BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 30 September 2012

Weekend Ku Begini. Weekend Mu?

539532_203727379758732_1761652540_n_large
Hii. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang. Auwhh*KenyitMata* So hii lagi sekali. Takpa. Ni blog aku. Suka hati aku lah nak hii banyak kali pun. Jealous lh tu orang tulis hii banyak banyak. Kalau lu orang nak tulis hii banyak banyak macam gua, lu buat lah blog. Best derr ade blog ni. Okay wait. Jadahnya aku nak promote orang suruh buat blog. Sejak bila aku kerja part time jadi promoter ni -.- Okay. Off topic. Sebelum aku membuka bicara, lebih baik aku tegaskan dahulu yang gambar kat atas tu bukan gambar aku. Dah sah sah aku lagi lawa. Kepada gadis gadis mohon jangan jealous sehingga berniat nawaitu nak simbah apa apa cecair dimuka aku. Harap maklum. 

Actually i dont have any motif pun nak update blog ni senanya. Tibatiba tangan rasa gatal nak menaip. Blog lah tempat melempiaskan nafsu menaip. Alang alang dah ada dalam zon blog ni. Nak lah jugak bercerita. No no no! Its not about Snow White or Rapunzel. Pasal aku lah wei -.- Derr. Gua lagi gorgeous dari barbie, Snow white, mahupun Rapunzel. Malah lagi hebat dari Power Rangers berwarna pink.Amacam? Lu mau lawan sama gua? Takmo lattew. So, its about duty actually. Eleh. Bukan pasal duty sangat pun. Pasal macam macam jugak. Aku ni kan jenis banyak macam. Proceed with the story, duty tu hari Jumaat. 

A day before Jumaat tu, Kapten aku iaitu abe wea, dia ada lah post dekat fb. And dia ada lah mesej kan. Hmm. Sapa berminat nak duty bagi nama. Aku buat taktau je mulamula tu. Nawaitu nya bulan ni malas nak ponteng kerja sangat kan. Nak jadi baik sikit lah kononnya. Alah. Baik sikit je. Selalu baik banyak kan. Pastu buat taktau dulu. Tapi terdetik di hati ni, macam best jugak kalau pergi duty. Aku ni lama dah tak duty. Aku ni kan gila duty. Pastu abe wea lah call tanya nak duty tak. Aku pun cakap nanti lah dulu nak tanya bos. Err. Bila abe wea call tu terus rasa macam nak ponteng kerja weh. Taksalah kan kalau masuk lewat? Alah. Setakat potong gaji apa ada hal. Lain lah kalau bos aku cakap nak potong kaki ke tangan ke, tak cukup panca indera gua ni derr. So aku tak tanya pun bos aku actually. Masa dia ada aku taktanya langsung boleh ke tak aku nak masuk lewat hari jumaat tu. Tak tanya pun boleh ke tak kalau aku nak pergi duty. 

Masa bos aku balik tu aku mula lah terhegeh hegeh hantar mesej dekat bos aku. Eh no. Tak hantar mesej pun dekat bos aku. Hantar dekat wife dia. Well, orang perempuan ni kan baik hati. Alahai. Wife bos aku baik. Dia sangat memahami. Okay wait. Aku bukan nak pijak kepala dia derr. Nak pijak perut pun aku tak sampai hati. So jangan lah salah faham. Well. AKu mesej tu aku taktanya. aku cakap je aku nak masuk lewat. Blablabla. Kononnya nak masuk pukul empat petang. Atlast pukul tujuh setengah aku masuk kerja. Masuk kerja dua jam balik. Mana nak cari pekerja cenggini. Muehehe! Bos aku kenalah faham yang staff dia yang sorang ni sangat lh busy. Dengan shooting lah. Itu ini. Aku ni aktif. Dia kena faham. Tak gitu? Lagipun sebelum ni, dia lewat pergi kerja pun aku tak marah dia. Takkan lah dia nak marah aku kot. Ye dak? Kalau dia marah aku, aku boleh marah dia balik. Dia selalu pergi kerja lewat tau tak. Dah la tak punch card. Aku malas lah nak cakap wei. Malas betul. Lantak dia lah. Tapi kalau dia makin melampau, bila bila masa ja aku boleh pecat dia tau tak. Nasib baik aku baik.

So masa duty tu sangat lah boring. Hari first kami berenam telah dipisah kan ketiga tempat yang berbeza. And partner aku afiq lah. Takda orang lain dah. So kami duduk dekat court tennis PGA. Okay wait. Did i mention that aku duty sempena apa? Tak lagi kan? Sorry. Aku ni nyanyuk. Yelah. Banyak benda dalam kepala otak ni. Nak hafal script. Banyak sangat. Banyak job aku ni. Aku malas nak cakap. Kang bertambah peminat aku. Haa. Aku duty untuk perlawanan tenis budak budak under age. Haha. Tak tak. maksud aku budak budak bawah umur 12 tahun. Standby kecemasan gitew gitew je lah hari first. Takda orang injured pon. Lega lah aku dengan afiq kn. Lega tak lega. Memang bosan lah. Aku dah la taktau apa apa pasal tenis. Main tengok je lah. Pastu menguap. Taktau apa apa. Thank God petang tu kan kitorang main dengan walkie talkie. Best woi cakap guna radio tu. Err. Dan macam biasa aku selalu kena bahan. Abe bob banyak gila bahan aku. Tapi takpa. Harapkan pagar, pagar takboleh harap. Takda kaitan kan? Orang tahu lah, orang saja ja. Pastu disaat bosan tu, aku sempat lah jugak cuci cuci mata tengok bakal bakal cikgu yang kacak. Ehem. Tapi kan kite kan takda lah secair macam kite tengok BabyBoy kite. Hihi. 

Haa. Dan disaat aku bosan tu, aku banyak habiskan masa memandikan buaya di dalam phone ni hah. Kite kan suka main Where's My Water sekarang. Hihi. Hari hari mandikan buaya. Pastu keesokan hari nya yang merupakan tadi, agak letih sebab tak dapat rest langsung. Derr. Gua berhenti makan nasik je der. Tu pon dibawah pokok yang rendang tu. Pastu mengantuk dan mengantuk. Homaii. Just imagine. Pagi sampai petang gua duduk kat sana. Nasib baik gua brutal. Gua jiwa kental derr. Adalah budak yang terseliuh hari ni. Boleh lah jugak sapu sapu ubat sikit. Daripada semalam tu, kerja aku mandikan buaya je lah. Teruknya aku -.- Tapi abe wea abe bob and kak ika adalah jugak jenguk jenguk aku dengan afiq kan. Diorang ada transport takpa lah. Boleh lah jalan jalan. Masa abe bob kak ika abe wea datang tu, kitorang pun bentang tikar bawah pokok yang rendang. Lepak lh. Tapi abe bob dengan abe wea duduk dekat wakaf tu. Area tu jugak lah. Yang lepak atas tikar tu aku dengan afiq je lah. Tapi ada kak ika sekali. Tapi kami bertiga lah. Haa. Best woo lepak. Baru lah aku rasa apa yang abe wea rasa semalam. Diorang dari semalam lagi duk melepak atas tikar gitew. Harini aku baru boleh merasa lepak atas tikar dengan angin sepoi sepoi bahasa. Ewahh. 

Last, thanks to abe wea abe bob abe nick sebab hantar aku pergi kerja walaupun masa tu dah lewat. Thanks abe bob sebab buat aku melatah balik -.- Abe wea dengan abe nick pon sama -.- And thanks lah jugak sebab bagi saya join duty ni. Thank you very much. Hihi. Sorry abang abang ganteng, anak buah you ni a little bit gedik. Eh. Not a little bit actually. Err. Too much gedik. Maafkan saya. And to Babyboy, jangan jealous taww taww taww. Iteww pergi duty jewww. Iteww tak cuwangg. Hihik. Pstu kan babyboyyy kan , muka babygirl hangus. Pan asia sangat. Betul betul pan lah. Hihik.



Me with kak ika. See, kami siap ambik gambar lagi :3 Duty sebegini yang kami inginkan. 

And this is afiq. Dia lah yang duk dengar aku membebel sepanjang duty tu. Thanks fiq :3

Hah! Ni bukan gambar duty tadi. Bukan bukan bukan. Nampak muka senyum sikit sikit dia tu? Haa. Fokus pada kaki yea. Tu muka suruh aku berhenti update blog tu. Dia suruh aku tidur tu. Eh tak. Dia suruh aku cerita bedtime story dekat dia tu. Dia takboleh tidur kalau aku tak bercerita dekat dia malam malam. Alahai. Comel nya kami. Ye dak? Alaaa Babyboy kite. Hihi. 

Dah ah wei. Aku out dulu lah yea? Thanks fer reading. Memang lah entry nih bosan sikit. Tapi nak buat chaner kan. Bukan nya novel ni. Nak baca novel sedap sedap beli lah. Ni pun nasib baik aku tak suruh kau bayar ni singgah blog aku ni. HAHA. Eh dah lah. Nak chiow. Thanks tau baca tau. I love you. Muah. Eh hello. Takpayah nak i love you too sangat. Orang bagitau kat Razizan razak lah. Sukahati orang lah suami orang. Alahai. Amin. K ah. Byee. Muah kiri muah kanan :) Assalamualaikum cinta. Waalaikumussalam rindu :) Bye. Takecare. Muah muah. 

Anda rasa entry saya bosan? Okay. Sila tekan butang bosan. Eh? Takda? Hm. Tekan butang like je lah :p 

Thursday 27 September 2012

Hari Yang Bertamadun :)

Tumblr_maysk407n41rd6slvo1_500_large

Assalamualaikum wbt :) Dengan lemah lembut aku melangkah masuk dalam blog aku sendiri. Tapi untuk pengetahuan semua rakyat jelata, aku dah memang lembut. Jalan nak pegi toilet pun lemah lembut derr. Alahai. Kalau dah nama lembut tu memang lembut lah. So, untuk pengetahuan semua, aku update blog ni bukan nak cerita pasal kelembutan aku. Dah banyak dah majalah bagitau pasal kelembutan aku. So takpayah lah aku nak bagitau benda sama dalam blog aku kan? Menyampah? Go to hill. 

Maka dengan itu derr, gua nak cerita pasal life gua sehari dua ni derr. Tapi lebih afdhal kalau gua cerita pasal hari ni lah derr. Derr derr derr, jadahnya gua nak cakap cenggini derr, hilang lah muka sopan gua. So haii. Harini aku nak cerita pasal life aku lah *Bersin* Dah nama lagi blog aku sah sah cerita pasal aku. Tapi kali ni adalah ceritera cinta antara satu aku dan satu dia. Lehaiii~ Adnan Sempit nampak. Haha! Okay abaikan. Hari ni aku cuti. Tak kerja. Memang betul betul cuti lah aku hari ni. Tak menipu langsung. Dan aku mulakan hari ku seperti orang yang tak bertamadun. OhNO! Bangun tadi punyalah lewat sampai aku sendiri tak tergamak nak bagitau pukul berapa. Alah. Segan lah. Kang kalau bagitau, Babyboy aku singgah dekat blog ni. Takjadi lah dia nak buat wife. Haa. Kan dah rugi tu. 

Bangun lewat lah beta tadi. Berlagak seperti seorang snow white. Bukak mata, buat macam seolah olah mencari sesuatu dengan muka blurr. Lalu benak kepala otak aku yang bijaksana bijaksini bijakthere ni berkata kata "Weh weh! Puko berapo doh ni? jam mano jam? Phone aku?" Gila. Tengok tengok jam mmg lewat lah. Bangun lah aku. Cuci muka, gosok gigi dan mandi.  Masa tu tak terasa nak mandi lagi. So cool lah kan. Punyalah bosan. On twitter facebook youtube. Youtube? Oh. Macam biasa. Mulakan hari ku dengan tengok BabyBoy ku. Hah! Engkau hado?

Then i proceed my life dengan install game yang agak awesome! Where's my water. Derr. Best gila game tu. Tak menipu. Satu hari aku habiskan masa dengan main benda tu sepuas hati. And, malam ni aku start jadi manusia yang bertamadun sikit. Muehehe! Memandangkan maghrib tadi aku tkmandi, isyak lah mandi. Bukan kali yang pertama okay. Harap maklum. Lepas isyak tu mandi. Sambil mandi tu, sempat berkaraoke tanpa minus one. Sedap jugak suara aku. Kalau Babyboy dengar, dia offer tak eh aku menyanyi dengan dia? Haha. Then nyanyi nyanyi. Banyak lagu jugak lah. Tapi tidak termasuk lagu, "Sabun di bilik mandi, sabun di bilik mandi" Dan jugak tak sempat nak nyanyi lagu "Kelapa dan orked bagus untuk rambut. Saya nak balik duit saya" Buat malu je wei jiran sebelah dengar. Haha. 

Lepas mandi, kumpul kumpul baju kotor, baling dalam washing machine, biarkan mereka habiskan prom night mereka dalam washing machine tu sambil menari nati dengan pasangan masing masing, aku pun bukak tv. Tengok suami lagi. Tibatiba aku rasa macam nak makan chocolate cake. Aku masuk dapur, intai intai barang yang ada. Yess! Semua cukup. Lalu, aku dengan skuad aku iaitu adik aku yang berumur tiga tahun sama sama lah membuat sepah di dapur tadi. Muehehe! Done! Sebiji cake chocolate. Lepas tu perut aku ni macam merengek rengek pulak nak makan nasik. Aku pun goreng lah nasik. See, talented jugak aku ni woi. Punya lah sedap chocolate cake dengan nasik goreng aku tadi. Kau nak rasa? Eh. Takboleh. Ahli keluarga terdekat ja yang untung boleh rasa masakan aku. And fyi people, masakan aku tidak terdapat dimana mana hotel lima bintang. Hotel lapan bintang pun takda. Sorry to say, masakan aku terlampau sedap kalau nak dibanding kan makanan yang mahal mahal tu. Haha. Ayat takleh blah. Ayat mintak kaki tu. Haha. 

See. Nampak tak perbezaan aku di siang hari dan di malam hari. Kau kau ni nampak tak yang hidup aku lebih bertamadun di malam hari. Alahai. Tapi bertamadun lah tu kan. Takda lah aku jadik macam Stitch kat atas tu yang tengok tiup belon. Alolo. Comel. Pastu lepas makan tu, sekarang ni update blog. Then pasni nak kena bedtime story dengan Babyboy pulak. Kalau tak bedtime story takboleh dengan cik abang zizan tu. Rasa macam hari tak sempurnan gitew. Kenalah bedtime story almost every night. Muehehe! Maka, aku akan tertidur dengan sendiri nya ketika bedtime story time with zizan. Ohno! How sweet we are. Ken? Mohon semua gadis gadis jelita, serta jejaka jejaka kacak mendoakan kebahagian kami berdua. Ewah. Doakan sekali kepanjangan jodoh kami. Ya Allah. Nak jumpa dia sangat sangat. Haha. OhNo! Gila bayang dah aku ni. Haha. Aku pun taktau kenapa entah jadik macam ni. Dah lah nak chioww!

Thanks for reading such a boring entry like this. Thanks for visiting. Sorry for being so annoying. Well, this is me. The real me. To haters, i hate you back. And to lovers, i love you more :) Haters jealous lah tu kan aku sayang lovers aku. lalala~ And dont forget , i love my family. I love my friend. I love my everything. And i love my crush yang jugak merupakan my babyboy Razizan Razak :)) *KenyitMata*

Okay wait. Err. Goodluck to my little babyboy for Lawak Ke Der two. Alahai. Macam lah dia baca kan. Lantak lah. Blog aku suka hati aku. Blog kau pun, suka hati kau kan? Okaybye. It's a bedtime story time. With who? 

With this little BabyBoy. Credit to instagram @zizanrazak869 :)

Bye peoples. Got To go. Thanks. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan. Sayang semua :)

Like this entry. Alahai. Like je lah. Apa ada hal. Iteww lagi sukeww. Hihik. Okaybye. 

Saturday 22 September 2012

Saya Bangga Jadi Saya :)

Tumblr_m9pqyj8gm01rng5tvo1_500_large

Assalamualaikum. Hai semua orang. Haaa. Rindu aku lagi kan? Okay tau. Sebab aku tau lah aku update ni. Muehehe. Okay. Mohon tengok gambar diatas. Nampak forever alone disitu. Dengan sebuah guitar. Eh jap, guitar bukan buah kan? So, it should be, sealat music guitar. Haaa. Tu baru betul. So, ingin aku buat ulasan dulu berkenaan gambar diatas. Awak awak semua ni kena lah faham yang saya ni kreatif sangat. Nama lagi artist. Forever alone tu aku. Tapi gambar kat atas ni bukan gambar aku. Err. Kononnya forever alone tunggu my little babyboy, RazizanRazak datang jumpa lah kononnya -..- Pastu guitar tu sebab aku nak nyanyi lagu Terukir di Bintang dekat Babyboy pastu nak nyanyi lagu Bawaku Pergi dengan dia, tapi aku takpandai main guitar. Kalau aku pandai main guitar mesti gambar kat atas ni bergerak gerak sikit orang tu main guitar. Baiklah. Menarik tak ulasan aku? Tolong cakap menarik. 

So update blog nak cerita pasal. Hmm. Hmm. *Mata gerak kiri kanan sambi tengok atas, Dua dua jari telunjuk, kiri dan kanan tunjuk atas, kepala gerak kiri kanan jugak* Berfikir lah kononnya. Okay. Cerita pasal semalam dulu lah. Semalam aku pergi sekolah SK Sri Cempaka. Ada kem tahunan. Aku pergi lah menyibuk. Sebagai facy kononnya. Abe wea tanya aku berminat nak join tak. Aku semua benda aku minat. Aku gila camping woi. So, pergi lah malam semalam. Pukul 8 abe wea datang ambik. Pastu malam tu ada ice breaking, cikgu cikgu sekolah tu dah ada program sendiri dah. Which is nyanyi nyanyi lagu yang aku tak penah dengar sebelum ni. Ohmai. Teruknya aku -..- Tapi okay ah kan. Boleh jugak belajar lagu baru. Haa. Mana tahu nanti aku dapat duet dengan babyboy aku, RazizanRazak, nyanyi lagu lagu tu. Haaa. Boleh pulak masuk Anugerah Juara Lagu. Engkau ado? So, jangan pandang rendah pada kebolehan kami. Pastu malam tu boleh pulak aku terlanggar budak yang pegang telur. Err. Telur tu macam amanah la utk setiap ketua group kan. And guess what, bila aku terlanggar tu, Prappp! Pecah telur tu. Muehehe! Sorry wana!  Nasib baik kenal dah budak tu sebelum ni. Dia siap add facebook lagi. Sebab aku pernah jadi facy dah sebelum ni. Hihi. Yang awesome nya, aku sampai tu ada budak panggil, Kak Zizan! Ohmaii. Tu mesti budak budak facebook -.-

Pastu aku baru bajet budak tak kenal aku kan. Kononnya nak suruh budak panggil kak auni. Masa tengah edar kertas yang nak guna masa ice breaking tu, tibatiba ada beberapa orang budak cakap , "Kak Auww Kak Auww ! Adib tok mari hari ni! " Okay. Takfaham kan? Yelah. Readers aku ni kan semua minah minah saleh. Mana nak faham bahasa Kelantan. Bahasa KL faham pulak kaw yea? Ahah. Sebenarnya camping sebelum ni, aku memang suruh budak budak panggil aku Kak Auw. Sempena nama Auni tu. Nak panggil nama Kak Auw tu kena ada gaya. Gaya tu sama macam Nabil buat Whatever dalam Lawak Ke Der tu. Haa. Pastu Adib tu, budak darjah enam. Handsome woi budak tu. Kat kem dulu aku selalu kejar dia. Pastu aku bagitau budak budak lain yang Adib tu boyfriend aku. Haaaa. Sekali dengan Adib tu hot. Tapi dont worry abang zizan. Jangan jealous k? Tolong lah faham. Budak tu baru darjah enam bang. Saya takkan curang dengan Abang Zizan. Abang kan babyboy saya. *Baling Flying Kiss* Haa. Pastu takjadik lah nak bagi nama baru. Tapi ada jugak budak budak yang tak kenal aku panggil aku cikgu. Wah. Untung lah. Lapan belas tahun dah jadik cikgu. Tapi you know what, aku ni tak perfect lagi nak jadi cikgu. Ilmu tak cukup lagi. So, i told the bebudak "Dik, sayo bukei cikgu. Sayo kak -.-" 

Okay. Done pasal camping. Err. Lets talk about BabyBoy kita lah. Uh? Taktau sapa?

Okay. Mohon jangan pengsan lagi semua orang. Mohon habis kan dulu baca entry ni. Err, babyboyy~ Kite amik gambar ni dekat instagram babyboy! Sorry eh. Weh weh weh! Awak awak semua. Yang mana ada instagram. Follow lah abang zizan. @zizanrazak869

Haaa. Thanks to him. Sebab he really made my day. Betul ni. Tiap tiap pagi he makes me smile. Fuhh. Just imagine, aku ni jenis susah nak bangun. Tapi hari tu, bangun bangun terus segar lepas bukak twitter. Hahaha! Nak dijadikkan cerita, kebetulan mata celik, tengok phone tibatiba keluar notification, "Mentioned by @zizanrajalawak : Alaa sweetnya..." Terus aku bukak mata aku. Gosok gosok mata. Ohmaiii! Did he replied my tweet? OMZizan! Check check balik memang betul. Terus aku bangun, mandi. Muahaha! Eh, before that reply dulu. Boleh pulak aku bajet ngada ngada pergi reply, "Haha. Eh. Mana da" . Tapi senanya aku tau memang aku sweet *Letak signboard "JanganMuntahMerataRata" * Ahaha! Wooo, kalau RazizanRazak baca ni. Mesti dia cakap aku gila ni. Haha. Takpa. Kalau babyboy aku cakap aku gila pun aku suka. Tapi no worry , Dia takbaca. Dia busy practise Lawak Ke Der 2 lah. Haaaa. Nak promote lagi. Mohon yang mana free on 28, 29, 30 Sept and 1, 2, 3 Oct, pergi lah tengok Lawak Ke Der 2. Aku tau mesti best. Babyboy aku dengan Papa Johan takkan hampa kan peminat dia wei! Uh apa? Kenapa 31 Sept takda? Alolo sayang. Try check calendar. September ada 31 hari ke? Takkan beby? Omaigod -.- <-- Bajet bijak.

Err, then ada lah a few things yang dia buat ,yang buat aku bangkit dengan pantas nya setiap pagi. Thanks abang zizan. Memang abang buat saya tersengih. Muahaha! Tapi senanya saya memang suka sengih pun. Bukan sebab abang okay. Alolo. Tak tak tak! Haha. Sebab abang leww buat iteww happy. Hihik :D Thankyou bang. Rasa dihargai gila. Nanti abang datang lah Kelantan. Nanti jumpa saya k? Saya spisis manusia yang unik sikit. Abang memang untung lah kalau abang jumpa saya. Haaa, rasa nak jumpa lah tu kan? Okay okay. Saya tunggu abang zizan datang k? Alaaa sweetnya. Ye dak? Hahaha. Okay mengarut. Muahaha!

Sorry readers. Aku mood mengarut sikit hari ni. Sorry ngat. Tapi aku faham yang kau kau semua ni memang faham perangai aku kan? Haa. Bagus. Macam ni lah peminat yang memahami. Terharu jugak aku ada peminat peminat macam kau semua ni. Kadang kadang terharu sangat sampai rasa macam taknak mandi. Haa. Takda kaitan kan? Tu pasal terharu sangat lah tu sampai takda kaitan. Muahaha! Eh eh. Tidur dulu lah. Ngantuk. Eh nooo! Tak tidur lagi. Its a bedtime story time. Nak story morry dekat babyboy. Biar la dia tak dengar pun. Nanti satu hari nanti, bila dia bosan, mesti dia dengar kan? ye dak? Ewahh! Sejak bila tweet aku bersuara -.- 

So readers, peoples, lovers and also haters, bye. Got to go. Thanks abang zizan. Buat kita bangun pagi pagi buta. Tapi lagi sweet kalau RazizanRazak yang kejut saya pepagi. Haaa~ Okay. Mengarut lagi. So people. Chow dulu lah yea. Tak kisah lah kau semua sayang aku tak, tapi aku sayang readers aku. Phuii! Bajet ramai readers aku ni -.- Eh eh Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Tolonglah jangan rindu aku sampai tak lalu nak makan k? Tolong lah. Haha. Bye . Assalamualaikum . Sincerely, Amirah Auni. Babygirl zizan wanna be:D

Haa. Untuk membuktikan dia memang reply tweet aku. Thanks abang thanks !

Anda rasa anda suka entry saya? Like lah kalau suka. Sebab like tu maknanya suka. Kbye!

Friday 14 September 2012

Kemunculan Tuan Punya Blog Setelah Sekian Lama


After such a long time cik adik di atas ni tak update blog , saye sememangnya dah tahu yang peminat peminat saya agak merindui saya . Kan ? Ouh itu sangat lah sweet . Dan saya amat faham jika ada pihak yang akan berkata bahawa saya makin lawa setelah lama mendiamkan diri . Adakah saya pergi melakukan aktiviti botox mem botox . Ouh tidak . Haram tu Haram . Okay saya tahu saya makin merapu . Maafkan saya namun saya hanya bergurau manja . Ouh comel kan saya ? Okay saya tahu lagi .

Grrr . So sorry readers . Aku jadik macam nak merapu dekat blog ni . Okay first of all , kalau ada berhabuk kat mana mana tu , tolong lah sapu sapu sikit . Kau kena paham blog ni lama dah tak dibukak , banyak lah habuk . Plus , bibik yang aku bayar hari tu pon dah lari balik negara asal . Hmm . Biasa lah tu . Nanti lah aku carik bibik lain utk kemaskan blog aku yang agak bersepah ni . Err . So people . Haiii . Rindu aku ? Okay kalau rindu takpayah cakap , cukup lah sekadar kau bagi hadiah dekat aku , aku dah cukup terharu . Or else , kalau kau taktau nak bagi hadiah apa , please give me zizan's phone number . Tolong lah . 

Okay enough , this entry is not about abang zizanrajalawak aku . Its about semalam . Semalam aku keluar dengan NAILI AND TIEYM . Sorry lah manusia sekalian kalau kau sakit mata tengok nama diorang yang agak besar tu . This is a request . SOrry sangat . Diorang pun agak Capub . Lebih kurang aku lah . Tapi selalu nya aku kurang diorang lebih . Ehem ~ Diorang tengah cuti sem . And aku yang ada di Kelantan ni begitu baik hati tunggu diorang balik so bila diorang balik , keluar lah kan . Ohsemm weii ! Serunak ngattt ! Walaupun bertiga , mula mula agak boring tapi lepas tu macam takboring sangat lah kan . And that day kami banyak habiskan masa dengan makan . Makan benda yang diorang tak jumpa dekat sana . Muehehe ! Kononnya aku jadik macam pemandu pelancong lah ni kan . Fuhh . Kalau lah zizanrajalawak datang kelantan , macam tu lah aku nak buat dekat dia . Bawak dia jalan jalan . Takda orang boleh kacau . Eh ? 

Taknak cakap banyak . Just came here to upload a few pictures . Ehemm ~ So lets start :D Okay wait . Kau takpayah lah buat muka nervous sangat okay . Aku nak upload gambar je kut -.-

See , the first thing they buy is , ICEKIMO -.- Dua kali weh diorang beli aiskrim tu . Gila . Dengan aku aku breakfast dengan aiskrim . Western sangat . Phuii !

So after a few minutes habiskan ice cream , then jalan jalan taktau nak pergi mana , i think i should bring them to try this . Hari hari aku makan benda ni . Time ada duit lah . No money no lah benda ni . Muehehe . This is ConePizza :D FYI , aku suka yang nombor enam . Kalau ada orang nak belanja , tolong belikan yang nom enam . Err . So kami makan lah benda tu sambil jejalan . Sweet an kami bertiga makan benda sama . Okay tawuu ~

And i think , i should give them an extra conepizza . Kononnya ole ole dari aku from Kelantan . Alolo . How sweet i was . Kan ? Nanti aku jejak kaki dekat perak , aku harap diorang sediakan sebiji banglo dekat aku , dan sebuah kereta bersama driver , err kereta apa ? Aku tak memilih , what about kereta api ? Besar lah tu kan ? 

 While finishing our ConePizza . Anytime anywhere , kena ada gambar . Kerana setiap gambar ada cerita nya . Aku ada , engkau ada ? Plus , kami kami ni artis , peminat sentiasa tunggu gambar gambar latest kami . So , what will they say kalau kitorang keluar tapi tak upload gambar . Dah sah sah diorang frust kan ? Hmm . Walaupun aku yang paling hot antara kami bertiga , diorang pun masih ada peminat *AyatMintakKaki* Hahaha !

Lepas makan pizza , we had a long journey , Err , kitorang gerak pergi Parkson kejap . And kami balik ke Kbmall then then then makan again :3 Yeah , kalau nak ada tenaga kena lah makan . Kalau tak makan , takda lah tenaga . Bijak kan kite kan ? So kami makan makan . Thanks Pembelanja :3

Tadaaa ~ After makan , kitorang cari baju sama . Wee ~ When it comes to pilih memilih session , err , i just leave it to them . Aku tak pandai pilih baju :3 Teruk nya aku -..- So biarkan mereka memilih . Aku jadik pembangkang je . Tak pun penyokong . Kelah kelah kelah ! Haha . So , inilah hasilnya . Dan , kitorang saja ja beli baju gedik gedik :3 Sebab kitorang memang gedik pun :D

Pastu kan , kitorang duduk duduk , tunggu parents datang ambik . Masa menunggu tu , ambik lah gambar bebanyak . Well , kitorang lawa , so , kena ambik banyak gambar . Uh . Engkau hado ? Pastu kitorang pun balik :D

Err , and to NAILI and TIEYM thanks sebab keluar dengan artis hot ni . Selalu , ramai orang takut nak keluar dengan aku , sebab takut kena serbu peminat . Hmm . Kau kau je yang paham aku . Terimakasih lah wei . Kalau ada duit kau yang terkeluar untuk aku . Muehehe ! Nanti orang lain cuti , kita keluar lagi k ? Alolo muchuk muchuk -..- Motif aku jadi gedik ni kenapa ? Ahh . Tak kisah ! 

Eh eh wait . Ada satu lagi cerita hot , Abang Razizan Razak reply my tweets again . Kalau hari tu HIHI , hari ni HAHAHAH . Alolo . Comel nyeww babyboyy itewww . Hihik >.< Eee . Geram aku geram . And i really wish , one day dia datang sini jugak sebab nak jumpa aku . Boleh macam tu ? Kan best kalau dia datang sini , jumpa aku then buat suprise dekat aku . Alolo . Kan suwit kalau suami buat dekat isteri dia cenggitu . Takpun , lagi best kalau dia buat prank macam Raya Sampai Pengsan tu . FUhh ~ Seronoknyaa :3

Okay ngantuk . Nak tidur . Err , last picture , the faces of us :D



Sincerely , Nur Amirah Auni :) Wife of Razizan Razak :D


Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !