BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Monday 26 August 2013

My August.

Before august end, I think I should update my blog yang dah lama aku tinggalkan ni. Berbekalkan sekeping gambar muka sendiri, aku update blog dengan penuh yakin dan bersemangat *baring* So hi peoples. Boleh mintak tolong sikit? Katakan bahawa anda semua amat merindui saya. Boleh? Tolonglah. Saya merayu ni tau. Haha. 

Ah malas cakap banyak. Cerita dia aku nak cakap yang aku dah makin tua. Birthday aku bulan August. So dah lepas. So siapa siapa yang tak wish tu mohon tebus kesalahan masing masing dengan menghantar hadiah ataupun hantarkan cake ke rumah aku. Alamat boleh tanya PA aku. Haa. Aku tak mintak lebih kepada mana mana pihak yang berniat nak belikan aku hadiah tu. Cukup lah belikan aku sebuah kereta swift untuk aku bawa ke kelas dengan penuh bergaya. Hm no no no. Jlangan cakap aku artis yang takda kereta tau. Kereta kereta aku semua, aku dah sedekahkan dekat anak anak yatim. Haha. Okay. Tipu. Bergurau. Lalala

Dan kepada pihak pihak yang wish tu, terimakasih banyak banyak. Tak kira lah yang wish dekat twitter, facebook, wechat, line, whatsapp, text berbayar, call berbayar, call percuma, eh lantak lah macamana pun, terimakasih banyak banyak. Saya hargai sangat sangat. Yang wish dalam hati pun saya hargai juga. Yelah. Faham. Mungkin ramai je peminat peminat gua yang nak wish tapi segan kan? Iyee. Saya faham. Haha. Dan terimakasih jugak kepada yang wish sekali, dua kali dan berkali kali. Ni pesen semua laman sosial nak wish. Dekat twitter nak wish facebook nak wish whatsapp nak wish. Semua tempat nak wish. Haha. SOSIAL betul. Haha. Eceh. Takda lah gurau. Okay. Terimakasih banyak banyak. Bulan depan wish lagi okay? Eh? Haha. 

And and and ingin saya tegaskan kat sini saya sayang awak awak semua. Hihi. Semoga awak semua dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan, sentiasa dilapangkan dada, ditenangkan hati, dan semoga doa awak semua dimakbulkan. And yang boleh tahan sentap dan sedih, babyboy sendiri tak wish pun birthday saya harini. Sangat sedih. Tapi takpa. Saya faham. Mungkin beliau sangat sibuk sehingga takda masa nak online twitter. Hihi. Biarlah. Abang makin busy. Kite faham. 

So dua hari lepas birthday tu raya. Haa nengok. Gambar raya. Kengkonon nak cover cerita raya lah. Raya was not bad lah kan. Hm sejak sejak dah jadi pelajar ipta, tidak gua nafikan duit raya makin banyak. Haha. Yelah. Subsidi lebih untuk student student ipta memandangkan kami memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli buku buku dan alat alat tulis. Yelah. Kami tiada Skim Pinjaman Buku Teks di IPTA. Tapi ptptpn kan adooo. Tapi hm hm hm. Biarlah. Rezeki di hari raya gitu. Kalau makin banyak duit raya macamni, memang tiap tiap tahun aku taknak berhenti belajar. Kalau boleh sampai tua taknak berhenti belajar. Apa apa pun terimakasih kepada makcik pakcik sepupu sepapat karipap ketupat haa semua lah. Terimakasih atas sumbangan anda semua. Ihiks.

Okay tu cerita hari raya pertama. To be honest raya aku boleh tahan bosan lah kan. Petang raya pertama tu aku dah membuta dah. kejap sangat raya nya, Then raya kedua bangun dah tengahari. Siap siap gerak pergi Perdana Resort. Family dayy. Weheee~ Kengkonon nak cari swimming pool sebab rumah aku mana ada swimming pool. So me and my family had so much fun lah. Where we can conquer the swimming pool. Kitorang terjun je kolam orang lain mula menjauh. HAHAHAHA! Kitorang which is me and cousin cousin lah, beriya berenang renang. Gua berenang macam ikan duyung tau. Ihiks. Dulu aku  berangan nak jadi snow white tapi sebab aku hitam aku batalkan niat aku. Sekarang aku nak jadi mermaid. Aku tak kira tak kira tak kira ! *pegang calculator* 

Lepastu raya ketiga keempat dan lifeless sebab nya dah fikir kena balik Ipoh and so on. Ergh. First time beraya tak puas. Uhuks uhuks. Raya kelima dah balik Ipoh. Which is pagi tu sempat aku attend wedding my only auntie sue, and malam tu gerak balik Ipoh. Hewhew. And please, raya keenam I was in Ipoh, in class, dengar lecture pasal site blablabla while orang lain tengah sibuk attend open house rumah member member. Aku dekat Ipoh wih dekat Ipoh :( Then raya ketujuh kitorang gi site visit yang amat krik krik. Haha. Okay malas ah cerita. Bosan. 

Lepastu next event apa eh? Hm hm hm. Yaaa, me and my gang, which is Anip, Asip, Anip Halim, Jemil, Capiq, Zul, Jaf, Anis, Tasha, Farah pergi Ulu Chepor cari air terjun. And of course we had a lots of fun lah. Gila kau jumpa air terjun tak fun. Pastu bakar bakar kerang, pastu main main air, pastu pastu tibatiba naik ke darat, taraaa! Ada cake. Hm hm hm. Tacing. Jo is tacing. I don't expect they bought me a cake and celebrate my birthday eventho macam dah berapa haribulan dah. Hihi. Aku tak kesah pasal lewat tu tapi aku macam tak expect diorang masih nak celebrate birthday aku. Sumpah aku terkejut. Seriously. And aku terfikir bila masa lah dia beli cake. Haha. Padahal gerak sama sama doh :( Tapi takpa ah terkejut. Jujur aku hargai. Thanks HASIF, ANIP NANYAN, ANIP HALIM, AZMIL, CAPIQ, JAF, ZUL, TASHA, FARAH and ANIS. Thanks a lord of the ring. Hewhew. Next month celebrate lagi okay birthday aku? Eh. Haha. Haa anyway kat atas tu ah gang gang gua. Lu orang kacau gua, gua panggil diorang. Diorang gangster tau. Ahaks. 

SO next hm yaaaa. Hari raya dekat poli,unit senibina which is not so good. Eh tapi good jugak sebab boleh makan sepenuh perasaan. Yaa yaa. Makan macam macam. Hm hm. not bad lah kiranya. Sebab boleh makan. Ye boleh makan. Beriya aku pakai high heels nok. Bila lagi nak tunjuk aku ni boleh tahan tinggi orangnya. Lalalala. Haha. Mohon awak awak yang sama tinggi dengan saya tu jealous dengan selipar saya yang tinggi. Lalala. Kbye ! Kurus nya kami diatas. Ihiks. Ahaks. 

So next apalagi? Takda apa dah rasanya. Hihi. Tapi ketahuilah semua, saya bahagia di sisi kawan kawan saya. Dalam pada waktu yang sama saya amat merindui keluarga saya di Kelantan, Paris. Haha. Thanks ATIKA, FARAH, TASHA, AZMIL, CAPIQ, EGY, ANIP NANYAN, ASIP, ANIP HALIM, JAF, ZUL sebab sentiasa ada untuk aku. Sentiasa ada nak buat aku gelak. We had so much fun together, do everything we want. Still glad to have them. Alhamdullillah. There's a lot of precious time we had together, terlalu banyak untuk ditulis disini. Hihi. So guys, this is my August. Alhamdullillah for this month. Hope September will be much better. In Sha Allah. Amiin. 

To my dearest followers, saya rasa masih belum terlambat saya nak ucap Selamat Hari Raya memandangkan Syawal belum berakhir. Hihi. Maaf semua salah silap diri ini, tak kira lah yang telah saya lakukan ataupun yang akan saya lakukan. Maafkan. Dan dan dan semoga hari hari anda semua ceria disisi insan insan tersayang. Eceh. macam pesanan dekat radio pulak. Hahaha. And to Zizans twitter Family, Zizanners, jangan lupa. 29 nanti. KLZOMBI! Wuhooo. Nipis nipis. Haha. K dah. Itu saja. Oh saksikan gambar dibawah ni. Haha. Andai kata korang rindu aku nanti. Tengok lah gambar gambar ni. lalala. Kbyeee. Assalamualaikum. Have a nice day peoples :*

Beautiful mama. Hihi. First day rayaaa :D

And I miss my babygirl. Athirah Auni :')

OOTD to Ulu Chepor. Padahal nampak tudung je. Haha. 

The birthday cake. Hihi. thanks buddies. Ihiks

Jiwa. Raga. Buah hati. Kekasih. Keluarga. Adik beradik. Sahabat :) 

Hasil seni anip alim. Batu bersurat nama dia. Hahaha. 

The another family potrait. Hahaha. Muka takleh blah sorang sorang. 

She is too busy with his life. Pray the best for her future. Bye earthlings. Amirah Auni is loving you :) mmuah. 

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !