BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Saturday 7 March 2015

Janji dan perasaan.

Prove it
"Hari ini aku sedar, 
Bahawa janji itu juga adalah sebahagian dari kata-kata,
Dapat dirubah, boleh juga untuk dilupakan, 
Memberi janji, mungkin mudah untuk melupakan, 
Tapi menerima janji, sampai mati diingati,
Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri, 
Semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai" 

Kadang-kadang bila tengah sayang macam macam boleh janji. Nak menyayangi setulus jiwa dan raga. Akan setia sehingga ke hujung nyawa, akan mencintai sehingga ke syurga. Cuba sayang tu tibatiba tuhan tarik balik. Segala janji macam terus hilang. Bukan nak menyalah kan tukang janji. Bukan juga nak salah kan setiap yang terjadi. Tiada salah sesiapa. Cuma kadang kadang ragam manusia sendiri. Suka sangat berjanji untuk meyakinkan. Tapi bila dah rasa tak mampu nak ditunaikan, janji tu macam hilang dihanyutkan bersama kenangan. Senang. Tapi pada yang menerima segala janji, sampai sekarang agaknya terngiang-ngiang. 

Pedih. Serabut. Tak tenang. 

Salah sendiri sebab jauh dari tuhan. Salah sendiri bila lupa daratan. Salah sendiri bila tak pernah topup iman yang senipis kulit bawang. Dua tahun. Tak pernah berubah. Keadaan yang sama. Tapi kat mana? Terapung apung fikir kenapa tak tenang. Sedangkan dah tahu jawapan. Ya Allah. Jauhnya rasa dengan tuhan. Salah diri sendiri sebab tak pernah nak dekat kan diri dengan tuhan. Sibuk bertenggek tepi manusia. Mengharapkan manusia nak layan. Sedangkan tu belum terjamin. Padahal tahu je tuhan tu je yang tak pernah bosan dengan setiap luahan. Tunggu je tiap masa hamba Dia cari Dia. Tapi hamba dia yang jijik hina ni lupa. Tak sedar, hidup kat dunia ni menumpang. 

Tahu. Hidup kat dunia ni kejap sangat. Alah. Persinggahan. Buat cari bekal nak pegi alam yang kekal. Tapi bukan nak cari benda yang betul. Orang sibuk cari pahala. Kita sibuk kumpul dosa. Sampai bila tah. Mengeluh fikir perangai sendiri. Bodoh sangat. Sayang manusia lebih lebih. Lepastu bila manusia pijak hati ludah kat muka kunyah jantung, baru sibuk nak meraung. Bodoh nya jadi manusia macam aku ni. Hubungan dengan manusia pun tak pernah nak jaga, inikan pulak hubungan dengan tuhan. Sekarang rasa teruk. Rasa geli dengan diri sendiri. Semoga rasa ni kekal. Biar sedar yang diri tu menapak dekat bumi tuhan. Takda hak nak angkuh bongkak sombong dan riak. 

Itu hal tuhan. Sekarang bercakap tentang perasaan. 

Sakit. Benci. Bukan pada sesiapa pun. Tapi dekat diri sendiri. Sebab selalu sangat sayang orang. Lepastu nak paksa orang ikut cara sendiri. Kawal hidup orang tu. Kawal hidup orang ni. Manja sangat. Bergantung dekat orang tu. Bergantung dekat orang ni. Padahal umur dah 21. Boleh sangat nak belajar hidup sendiri. Boleh juga berlatih. Yelah. Nanti nak hidup dalam gelap dekat kubur sorang sorang. 

Setiap pertemuan pun mesti ada perpisahan. Tak kira lah apa yang memisahkan. Dah tahu. Tapi sibuk berharap tak akan ditinggalkan. Perasan. Bila dah ditinggalkan, meroyan. Seorang yang takk pernah mampu nak kawal perasaan. Jujurnya, aku sendiri jenis perempuan yang sangat tidak boleh nak mengawal perasaan. tapi andai ada yang mampu kawal kan, dengan sendirinya aku akan kawal juga. Tapi setakat ni, aku rasa tiada. Kalau ada pun, mungkin sudah hilang :) 

Jadi itu saja. jujur. Susah nak bercakap soal perasaan. Susah nak diluahkan. Kadang kadang rasa nak lari. Nak diam. jauhkan diri dari semua orang. Dan kembali disaat semua dah melupakan. Supaya dapat mula buku baru, hidup baru. 

Itu saja. Selamat malam. Assalamualaikum. 

I love you cc

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !