BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday 5 December 2012

Dia Tak Sombong :)

559730_444504465611540_1257359883_n_large

Duh duh duh ! Sangat mendalam ayat diatas. Tapi yang buat aku pelik , pleace tu apa -___- Dia nak cakap please ka apa wei ? Ah kesah pulak aku. Ehem. So korang , haiii , assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh . Takyah nak sengih sengih. Jawab salam is a must okay. WAJIB ! I mean wajib , yesss wajib. Ahhhh ! Bukan wajik dan dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman. Asyik bersembang pakcik dan makcik hai duit raya lupa nak diberi. Alahai. Beraya pulak aku malam ni -_- Pebenda entah aku ni. Takda modal nak update blog lattew. Hikshiks ! *GelakGatal* 

Aku senanya tengah penat sangat ni haaa. Sangat penat. Sebelum ni takda lah penat mana pun. Hari ni rasa sikit penat tu sebab hari ni macam aku banyak gila buat benda yang berfaedah. Seriously. So penat tu lebih terasa lah orang kata. Yelah , bak kata pepatah sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani *KutipNasiDekatBibir* HAHA! Okay ini takda kena mengena. Saja nak letak pepatah yang dah patah tu. Sebab dulu cikgu BM aku cakap kalau nak sedapkan karangan , letak lah pepatah sikit , peribahasa sikit. Yelah , sikit sikit lama lama jadi bukit. Tak kira lah bukit kepong ke bukit bintang ke , bukit bukau ke. Tak kisah. Asalkan jadi bukit. Kalau sikit sikit lama lama jadi bukit kan? Kalau bukit bukit , lama lama jadi gunung. Tapi bila gunung gunung lama lama jadi buruk lah. Tu takda kena mengena senanya. Ah , benda yang takda kena mengena dah sebati dah dalam hidup aku. Kalau belum sebati , kisar lagi selama lima hingga sepuluh minit. Apa kau merepek ni syaitoooon ! Penat tahu tak jadi aku ni. Berperang dengan kepala otak sendiri. Haha! 

So cerita yang sebenarnya adalah aku buat kerja berfaedah lah hari ni. Semalam dah berfaedah kan ? Hari ni lagi berfaedah okay. So pebenda lah yang gebang sangat aku duk cerita berfaedah blablabla. Mungkin bagi kau gadis gadis yang selalu menolong ibu bapamu di rumah , benda yang aku buat ni macam kacang sangat je bagi kau. Tapi bagi aku yang jarang nak buat kerja kerja rumah ni , aku rasa aku hebat gila doe bila aku berjaya buat kerja rumah hari ni. Laaa, tak semua kerja rumah senanya. Kerja berkaitan dengan hal aku lah. Well , aku kan selfish. Haha. Aku rasa macam aku seorang gadis yang baru dapat super power yang fuuhhh , awesome ah. Aku rasa macam aku ni seorang supergirl yang boleh menari ballet diatas air bersama dengan beberapa ekor katak yang berwarna pink air laut. ergh ! Lantak pi lah. Hari ni start daripada aku bangun tidur , aku gosok gigi , cuci muka dan mandi. Nampak tu ? Mula mula bangun tidur lagi pun dah buat benda berfaedah dah. Yelah kalau tak berfaedah tu macam baru bangun tidur tapi terus keluar rumah buat istana pasir depan rumah. Tu tak berfaedah tu. Haaa. 

Pastu lepas mandi segala tu , tanpa sesuap nasi , tapi beberapa suap juga , selesai santap aku pun sambung ah kerja semalam. Sambung basuh baju. Then sidai kain, yang dah jemur semalam tu , angkat , pastu iron , pastu lipat. Nampak berkedut bukak balik , iron. Duhh. Aku tahu kerja yang aku buat tu macam kerja sama tapi aku memang tak suka baju berkedut. Jadi aku harap mana mana orang yang belajar pasal reka cipta , boleh tak kalau someone tolong reka , iron yang boleh dibawa ke mana mana , dan boleh digunakan apabila diperlukan. Haaa, tolong lah ciptakan iron yang macam tu. So kalau kat mana pun aku ada , tibatiba aku nampak macam aku berkedut aku boleh ah guna iron yang kau cipta tu. Alaaa , takpa , kang aku promo lah. Aku ni duta antarabangsa tahu tak ? Okay kau memang taktahu. Apa kau tahu ? Makan tidur makan tidur. Membuta je kerja kau. Kalau bosan online , tweet itu ini , pastu stalk zizan 24 jam. Takda matlamat tahu tak. Amboi. Membebel dekat diri sendiri nampak aku ni. Ampun ampun. Pak mat tempe pung pang pung pang melepuk ke cheper , jatuh motor berlanggar. Tibatiba. 

Pastu aku nak bagitau kau yang aku macam baru tahu yang aku ni pandai jugak lipat kain senanya. Ehem. Okay abang zizan , jangan senyum senyum macam tu. Berkenan lah tu kan ? Teringin nak buat calon lah tu kan ? Orang tahu laaa. Hmm 24 - 28 hb ni i ada dekat rumah. Datang lah. Hahaha. Allololo. Takdalah bang , siewleng bergurau. Lepas packing packing barang separuh , keluar pulak dengan family sebab nak cari barang barang yang terlupa nak beli. Pastu aku rasa macam semua dah beli tadi. Malam ni sambung iron baju balik , akak kain yang disidai pagi tadi. Pastu lipat lipat lipat. Pastu sumbat dalam beg segala barang yang ada dengan bantuan adik aku yang umur tiga tahun -____- Dia memang suka menyibuk. Sangat suka menyibuk kay. And dia buat aku gelak tadi. Wallpaper phone aku gambar babyboy aku kan. So , aku tunjuk ah dekat dia wallpaper phone tu , aku saja nak test dia tanya. Then i ask her , "Adik , sapo niiii?" Masa tu tunjuk muka babyboy lah kan. Then adik said "JIJAM :3" Hahahaha! How can dia tahu nama babyboy tu zizan ? Okay walaupun aku sendiri dengan dia sebut jijam. Alahai , dekat dekat lah tu kan. Ah kesah pulak aku. Pastu aku saja lah nak test dia lagi kan , aku pun tanya lah dia , "Smart dok dio ni?" then she said "Smart!" Ecece , pandai betul budak tu ambik hati aku. Haha! So abang zizan , if you reading this , tolong lah rasa kagum budak tiga tahun kenal abang. Tapi tak heran lah , saya kenal abang dulu masa saya dalam perut mak saya bang. HAHAH! Okay tak gurau lagi. Kasarnyaaa lah saya bergurau. 

So sekarang , im proudly said , rasa sangat lah lega sebabnya dah siap semua nyaaaa. Takda lah semua nya siap kan. Ada lah beberapa benda lagi yang belum saya letak dalam beg tu haaa. Saja ja nak bajet letak esok. Sempat agaknyaa. Alahai , takdalah banyak mana pun barang tu. Ada lah sekangkang kera. Tunggu nak pergi je hari khamis ni. IPOH , here i come. Hmm , wondering , sapa agaknya room mate aku yang dengar aku menjerit terpekik pekik tiap tiap hari. Untung lah dia dapat sebilik dengan aku. Kenapa untung ? Yelah sebab dia takrugi. Bukannya dia bankrup nak rugi rugi. K, tak lucu. Ahhh. Esok aku nak keluar lagi.  Lupa yang aku takda beg nak bawak pergi kelas. Aku nyanyuk senanya. Lately jadi makin nyanyuk. Kenapa entah. Aku makan sup semut agaknya , tak pun aku makan semut masak kicap. Ah , tak kisah. Jadi esok nak pergi cari beg jelah. 

Okay dah cakap pasal aku. Bosan doe cakap pasal aku. Bukan orang nak tahu pun kisah hidup aku. SO tadi abang zizan online weh. Emm. Sesi meluahkan perasaan mungkin. Dan ada ah beberapa tweet dia yang sayu aku baca. Mungkin ada pihak yang cakap si abang zizan ni berubah kot , or else ada orang cakap yang dia makin sombong. Blablabla. Aku tak paham lah penulis article ni. Elok elok kerja tu , nak jugak jadikan benda tu haram. Kau tahu tak bila kau sebar cerita orang yang tak betul , tu  dikira fitnah. Dan bila kau fitnah orang , emm , kau fikir lah sendiri. Kerja halal halal nak diharamkan. Alahainyaa pun ter ber. Kalau betul pun kau nak cakap zizan tu sombong kan , selidik lah dulu. Kau follow ke idok dia di twitter nak cakap dia sombong bagai ? Okay meh aku nak buat pengakuan. ZIZANRAJALAWAK tak sombong langsung okay. Kalau dia sombong takda nya dia reply tweet peminat peminat dia. Okay aku tahu bukan selalu dia reply , tapi tapi , kau kena lah tahu kerja dia tu bukan nya duduk mengadap laptop reply tweet semorang. Bukan ada payment pon bukan ada payment pon. Haha. Dia kerja dalam industri seni , so i guys dia bukan selalu ada masa. Bila dia ada masa , aku tahu dia akan ada masa untuk peminat dia :) Macam ni lah , kalau ada peminat zizan yang cakap zizan tu sombong , mungkin sebab korang rasa frust takdapat reply dari dia ataupun RT dari dia. Mungkin. Taktahu lah aku. Tapi kau sebagai peminat tak patut meragui dia senanya. Ewaahh ! Kelas ayat aku jah. I would like to tell everyone here *KononRamaiOrangBaca* , yang sebenarnya , MOHD RAZIZAN BIN ABDUL RAZAK bukan lah seorang yang sombong. Bukti ? Apa kau ingat ni kes bunuh nak bukti segala. Okay dia pernah reply tweet aku dengan kawan kawan aku. Tapi kalau kau takdapat reply dari dia tu , kau kena usaha lebih lah. Bukannya cakap zizan sombonggg. Haaaa. Macam tu.

JADI , PENULIS PENULIS ARTIKEL , KERJA ANDA TU ELOK SENANYA , MENJELASKAN APA YANG TIDAK JELAS , MENGHURAIKAN BENDA YANG TERSIMPUL , TAPI JANGAN LAH SEBAB SESUATU BENDA , KERJA YANG ELOK TU JADI TAK BERAPA NAK ELOK. SIASAT TERLEBIH DAHULU , BUKAN MAIN ACAH ACAH TULIS SOMETHING BERDASARKAN MULUT MULUT ORANG. FITNAH JADINYAAA :) 

Well , it just my opinion. Pendapat budak umur 18 tahun macam ni lah. Takda lah matang mana lagi. hahaha. But im serious :) Ewah , and to you abang zizan , come on ! Tabah kayyy ? Peminat abang yang sebenar adalah peminat yang tak pernah ragu dengan abang. Kalau diorang meragui abang tu maknanya diorang memang seorang peragu , dan apabila ditambah dengan T , mereka mungkin jadi peraguT. Itu tak elok tu. Menyusahkan semua orang okay ? Jangan jadi peragut ! Katakan tidak pada rokok. Tapi kalau katakan tidak pada rokok , nanti apa pulak orang kata. Bercakap dengan rokok. Rokok bukannya tahu apa apa kau duk cakap tidak tidak tidak pada dia. So abang zizan , kami tahu anda tak berubah , and i just love the way you are. Remember , kalau abang jatuh , saya ada ni haaa hulur tangan nak angkat abang balik. Tapi abang je taknampak saya lagi. One day nampak lah tu. Haha. Okay saya tahu abang tak demam , tapi abang tak berapa sihat kan ? So minum air suam banyak banyak k ? Banyakkan rehat. Jangan nak hyper active sangat. Sepak kang. Haih ! Sekali lagi nak bagitahu , peminat yang sebenar adalah orang yang tak pernah meragui abang. Ewah. Tengok saya tak pernah ragu. Tulus je. Tahukah anda saya akan sentiasa bersama anda di jatuh bangun anda ? :) 

Korang korang ni , pi tidur. Bawak bawak lah bertaubat. HAHA! Takda kena mengena. Thanks for reading. And sorry entry ni serious sikit. Taksedap mana. Panjang pulak tu. No matter what , thanks for reading :) 

Okay wait baby. Im coming. Gua out dulu. Babyboy gua nak ajak gua makan. Hikshiks. HAHA. Byeeee :) 

Tumblr_meip9wazl31rhf257o1_400_large
This one is for youuuu :) 

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !