BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Monday 31 December 2012

Siew is Boring.

 Tumblr_mfuptqrvu11s1z2w5o1_500_large

Ehem. Gambar diatas. Haha. Bedtime story. Kbye. And Hi Hello. Assalamualaikum. Ha'ah. Ni aku. Yea aku. K memandangkan aku rasa aku takmampu hidup tanpa blog maka aku dah ambik satu insentif dengan mendownload blogger for android. Haha. Bajet bajet dapat update blog guna phone. Tapi tak syok. Haihhh ! 

K. Lantak. Sekarang ni aku nak update jugak. Nak jugak nak jugak. Ahhh tepi tepi. Nak update blog. Tepi *TolakOrangTepi* K. Sorry. Sekarang ni musim banjir. Maka blog aku turut dibanjiri dengan peminat peminat aku. Susah kalau ramai peminat ni. Sibuk peminat ajak pi New Zealand, Beijing, Brazil semua. Yelah. Peminat ramai. Serata dunia. Aaa nampak nampak? Poyo semua ni poyo. Haha. K ampun. Bajet macam tak kenal aku. Kata peminat kena lah kenal aku. So ingin aku nyatakan disini aku sedang kekenyangan. Tadi i pergi pasar malam you olls. Yelah. Dah malam ni. Pasar malam lah katanyaaa. Haha. Tapi sikit ah kedai dia memandangkan hari hujan. Ani ! Angkat kain hujan ! Jemuran dah turun. Haha. K. Sangat tibatiba Jo. Sangat. Mohon jangan lupa diri sangat. Takda kena mengena. Haha. 

Ingin aku tegas kan bahawa disaat aku update blog ni memang aku dah selamat mendarat di kamsis tepat jam empat pagi tadi. Yea. Menaiki roller coaster balik Ipoh. Laju gilaaa weh bas tu. Maka dengan ini aku mengisytiharkan bahawa bas tu adalah roller coaster senanya. Harap maklong. Tak. Maksud aku maklum. Marah pulak paklong aku duk main main maklong. K. Aku tahu korang mesti pelik tahap cipan cipan menari ballet kan bila aku cakap aku naik bas. Kenapa aku tak naik flight ke ape kan. Selalu artis hot naik flight je. K. Kau kena paham. Aku artis yang rendah diri k. Kalau naik flight orang dah tahu tu aku. Kang orang serbu aku dekat airport. Pastu flight tu takboleh nak terbang sebab peminat aku semua naik flight yang sama dengan aku. Kau kena faham. Peminat aku kan ramai gila nak mampos. Bila ramai ramai naik flight tu jadi berat lah. So takdapat ah fly. K faham tak? Faham kan? Bijak peminat i. So bila aku naik bas orang macam was was tu aku ke tak. So takda ah diorang nak serbu aku. Saya perlukan privacy k. Harap maklong. K sorry paklong. Maklum maksud kite. Hihi. 

Kau kau kau. Kenapa buat muka menyampah? Apa kau ingat blog aku ni tong sampah nak menyampah bagai. Kalau nak menyampah pi main jauh jauh. Kang busuk pulak. Kau yang takbuat muka menyampah tu kenapa nak keluar? Ooo nak pergi toilet. Pergi lah. Dekat hujung sana yea. Tak payah bawak duit. I tak berkira dengan peminat i. Hahaha. K poyo semua ni poyo. Ah aku poyo pun ada jugak orang nak tiru. Korang pun satu. Benda tak elok jangan lah tiru. Nak tiru, tiru benda benda baik dah la. Aduhh. Takyah nak tiru aku sangat. Aku bukan nya baik mana pun. Yea aku faham aku artist antarabangsa. Anak dato sri datin sri. Sribu dua ribu tiga ribu. Haha. Takda kena mengena. K abaikan. Poyo semua ni poyyo. Wulan trettettet, poyyo. Hadirlah dalam angan ku. Poyyo poyyo. Haha.

Oleh itu. Kehadapan babyboy saya. Sorry. Sepanjang pengajian saya di Ipoh, New York skin solution bi saya tidak dapat berbedtime story yea babyboy. Pandai pandai lah awak tidur k? Saya takboleh nak bercerita dah. Saya sentap bila ada orang nak ambik tempat saya sebagai bedtime story teller awak. Saya sentap wak. Saya sentap. Awak boleh faham tak perasaan tu? Boleh tak? Takpa wak. Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat. Bila kau rindu pejamkan matamu, dan rasa kan a a a a a aa chooom ! Sorry babyboy. Terbersin. Haha. Sambung balik , kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh, terhapus ruang dan waktu, percayakan kesetiaan ini pada ketulusan ai ai ai ai iPhone. Haha. Tolong setia b tolong. Eh ber b b pulak. K silap. C c c. Haha. Ah mengarut.

So dah. Aku malas nak mengarut dah. Bye. I love you babyboy. Jaga diri jaga makan jaga kebersihan jaga semua. Understang? Haha. Korang semua pun jaga diri ah semua. Hihi. Bye ! I love you jugak lah. Hihi. Bye bye bye ! Assalamualaikum :)

Wednesday 26 December 2012

Kebahagiaan Dalam Angan Angan.


Hi. Assalamualaikum. Dengan perasaan yang agak berkecamuk dan sangat lah sentap aku update blog. K. Saat ni mungkin #ZTF yang lain tengah bergumbira dengan babyboy beta. K. Biarkan mereka. Beta tumpang gembira. Yea. Beta hanya mampu menumpang. Ouh. Bilakah beta boleh berjumpa dengan babyboy beta? Tidak kah tuan hamba semua tertanya tanya bilakah beta dapat berjumpa dengan putera idaman beta? OMG ! Tidak? Apa punya peminat tuan hamba semua ni. Apa ni apa? Tapi tidak mengapa. Beta rasa akan tiba masanya suatu hari nanti, beta ketemu dengan beliau. K. Takyah nak bahasa istana sangat lah Jo. Jadi dayang istana belum tentu kau tu. Kalau tukan kebun ada peluang. K. Mintak jauh. Wa nak jadi seorang architect merangkap bini seorang pelawak pelakon penyanyi rap. Eh eh? Hahaha. Maafkan saya maiyl, saya sudah berkahwiiin. Takda kena mengena. Haha

So berdasarkan gambar diatas mohon kau semua baca dalam dalam ayat dia, tapi jangan sampai lemas weh. Kang dalam sangat kau pergi, tersangkut dekat batu karang baru kau tahu. Haa. Jangan lupa bawak tong oksigen. Tong sampah jangan lupa. Mana tahu ikan ikan duyung buang sampah merata rata. Haaa. K. Jauh terpesong aku ni. Ah lantak. Sekarang aku nak kau baca ayat tu elok elok. Lepastu? Takyah buat apa. Haha. Aku pun kurang faham ayat tu. Tapi aku tahu ayat berkenaan nak cakap macam, setinggi mana pun angan angan kau, kau tetap kena berpijak di tanah. Atototo. Bajet faham pulak aku ni. Haha. So bercakap pasal angan angan, semalam aku jadi seorang gadis yang sangat sweet. HAHAHAHAHA ! K. Aku buat beberapa orang berangan angan semalam. Berangan nombor satu aku ni. Entah bila nak jadi kenyataan. 

Seperti biasa memang aku selalu jugak lah kan ber bedtime story. Semalam pun macam biasa lah. Tapi aku taktahu nak cerita apa tau tau. Aku pun berangan ah dengan babyboy. Walaupun dia taklayan. Aku sangat lah confident dia mungkin rasa mual loya dan rasa nak muntah pagi ni kalau dia baca tweet aku. Mungkin. So disini saya menyusun sepuluh jari tangan sepuluh jari kaki. Kita tengok siapa susun paling kemas. Haha. Tibatiba pulak buat pertandingan susun susun jari. Ampun ampun. Sekarang ni saya nak mintak maaf pada abang zizan sebab saya dah semakkan abang punya mention dengan kisah sweet tu semua. Kononnya sweet. Haha. Dah tu saya nak sangat jumpa abang, takdapat jumpa saya berangan je lah. Itu sahaja mampu. Tapi beberapa orang terpengaruh k semalam. Kononnya tersengih blablabla. Yang aku ni gelak sorang sorang pebenda? K poyyo joe poyyo! Mohon sedar diri semua. Mohon! Tak. Aku je yang kena sedar diri. K.

Kenapa aku rasa aku poyo sangat hari ni? Eh tak. Bukan selalu aku memang poyo pun kan? Tak pelik k tak pelik. Duh. Hari ni aku keluar tau. Sempat pergi IPC. Rindu gila k dekat pejabat tu. Tak tipu langsung. Mulamula ingat nak lalu je. Tibatiba tengok ada orang. Singgah la. Borak borak sembang sembang cakap cakap semua. Then chiow. K. Bosan nya pengisian aku hari ni. Yea. Agak bosan k. Sangat. Tapi aku keluar. Ok lah tu daripada duduk kat rumah online 24 jam. Tak bermoral semua tu. Tak bermoral. So ingin saya tegaskan disini, kita hendaklah berjaga jaga di musim banjir. Selain itu kita juga harus mengundi di musim mengundi dan tidak lupa, kita hendaklah ziarah menziarahi di hari raya. Jangan lah kita menjadi seperti seekor ulat gonggok yang hanya tahu berjalan jalan di taman taman tema air dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Kau nampak tu? Ayat baru. Kalau kau letak peribahasa ni masa SPM menangis pemeriksa kertas soalan kau tu sebab terharu ada pelajar yang bijak dekat MALAYSIA ni. 

Senanya aku taktahu nak membebel apa dah ni tau. Niat dihati nak nyanyi. Tapi memandangkan cuaca agak baik taknak pulak aku rosakkan cuaca ni. Haha! So kiranya lain kali pula lah ku nyanyi nyanyi. Jangan risau , aku memang suka menyumbangkan suara. Suka sangat. Menyumbangkan suara yang agak sumbang mengalahkan beberapa ekor kumbang yang kembang dan telah mati kekembungan namun tidak dapat mengalahkan beberapa ekor kambing yang keguguran rambut. Nampak takda kena mengena? K aku malas dah nak menulis. Malas sangat k. Kalau kau rasa nak menulis kau menulis. Hello. Bukan disini. Blog sendiri. Harap maklum. Ni blog aku. Aku dengan babyboy je boleh update. Kami pasangan yang comel bila kami berkongsi blog yang sama. Mohon jealous. 

So everyone. Byee ! Assalamualaikum :) Jaga diri. Rumah siapa yang banjir tu, takyah pindah la. Main air banjir tu. Takpa. AIr banjir adalah air sungai yang mengalir. Lagi elok dari kau mandi dekat mana mana kolam. Kalau allergic takyah ah main. Tengok tengok je. Kang aku pulak kena saman sebab suruh orang main air banjir. Takda ah. Jaga kesihatan semua. I love you olls. Babyboy ! I LOVE YOU MORE MORE MORE. Tahu. Taklayan. Byeee :)

K K K. Takyah buat muka macam tu babyboy. I bukan sengaja taknak pergi gathering tu, tapi you kena faham, i dekat Kelantan ni. Em. Sorry k? I tahu you memang rindu gila dekat i. I tahu. Nanti you datang ambik i dekat Kamsis PUO tu, kite keluar k? You teman i beli buku k? Kbye ! Iloveyou :* . 

Sorry sorry semua. Babyboy i merajuk i tak ikut dia pergi gathering #ZTF. Comel betul muka merajuk tu. HAHAHA. K. Poyyo aku ni poyyo. Mohon muntah semua. HAHA

Tuesday 25 December 2012

Hari Yang Bertauliah.


Assalamualaikum wbt. Sidang hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Hari ini tajuk pidato saya adalah k. Tampor diri sendiri. Bila entah aku nak muhasabah diri jadi baik sikit. K. Sekarang ni dah baik sikit. Nak jadi baik banyak. Em em. Haha. So hi lagi. Hello. Holla holli. Sedara sedari cikebum cikebum. Well. Tengok tajuk entry "Hari Yang Bertauliah". Nampak nampak? Tapi selalu aku tajuk je gebang, entry fuhh jarang nak ada kaitan dengan tajuknya. So harap maklum lah. Aku taknak kejap lagi ada yang saman aku sebab aku update blog taksama macam tajuk. Aku bukan takda duit nak bayar, tapi aku rasa baiklah duit duit aku tu diberi kepada orang yang lebih memerlukan. Kaw tak perlu. 

So tadi memandangkan hari takda lah cerah mana, ataupun panas, tapi tapi tapi, macam hari ni, aku bangun tidur memang tak hujan. Aku bangun tidur tu aku macam bersyukur gila tau sebab aku kan memang niat nawaitu nak keluar hari ni. Yelah, kalau panas seronok sikit keluar orang kata. Kena matahari kan. Memandangkan dekat New York salji sekarang. Nampak? Penipuan yang dibuat tanpa research. Kan nampak bangang tu kalau menipu tanpa selidik terlebih dahulu. K aku bukan nak menipu. Aku bagi contoh je tu. K harap maklum. Pastu td bangun tidur bukak youtube dulu sepukul dua, tengok Lagenda Budak Setan. k not bad cerita dia cuma aku rasa yang first punya lagi best. Tapi aku takcakap yang nombor dua ni tak best. Dan takda pulak aku cakap yang nombor tiga empat dan lima tu aku heroin nya. Takda k takda. So jangan buat spekulasi aku akan berkahwin dengan babyboy aku dalam masa terdekat ni. Haaa. Sangat tibatiba. K poyyo semua ni poyyo. Wulaaan, poyyo ! Hadir lah dalam hidup ku, poyyo poyyo! Haha. Takleh blah jozan. Eh tibatiba. Hahahaha!

So melayan Lagenda Budak Setan then aku pun siap siap nak keluar sebab bajet nak keluar lepas zohor lah kan. Siap siap pakai tudung semua, tibatiba hujan. K. Bayang ah. Aku rasa macam give up gila ah. Kemain semangat k. Tibatiba hujan. Masa tu aku nyanyi lagu gerimis mengundang. Ku sangkakan, panas berpanjangan. Ada gerimis , ada gerimis mengundang. Nampak? Haha. Sedap jugak suara aku. K poyyo ni semua. Pastu tibatiba hujan berhenti. Tanpa membuang masa aku keluar. Lepak kat mana? Memandangkan Paris ni babymoll je, i mean kbmall. Haha. So aku memilih untuk melepak di babymoll sebab kat situ ada beberapa orang tersayang. Soul sistaaa. Haha. Aku kan kerja dekat sana dulu. Aku kan bos dulu. Sekarang aku bagi orang lain jawatan bos tu. Maklum lah, aku nak focus dengan babyboy. Nampak tak aku ni isteri yang taat pada suami. Untung kau babyboy kalau betul betul kita kahwin. K. Jangan perasan Joe. Please. Haha

Haaa, maka aku keluar lah. Kononnya nak beli sketch book yang lecturer suruh beli semua tu kan. Gila. Aku mencari tak jumpa pun weh. And i was like, dekat Kelantan je ke yang takda? Or memang takda benda alah tu dekat kedai biasa? Hello. Is Syarikat Muda Osman tu kedai biasa? K taktahu. Aku cari macam yang lecturer aku nak tau. I mean yang 20 sheets, size A3, 200gsm, brand CAMPAD. Aku cari macam orang gila tadi dekat kedai tu. Jumpa yang 200gsm, tapi 18 sheets. Jumpa yang 20 sheets tapi 165gsm. Memang shits lah kan. Aku nih kemain chat dengan budak kelas aku, tapi mereka memeningkan aku weh. Haha. Kejap kena beli kejap tak, so aku telah buat keputusan berani mati nak beli semua barang tu dekat Ipoh, New York. Entah sempat entah tidak. Benda alah tu nak guna hari Isnin kot. Takpalah. Saya redhoooo! Takpa. Gua brutal. Gua cool. So kenapa gua nak gelabah. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kalau takda jalan, buat jalan, tebas semak samun, maka nampak lah jalan. FUhh. Falsafah baru. Gua tahu gua hebat. Gua hebat bukan gua musang mahupun gua kelam. Pastu lepas give up nak cari barang untuk kelas tu, aku pun berjalan jalan and i found flat shoes yang agak lawa. So aku beli. Pembaziran berleluasa. Kalau lecturer suruh keluar kan sketch book tu, aku keluar kan kasut aku je. Sebab tu je yang aku jumpa. AH lantak. So saya ada kasut baru untuk ke kelas. Awak ada? 

Pastu aku pun balik lah. Memandangkan aku rasa duit habis banyak taktahu kemana. Aku rasa duit tu habis sebab aku melantak semua benda. K. Aku tahu. Aku lepaskan nafsu makan aku di Kelantan memandangkan dekat kamsis tu makan nasi lembik hari hari. Kamsis tu asrama saya kalau nak tahu lah kan. Hihi. Tapi takpa. Saya tetap bahagia berada di kamsis walaupun azhan cakap tu rumah hantu. Haha. Biadap betul Azhan. Nak merasa kaki aku agaknya. Bongok -..- Ah. Its Tuesday and tomorrow is Wednesday. So aku ada lebih kurang empat hari je lagi berada di kelantan before aku fly ke Ipoh New York skin solution menaiki Roller Coaster. Katanya abang zizan, melampau nye naik roller coaster. Tu bukan melampau bang, itu unique namanya. Haha. K ramai dah jealous. Nak aku panggil pengawal macam semalam? Nak nak? Kalau taknak cover sikit muka jealous kau tu. Haha. So senanya, aku tahu kenapa hujan. Em em. Senanya kite dah lama tak nyanyi tau tau. Pastu kite lama dah tak letak suara kite dalam blog ni tau tau. So tadi kan kan, kite nyanyi lagu rolling in the deep tau tau tau. Tapi tak sedap tau tau tau. Jadi kite nak letak jugak dalam blog ni tau tau tau. Sukati kite lah sebab ni blog kite tau tau tau. Takkan lah nak letak benda elok je kan kan kan? Letak lah jugak benda tak elok kadang kadang kan kan kan.  SO dengar lerr kalau nak dengar. No music katekooo. Suara sahaja. So agak teruk. K kesah ? 


K. Mohon jangan kutuk. Tolong lah. Haha. This is not youtube k. Takyah nak comment segala. Kalau letak youtube ni mahu kena bash aku. Jadi macam 5 days mc. Haha. Taknak gua. So dah. Itu sahaja.

While, this is for #ZIZAN'STWITTERFAMILY. Baiklah, beta ini bukan siapa siapa. Tapi izinkan beta untuk berbicara sepatah dua kata yang banyak kali dah patah. So korang yang mana pergi esok tu, mohon jaga diri yea. Enjoy your day. Duhh. Tolong lah jangan lupakan siewleng. Ye. Macam mana nak lupa, kenal pun tidak kan. K faham. Haha. So pendek kata, tapi yang pendek tu bukan saya. So ingin saya tegaskan kepada semua orang, enjoy your day. Hargai dengan sebaik baiknya. Kalau boleh buat benda benda pelik sikit. Cipta sejarah maksud saya. Eh bukan pelik. Unique. Seperti tibatiba buat terjatuh depan abang ke. Haaa. Sampai bila bila ingat tu. Kenangan woi. Haha. Orang lain tak jatuh kau sorang yang jatuh. So bila kau tanya abang, kenal tak kau, abang mungkin jawab, oooo awak yang jatuh tu kan? Hahaha. K gurau. To mereka yang tak dapat pergi. Takpa. Just chill bebeh. Berbahagia bagi pihak mereka yang pergi. Haha. Orang bahagia, kita kena bahagia juga. Kata family kan. Walaupun aku tahu aku jugak akan sentap. Tapi akan ku buat seperti taksentap. K. Sama sama lah kita. 

Kehadapan babyboy yang budiman. Mohon jaga diri esok. K. Buat buat cari bedtime story teller awak esok. Sebut sebut sikit nama siewleng. Oh tolong lha. K saya tahu saya ni poyo orangnya. Kuat berangan. Jadi mohon mohon jumpa saya di PUO nanti. Saya duduk bilik 111. Nanti masuk cafe Kamsis PUO, tanya budak budak kat situ, siapa peminat tegar zizan razak. Nanti ada lah orang panggil kan nanti. Eh? Bajet hot pulak aku bang. Haha. All i can say is, selamat berbahagia di samping peminat yang tak pernah jemu menyokong anda :) Sekian terima kasih. Hihi!

Takyah nak walkie talkie sangat beby. I dekat dapur ni. You dekat depan tv je. Haha. Kbye!

Monday 24 December 2012

Hari Yang Tak Bermoral.


Kehadapan semua orang yang berada di belakang. EH korang semua kenapa duk belakang sangat? Boleh tak kedepan sikit. Orang lain nak masuk lagi ni. Hi. Assalamualaikum wbt. Soalan ask.fm kau pandai jawab , takkan salam yang aku bagi ni takpandai jawab. Kalau pandai jawab lah dulu. Takjawab salam dosa weh. SO hi. Aku lagi. Ye memang aku lagi. Kau ingat babyboy aku nak update blog ni? Duh. Ikutkan dia memang dia nak tolong aku update blog ni, tapi aku cakap, takpayah lah babyboy, you kan busy. I taknak susahkan you. Biar i je yang update blog ni. Lalu babyboy berkata lagi, i taknak tengok you letih update blog ni. I sayang you. I nak you goyang kaki ye. Aku pun cakap, kalau macam tu babyboy, i akan update blog ni guna kaki. HAHAHAHA. Indahnya dunia kalau betul betul jadi angan angan aku ni. 

Berdiri nya aku disini sebab takda orang hulurkan kerusi pun dekat aku untuk duduk. Malahan kalau aku duduk pun, mesti kau semua taknampak aku sebab aku ni comel orangnya. K semua orang dah tahu kan? Takpa. Aku saja nak ingatkan kau semua dalam blog ni memang aku comel. Dekat luar. Emm. Gorgeous je. Haaa tengok tengok. Nampak dah muka orang orang yang jealous tu. Pengawal! Halau mereka dari blog beta. Kurung mereka dalam penjara bawah tanah. Oooo kejam kejam. Haha. So takda apa pun nak buat ni. Memandangkan hobi aku memang blogging. Menaip. Dan aku memang takboleh nak control nafsu menaip ni, untung jugak lah ada blog kan. Ehem. Thanks baby bloggie. I love you. Muah muah. K. Babyboy i love you more. Nampak dah muka jealous tu. Alaaa beby. Dengan blog pun nak jealous. Jangan lah jealous. Nanti i bagi hadiah lolipop strawberry nak? I ada banyak sangat you. I ingat nak simpan untuk anak anak kita nanti. Tapi biarlah. I bagi dekat you jelah. Omg! Asal korang semua buat muka jealous ni? Kenapa? Kau yang pakai baju lengan pendek tu, kenapa pegang asid? Kenapa? Sorry. Aku dengan babyboy memang sangat lah sweet. Sampai doctor pesan jangan lah selalu sweet. Takut dua dua kena diabetes. Tapi samasama kena diabetes pun sweet jugak. Hewhew. 

Well. Semalam i call you, you tak answer. You kata you keluar pergi dinner. You kata you keluar dengan kawan you. But when i call tommy said it wasn't true. Okay. Ternyanyi pulak. Haha! Semalam kan kita kan ber bedtime story dengan babyboy kita lagi kan. Tapi kan kwaja betul lah twitter nih. Tengah aku syok gila cerita cerita, aku kemain feel macam aku dengan dia je, berada di tepi pantai yang indah, bercerita semua benda padanya, lalu dia mendengar dengan penuh setia dan hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum dengan penuh perasaan memandang kearah ku yang sangat comel bercerita semua benda padanya, dan di sekeliling kami ada beberapa ekor rama rama, kura kura dan jentik jentik menari nari lagu Oppa Gangnam Style dengan memakai baju kebaya yang kain nya terbelah tanpa menghiraukan orang sekeliling, dihiasi pula dengan pemandangan stesen keretapi yang hanya dipenuhi dengan asap asap kilang roti yang ada inti kaya dan juga inti sardin aku mula pelik kenapa takda inti tuna? Panjang pulak cerita aku. Siapa boleh bayang memang orang yang sangat hebat. Haha! So aku nak cakap yang tengah aku syok tweet babyboy semalam , tibatiba aku kena limit. Kau boleh faham tak perasaan aku? Boleh faham tak. 

Jadi aku telah membuat kesimpulan bahawa Twitter mungkin jealous dengan aku sebab aku selalu tweet babyboy aku, dan tak pernah tweet dia. Selain itu, dia mungkin jealous sebab wallpaper phone aku memang gambar babyboy aku dan bukan gambar dia. Dan selain itu dia juga jealous sebab hari sabtu aku balik kelantan naik bas yang bergerak macam roller coaster. K takda kena mengena. Dan kesimpulan kedua telah dibuat dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Maksud aku kesimpulan telah dibuat dimana twitter sangat lah jealous apabila babyboy aku telah melayan bed time story ku pada malam sebelumnya. Dan dia jugak tak puas hati bila terasa rindu ku sebut namamu , dengan harapan kau kan muncul dalam tidur. Takda kena mengena lagi. Ahhh kesah pulak aku kenapa twitter tu nak jealous. Tapi yang aku pelik nya kenapa dia buat aku kena twitlimit. Kenapaaa? Dia tak kesian ke ah dekat aku? Bila aku kena twitlimit aku takboleh nak tweet babyboy aku. Bila aku takboleh nak tweet babyboy aku, aku bosan. Dan kau tahu lah apa jadi dekat aku bila aku bosan. Aku tidur. K, memang aku patut tidur semalam sebab aku mengantuk gila gila. Tapi ku gagahi jua. Kononnya aku nak tidurkan babyboy aku dulu lah kan. Kononn. Kan nampak sweet disitu. No wonder lah abang sayang aku. Walaupun dia takbagitahu dia sayang aku tapi aku tahu. Kami kan selalu guna suara hati. Nampak nampak? Suara hati tu aku dengan dia je dengar. So takpelik kalau korang tak pernah dengar. em em. Haha

Okay dah. Aku rasa macam panjang sangat aku membebel. Tapi aku tak kisah. Ni blog aku. Panjang mana pun aku menulis, bukannya kena bayar pun. Korang yang baca ni kena bayar. Eh eh? Haha. Takda ah. I gurau you olls. Pandai betul aku bergurau. Tahu tahu. Hihi. No wonder babyboy sayang i. You taksayang i tak kisah. Yang penting babyboy i sayang i. Pengawal ! Ada orang jealous dengan beta lagi. Halau dia pengawal. Halau halau ! Kite bakooo ~ So ingin aku bagitahu dekat sini, Kota Bharu, Paris sedang hujan lebat sekarang. Jadi memang aku takda mood gila gila nak buat assignment. Tapi assignment aku sikit gila weh. English je pun. Ada lagi satu, agama tapi aku malas nak buat lagi memandangkan tu assignment berkumpulan. Aku tunggu nak buat dengan azhan, hasif dengan syafiq je. K aku dah chop dengan diorang aku nak menaip je sebab aku ni kan blogger. Eh? Haha. So aku nak chiow dulu. Nak ber bedtime story dulu sepukul dua pukul. Mohon jangan rindu lagi. Ketika aku di kelantan ni, maksud aku di Paris , akan ku terus update blog ni. Aku tahu peminat aku sangat merindui aku. Hmm. So bye. Assalamualaikum. Selamat hari hari :) Jaga diri, jaga amal, ingat tuhan, solat jangan tinggal :) 

YA ALLAH indahnya ciptaan Tuhan. Haha. Untung ah aku ada babyboy cenggini. Pengawal ! Ada orang jealous lagi. Hahaha! Dear babyboy, mohon jaga diri all the time. Nanti datang ambik i k dengan evo10 k? Haritu cakap boleh tumpang. Aummm. I tuntut tweet you tu nanti. Haha. Datang lah ambik kalau sampai Ipoh. Datang lah datang lah. Saya tunggu bang :) 

Tumblr_mfjfjvsw7w1s1ty41o1_400_large
WAAAH. AM I CRAZY ENOUGH TO CHANGE THE WORLD ? 

Sunday 23 December 2012

I'm Back :)

Hi hello Assalamualaikum wbt. Siapa kenal aku lagi sila bernafas. OMG ! Ramainya kenal aku. Ramainya ramainya. Tak terkira tak terbilang. Kay poyo semua ni poyo ! Haha. So hi! Dua minggu aku tak update blog. Kay rindu gila gila tahap badak air mandi hujan. Rindu sangat okeh. Heartless je aku without blog. Aku rasa kosong kosong kosong. Sangat kosong. Kay aku tahu kau semua pun rasa kosong. Kay tahu. Rindu aku sangat kan? Emm. Babyboy how are you babyboy? Rindu babygirl tak? Rindu kan kan kan? Reply tweet semalam pun dah boleh nampak rindu i. Em em. I tahu babyboy i tahu. HAHA! Duhh! Tak tak gurau. Aum. Aku sedar siapa diriku. Sekadar seorang gadis biasa yang sangat comel anggun bergaya lemah lembut dan lemah semangat dan bisa meluluh kan hati kambing kambing serta beberapa buah kerusi. Kay diam! Kau merepek Joe !

So korang hi lagi sekali. Haaa hi je mampu aku cakap dekat korang. Bajet bajet awkward lah sebab dah lama tak update blog. Kononnya lah. Aku tahu memang ramai gila tengah rindu aku sekarang. Aku tahu *fliphairs* . Sorry. Aku bukan pergi mana pun. Aku pergi belajar weh. Orang kata merantau untuk menunaikan impian untuk menjadi seorang architect yang sangat berjaya. Kau bayang ah kalau aku jadi architect , semua bangunan di Malaysia berbentuk zizanrajalawak. Engkau hadooo? Haha. Tak tak tak , aku bergurau. Kalau betul aku buat macam tu memang kena buang negara aku agaknya. Sebab terlampau pentingkan diri sendiri. Taknak taknak , saya sayang Malaysia. So kat mana aku sambung belajar? How many times do i have to tell everyone yang aku sambung belajar dekat New York? Ipoh New York skin solution. Haha. 

JUJUR okay masa kat sana babyboy saya berada dimana mana. Even majlis pelancaran 1M4U sekalipun. Ada je terselit dia dekat screen kat depan dewan. Orang dekat depan tunjuk ah website 1M4U kan, tibatiba ada orang tengah ambik gambar dengan baju 1M4U tu. Mula mula aku nampak johan , aku gelabah cari cari aku pun nampak babyboy dalam gambar tu. HAAAAAA. Semput. Haha. And aku pun pukul pukul kaki YAYA dekat sebelah. Sorry YAYA i love you! Haha. Abg memang selalu buat saya gelabah tibatiba bang. Sengaja munculkan diri tibatiba kan? Haha. Lainkali datang lah jumpa terus. Hahahahaha! KAY PERASAN nye kaw jooooo ! Ah kesah. Blog aku sukati aku. Kau taknak baca sudah. Tibatiba emo. Haha. And ada sekali tu masa majlis penutup minggu orientasi asrama hari tu kan, before kitorang balik asrama kan, senior senior pasang LAWAK KE DER weh. Aku nampak muka Nabil masa Lawak Ke Der tu memang aku dah gelabah dah. Tangan memang dah macam iceberg dah. Haha. Siapa dekat sebelah aku tu memang dapat merasa lah macam mana duduk sebelah iceberg. Pastu Johan keluar , and i was like okay kejap lagi zizan keluar kejap lagi zizan keluar , kawan kawan aku dekat sebelah memang dengar lah aku cakap zizan keluar lepas ni zizan keluar lepas ni. HAHA! Gila takleh control. Aku terkejut weh dalam banyak banyak video kenapa video tu yang diorang pasang. Kenapaaaa? Haha. Pastu abang pun keluar and and and lebam kaki kawan aku dekat sebelah sebab aku pukul dia. HAHAHA! Ismail Harun Salim Bachik sangat lah handsome! Haha. Tidak dinafikan memang orang depan aku semua pandang aku sebab aku gelabah sangat. And Basirah siap record video lagi betapa aku gelabah masa tu. Seriously. OMG ! Gila weh gila. I am deadly in love with him. Aumm. Haha. Mintak mintak ALLAH SWT makbulkan doa aku dapat jumpa dia nanti. Amin.
So memandangkan dua minggu aku duduk IPOH , memang tak update blog lah aku weh. Lama gila weh. Disamping menghabiskan masa dengan menangis kerana homesick aku tweet je memanjang weh. Takdapat nak melempiaskan nafsu menaip weh. Bukan nya ada wifi dekat asrama tu. Haha. So agak kebosanan lah aku weh. Sangat bosan. Tu yang dekat sana macam jadi manusia sikit aku. Selama ni duk jadi musang duk jadi burung hantu tidur pukul empat lima pagi. Dekat sana pukul 12 lebih sudah lena dibuai mimpi. Dah menari nari , menyanyi nyanyi , berkejar kejaran di DREAMLAND bersama RAZIZAN ABD RAZAK. Ouh indah betul mimpi nya. Haha. Orang kata biar mimpi sampai ke bintang. Tu diaaaa. Then pukul empat pagi dah bangun sebab bunyi siren yang memekak tu. Kan jadi manusia sikit aku. Balik kelantan ni bertukar jadi musang dan burung hantu balik agaknya. Duhh ! Rindu gila blog ni rindu gila. Walaupun sangat berhabuk blog ni. I mean sangat berhabuk okay. Kau semua kalau baik hati tolong lah lap sikit blog ni. Tolong lah. Tolong lah. HAHAAH. Ada bibik tapi makan gaji buta. Daripada dia makan gaji buta baik dia makan rasuah. Eh jangan. Berdosa! 

Okay jap. Aku nak gebang jap ni. Kalau taknak muntah berhenti membaca. Haha. Memandangkan dah dua minggu aku tak berbedtime story dengan babyboy aku kan, semalam aku pun berbedtime story lah kan kan kan. Masa tu aku taktau pun babyboy tengah online weh. So aku cerita je lah semua benda dekat dia tau. Tibatiba , timbul notification dekat phone aku tu "Mentioned by zizanrajalawak" And i was like ! YA ALLAH !!!! He replied my tweet. Tangan memang beku ketar parkinson parkson semua ada. Haha. Nak luluh jantung ni weh. Pastu terus bukak interaction and and and paling mengejutkan weh , bukan satu tweet ada , ada empat. Kau bayang ah apa aku rasa. Dia reply bedtime story aku. Dia reply. Haha. Memang benarlah kata kak Needa hari tu, dia check mention dia. Haha. TErharu aku weh. Kay walaupun dia tak kenal aku dia reply tweet aku. Yang paling comel bila aku cakap aku nak tumpang evo10 dia, dia pun cakap, boleh tumpang la jom! Haha. Siap kau bang , nanti kau sampai ipoh aku nak tuntut tweet kau tu bang. MUAHAHA *GelakSetan* So thanks a lot babyboy sebab reply tweet saya. Aumm :) kamek sayang kitak! Kemek betul ayat aku. haha. Entah betul entah tidak. Haha.

Kay memang bersyukur gila ah semalam. Alhamdullillah. Thankyou abang sebab reply. Thankyou sangat sangat sangat! I love you. Ececece. Bangga lattew orang cakap i love you. Nak cakap i love you too lah tu kan? Hmm tahu. Tapi segan kan nak cakap i love you dekat kite kan? Segan kan? Alaa takpa bang, saya memahami orangnya. Saya faham abang taknak orang tahu abang sayang saya kan ? Nanti orang sibuk cari saya kan? Abang taknak pelajaran saya terganggu kan? Haha! Kay tahu. So sweet of you abang. HAHAHAHA! Gebang je semua ni. Melebih je aku ni. Takpa. Berangan ni best okay. Memberi semangat kepada diri sendiri dan menceriakan diri sendiri. Haha. Sebab tu si manja selalu ceria. Sukanya bila dia ceria. Kay bajet si manja aku ni. AUmm. Haha. 

* SATU *

* DUA *

* TIGA *

* EMPAT *

* LIMA * 

P/S: Click pada gambar untuk besarkan. Haha.

So lepasni siapa yang kata babyboy waa tuh sombong , lu akan merasa aircond masak paprik dan dimakan begitu sahaja. Wa gengster okay. Lu nampak tak zizan tu reply tweet peminat dia? Nampak? Semalam dia bukan reply tweet aku je, tweet orang lain pun dia reply, siap i love you too lagi. Hmm i tak jealous pun babyboy. I memahami. Haha. 

Pastu last , masa dekat IPOH i sempat jumpa kaklong ZTF haaa. Kak needa. And dia belanja kite dengan kawan kite wak. Dia baik sangat wak. Tu baru first time jumpa wak tapi kite cakap cakap macam dah lama kenal wak. Omg omg! Haha. And masa tu ade sekali kak ain. Aumm. Where are makan makan together together, and kite dapat dah kalender ZTF kite. Hoyeahh! Takpa kawan kawan ku , nanti ku agih agihkan ke setiap bilik. Okay bilik 109 , 110 dan 111 sahaja yea. Haha. Bilik 111 tu bilik kite. Eheh. Lawa betul nom bilik kite. Ehem. Room mate kite orang TERENGGANU. Orang KEMAMAN. Abang cakap dia pun orang KEMAMAN. Nampak tak babyboy hantar spy suruh tengok tengok kan aku kalau kalau aku curang? Nampak. haha. Dont worry babyboy. I takkan curang. HAHA

Kay ah. Panjang sangat penulisan aku ni. Gian sangat nak menaip. Hahah. So wa chow dulu.. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Hasta La Vista. Assalamualaikum :) 

* ME , KAKNEEDA AND KAK AIN :) *

* This is me and YAYA. Yaya ni lah yang aku pukul pukul masa nampak babyboy. Sorry Yaya. HAHA *

Senyum mu menawan , menawan. Kau buat hati ku tertawan. Dah. Jangan goda saya lagi. Saya sudah tergoda. Ecece. HAHAHA.I love you :*

Wednesday 5 December 2012

This Is For A Month :)

Tumblr_lkvgw5la5t1qdbxjvo1_500_large

And hello hai assalamualaikum. Tak jawab dosa chopp ! So apa khabar semua? Anda masih lagi okayy? Nak hiburan lagi? And hello , this is not a concert okay. Takpayah nak cliche sangat soalan tu boleh tak? No no. I'm not talking to you , i'm talking to myself. So tak payah nak angguk angguk geleng geleng. And and and , tahu tak aku update ni untuk sebulan. Maaf kalau entry ni panjang gilagila okayyy. Memang panjang. No i mean sangat lah panjang. 

So before aku teruskan dengar perucapan dan hujah hujah saya , biarlah saya berpantun terlebih dahulu. Buai laju laju , sampai pokok sena , apa dalam baju , sekuntum bunga cina. Persoalan nya sekarang , siapa yang buai kan buaian tu sampai melambung ke pokok sena? Laju sangat tu agaknya. Persoalan berikutnya , pokok sena kawasan mana yang dinyatakan oleh pantun diatas. Atau mungkin , penulis pantun mengalami masalah typo dimana beliau ingin menulis 'sana' tetapi tertulis 'sena'. Ataupun typo itu melibatkan nama seseorang iaitu makcik senah. Dan persoalan nya lagi , macam mana dia boleh tahu dalam baju tu ada sekuntum je bunga cina? Mungkin banyak kuntum tapi dia tak nampak. Mungkin. Dan persoalan terakhir , cina mana yang dimaksudkan oleh penyajak? Kayy. Fikir lah kau semua. Siapa dah siap buat semua persoalan tu , boleh hantar dekat aku. Jawapan siapa paling tempat akan menerima hadiah misteri. Jangan terkejut kalau hadiah tu taksampai rumah kau kau semua. Sebab nama lagi hadiah misteri. Kan nampak misteri tu kalau hadiah yang dijanjikan tak sampai dekat rumah. Haaaa.

Ahhhh. Sekarang aku nak cerita apa jadi hari ni dulu lah. Nampak macam diary sikit blog ni. So tadi i woke up very early in the morning , semata mata nak keluar dengan geng Youth Network aku. Pastu ken , aku ken keluar lah kan. Kawan datang ambik. Pastu jumpa dekat kbmall. Tapi nak tahu satu benda tak. I mean satu rahsia. Shhh , tapi janji jangan bagitau orang k? JANJI ? Okay senanya kan , sebelum aku keluar rumah tadi kaaaaaaan , akuuuuu , gosok gigi dulu , pastu aku mandi. Shhh , jangan bagitau orang. Tolong lah. Dan aku tahu mama sangat lah bengang dengan aku tadi. Haha! Semalam aku bagitahu dia , kejutkan aku pagi pagi sebab aku nak keluar pagi lagi kan. Then pukul lapan kot mama kejut kan tadi. And and and , pukul 9.30 baru aku bangun senanya. HAHAHAHA ! Keluar bilik , boleh tengok muka mama macam nak cakap , takda guna pun dia kejutkan aku awal awal and aku still bangun lambat. Tapi tapi tapi , awal lah tu aku bangun dari selalu Hmmm. Ada perubahan lah tu sejak sejak nak jadi siswi. MUAHAHAHA ! 

Lepas tu keluar tadi yang ada nyaaa YUS , SOLIHIN , FATHI , SIAH , MIMI and ALYAA. Aku mesti lah ada kan tapi aku lambat lambat sikit. Yelah , masa ontheway nak pergi tempat bowling tu , ramai peminat serbu. Kau bayang ah masa aku tengah jalan , peminat bergantung dekat kaki aku. Aku jalan seret peminat tadi woi. Cuci lantai kbmall tu. Nampak ramai peminat tu ? Okay diam. Don't say any word. Tahu lah kau jealous , airliur tu lap boleh tak ? Jealous sangat sampai mengalir air liur. Dah macam air sungai dah aku nampak. Kalau lepas ikan goreng dalam airliur kau yang tengah mengalir tu boleh hidup balik agaknyaaa. Macam eyuuwwww sangat aku bergurau hari ni. Sorry lerr. Aku memeriahkan keadaan. Kan nampak meriah ni. Dah macam hari raya dah ni. Kena pasang lagu raya je ni , terus mood raya sampai. Mueheh ! Jangan marah. Kita bincang. Hewhew. Pastu main ah boling tadi. Macam biasa lah aku , kalau membowling , memang niat sebenar tu bukan nak main bowling sangat pun. Tapi yelah , aku ni baikhati orangnyaa. Niat tu pergi nak tolong cuci kan longkang bowling tu. Hmm. Alhamdullillah , bersih jugak longkang tu tadi. HAHAH. And and and , tahu tak first first baling tu kite buat jadi SPARE okayy. Pastu main main lagi , STRIKE okayy ! Okay please , jangan suruh aku join sukan olimpik. Kalau join aku lagi takda masa dengan babyboy aku. Kesian diaaaa. Aku isteri yang takboleh tinggalkan suami. Ehemm. Hahaha

Kiranya best jugak lah membowling tadi walaupun takramai macam biasa. Macam aku cakap lah , ada jugak yang masuk longkengg , tapi tapi tapi , ada sebab. Hmm , tahu tak kenapa ?Tipu ah kalau kau cakap tahu , aku tak bagitau pun lagi. Senanya , aku bayang kan abang zizan tu pin bowling tu , jadi bila bayang kan abang , terus taksampai hati nak jatuhkan pin pin tu , tu yang baling masuk longkeng tu. Haha. Alaaa, comel. Sanggup hilang mata sebab taknak jatuhkan abang zizan. Tak , bukan mata aku , tapi alaaa , mata bowling tu , i mean yang markah dia tu. Ahh , lantak ah kau faham tak. yea aku tahu aku comel. Boleh tak jangan bagitahu benda yang aku dah tahu ? Boleh tak ? Hish kau ni. HAHA ! Aku tibatiba. Pastu sambung cerita , tadi sempat ah pergi IPC jap . Pejabat aku yang memang banyak kenangan dekat situ. Pastu balik ah. Tidur. Berdengkorrr ! Haha. 

Okay tu lah cerita hari ni nyaaa. Sempat lagi keluar walaupun dah memang nak pergi belajar dah. Nampak tak sayang kawan tu ? Aku bukan apa , takut diorang rindu. Haha. Diorang kalau rindu aku melampau , meraung raung mengigau ngigau tengah malam. Yelah , susah nak cari kawan yang macam aku ni. Tu yang diorang rindu kalau aku takda. HAHAHAHA ! Nak muntah lettew. Aku gurau je lah. Okay nak tahu satu lagi cerita , aku rasa aku takboleh tengok MAHARAJA LAWAK MEGA jumaat ni. Memandangkan malam tu aku berada dekat rumah mak sedara aku , dan anak dia memang budak kartun , suka tengok tv so i guess , aku tak berpeluang tengok maharajalawak mega melainkan orang yang buat lawak tu semua kartun.. Erghh -___- Tapi aku harap aku boleh conquer tv. Aku harap. Haha.


So abang zizan , abang johan , im sorry tau kalau kita takboleh tengok abang abang kita ni haaa. Tapi jangan risau , kalau kita boleh tengok ke takboleh tengok ke , kita vote lah ! Nanti boleh claim kan ? Okay gurau ! Chak ! Terperanjat tak ? Tipu ah kalau tak  terperanjat. Muka tu terperanjat sangat. So goodluck to JOZAN , to ABANG ZIZAN and ABANG JOHAN. JOHAN , ZIZAN bergabung meletup pung pang pung pang alexandre. Okay tibatiba. Tapi tahukah anda bahawa disekolah kawan kawan saya pun panggil saya JOE jugak dulu. Since form one. JUNIOR and SENIOR semua panggil JOE. And ada beberapa orang cikgu panggil JOE. Nampak ? Di sekolah lagi dah hot. Sekarang ni bukan setakat sekolah , di selekoh pun hot okayyy. Tapi hakikatnyaa saya ni cool orangnya. Em em. And and and sekarang pun memang kawan kawang panggil JOE lagi. Jadi kalau saya bergabung dengan abang zizan , still jadi JOZAN. Ehem. Malas ah nak cakap banyak bang. HAHA. Tapi kalau kita bertiga bergabung kan , jadi JOJOZAN ! OMG ! Lagi meletop nama tu. Haha. Saya jaga barang pun tak kisah lah asal dapat bergabung. Tolong lah. HAHAH! Okay gurau. No matter what goodluck goodluck goodluck ! Saya tau JOZAN takkan mengecewakan. Takpernah pun kecewa sampai tahap nak bunuh diri sebab JOZAN. Takpernah lagi. Em em. Hahaha! 

And this is for you abang zizan . Eheh. Goodluck tau. Banyak kali dah cakap , tapi nak cakap lagi. Hihi. Pastu abang tak berapa sihat kan ? Okay tahu. Bukan demam kan ? Tapi tak berapa sihat je kan ? Minum air banyak banyak please please please kamu jangan nakal. Nanti aku datang bawa yang kau pesan. Diriku , untukmu. Lalalala. Em jaga diri tau nanti saya pergi belajar tau ? Saya takboleh nak spam abang dah. Takboleh nak bedtime story dengan abang dah. Takboleh nak nyanyi nyanyi untuk abang dah nanti. Pastu saya takboleh nak berpantun pantun dah nanti. Emm. Tahu abang takkan rindu , tapi tolong lah ingat , abang tak pernah keluar pun dari dalam kepala otak saya ni. Saya dah lock pintu keluar dia. eheh. You're not going to miss me , but i'm promise , i will miss you :) Tapi jangan risau , kalau kita tak busy , kita mention lerrr sikit sikit. Ahhh. Sayang gila weh rasa nak tinggal dunia bedtime story tu bang. Alahai :'( Takpa , nanti cuti , saya lepas rindu :) Janji janji janji ! Hihi. Jaga makan , jaga tidur , jaga segala galanya. Pastu dengar ah cakap KAK MARINA tu. Hewhew. And one more thing. Takperlu risau apa yang peminat abang akan fikir bila ada gosip tak betul pasal abang. Peminat yang sebenar adalah yang tak pernah meragui :) So enjoy your life. I just love the way you are. I love youuu :) 

And untuk korang korang semua, macam aku bagitahu lah kan , aku pergi nanti takbawak laptop so i am not going to update my blog melainkan cuti. Jangan rindu please. Haha. Okay tahu kau semua takkan rindu pun :) Sama macam zizan. Hihi. Tapi korang tahu tak , aku macam bersyukur gila bila kau semua baca blog aku. Yang mention aku dekat twitter cakap baca blog aku , thankyou very much. Yang follow aku tu , thankyou jugak weh. And korang korang , zizanners , kalau abang zizan online , tolong bagitahu dia aku tengah rindu dia :) hihi. Jaga dia untuk aku. Ewah. Hahaha. Last kau semua pun takecare weh. Alahai, baik pulak aku malam ni. Haha. Nanti cuti aku janji aku update k. Tak kisah lah korang tunggu ke tak , tapi aku akan update. Hello. Sukati aku lah blog aku. Haha. Bye korang ! Hihi. Sayang korang ketat ketat , sendat sendat ! Me loves youuuu :)

So byeeee :') Doakan minggu suai kenal aku awesome okay. Haha. Assalamualaikum :) 

Embedded image permalink
Dear abang zizan , jangan buat macam tu . Orang bercakap secara serious ni :) Haha. Okay tahu abang tengah sentap sebab no more bedtime story kan ? Kan dah cakap nanti saya cuti saya bedtime story. Haih. Hahah I love you. Takecare :)

Dia Tak Sombong :)

559730_444504465611540_1257359883_n_large

Duh duh duh ! Sangat mendalam ayat diatas. Tapi yang buat aku pelik , pleace tu apa -___- Dia nak cakap please ka apa wei ? Ah kesah pulak aku. Ehem. So korang , haiii , assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh . Takyah nak sengih sengih. Jawab salam is a must okay. WAJIB ! I mean wajib , yesss wajib. Ahhhh ! Bukan wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman. Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi. Alahai. Beraya pulak aku malam ni -_- Pebenda entah aku ni. Takda modal nak update blog lattew. Hikshiks ! *GelakGatal* 

Aku senanya tengah penat sangat ni haaa. Sangat penat. Sebelum ni takda lah penat mana pun. Hari ni rasa sikit penat tu sebab hari ni macam aku banyak gila buat benda yang berfaedah. Seriously. So penat tu lebih terasa lah orang kata. Yelah , bak kata pepatah sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani *KutipNasiDekatBibir* HAHA! Okay ini takda kena mengena. Saja nak letak pepatah yang dah patah tu. Sebab dulu cikgu BM aku cakap kalau nak sedapkan karangan , letak lah pepatah sikit , peribahasa sikit. Yelah , sikit sikit lama lama jadi bukit. Tak kira lah bukit kepong ke bukit bintang ke , bukit bukau ke. Tak kisah. Asalkan jadi bukit. Kalau sikit sikit lama lama jadi bukit kan? Kalau bukit bukit , lama lama jadi gunung. Tapi bila gunung gunung lama lama jadi buruk lah. Tu takda kena mengena senanya. Ah , benda yang takda kena mengena dah sebati dah dalam hidup aku. Kalau belum sebati , kisar lagi selama lima hingga sepuluh minit. Apa kau merepek ni syaitoooon ! Penat tahu tak jadi aku ni. Berperang dengan kepala otak sendiri. Haha! 

So cerita yang sebenarnya adalah aku buat kerja berfaedah lah hari ni. Semalam dah berfaedah kan ? Hari ni lagi berfaedah okay. So pebenda lah yang gebang sangat aku duk cerita berfaedah blablabla. Mungkin bagi kau gadis gadis yang selalu menolong ibu bapamu di rumah , benda yang aku buat ni macam kacang sangat je bagi kau. Tapi bagi aku yang jarang nak buat kerja kerja rumah ni , aku rasa aku hebat gila doe bila aku berjaya buat kerja rumah hari ni. Laaa, tak semua kerja rumah senanya. Kerja berkaitan dengan hal aku lah. Well , aku kan selfish. Haha. Aku rasa macam aku seorang gadis yang baru dapat super power yang fuuhhh , awesome ah. Aku rasa macam aku ni seorang supergirl yang boleh menari ballet diatas air bersama dengan beberapa ekor katak yang berwarna pink air laut. ergh ! Lantak pi lah. Hari ni start daripada aku bangun tidur , aku gosok gigi , cuci muka dan mandi. Nampak tu ? Mula mula bangun tidur lagi pun dah buat benda berfaedah dah. Yelah kalau tak berfaedah tu macam baru bangun tidur tapi terus keluar rumah buat istana pasir depan rumah. Tu tak berfaedah tu. Haaa. 

Pastu lepas mandi segala tu , tanpa sesuap nasi , tapi beberapa suap juga , selesai santap aku pun sambung ah kerja semalam. Sambung basuh baju. Then sidai kain, yang dah jemur semalam tu , angkat , pastu iron , pastu lipat. Nampak berkedut bukak balik , iron. Duhh. Aku tahu kerja yang aku buat tu macam kerja sama tapi aku memang tak suka baju berkedut. Jadi aku harap mana mana orang yang belajar pasal reka cipta , boleh tak kalau someone tolong reka , iron yang boleh dibawa ke mana mana , dan boleh digunakan apabila diperlukan. Haaa, tolong lah ciptakan iron yang macam tu. So kalau kat mana pun aku ada , tibatiba aku nampak macam aku berkedut aku boleh ah guna iron yang kau cipta tu. Alaaa , takpa , kang aku promo lah. Aku ni duta antarabangsa tahu tak ? Okay kau memang taktahu. Apa kau tahu ? Makan tidur makan tidur. Membuta je kerja kau. Kalau bosan online , tweet itu ini , pastu stalk zizan 24 jam. Takda matlamat tahu tak. Amboi. Membebel dekat diri sendiri nampak aku ni. Ampun ampun. Pak mat tempe pung pang pung pang melepuk ke cheper , jatuh motor berlanggar. Tibatiba. 

Pastu aku nak bagitau kau yang aku macam baru tahu yang aku ni pandai jugak lipat kain senanya. Ehem. Okay abang zizan , jangan senyum senyum macam tu. Berkenan lah tu kan ? Teringin nak buat calon lah tu kan ? Orang tahu laaa. Hmm 24 - 28 hb ni i ada dekat rumah. Datang lah. Hahaha. Allololo. Takdalah bang , siewleng bergurau. Lepas packing packing barang separuh , keluar pulak dengan family sebab nak cari barang barang yang terlupa nak beli. Pastu aku rasa macam semua dah beli tadi. Malam ni sambung iron baju balik , akak kain yang disidai pagi tadi. Pastu lipat lipat lipat. Pastu sumbat dalam beg segala barang yang ada dengan bantuan adik aku yang umur tiga tahun -____- Dia memang suka menyibuk. Sangat suka menyibuk kay. And dia buat aku gelak tadi. Wallpaper phone aku gambar babyboy aku kan. So , aku tunjuk ah dekat dia wallpaper phone tu , aku saja nak test dia tanya. Then i ask her , "Adik , sapo niiii?" Masa tu tunjuk muka babyboy lah kan. Then adik said "JIJAM :3" Hahahaha! How can dia tahu nama babyboy tu zizan ? Okay walaupun aku sendiri dengan dia sebut jijam. Alahai , dekat dekat lah tu kan. Ah kesah pulak aku. Pastu aku saja lah nak test dia lagi kan , aku pun tanya lah dia , "Smart dok dio ni?" then she said "Smart!" Ecece , pandai betul budak tu ambik hati aku. Haha! So abang zizan , if you reading this , tolong lah rasa kagum budak tiga tahun kenal abang. Tapi tak heran lah , saya kenal abang dulu masa saya dalam perut mak saya bang. HAHAH! Okay tak gurau lagi. Kasarnyaaa lah saya bergurau. 

So sekarang , im proudly said , rasa sangat lah lega sebabnya dah siap semua nyaaaa. Takda lah semua nya siap kan. Ada lah beberapa benda lagi yang belum saya letak dalam beg tu haaa. Saja ja nak bajet letak esok. Sempat agaknyaa. Alahai , takdalah banyak mana pun barang tu. Ada lah sekangkang kera. Tunggu nak pergi je hari khamis ni. IPOH , here i come. Hmm , wondering , sapa agaknya room mate aku yang dengar aku menjerit terpekik pekik tiap tiap hari. Untung lah dia dapat sebilik dengan aku. Kenapa untung ? Yelah sebab dia takrugi. Bukannya dia bankrup nak rugi rugi. K, tak lucu. Ahhh. Esok aku nak keluar lagi.  Lupa yang aku takda beg nak bawak pergi kelas. Aku nyanyuk senanya. Lately jadi makin nyanyuk. Kenapa entah. Aku makan sup semut agaknya , tak pun aku makan semut masak kicap. Ah , tak kisah. Jadi esok nak pergi cari beg jelah. 

Okay dah cakap pasal aku. Bosan doe cakap pasal aku. Bukan orang nak tahu pun kisah hidup aku. SO tadi abang zizan online weh. Emm. Sesi meluahkan perasaan mungkin. Dan ada ah beberapa tweet dia yang sayu aku baca. Mungkin ada pihak yang cakap si abang zizan ni berubah kot , or else ada orang cakap yang dia makin sombong. Blablabla. Aku tak paham lah penulis article ni. Elok elok kerja tu , nak jugak jadikan benda tu haram. Kau tahu tak bila kau sebar cerita orang yang tak betul , tu  dikira fitnah. Dan bila kau fitnah orang , emm , kau fikir lah sendiri. Kerja halal halal nak diharamkan. Alahainyaa pun ter ber. Kalau betul pun kau nak cakap zizan tu sombong kan , selidik lah dulu. Kau follow ke idok dia di twitter nak cakap dia sombong bagai ? Okay meh aku nak buat pengakuan. ZIZANRAJALAWAK tak sombong langsung okay. Kalau dia sombong takda nya dia reply tweet peminat peminat dia. Okay aku tahu bukan selalu dia reply , tapi tapi , kau kena lah tahu kerja dia tu bukan nya duduk mengadap laptop reply tweet semorang. Bukan ada payment pon bukan ada payment pon. Haha. Dia kerja dalam industri seni , so i guys dia bukan selalu ada masa. Bila dia ada masa , aku tahu dia akan ada masa untuk peminat dia :) Macam ni lah , kalau ada peminat zizan yang cakap zizan tu sombong , mungkin sebab korang rasa frust takdapat reply dari dia ataupun RT dari dia. Mungkin. Taktahu lah aku. Tapi kau sebagai peminat tak patut meragui dia senanya. Ewaahh ! Kelas ayat aku jah. I would like to tell everyone here *KononRamaiOrangBaca* , yang sebenarnya , MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK bukan lah seorang yang sombong. Bukti ? Apa kau ingat ni kes bunuh nak bukti segala. Okay dia pernah reply tweet aku dengan kawan kawan aku. Tapi kalau kau takdapat reply dari dia tu , kau kena usaha lebih lah. Bukannya cakap zizan sombonggg. Haaaa. Macam tu.

JADI , PENULIS PENULIS ARTIKEL , KERJA ANDA TU ELOK SENANYA , MENJELASKAN APA YANG TIDAK JELAS , MENGHURAIKAN BENDA YANG TERSIMPUL , TAPI JANGAN LAH SEBAB SESUATU BENDA , KERJA YANG ELOK TU JADI TAK BERAPA NAK ELOK. SIASAT TERLEBIH DAHULU , BUKAN MAIN ACAH ACAH TULIS SOMETHING BERDASARKAN MULUT MULUT ORANG. FITNAH JADINYAAA :) 

Well , it just my opinion. Pendapat budak umur 18 tahun macam ni lah. Takda lah matang mana lagi. hahaha. But im serious :) Ewah , and to you abang zizan , come on ! Tabah kayyy ? Peminat abang yang sebenar adalah peminat yang tak pernah ragu dengan abang. Kalau diorang meragui abang tu maknanya diorang memang seorang peragu , dan apabila ditambah dengan T , mereka mungkin jadi peraguT. Itu tak elok tu. Menyusahkan semua orang okay ? Jangan jadi peragut ! Katakan tidak pada rokok. Tapi kalau katakan tidak pada rokok , nanti apa pulak orang kata. Bercakap dengan rokok. Rokok bukannya tahu apa apa kau duk cakap tidak tidak tidak pada dia. So abang zizan , kami tahu anda tak berubah , and i just love the way you are. Remember , kalau abang jatuh , saya ada ni haaa hulur tangan nak angkat abang balik. Tapi abang je taknampak saya lagi. One day nampak lah tu. Haha. Okay saya tahu abang tak demam , tapi abang tak berapa sihat kan ? So minum air suam banyak banyak k ? Banyakkan rehat. Jangan nak hyper active sangat. Sepak kang. Haih ! Sekali lagi nak bagitahu , peminat yang sebenar adalah orang yang tak pernah meragui abang. Ewah. Tengok saya tak pernah ragu. Tulus je. Tahukah anda saya akan sentiasa bersama anda di jatuh bangun anda ? :) 

Korang korang ni , pi tidur. Bawak bawak lah bertaubat. HAHA! Takda kena mengena. Thanks for reading. And sorry entry ni serious sikit. Taksedap mana. Panjang pulak tu. No matter what , thanks for reading :) 

Okay wait baby. Im coming. Gua out dulu. Babyboy gua nak ajak gua makan. Hikshiks. HAHA. Byeeee :) 

Tumblr_meip9wazl31rhf257o1_400_large
This one is for youuuu :) 

Tuesday 4 December 2012

EDISI MEREPEK :)

486981_307700602668795_36985327_n_large
Assalamualaikum wbt ! Jawab salam wa dulu , kalau tak wa taknak cakap dengan lu orang semua. Jawab cepat ! Okay bagus semua nya jawab salam. Wa bukan apa , wa nak bagitahu , hukum memberi salam tu sunat , tapi hukum menjawab salam tu wajib , tapi kalau lu bunuh orang , wa rasa hukuman dia , gantung sampai mati ah kalau lu tak gila. Kay wa lari tajuk , wa tahu. Tapi sebelum tu wa nak bagitahu , nama wa bukan wawa , tapi wa saja cakap wa wa macam ni sebab wa nak suruh nampak wa brutal. Wa gengster , wa tak makan rumput. Tapi wa makan nasi. Lu orang tahu tak nasi ayam yang mama wa buat sedap sangat. Okay wa tahu takda kena mengena tapi sukahati wa lah . Ni blog wa , cerita wa , sukati wa nak tulis apa. Kalau lu orang semua rasa nak kencing dekat wa punya blog , wa mintak maaf dekat blog wa , wa tak sempat nak buat toilet. Okay dah jauh wa merepek. Wa gangster , bukan gangnam style , jadi wa rasa wa takboleh merepek banyak banyak. Kalau wa merepek banyak banyak , wa rasa macam wa ni seekor pari pari comel. Kay, wa tahu takda kaitan tapi wa taknak ambik tahu, macam wa cakap, ni blog wa so sukati wa nak cakap apa. AHHHHHHHHHHHHH ! DIAM BOLEH TAK ?! hahaha

Aku pun dah bosan dengan aku merepek banyak banyak. Agaknya kalau blog ni boleh bercakap, dah lama dah dia marah marah aku sebab banyak sangat merepek dalam blog ni. Jadi blog , aku bersyukur sebab kau jadi pendengar aku yang paling setia dan tak pernah bersuara , auwww. Comel je blog ni. Kalau blog ni manusia , pastu dia lelaki , aku dah lama ajak dia kahwin agaknya. Banyak kali dah aku try try cium blog ni , mana tahu dia Putera BLOG dari kayangan yang cari seorang gadis untuk mencari permaisuri hatinya. Aku pun gadis woi. So mana lah tahu kalau aku kiss dia , dia bertukar jadi seorang putera raja yang sangat kacak. HAHAHA! Berangan doh aku! Tapi sorry , andai kata blog ni dah jadi manusia sekali pun , walaupun dia cakap dia tu putera blog , aku takkan sekali kali kahwin dengan dia. Kalau dia ajak aku kahwin , aku akan bagitahu dia , sorry kakanda ku putera blog , adinda seorang yang setia pada seorang jejaka yang pandai berjenaka. Adinda sangat setia pada ZIZAN wahai kakanda ku si putera blog. Tapi adinda rasa , kekanda patut lah jadi pengasas cool blog , mungkin kekanda mungkin akan digilai ramai. Maafkan adinda wahai kekanda. Adinda setia , tapi ada seperkara lagi yang adinda ingin sampaikan. Dengar ni kekanda. Ouh kekanda jangan iri hati dinda naik pangkat lagi. HAHAHAHA. Ahh , tibatiba masuk lagu kekanda adinda. Spoil betul.

SO korang korang semua ni , aku nak berterimakasih lah sebab korang baca blog aku ni. Aku tahu blog aku ni takda lah sesedap air CoolBlog tu , tapi aku rasa blog ni lagi enak dari coolblog tu. Nak nak kalau kau makan blog aku ni dengan sos tiram yang digaul bersama air sirap dan diletak kan dalam ketuhar selama 40 minit , kemudian kau campur lagi dengan lima biji telur unta , dan last sekali dihidangkan untuk makan bersama keluarga. Hahaha. Okay aku tahu aku merapu. Tapi kau tahu tak yang aku taktahu nak cakap pasal apa sekarang jadi aku merapu lah. Alaaah, kau semua ni macam lah tak kenal aku kan? Kau kenal aku kan? Cakap je lah kenal. HAHA. Aku tahu kau kenal aku kan? Gila tak kenal. Aku artis kot. International lagi. Alaa , setakat dekat Paris , New York tu orang sebut main main je nama aku. Hello. Kalau kau nak tahu , dekat Europe , nama aku diorang buat produk ikan dalam tin lagi. Bukan tu je , nama aku ni diorang letak nama produk kecantikan lagi. Emm , aku malas ah nak cakap banyak. Kang kau cakap aku gebang lah apa lah. So aku harap kau jangan lah tanya aku kenapa babyboy aku tu duk gilagilakan aku. Aku tahu aku tak selawa ETIKACHUMIL tu tapi aku lagi lawa. HAHAHA ! Aku pun dah nak jadi macam ETIKA tu dah. Duhh ! Tapi aku gurau je weh kalau dalam blog ni. Aku ni suka bergurau orang nya. Hihi *GelakGedik* Tapi yang aku pelik nya nama pompuan yang bajet lawa tu kemain ETIKA lah kononnya tapi dia sendiri takda etika berbudi bahasa. Phuii ! 

Err, kita malas ah nak mengumpat dalam blog ni. Kang pembaca aku turut mandapat dosa nya. Cukup lah kita bergurau senda , bercanda di tepian pantai sambil menikmati tiupan angin sepoi sepoi bahasa jepun ditemani oleh beberapa ekor kambing terbang dengan sayap pari pari sambil menari menari dengan lemah gemalai setelah mendengar nyanyian daripada beberapa ekor lembu dan kerbau. HAHAHAH! Okay try kau semua bayang keadaan tu. Bayang lah bayang. Okay kalau kau takdapat bayang sekarang , kau bayang lah esok dikala matahari berada diatas kepala kau , mudah sikit kau nampak bayang bayang tu. OMG ! Kejap. Baju aku dalam mesin basuh. Jap tau. Tunggu sekejap , duhai kasih kerana hujan masih renyai. Ewah............ Okay. IM coming *GayaAjibHantuKapcai* Ahh ampun. Aku pergi tengok apa jadi dekat kain aku dalam mesin basuh tu. Malam ni aku baik sangat tahu tak. Aku menghabiskan masa dengan melakukan benda benda yang berfaedah seperti memcuci baju , mengisi borang , menyidai baju , mengumpul setem , bermain dengan adik adik , makan , mandi , gosok gigi. Okay banyak sangat tu. Tapi kalau kau nak tahu lah kan aku memang baik hari hari. Itu fakta sebenarnya. Em em. Kau taktahu diam. Takyah nak bangkang sangat lah statement yang aku baik tu. Sukati aku nak letak statement ape sebab ni blog aku bukan blog kau. Takda pun share kau dalam blog ni.

Dah ah wei , aku senanya kan rasa macam banyak sangat aku merepek dalam blog ni. Takpa lah , nanti kau mesti merindui aku memandangkan aku takkan update blog aku sepanjang aku berada di politeknik ungku omar tu. Well , aku nak menikmati minggu suaikenal aku lah. Nak usha jejaka jejaka tampan untuk dijadikan anak ikan. Haa, nak cari ikan bandaraya yang boleh hidup didalam loji taik. HAHAHA. Auww. Tibatiba rasa rindu dekat bapak sazali. Haii bapak sazali , boleh kah saya jadi ibu tiri sazali , nanti boleh lah saya bagi dia calsium banyak banyak. We'll make sure dia tidak berpapa mama dengan Nora Danish lagi. ehem. Ouh tibatiba pula teringat dekat Bawang Goreng. Auww. Bawang Goreng , sudikah anda memperisterikan saya , Daun Bawang ? Eh kasar pulak bergurau. Mohon jangan simbah cat diruangan blog ni. Mohon mohon. Wa kaklong dan wa anak sulung, wa juga ada maklong dia kawin dengan wa punya paklong, wa nak mintak tolong bukan nak terpekik terlolong jadi tolong tahu yang wa taknak tolong. Takda kena mengena. Macam biasa lah. Haha. Okay kau semua diam boleh tak ? Aku nak buat pesanan ringkas dekat babyboy aku ni. Kau jangan ah baca eh ? Segan pulak aku. HAHA

Ehem. Babyboyyyyyyyy ~ Eh tak tak, i mean abang zizan. Lupa pulak babyboy cakap depan public jangan bising bising. Haha. So dear abang zizan , you know what , nanti ZizansTwitterFamily punya gathering kan , saya ada dekat Kelantan sebab masa tu tengah cuti tau. Kalau boleh lah kan , i mean if my mom bagi and ada transport nak pergi saya pergi. Eheh, abang pun pergilah kalau saya boleh pergi. Peminat dari jauh nak datang jumpa ni. Pastu kita boleh cover lagu bawaku pergi samasama. Nak tak? Nak lettew. Takyah buat muka malu malu bang. Saya tahu abang lama dah nak duet dengan saya kan? Bagitahu je bang. Takpa saya pemahaman. Haha! SO please , kalau abang datang and saya takdatang , ehem , jangan ah lupa kitaaa. Tolong lah. Hahaha. So so so , nak bagitahu abang zizan yang saya minat gila dekat abang. Okay saya tahu saya bukan BIG FAN abang tapi abang tahu tak yang saya janji saya akan jadi peminat yang setia. HAHA. Saya tunggu je abang sedar kewujudan saya tapi bila entah. Eheh. Tibatiba nak emo aku ni. So abang , please take a good care of yourself , kalau banyak job , bagi saya sikit. Takpa bang jangan risau , saya boleh gantikan , payment sama rata. Haha. Mohon jaga kotak suara anda , jangan sampai saya tukar kotak suara abang jadi kotak music. Tolong lah bang. Jaga kesihatan. Please please kamu jangan nakal. Aliff aziz pulak. Tibatiba. And and , boleh tak kalau jangan hyper active sangat ? Kang penat. Pastu jangan jerit jerit. Habis suara baru tahu. Bukan ada jual suara tu dekat kedai runcit ke kedai tayar ke kedai kasut ke. Hish ! Practise practise jugak jangan lupa makan minum mandi rehat. Okay dah. Haha. Jangan sakit macam hari tu :) 

SO korang wa nak chiow dulu. Wa pi dulu. Jangan rindu aku boleh ? Semalam siapa entah yang call aku banyak kali cakap rindu. Menggangu betul lah kau ni. Aku tahu semorang rindu aku. Aku tahu tapi apakan daya , rindu ku hanya pada TUHANKU , RASULKU , IBUBAPAKU , SAHABATKU , DAN BABYBOY ku. Kalau kau rasa kau sahabat aku maknanya aku pun rindu kau. Alolo. Comel pulak aku kan. Mesti ramai yang nangis kalau aku habiskan penulisan aku ni Haha. Mengaku jelah. K dah. Nak out. Haha. Bye you olls ! Muah kiri muah kanan , muah dua dua belah. Hikhiks ! Bye babyboy , iloveyou :) 

OMG ! Can you imagine atas riba dia tu was me yang tengah cerita bedtime story sampai lah aku yang tertidur. HAHA! Okay berangan. 

Monday 3 December 2012

Hello DECEMBER :)

138619131_large
Beri laluan beri laluan. Yes i mean laluan. Kau yang menghalang laluan aku boleh ketepi tak ? Boleh tak jangan halang laluan aku masuk dalam kawasan blog ni ? Boleh tak ? Jealous cakap jealous , jangan nak halang halang aku masuk dalam blog yang pung pang pung pang meletup ni boleh tak ? HAIH ! SO hiiii semorang ! Assalamualaikum wbt . Apa khabar anda semua disana ? Ke hadapan semua insan insan yang berada dibelakang , boleh kah kalian semua ke depan sikit ? Anda sangat dibelakang. Sorry lah , blog ni sangat ramai pembaca nyaaa. Ramai mana ? Duh ! Apa kau bongok ? Kerja aku peng update blog , bukan pengira. Boleh faham tak ? Ramai sangat pembaca blog ni. Sangat ramai. em em. Kalau kira tahun depan baru habis ni. HAHAHA ! Okay tu gurau. Aku tahu ramai sangat menyampah dengan gurauan tu. Nampak airmuka kau semua berubah. Macam mana aku boleh nampak ? Hm. Blog ni ada CCTV , aku tahu lah ! HAHAHA ! Okay ampun aku gurau. Chakk ! HAHA

So so so, its DECEMBER kan ? Alahai lambatnyaaa aku tahu. Aku sememang nya golongan yang ketinggalan sebab aku adalah golongan yang sangat cool ! Kay diam ! Taksempat nak greet DECEMBER. Alahai , kesiannya. HAHA. So haiii DECEMBER ! Selamat datang. Please make my years end with something awesome, please please, let me meet my own babyboy would be so awesome. Ahhh , tolong lah! Nak jumpa ZIZAN bulan December. Em em em. Tolong lah paham. Tapi kalau tak dapat jumpa babyboy aku sendiri bulan DECEMBER ni , aku nak sentap sampai tahun depan. Okay. I mean yess , sampai tahun depan okayy. So baik you pilih babyboy , jumpa i this month or kita jumpa tahun depan terus ! Pilih *PisauKuDiLeherMu* So dalam DECEMBER ni harap sangat dapat jumpa babyboy tuh. Tolong lah faham. HAHAHA. This is the wish list to do on DECEMBER. Please make it come trueeeee ~

  • Meet ZIZAN RAZAK . The only babyboy !
  • Meet the new people at the new place :)
  • No crying crying when my mama left me at the hostel. Ouh i wish !
  • Have a very kind room mate , the one who can cry with me if i were homesick :3 And i guess , she have to stand with my KEKECOHAN , KEPOYOAN , KEPRASANAN. HAHAHA
  • And and , i will be stronger and more independent ! Hoyeaahhh ! 
  • Jadi seorang gadis yang mudah tidur awal
  • Jadi seorang pelajar yang sangat baik , bijak ! Hoyeah ! 
So harapnya menjadi lah semua impian tu. Haih. So dah masuk 3hb dah ni sebenarnya. So tiga hari lagi jadi orang Ipoh la teman, idok gitu? Udah letih teman pikio pikio, boleh ke idok teman hidup di rantauan tu ? Ewahh ! Tengok, belum jadi orang perak lagi tu dah berteman teman. Ehem. Orang kata masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang harimau cari lah jalan keluar, kalau tak mampos ! HAHA. So so , memandangkan beberapa hari lagi aku nak pergi IPOH , aku sangat lah nervous memikirkan apa akan jadi padaku andai aku berada di IPOH. Hahaha. Memandangkan aku seorang gadis yang sangat ayu , comel dan lemah lembut , seorang yang sangat solehah , seorang anak yang baik dan pemalas , aku rasa aku mungkin mengalami masalah disaat aku ditinggalkan oleh ibubapa ku di asrama PUO tuh. Dah tu , takkan diorang nak tinggal sekali dengan aku dekat asrama tu -__- Duhh , lama siot aku melepak dirumah , tidur dirumah , makan dirumah , mandi dirumah , buat bising dengan adik adik dekat rumah. How can i live without their jokes and laughter? Ya ALLAH. Mohon aku diberi ketabahan to face everything in there. Fuhh tabah joe tabah. Lu brutal, sangat brutal. Waaa tahu lu gangster. Lu gangster lu takboleh nangis joe. Lu takboleh. Haih. Sedih pulak. Aaaaah takpa takpa. Ggua kena bertahan. Please, gua harap mama gua tak nangis nanti. Amin!

So dear future room mate , tolong lah jadi baik , tolong lah jadi gilagila macam aku. Kalau kau nak jadi jahat pun , tolong lah kurangkan jahat kau tu sikit dari aku. Biar aku yang lagi jahat dari kau. Pastu , tolong lah tahu yang aku ni sangat POYO , suka BERANGAN , PERASAN , BANYAK CAKAP , EGO , EX5 , SELFISH , PENDIAM , PEMALU , PENYEGAN , HAHAHAH ! Okay tu tipu. Haha. Satu je , aku harap kau boleh tahan dengan perangai aku yang agak annoying ni. I repeat , ANNOYING. I mean SANGAT ANNOYING ! Dan dan dan , aku harap kau boleh tahan kalau aku hari hari duk cerita pasal zizan. Hahaha. Tabah lah yea. But i guess, kalau kau betul betul perlukan aku , i'll be by your side :) INSYALLAH ! Three more days to go. Haih ! Haha. EM em , kita harap lah kan , nanti dekat ipoh kita boleh jumpa zizan razak , walaupun kita tahu dia bukan tinggal dekat IPOH . HAHAH. 

Okay dah , so kau kau semua ni , tolong lah jangan rindu aku. Haha. Tolong lah , i am not going to update my blog sampai aku cuti. Sebab aku malas nak bawak laptop ni haaa. Taktau lagi manusia kat sana macam mana , plus taktahu lagi perlu ke tak laptop ni untuk first first ni. Kalau nak online , handphone ada. Takda hal lerr. Ahh so korang korang semua tolong jangan rindu sangat sangat. Aku taknak dengar masuk surat khabar cakap kau semua merindui aku sampai buat rusuhan dan memusnah kan beberapa buah kawasan. Tolong lah k. Tolong. Serindu macam mana pun korang dekat aku , tolong lah tahu yang tahu yang aku jarang nak rindu korang semua , tapi sebab aku seorang public figure dan bukan sebuah public phone , aku ada perasaan kesian tu. So bila korang rindu aku , aku akan buat buat rindu korang balik. Auwww. Comel nya guaaaa :3 HAHAHA ! I'll be back , i'll be back *GayaAjibHantuKapcai* 

Okay takda benda dah pun nak cerita. Saja ja update, sebab bosan. Hahah. Now nak tweet abang zizan , lama dah wei tak tweet beliau. Hahah. Lama sangat. Duhh. Aku tahu babyboy aku sangat rindu kan aku. Sangat sangat okay. Kau taktahu kan dia rindu aku ? Tahu ? Takyah tipu. Dia takpernah bagitahu sesiapa kecuali aku. Ehem. Sorry kalau aku lagi sweet dengan babyboy. Hahah. Eh jap nak pesan benda dekat babyboy guaaa, hahaha. Dear abang zizan , please take a good care of yourself. Suara tu jaga sikit. Boleh tak ? Suara tu salah satu asset abang. Tahu tak ? Tolong lah jaga suara tu, bercakap bila perlu je boleh tak ? Kalau perlu gunakan body language je , takpun gunakan bahasa isyarat , kalau tak pun tulis je lah. Lagi senang. Haaa, so tolong lah, jaga kesihatan anda. Jaga diri anda , dan jaga diri babygirl anda. LALALALALA ~ Btway , you look sooooo lah handsome dekat MELODI tadi tahu tak. Taktahu kan ? Orang bagitahu lah ni. One more thing , jangan lah stress , kita ada ni haaa. Lain kali kalau stress , singgah lah blog ni , mungkin akan jadi lebih stress . HAHAHAHAHA ! Okay tak tak bang , babygirl gurau. EH? Alolo , comel nyaaa anak kucing tu <--- TIBATIBA. Hahahaha . 

Dear babyboy , please keep smiling. Please :) No matter how stress you are , remember , i'm here waiting for you to realize that i am exist :')

I am not beautiful , but i'm promise , once you know me , really really know me , you'll never regret. Insyallah. This is the way i am , i can't pleased people to like me. Hate me but i won't change anything about myself. Assalamualaikum. 

Saturday 1 December 2012

Ini TANGGUNGJAWAB Saya :)

Taraaa ! Terkejut tak dengan kehadiran aku bersama abang kacak dua orang ni ? Terkejut tak ? Tipu tak terkejut ! Yang kau melompat terjun katil tu apahal ? Apahal derr ? Lu jawab ah lu jawab . Yang lu lagi sorang tu , kalau lu tak terkejut kenapa lu sampai tertelan cawan tu derr ? Kenapa derr ?!! Lu tak nampak gua tengking lu ni ?!! Tak nampak ?!! Okay diam ! Sapa suruh lu jawab ? Sapa suruh ? Gua tanya je kan ? Gua tanya je kan ? *TamparDiriSendiriGunaLesungBatu* Apa saya merepek ni ? Ouh ouh . Kat mana saya ni ? Kat mana ? *GayaOrangBaruSedarkanDiri* Ouh saya dekat blog rupanya. Hai semua! Apa khabar? Sihat tak? Dah makan? Dari mana nak kemana? Dagang pak malau dagang berlipat , mari kita makan nasi dagang. Kbye ! HAHA

Hai Assalamualaikum :) Haaa, ni baru kena dengan mood aku ni haaa. This is the real me, very real me. Kononnya. Okay wait, berdasarkan gambar di atas, nampak tak double chin babyboy aku tu ? Nampak tak ? Senanya double chin tu takda senanya . Hm tapi lepas selalu keluar date kan , aku suka main main dengan dagu dia , bila dia shave tu , taraaa , tibatiba ada dua dagu dia . Eh ? Haha . Takda ah. Aku bergurau. Elelele ~ Mesti nak cakap kami comel kan ? Takda ah. Aku gurau je senanya. Hihi. Kalau betul betul kami takda lah comel mana pun. Alaaa , sweet biasa biasa je , hmm , nak cakap pun susah , comel tu memang ah comel , romantik jugak kadang kadang , sweet pun , hmm banyak sangat , malas pulak nak cakap , kang ada orang bakar blog aku ni sebab dendam. AHAHA ! 

Okay korang korang takpayah nak over excited sangat boleh tak ? Aku nak cakap benda serious ni. yea, sangat serious! Aku nak semorang buat muka serious. Dengan muka yang mengantuk aku update blog. Ahh , memang mengantuk pun ni haaaa. Kali kedua aku dah update malam ni. Alaa tadi baru publish untuk kawan dan ini untuk babyboy pula. Okay kalau kau menyampah aku tak kisah :) Orang yang menyampah harus tinggal bersama sama sampah dalam tong sampah supaya mereka boleh menyampah bersama sama. Okay pebenda lah aku merapu. K. Proceed with something serious. Hmm , before that aku nak tunjuk benda dulu. Kejap. 

OUR JOZAN . OUR HEROES . 

BOLEH KAU NAMPAK SOMETHING TAK DEKAT MUKA DIORANG ? BOLEH TAK ? 

NAMPAK MUKA PENAT TU ? NAMPAK ? SIAPA YANG TENGOK VIDEO NI BOLEH DENGAR BETAPA SERAK NYA SUARA DIORANG . 

 And ayat yang memang aku boleh ingat , yang diorang sebut dalam video tu , dengan suara serak diorang , they said :

"KAMI CUBA BUAT YANG TERBAIK UNTUK ANDA TERHIBUR" - JOHAN
"MENANG TAK MENANG BELAKANG KIRA , JANJI ANDA SEMUA HAPPY" - ZIZAN

Dan aku harap kau kau semua ni faham lah maksud diorang tu. Diorang buat bukan untuk diri diorang tapi untuk kita. Please HARGAI. Please. Hargai EFFORT diorang. Diorang penat penat pun still tak pernah hampakan kita, takpernah gagal buat kita gelak :) Vote lah diorang , sokong diorang . And please jangan percaya gosip gosip murahan yang cakap itu ini pasal diorang. I mean , yang sekarang ni abang zizan selalu kena. Ah macam macam orang kata tunjuk belang lah hapa lah. Apa diorang ingat abang zizan tu harimau nak tunjuk tunjuk belang ? Apa diorang ingat abang zizan aku tu kuda belang nak berbelang belang ? Apa kau ingat abang zizan tu zebra cross boleh dipijak pijak untuk melintas jalan? Takpandai guna jejantas ? Okay ni dah lain. Ahh , pokoknya bunganya , aku nak cakap takyah layan sangat gosip murahan. Kalau betul lah kau zizanners jozanners yang berjiwa kental macam batu batu di pesisiran ombak yang tidak pernah berganjak dilambung ombak , kau takkan pernah ragukan abang johan and abang zizan. Tepuk dada rasa sakit! HAHAHA

K serious serious. A few days ago lah kan , em em ada lah beberapa fakers yang tiru abang zizan punya acc. Yang facebook takpayah cakap , berlambak lambak. Senang ah buat duit, sign up facebook terus jadi artis. Manusia macam tu elok buat jadi bola golf. Bajet nak jadi artis. Phui ! Aku pun selalu jugak berangan jadi artis , tapi takda pulak aku pergi sign up FACEBOOK , pastu add semorang cakap HAIII YOU OLLS , SAYA NI LADY GAGA . Takpernah lagi haaa. Nampak? Orang usaha kemain nak jadi artis , kau sign up terus jadi artis yea ? Ah untung wei untung. So here, peminat peminat yang kononnya fanatik , okay aku faham ada antara korang yang jadi mangsa keadaan. Yang kena tipu dekat FAKERS semua tu. Mohon tahu yang ZIZAN RAJA LAWAK hanya ada satu FANPAGE , satu acc TWITTER , satu acc INSTAGRAM. Boleh faham tak ? Boleh faham ? Haaa, jap nak tunjuk benda. 


CREDIT TO KAK IKA for this picture. Thanks kak :) 

Nah ! Kau kau semua tengok ni, DP Zizan , nama pun ZIZAN RAJA LAWAK , Ayat kemain , saya bang zizan blablabla , weh weh , nak tahu tak ? Kalau dekat twitter tu the real zizan rajalawak tak pernah bahasakan diri dia abang zizan. TAKPERNAH. Kalau ada pun jarang jarang. Tapi aku rasa tak pernah. Pastu tengok pulak orang yang like tu haaa, sekangkang kera. Alaaa, sekakang kera yang baru dilahirkan je tu. Sikit sangat. Weh , logik ke penerima ANUGERAH Favourite TV Personality Award dapat like banyak tu je? Logik ke? Takda nya dia nak like status dia sendiri. Please okay please. ZIZAN RAJA LAWAK TIADA ACCOUNT FACEBOOK PERIBADI .  I repeat TIADA ye TIADA. ZIZAN RAJA LAWAK hanya ada FANPAGE sahaja. Harap Maklum. KALAU NAK TAHU REAL FANPAGE ZIZANRAJALAWAK , click dekat nama abang tu. Tu satu satu nya , please , jangan ragui boleh tak ? Boleh tak ? Boleh tak boleh tak ? Erghh ! 

Okay next dekat TWITTER, yang aku menyampahnya , FAKERS dekat twitter macam melampau doh. Copy abang sebijik sebijik. Elok orang macam ni , ambik kulit durian , bagi telan hidup hidup. Geram pulak aku. Ada ka patut pi letak nama sama , dengan tweethandle sama. Ahh kekhinziran apa ini? Please laaa, kalau ada orang lain nak jadi FAKER jugak , kalau yang mana ada dah pasang niat nawaitu better takpayah. Kalau tak aku bilang sama bapak *Tibatiba* Pendek kata nya baik jangan lah memasang niat tu. Elok elok hidup kau aman , takpasal pasal zizanners , ZFC bash kau secara berjemaah. Kau nak ? Kitorang ganas woi . KakLong ada , KakYong ada , MakYong ada , GaYong ada , PaYong pun ada. Ahh , banyak YONG tahu tak. Kami keturunan abang Long Fadhil! Mohon takut okay. PLEASE , peminatpeminat ZIZAN RAJA LAWAK , tolong lah tahu beliau hanya ada satu acc twitter sahaja. Takpayah percaya lah kalau ada acc yang cakap dia tu admin lah hapa lah , tak kisah aku. Please. Tweethandle ZIZANRAJALAWAK yang sebenarnya adalah @zizanrajalawak . Nak aku ejakan ? @ zack , ai , zack , ey , en , ar , ey , jey , ey , el , ey , double yu , ey , key . Nak senang click sini ---> OfficialRazizanRazak . So please yang ini jugak aku harap korang tak ragui apa apa lah. Haih. 

Embedded image permalink
Kau nampak FOLLOWERS dia ? Nampak tak sekangkang KERA lagi ? SIkit tu , takkan lah abang punya fans banyak tu je. Fikir logik fikir logik. Kalau betul Abang zizan ada acc baru , dia mesti promo dekat acc lama dia dulu kan? And orang akan follow yang baru tu ramai ramai. Yang takleh blah nya , abang takcakap apa apa , korang dah percaya kata kata manis , eh salah , tweet tweet manis si FAKERS tu , kau terus follow, eh siap PROMO pulak.. Aaaaa~ 

Embedded image permalink
Hah , tengok FOLLOWERS tu sodap je mata memandang. This is real abang you olls :) HAHA.

So malas nak cakap banyak , korang pikir lah sendiri :) Assalamualaikum. Haha. Bukan taknak cakap banyak senanya , tapi memang dah banyak cakap dah dekat atas tu. HAHAH. Sorry tapi saya tahu INI ADALAH TANGGUNGJAWAB SAYA :) Bye :*

See, babyboy gua pun dah marah macam gua, lu orang tak takut ka? Kbye :*

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !