BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday 28 February 2014

Appreciation.


Hello hi and assalamualaikum. After all lama dah tak update blog dengan perasaan yang tenang. Harini tibatiba ada rasa nak update blog. Nah, i'm not going to talk about feelings. This is a random update and I'm trying to talk about random things tanpa tuju kat sesiapa. Tapi takboleh lari lah kalau ada yang terasa sebab orang yang makan cili ni selalu rasa pedas. Tapi jujur cakap ni random update, talk based on observation gitu. Oiceh. Macam takda kerja duk observe oghang. Ah dolli apo aku. 

So I would to talk about appreciation atau dengan kata lain nya penghargaan lah. Penghargaan ni macam nak buat report. Maksud aku pasal hargai dengan tak dihargai. Pasal menghargai lah gitu. jadi aku rasa engkorang semua ni mesti pernah dengar bait bait ayat yang berbunyi, "manusia akan dihargai bila dia dah takda". And aku sendiri setuju dengan ayat tu. 

Okay. Aku kasi contoh. Hm. Macam ni lah, macam korang ni konon konon ada secret admirer lah. And korang kenal lah dia tu kan. Tapi kalau dah tahu siapa tak secret sangat lah. Okay peminat. Tapi macam artis pulak. Okay apa apa jelah. Bahasa biasa orang kata, ada orang minat korang. Ha macam tu. 

Kalau dah nama minat, dah sah sah dia sayang.  Kalau dah sayang, gunung berapi, lautan berapi, kereta api, semut api, sanggup ku redahi untuk mu oh sayang. Okay apa apa jelah. Sebab sayang macam macam lah dia buat untuk korang lah kan. Tapi kononnya masa ni korang macam biasa biasa je dengan dia, no feelings ah kira, ha so korang macam sedar tak sedar jelah kewujudan dia. 

Pastu tibatiba satu hari dia hilang. Tak kira lah dia balik kampung ke, pindah sekolah ke, meninggal ke ape ke, yang penting dia hilang, dah sah sah korang dah kehilangan seseorang. Yelah. Dia dah hilang, so korang kehilangan lah. And masatu korang dah mula rasa dia pernah wujud dalam hidup korrang. Mungkin awal awal korang tak rasa. Tapi sebulan lepastu baru korang akan rasa. Tu pun kalau korang ada perasaan lah. Ha itu lah contoh aku untuk hari ni.

Jadi apa aku nak cakap kat sini, memang normal. Kisah menghargai ke tak ni, memang akan datang sekali dengan rasa kehilangan. Bila dah hilang mula lah rasa macam macam. Tapi apa aku nak tekankan kat sini, kita sebagai manusia ni patutnya hm belajar hargai orang masa dia ada depan mata. Takda lah dia nak menghilangkan diri. 

Semua manusia, nak rasa dihargai. Kalau aku tanya korang pun, korang mesti cakap nak dihargai. Yelah. Mungkin ada yang akan cakap,

"Eleh kau. Nak buat baik, buat jelah.  Nak kecoh kecoh suruh orang hargai kenapa?"

"Dia ni nak tolong orang ikhlas ke tak? Sibuk nak orang hargai"

"Setakat tolong buat benda seciput pun nak kena hargai ke?"

Okay apa apa jelah dalam kepala otak korang tu. Well. Put yourself at other's place. Letak diri sendiri dekat tempat orang lain. Bayangkan eh, kau tolong member kau buat kerja. Then dia terimakasih pun tak apa pun tak, dah tu bila kau minta tolong dia, dia asyik cakap takboleh je, what do you feel? 

Hargai orang ni bukan lah sampai kasi bunga, kasi chocolate, kasi hadiah, bayar, belanja makan, blablabla. Alah, setakat cakap terimakasih and simpan elok apa yang dia buat tu cukup lah. Ni tak. Orang dah tolong korang buat kerja, korang boleh kutuk kutuk dia punya kerja, then tak cukup tu, korang boleh pulak jahanamkan effort dia tolong korang tu. Wake up people. Try to appreciate what people do for you.  

Macamana nak appreciate tu,  terpulanglah. Macam macam cara, contoh treat orang tu elok elok.. Hargai usaha dia untuk korang. Andai kata lah korang ada member yang suka sangat belikan korang itu ini, korang simpanlah. Ingat benda yang dia beli. Jaga elok elok. Kalau dia belikan kau makanan, takkan nak simpan. Ha itu bangang, Kalau dia belikan kau makanan, kau makan lah sampai habis. Jangan buang. Tu satu cara untuk menghargai jugak tu. 

Tu berkenaan tolong secara kasar lah. Tapi kalau dari segi perasaan. Konon orang tu suka korang en, korang tak perlu pun nak layan perasaan dia secara terpaksa. Tapi cukuplah ye korang layan dia elok elok. Jangan ah macam, mentang mentang korang tak suka dia, dia buat baik pun korang dah nampak buruk. Semua nak hina, maki caci segala bagai. Konon tak nak melayan ah. Konon. Okay tak kisah. Cuba layan dia elok elok. Cuba layan macam kawan. Kawan yang macam kawan. Ha gitu. Takdalah dia terasa sangat sampai nak bawa diri jauh jauh. 

Faham tak? Mentang mentang ada orang cakap, manusia ni akan dihargai bila dia dah takda, korang pun terus fikir, buat apa hargai masa dia ada, hargai lah masa dia takda. Yelah. Konon konon nak mengiyakan pepatah yang manusia dihargai bila takda tu. Takboleh macam tu brader. Nanti korang yang menyesal. Kenapa menyesal? 

Okay. Bayang eh, orang yang selalu ada dengan korang masa susah senang, tapi korang tak hargai dia. Satu hari dia bawa diri sebab dia rasa dia tak diperlukan. Pastu korang konon menyesal dan rasa kehilangan. Masatu mula sedar dia tu penting. And mula lah nak cari dia. Kalau cerita melayu, selalunya orang yang bawa diri ni balik kampung. Ha kalau macam tu boleh lah kau cari dia. Pergi kampung dia ajak kahwin terus hah. Boleh lah korang tebus rasa bersalah korang tu. Takdalah menyesal sangat kan. 

Tapi just imagine kalau orang tu hilang tanpa kehendak dia. Buatnya dah sampai ajal orang tu. Takkan korang nak pergi gali kubur dia nak minta maaf. Kalau dah takboleh minta maaf, mulalah menyesal. Well. I didn't say that tak menghargai orang ni satu kesalahan. Tapi macam tu lah. This kind of things happen bila korang buat benda yang tak sepatutnya lah pada orang yang banyak buat macam macam kat korang. Faham kan? Contohnya macam orang buat baik korang buat taik lah. Ha cemtu. So, tak elok kan. Ha kalau dah orang baik tu pergi untuk selamanya , cemana korang nak tebus salah silap korang tu? 

Jadi aku nak seru korang semua. Belajarlah hargai orang masa dia ada depan mata. Cukup lah layan dia elok elok. Ingat semua jasa dia dekat korang. Ha. Macam aku cakap. Semua nak rasa dihargai. Tapi kalau korang takda rasa tu, aku minta maaf lah. Jadi itu saja dari aku untuk tengahari ni. Terimakasih kerana membaca entry kosong aku ni. 

Selain itu, aku nak seru kepada semua jangan lupa vote babyboy aku untuk abp okay? Beli surat khabar berita harian, jumpa nama babyboy aku, ZIZAN RAZAK, ha tick je dekat nama dia. Sayang engkorang. Haha. Muah. Salam jumaat. Dan assalamualaikum. Dan aku tinggalkan korang dengan lagu baru blog aku, Let Her Go. Kena sangat dengan entry.  Byeee. 


No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !