BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 29 September 2013

Oh Auto CAD

Tornei-me insano | via Tumblr

Hello hai and Assalamualaikum. Jadi disini aku ingin meluahkan sedikit perasaan geram dan kecewa dengan Auto CAD aku yang entah mengapa tidak berfungsi. Boleh tahan menyakitkan hati lah. 

Jadi cerita dia berbunyi begini tau. Aku telah membuat keputusan nak ikut dak dak ni pergi mcd buat Auto CAD. Ye ye. Nawaitu dah pasang nak buat Auto CAD sebab aku rasa aku baru buat sikit disaat orang lain dah buat elevation segala bagai. 

Lalu aku siap siap tunggu dak dak ni datang ambik, then aku memujuk rayu Farah untuk pinjam laptop beliau kerana laptop aku haram jadah takleh install Auto CAD. Dan alhamdullillah Farah dah mengizinkan aku untuk meminjam laptop beliau kerana beliau nak siapkan kerja design beliau. 

Lepastu lepastu kite gerak gi mcd. Disaat duduk di meja yang sesuai, dak dak ni yang dah memang power Auto CAD bukak laptop dulu dan terus buat CAD. Tapi aku, terlampau kebulur lalu aku pun mencari sesuap makanan yang ada di MCD ni haaa. Lalu aku melantak. 

Nampak tak perbezaan dak dak power dengan dak dak yang tak power macam aku? Lalala. Lantak. Pastu setelah kenyang melantak rezeki di tengahari, dengan semangat yang membuak buak, aku pun bukak lah laptop yang diberi pinjam oleh Farah sebentar tadi. 

Dan harapan, harapan menjadi layu. Semangat yang membuak buak seolah olah tiada gunanya lagi apabila aku memang takboleh bukak CAD aku. Eh sial sial sial aku menjerit di dalam hati dengan harapan tiada orang dengar. Ihiks ihiks ihiks.

Jadi dengan perasaan yang kecewa, aku pun update blog. Semoga korang turut sama kecewa dengan aku. Sekarang ni aku tengah tunggu abang kacak, AZMIL LOKMAN yang dengan rela hati nak tolong aku settlekan masalah aku. Thanks Azmil. Jasamu ku kenang. Semoga anda semua tolong saya doakan pointer AZMIL tinggi. Eh jangan lupa doa pointer saya tinggi jugak tau. Eheh eheh. 

Terimakasih. Untung juga saya ada peminat macam awak semua ni tau. Lalalala. Semoga muntah hijau semuanya. Kbye dah nak publish. Lalalala. Lagi sekali saya update entry yang sia sia. Haha. Kbyeeee. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Anyonyonyo. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab gatal. 

Follow me on Tumblr! (http://thousandwordquotes.tumblr.com/)

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !