BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Thursday 29 November 2012

A wonderful Night :)

Tumblr_me7goukpuh1rkrr5go1_500_large

Hai Assalamualaikum wbt :) Saya orang Islam jadi saya bagi salam lah , kalau bagi penampar guna kaki kang melampau pulak. Hah ! Kalau dah tahu kau pun Islam dah takpandai nak jawab salam? Berdosa weh tak jawab salam. Alahai nyaaa pun ter ber. So korang semua sihat tak? Dah makan? Dah mandi? Baju raya berapa pasang? Puasa cukup tak? Biskut raya buat sendiri ke beli? Duit raya berapa? Okay takyah jawab ! Aku tanya ja. Sebab aku ni peramah orangnya. Nampak tak aku bertanya soalan tu? Nampak macam mesra peminat giteww. Haaa. Nampak? So takpelik lah kan kalau peminat aku yang berjuta ni menangis nangis kalau aku tak update blog. Tak pelik lah kan? Okay faham. HAHAHA ! Agaknya ramai jugak orang yang taksuka aku sejak blog ni ditubuhkan. Haha!

So tajuk entry , A Wonderful Night. Gempak siot! Macam satu buku yang sangat gempak gitu. Dan tajuk tu boleh jugak dibuat filem dan mampu bertanding dengan filem filem hebat seperti , wonderpets the movie ! Haa, siapa tahu filem A Wonderful Night boleh mencipta nama di United Kingdom , United States ataupun Nepal? Siapa tahu bukan? Ahh ! Panjang pulak intro. So boleh dikatakan macam banyak pulak benda alah yang melucukan aku malam ni. Tergelak aku wei ! Okay taktipu. Takda ah gelak gilagila. Sekadar gelak gelak comel seperti seekor sugar glider yang sedang terbang di kawasan daun daun pokok yang luruh macam dalam cerita Mohabbatien , lalu datang ShahRukhKhan bersama Amitabh Bachan menangkap sugar glider tu. Ahh ! Macam tu ah aku gelak. Macam comel je weh. Okay aku tahu. Takyah nak angguk angguk. Haha! Alaa, jangan marah, kita bincang. 

Ahh . Mesti kau macam tertunggu tunggu pebenda lah yang aku try nak sampaikan tapi macam taksampai sampai lagi kan? Sorry derrr. Flight delay. Saja ja nak gebang gebang tajuk entry sedap tapi hakikatnya tajuk entry aku takpernah ada kaitan dengan entry aku. Takpernah langsung okay. HAHAHA ! Aku memang. Gebang je lebih. Ah. Kesah? Ahh! Okay motif aku update blog ni takda apa apa pun senanya. Tapi hakikatnya blog aku memang lah seorang seekor sebiji setangkai sekaki sekangkang kera benda alah yang sentiasa ada dengan aku weh. Walaupun followers aku ada sekangkang kera je, sikit, tapi gua rasa macam gua kagum tahap kambing bertelur sebab gua ada blog yang boleh teman gua disaat gua tengah bosan. Ahhh ! Gebang ayat gua gebang ! Gua brutal . Gua rockks ! Yeyeahhh ! Dah macam pop yeyeah aku dengar. Phui ! 

Okay senanya semalam aku main sketsa berabjad dengan geng pwerpuff girls aku. Haa. Selalu main sambung sambung ayat semalam main sketsa berabjad. Ah ! Biasa. Kami remaja yang takda kerja berfaedah nak buat jadi kami bermain main dengan jayanya. Tapi semalam nano takda. So kureng ahli lah sikit. Tapi takpa. So cenggini lah benda nyaaa. Tengok ah ! 

ku - Siapa kat sini ada penyu ? 
sab - tidak aku tahu la pula.
min - untuk siapa penyu tu ? 
yan - viol lah kau ni . untuk makan lah 
iqa - wow! hensem abang penyu kite *abg zizan laa
hanna - XKL 869 sila alihkan kenderaan 
me - Yang kau sibuk kenapa huh ?!!!
sab - zizan ade jangan gaduh 
min - alamak ! mana zizan mana ?! :O
yan - biar betul ? Tak nampak ke ? xD
iqa - comel nye abg zizan nih !
hanna - dekat sanaa banyak penyu..
me - ewah ! Joget lagi joget lagi ! Ewahh ! 
sab - fuhh ... ape benda tu ?? 
min - grrr. kereta apa tuu? -____-
yan - Hoi ! apa ni kereta ? -.-
hanna - ikan jaws dalam loji taik ni hidup lagi tak ? 
me - jangan lah cakap macam tu , sedih aku .
sab - kalau macam tu jom minum air sirap
min - lahh . min nak air oren :( 
yan - min , rindu .
iqa - nape abang zizan tak retweet kita ? 
hanna - oppa gangnam style best ke ? 
me - phui ! Tak best la ! Sapa cakap best ?! <-- emo
sab - que haidar tu tak lah handsome mana 
min - rambut zizan smart gila siott 
yan - sangat kot ! 
iqa - tapi kenapa ayam takda hidung macam abang ? 
hanna - unik tu hidung zizan . memang lah taksama . 
me - violin aku ni dah rosak. sedih pulak. 

So macam tu lah benda ni berakhir. Takda lah gempak mana macam sambung ayat tu. HAHA. Sambung ayat tu memang gila ah wei. Tapi aku nak cakap based on apa yang diorang main , hmm , ayat kalau tak letak nama zizan tak sah! Kalau tak letak nama zizan mesti letak ikan jaws la apa lah. Nampak die hard fan disitu ? Ahh. Mana abang nak nampak. Mana ada kipas kat blog aku ni. Yang ada aircond. hmm. Blog meletop vavavoomviva kan. Kau apa tahu. Bibik dalam blog ni berapa orang. Yelah , just want to make sure yang blog ni tak berhabuk kan. Kalau aku nak kemaskan blog ni memang tidak. Yelah , aku busy. Kau kena paham. Kan aku dah bagitahu aku kena temankan babyboy pi shooting segala. Haaa. Aku babygirl yang solehah. Ikut je. Kesetiaan lebih terserlah disitu.

Weh , nak dengar cerita lagi tak weh? Haha! Shh, rahsia lu dengan gua je ni. haha. Lu jangan bagitahu sesiapa boleh? Boleh tak? HAHA. Tadi kan ada orang kan bajet dia lawa dari NEELOFA. Dia cakap dia lah orang yang paling cantik. BLABLABLA. Dia cakap artis artis perempuan takboleh nak lawan dia punya cantik. Pastu shaheizy sam , zizan razak , jep sepahtu ahh semua nak dia lah. Sebab dia cantik sangat. Dia ajak babyboy gua kahwin. Haha! Dia siap mention babyboy gua suruh masuk meminang lagi. Aih , boleh pulak dia cakap babyboy aku memang nak dekat dia sebab dia cantik sangat ! HAHAHAHA ! Takleh blah langsung. Dia lah manusia paling pelik aku pernah jumpa. Gebang je cakap diri dia cantik. Tu orang ke speaker tu taktahu malu ? Aih ! Kononnya dia tak kisah orang trendingkan dia sebab dia nak orang tahu yang dia memang cantik ! Tidak dinafikan twitcon dia memang cantik. Tapi kenapa entah dia macam orang yang baru dapat kecantikan tu. Plastic surgery kerr ? Or plastic hitam yang orang letak sampah tu ? HAHAHA ! Poyo je budak tu. Kononnya paling cantik lah! Cantik sangat dengan gebang kau tu ! Hish ! Gua rasa dia bukan orang. Dia speaker yang boleh bercakap , boleh sign up twitter bagai. Susah ah ! Kalau dia bukan speaker pun dia mungkin basikal fixie tak pun mangkuk toilet. Ah ! Menyampah pulak aku baca tweet dia. HAHAHA ! Takpa, gua doakan dia diberi hidayah supaya lebih bersyukur dan tak gebang sangat . Haih . 
 
Aku tak kisah sangat kalau bab bab nak mention si babyboy tu hah , tapi yang ajak kahwin bagai kenapa? Siap suruh pergi pinang dia lagi. Apa kau nak merasa pokok pinang tu jatuh atas kepala kau? Haaa. Aku gangster weh ! Aku gangster. Up sikit dari Kakyong. Gua Makyong. Lu kena hormat gua. Nampak? Kalau lu nak tahu , abang long fadil tu bukan mati , dia tukar nama sebab nak kahwin dengan gua, dia tukar dari abang long fadil jadi begedil. Hah ! Nampak? Sayang sangat dekat aku sampai sanggup tukar nama. Nampak? Tknampak? Kalau kau taknampak maknanya urat stetoskopiranoid dalam kaki kau tu bersimpul <-- Takda kena mengena! HAHAHA ! Dah ah wei ! Gua nak keluar dulu. Babyboy aku ni takboleh tidur takda bedtime story . Gua chiow dulu. Gua tak berdaya nak focus dah ni. Alahai. TERIMAKASIH Ayeen sebab suruh aku focus. Kononnya pembekal semangat aku suruh focus ! Haha ! Ayeen ! I put your name here! Vangga tak? HAHA. Kchiooww!

We look at the same direction , cuma mendongak keatas dan saya memandang kebawah :) Status nya lebih tinggi dari kite. Kite rendah diri orangnya. HAHA ! Kan comel kalau jalan sama sama dengan abang. HAHAHAHAAH ! <--- Angan angan ! 

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !