Taraaa! *bunyi drum*

3.04! Yeayyy! *awkward* Haha. Tapi serious cantik tak tipu. Kalau gabung dengan sem lepas punya result memang kena. Sem lepas, 3.40. Sem ni 3.04. Dan aku harap sem depan 4.03. Ha boleh cenggitu? Ni bukan salah apa ni, salah susun. Haha. 
For once again, Alhamdullillah sebab takda repeat. Terimakasih lecturer lecturer sem dua yang banyak ajar macam macam. Inilah hasilnya untuk sem dua. Hehe. Tapi ada hikmahnya result turun ni. Atleast ada sedikit rasa menyesal dan rasa nak up balik. Nak struggle lebih sem depan pastu nak balas dendam dengan sem dua. Eh boleh?

Eh ada lah tu yang akan cakap aku sembang kosong. Aaaa tengok nanti. I'll prove it. Aku akan bangun balik lah. Eley eley eley. Tapi taknak bangun sorang sorang. Nak bangun dengan member member buah hati kesayangan #AR10. Hehe. Kata jatuh bangun sama sama. 

Jadi kepada semua pihak yang ambik result harini, apa yang aku boleh cakap, tahniah lah semua. Tak kisah pun berapa korang semua dapat, tapi ingat satu je, bersyukur dengan apa yang ada. Ingat rezeki tu Allah SWT yang bagi. Dan ingat Allah SWT tu Maha Adil. Apa yang Dia bagi tu, maknanya itulah yang kita berhak dapat atas usaha kita sendiri. So bersyukur lah. Hihi. 
Bersyukur jangan hanya di mulut. Solat tu cuba jangan tinggal. Takmalu ke Allah SWT bagi kita macam macam tapi suruhan Dia kita taknak ikut? Okay. Bukan nak bajet baik, tapi yelah. Saling mengingati. Aku ni takda lah baik sangat. Boleh tahan jugak perangai. Tapi try improve. In sha Allah. 


So itu je kut untuk hari ini sebab aku sendiri pun macam taktahu nak cakap apa je. Sekadar nak share result je walaupun korang semua macam taknak tahu je macam taknak tahu je. Eyuw omg. Aku menyampah dah dengan ayat tu senanya. Lima hari aku kerja ni berlambak customer guna lawak tu. Serious taklawak. Aku taktipu. Aku macam dah bosan. 

Eh suka suka hati aku je nak bosan. Ingat takda orang bosan dengan aku? Haha. Okay talk about kerja, allhamdullillah lima hari kerja jadi salesgirl yang cantik, ada lah a few problems yang orang kata boleh lupa. Omg hidup tak habis habis dengan problem cenggini lah. Haha. No I mean ada lah certain things yang boleh lupa. Sedih sedih pun boleh lupa kejap sebab boleh usha abang abang kacak lalu lalang. Eh? HAHA!

And yes, alhamdullillah lima hari kerja dapat feedback yang baik. Eh macam post mortem. Orang orang yang baru kenal Auni ada lah yang cakap, baru kenal tapi macam dah kenal lama and alhamdullillah ada jugak yang cakap suka kawan dengan Auni. Haa gitu. Alhamdullillah. Means Allah SWT makbulkan doa aku. Hihi. 

Semoga kehadiran aku dalam hidup semua orang ni bagi kesan positive, menyejukkan hati, menyenangkan, menceriakan, membahagiakan. In Sha Allah. Trying to be better Nur Amirah Auni. Eh perasan. Serious. Dah penat dah sakit kan hati orang. Dan dan letih juga nak puaskan hati orang yang tak pernah puas hati. Jadi biarlah. Ubah yang mana perlu. In sha Allah. Hehe. 

And I will miss you guys ibu ibu mengandung, kakak kakak, adik adik, Syah yang comel gila sebelah kedai, eheh eheh. Thanks a lot to peoples who helps me a lot juga lah. Hehe. And yes sorry sebab Auni ni menyusahkan. And merimaskan. I keep saying "sedih oh jadi Auni". I just want to make you guys laugh. In fact, I love to be around all of you. Eh taknak berhenti kerja lah :( Tapi nak belajar. Eh tacing. Hahahaha. 

Okay tu je. Sekian saja dari patik. Selamat merindui patik kerana patik rasa sehari dua ni patik nak busy kan diri dengan mengganti masa tidur patik yang habis buat kerja tu. Patik nak tidur sepuas hati memandangkan sekarang musim hujan. Nikmatnya untuk ber hibernasi. Okay itu saja. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. HEHEHEHEHE 

Motivasi yang mungkin sudah give up dengan result sendiri. Chill :)

Selingan. Body guard sador. Guardian angels saya sepanjang sem dua. Azmil. Syafiq.

Sekali lagi saya nyatakan. Ini dia kekasih saya. Hehe. Adik beradik. Keluarga. A part of #AR10. Susah senang sem dua sama sama. Diorang banyak jaga saya sem dua. Takda diorang lagi teruk agaknya. Alhamdullillah dapat anugerah terindah ni. Terimakasih Allah. Susah nak dapat kawan macam diorang. Kbye. 

Tuesday 19 November 2013

Adunan Sebati Cuti Sem

Life was so different this time last year.
Hi hello and assalamualaikum. Hm awkward sebab macam rasa dah lama tak update blog. Since cuti sem ni banyak duduk diam diam dekat rumah. Err. Aku banyak habiskan masa dengan ganti balik masa tidur, makan, tengok tv puas puas. Disini kredit kepada astro kerana menyiarkan siaran ulangan untuk semua program tv yang saya tertinggal dekat Ipoh. Ha terimakasih. 
Dan sebenarnya jugak, hm aku ambik sedikit ruang untuk mendiamkan diri untuk sekejap sahaja. Sebab rasa macam dah terlampau serabut dan stress dengan semua keadaan. To be honest, cuti sem ni akan tinggalkan kesan yang boleh tahan besar untuk life aku lepasni. 

And what make it worst, buat pertama kalinya aku sendiri berhadapan dengan situasi kehilangan yang amat besar. Orang yang paling kita sayang, tinggal kita secara tibatiba. Terkejut. Masih lagi terkejut. Tapi I believe in faith. Allah SWT is planning the best for me. He's the best planner. 

Thankyou kepada yang buat aku bangun balik, bangkit balik, buat aku sedar yang apa pun jadi mesti ada hikmah dia. Terimakasih. Dan aku janji, aku belajar untuk kuat balik. Dan here I am. Masih kuat. Alhamdullillah. Tapi, life will be so different after this. Jujur. 

Okay. Tukar mood lah jom. Eh emosi pulak aku. So life, hm alhamdullillah better. Cuba bangkit balik walaupun jatuh kejap haritu. Cuba buat semua benda sorang sorang. Well, I'm not alone actually. Ada kawan kawan. Ihiks. 

Err and selain duduk kat rumah habiskan beras, naikkan bil elektrik, aku juga buat kerja berfaedah which is aku ada lah pergi duty juga. Berkhidmat untuk negara gitu. Haha. Lepastu ada lah buat part time sehari dua. Bosan jugak duduk rumah makan tiduq makan tiduq. 

And omg omg omg. eh no. Ya Allah, lusa result kot. I mean 21. Pergh takut sangat sangat okay. Risau gila kalau ada repeat. Tapi mintak jauh. Taknak repeat. Nak praktikal samasama dengan geng. Nak graduate samasama dengan geng dan yang pastinya taknak buat mama abah disappointed. Dan orang lain juga. Hm. 

I need to prove to peoples yang, walaupun muka aku nampak bodoh, dan tingkahlaku aku jugak bodoh, aku boleh jadi architect nanti. Amiin. Tak kisah kalau pointer tak tinggi, takjadi best student pun, i just believe in rezeki. Belajar bukan untuk exam tapi untuk ilmu tu. Baru sedar. Teruknya. 

So kepada insan terdekat, aku rasa sem depan aku nak berubah. Walaupun aku tahu dari sem sem yang lepas lagi aku cakap nak berubah. Tapi aku harap kali ni korang percaya aku, support aku. Sebab aku ada korang je. Kalau aku malas, marah aku. Sampai aku nangis pun takpa. Brainwash aku sikit okay?

I really need to change. Kehilangan yang besar buat aku berubah sikit sikit. Aku taktahu apa, tapi aku rasa aku dah lain. Ada yang tak kena dengan aku. Aku takdalah nak cakap perubahan aku ni perubahan yang macam lebih baik, perubahan ke arah lebih buruk pun tak, cumu aku rasa macam aku makin HEARTLESS. HEARTLESS yang betul betul punya. 

Phew. Andai kata aku lulus semua subject, aku janji aku takkan sia sia kan sem depan. Walaupun aku tahu sem depan memang killer sem. Aku akan try untuk jadi lebih baik. Dan in Sha Allah aku dah taknak meroyan sem lepas. Nak jadi lebih matang mungkin. Yaaa! Kehilangan juga mematangkan. 

Okay itu saja. Bosan betul entry aku. Hahahaha! Sorry. Yang mana nak unfollow tu boleh lah. Haa cenggitu ceghita dia. 

Sedikit gambar penyejuk mata. Future mama gitu. Still waiting for his papa. Eceh. Who is he eh? Kehadapan bakal suami yang saya taktahu awak siapa, semoga sekarang awak tengah belajar rajin rajin dan fikir future awak nanti dengan isteri awak, yakni saya. Dan saya akan belajar rajin rajin juga biar bila kita dah kahwin nanti, in sha Allah dengan rezeki Allah kita senang sikit. Dan semoga awak jaga solat awak, jaga diri awak. Sebab saya nak awak jadi imam saya, imam anak anak saya nanti. Dan taklupa juga jadi papa untuk anak anak saya nanti. Eh tak. Anak kita. Ihiks. HAHAHA! Sweet gila pesan dekat bakal suami. Dah la gedik nak mampos. Annoying. Me is annoying. Gatal nak kahwin. Belajar dulu lah MIRAH! Hahahaha. Kbye. 

Itu saja dari saya. Kepada rakan seperjuangan, mari belajar rajin rajin sem depan. Aku tahu aku tak sebijak korang, tapi tolong bimbing aku, tegur aku kalau aku salah. Dan tolong aku untuk berubah. Jangan biar aku sorang sorang, tiapkali aku jatuh, tolong bantu aku untuk bangun, dan pimpin aku untuk melangkah dengan korang walaupun aku tak setaraf. Aku janji, aku akan jadi kawan terbaik korang. Aku nak berjaya dengan korang. In sha Allah. 

Okay itu je dari aku. Kepada peminat peminat, jangan lupa doakan aku okay? Cuak nya nak ambik result. Gr. Eceh. Takda lah. Gurau je peminat peminat tu. Me is kidding kidding. Semua semua ni kawan semua. Ihiks. Okay bye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. 

Wednesday 6 November 2013

R.I.P Sem Dua Senibina

Untitled

Hi hello and Assalamualaikum wbt. Miss me. Is it? Eleh ego jangan tinggi sangat. Kalau rindu mengaku je. Memandangkan aku dah lama sangat tak update blog, hati aku kuat mengatakan korang semua memang tengah merindui aku. Acece. 

Takda lah busy sangat sebenarnya. EH busy lah jugak. Since the last time aku update blog haritu, aku rasa lepas tu aku busy. Which is aku kena siapkan drawing and get ready for portfolio. And seriously. portfolio is not really good. Aku risau gila. 

PORTFOLIO. DESIGN. WORKING DRAWING.

So aku rasa first sekali aku nak cerita pasal portfolio design yang bagi aku teruk gila. Taktahu lah bagi orang lain, tapi bagi aku, rasa nak terjun bangunan haritu jugak tahu tak. What make it worst, En Fuad kut yang jadi panel haritu. Aku since sem satu dah takut dia dah. 

Haritu, masa tengah tunggu panel, susun susun board dalam kelas, tibatiba, nampak En Fuad jalan dengan penuh berkarisma masuk studio kitorang. Semua dah diam. Speechless. Phewww. Tak sangka apa yang aku takut tu jadi betul. Yang tu takpa lagi, tibatiba nama aku kena panggil lah siaaa. Tapi bukan En Fuad. Lecturer yang lagi sorang. Perempuan. Yang boleh tahan jugak lah garang dia. Scaryyy. 

Untuk menggambarkan betapa scary nya masa tu, dia rasa macam kau masuk rumah hantu lah. Tapi lagi menakutkan dari masuk rumah hantu. Nak kata scary macam conjuring tu tak sangat. Haa cenggitu lah. Apak dia ah nama aku kena panggil. 

Masuk masuk dia bebel ape entah. Then dia tunjuk aku punya section, dia cakap, 

"Section salah. Sepuluh minit, keluar betulkan"

Ayat dia tu menimbulkan seribu tanda tanya lah sial. Dia tak cakap apa yang salah. Aku lagilah taktahu apa yang salah. Kalau aku tahu salah awal awal dah betulkan. Eceh konon. Haha. Tapi serious aku keluar blurr nak mampus taktahu apa yang salah. Tapi thanks kepada kawan kawan yang tolong. 


Tapi cerita dia bila dah betulkan, tunjuk dekat En fuad, masih lagi salah. Berkali kali tunjuk masih salah. Serious, memang ade je yang tak kena. Sampai aku give up. Sampai menangis lah siak. And last last, he gave us on option, nak terus betulkan atau give up. Oh ya, anyway bukan aku sorang je yang kena betulkan, ramai juga lah. 

Okay bersambung pada option yang En Fuad kasi, nak terus betulkan or nak berhenti. Dan dia tiba tiba cakap, 

"Kalau awak masih nak terus betulkan, saya tak pelik kalau pagi esok awak akan sambung betulkan benda ni. Dan awak jangan marah kalau awak punya design berkali kali saya reject. Awak kena ingat, sikit pun awak betulkan pada drawing awak, maknanya drawing lain akan berubah, dan awak kena betulkan juga"

Pergh. Ayat tu yang patahkan semangat nak betulkan semua kesalahan tu. So all of us decided untuk redha je dengan apa yang jadi. Rasa dah tak sanggup nak hadap semua tu. And to be honest, aku sendiri pun dah cuak sangat dengan markah sendiri. Phew. Takut kena repeat. Tu je.

The next Working Drawing punya port folio. Gelabah dia lain macam tapi end up duduk dalam kelas betulkan yang mana patut je. Takda panel. And ada jugak yang teruk bagi aku which is markah first project aku hilang. And aku cari kat rumah memang dah takda. Sebab aku ingat aku dah bagi dekat lecturer, dua kali kot, tapi macamana boleh hilang. So tawakkal jelah. 

Aku takut gila dengan dua subject ni. Serious aku takut. Takut sangat sangat kena repeat. Ya Allah. Harap harap tak. Aku tahu sem ni aku memanng suck gila gila. Banyak buat perangai, banyak masalah, banyak buat hal. Aku harap Allah SWT masih bagi aku peluang nak bangun sem tiga nanti. Taknak lah repeat. Hmmm. Aku tak kisah pointer rendah tapi tolong lah. Jangan repeat. Harap tu je. Tolong lah doakan juga. 

TRIP AKHIR SEM. BAWAKU PERGI PULAU PINANG.

Taraaa! Yes. Before portfolio Working Drawing kita ada trip pergi Pulau Pinang. That was my first time. Kita pergi tiga buah kereta. And yes. It was fun. As I told you guys before, be with bestfriends is the best time ever. Another memories created. Alhamdullillah. Adalah juga benda untuk dikenang bila dah besar nanti. Ecece. Sweet me is it? Kahkah! Masuk bakul angkat sendiri. Tak ke nampak bodoh. 

Sepanjang perjalanan biasa je. Ala setakat confuse dengan jalan tu biasa jelah. It was our first time kot pergi sana dengan geng geng. And yes. Perasaan paling gembira bila naik atas jambatan Pulau Pinang tu. Masa dah nampak Jambatan Pulau Pinang tu kita semua dah jerit jerit dah dalam kereta untuk menyatakan yang kami eksaited. While aku rilek je actually sebab aku mengantuk sangat. 

Tapi bila dah naik atas Jambatan Pulau Pinang tu, tibatiba lagu yang ktorang play dalam kereta tu, tukar jadi lagu Bawaku Pergi. Serious, rasa macam kena dengan mood sangat. Terus pasang lagu tu kuat kuat, bukak tingkap then we just shout. Nyanyi kuat kuat lagu bawaku pergi. Seriously it was fun enough. Rasa macam tengah shoot program tv je. Haha. Fefeeling artis lah kejap. 

Bila dah sampai sana kita macam taktahu nak gi mana sampai lah kita semua singgah dekat rumah mak angkat anip. Masatu dia bagitahu tempat yang fun lah dekat Pulau Pinang ni. And yes kita semua pergi tempat tu then balik. Even kejap, it was fun enough lah. Best kut have a trip with soulmates. So kita plan in sha Allah next sem nak jaga budget elok elok nak pergi tempat lain pulak. In sha Allah. Doakan aku tak repeat. 

RUMAH MANIS RUMAH (HOME SWEET HOME)

And yes sekarang aku tengah sedap baring dekat rumah sendiri. Sia sia kan masa yang ada. Baring. Tidur. Makan. Tengok tv. Ada bagusnya astro ni banyak ulangan. Sekurang kurangnya cerita yang aku tak tengok dekat Ipoh dulu aku boleh tengok sekarang. Hm tak rugi lah cerita dia.

So sekarang aku rasa aku banyak memboncitkan perut. Makan tidur makan tidur. Buah hati pun dah fly balik tempat asal. So termenung aku sendiri. Alone. Meroyan sorang sorang. Ada sesiapa nak masuk meminang sekarang sangat di alu alukan. Mari mari.

Aku cuti tiga minggu ni. Siapa pun masuk meminang aku terima. Asalkan masa depan aku nanti cerah dengan dia. Jadi mari mari mari masuk meminang. Ke nak kena masukkan iklan dekat tv dulu ni baru ada orang nak masuk meminang. Haha! Takda ah. Gurau. Masih belum bersedia nak kahwin. Lalalala *ajet ada orang nak meminang*

To be honest, right now I am totally missing them. Yes. Them. AzmilLokman, SyafiqDaud, SyedEgyy, JafAiman, FarahEdrina, TashaRashid, AtikaAffendi. In fact aku tahu diorang belum tentu rindu aku. Hm entah. I can feel the different. Macam I'm totally nothing to them right now. Aku ni sekadar orang untuk dibahan. Aku ada ke takda ke sama. Aku bersuara sikit terus kena. Aku cakap apa apa terus kena bash. Entah. Awkward dengan keadaan sekarang.

So guys, I'm sorry for what I've done. Aku tahu aku tak macam korang. Aku paling lame, paling gedik, paling teruk, tapi aku nak korang tahu yang aku memang sayang korang. Aku mintak maaf kalau terlampau banyak tacing dengan korang. Tapi serious, aku tacing sebab aku sayang. Aku taknak jauh dari korang. Aku sayang korang. To be honest, aku rindu kita yang awal awal dulu. Buat semua benda sama sama. Kita kita je. 

Old times

Mungkin aku akan buat korang terasa dengan entry ni. I'm sorry for being too emotional. Aku rasa sem dua aku teruk tanpa korang. Since korang macam dah pulaukan aku. Ignore aku hujung hujung sem. And yes. Aku tahu. semua tu sebab salah aku sendiri. Korang care. Sebab tu korang nak ajar aku kan? Thanks guys. Aku harap sem depan bimbing aku balik. Jangan ignore aku. Nanti aku rindu korang. Hm. 

Tu je. Nanti kat mana pun aku, apa pun jadi dekat aku lepasni, ingat, aku sayang korang. Sangat sayang. Takkan ada pengganti korang dalam hidup aku. To azmil and egy, thanks sebab rampas phone aku semata mata nak aku buat kerja, yes, thanks a lot, atleast aku buat kerja. Aku hargai. 

friends for life

And yes, kepada housemates, wini terutama nya, sorry sepahkan rumah dan kau masih sabar. Walaupun tahap sepahkan rumah tu melampau lampau. Dan disini, aku nak ucapkan terimakasih banyak banyak kepada semua yang terlibat dalam hidup aku dalam sem dua ni. Yang banyak tolong aku, yang care pasal aku, yang banyak nasihat aku, yang banyak torture aku, yang banyak buat macam macam untuk aku, terimakasih banyak banyak. Sekurang kurangnya, bertambah pengalaman aku, bertambah memori aku. Dan yang mana tak elok, aku try jadi kan pengajaran untuk sem depan. 

Classmates sem dua. Susah senang sama sama. Penat lelah sama sama. The best time. Ever. Thanks guys for participate in my life. I love you guys. No doubt. Sorry for all mistakes I've done in this sem. I am totally sorry. 

And yes. Here comes my soulmates. Say hello to them. I love them very very much. Jangan ambik diorang dari aku. Tolong. Sebab aku taktahu apa jadi dekat aku kalau diorang takda. Serius. 

Itu je. Emosi betul kan entry ni? Kahkahkah. Malu pulak. Okay sampai situ saja. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang ketat ketat. Lalala.



 

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !