BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Thursday 8 November 2012

The Ohsem Activity With The Awesome People On The Awesome TIme :3

Tumblr_m8ifkoyfpm1qlz6h2o1_500_large
Lihat kiri lihat kanan , lintaslah dengan selamat. Hah! Mana nak cari blog yang selit kan jugak iklan jalanraya. Aku seorang rakyat Malaysia yang prihatin. Boleh nampak tu? Okay. Abaikan. Hi ! Rindu tak? Sapa rindu aku angkat tangan. Uuuu  ~ Ramai nyaaa. Eh kau, kenapa tak angkat tangan? Kau kan yang menangis nangis depan rumah aku hari tu suruh aku update blog sebab rindu sangat? Kau lah kan? Hmm. Okay. Baik kau mengaku. Malu eh? Okay aku faham. Kau diberi pengecualian. Orang lain yang angkat tangan , wow ! Ramai nya orang rindu sayee. Auwww :') Thankyou sangat tau. Takmampu saye nak rindu balik sebab ramai sangat yang rindu saye. Untuk menjadikan ia lebih adil, saya takrindu semua okay? Hihi. Adil betul aku. Haha! Eh wait. Sesungguh nya Allah SWT yang Maha Adil :') Jangan lupa okay.

Macam biasa intro aku sangat lah bosan. Okay aku tau. Tapi kalau bosan kenapa baca lagi? Kenapa kenapa? Ok kantoi. Awak rindu kite punya entry kan? Dah lama aku tak update okay. Lama sangat. Senanya aku nak update pasal kursus tiga hari hari tu, tapi tapi tapi, takda gambar lagi. Encik photographer , iaitu abe mie tak upload lagi gambar. So ni dia dah upload maka adalah gambar untuk aku sumbat dalam blog aku. Tak ohsemm langsung update blog without gambar. Macam rumah tak berpenghuni, macam botol takda air, macam otak takda ilmu. See, nampak perubahan aku? Dah jadi seorang yang berfalsafah. Cepat betul aku berubah. Okay aku tau. Walaupun falsafah aku takda kaitan langsung antara satu sama lain. Erghh ! Malas nak merepek banyak. Kau semua kena tolong aku sapu sapu habuk di sekeliling blog aku ni, hah, kau, yang korek hidung pakai jari tu, tolong lap tingkap, kau yang jawab exam atas kertas tu, tolong sapu whiteboard, kau yang selalu pakai pampers masa kecik tu tolong sapu sampah dan kau yang tengah memerhati tu, boleh tak tolong pegangkan penyodok? Aku nak bersihkan blog harini. Satu dua tiga mula.

*Sesi Membersihkan Blog Aku*

so hai balik. Seperti yang umum tahu dan telah disebarkan di seluruh media media didalam dan luar negara, aku dah lama sangat tak update blog, last update bulan lepas. Tak sempat nak greet November pun. Frust November tau tak. Haha! So November, hai. Muncul jugak awak akhirnya. Auww :') Boleh tuju lagu? Ah! Kesah pulak aku. Kite nak request dengan awak ni November, jadilah baik sikit dengan kita. Please, kite harap dalam bulan awak, kite boleh jumpa abang Razizan Razak. Kite harap tuhan makbulkan doa kite. Amin :) So november, selamat datang kedunia gilagila saya. Please. jangan gerak laju sangat boleh? Taknak sambung blaja lagi. Berilah peluang aku nak tweet abang zizan banyak banyak. Pehlisss. Hah! Sudah. Jadahnya aku nak cakap dengan November, request macam macam. Duhh! Sape entah November tu. Kalau dia dah ada bini, mati aku bini dia kejar dengan parang. Okay abaikan November. Orang nak cerita pasal kursus hari tu lah. Haha.

Kau semua nak tau tak, hari tu kan aku join kursus. Tiga hari. Dan kau tahu tak kursus tu macam awesome gila sebab kursus tu aku kena bangun awal pagi. ergh! Kau boleh tak faham perasaan aku bila aku kena bangun awal pagi then terus mandi, tanpa breakfast aku meninggalkan rumah aku dan pergi ke tempat kejadian. Boleh bayang tak? Erghh! Tapi ken kite ken sewonok ngattt ! Auww auww ! Awak seronok tak? Tak? Kesah pulak aku kau seronok ke tak. Tapi kan kalau babyboy saye tak seronok, saya akan buat dia seronok. Bukan se, tapi dua tiga sampai la berjuta juta ronok. Jealous lattew. So, hari ahad, 28hb tu kan, abe waa and alyaa datang ambik dekat rumah. Pastu gerak pergi IPC. Kat sana ramai jugak manusia yang dah ada. Siah, Mimi, Ipe, Ipang, Yus, Afiq, Tirah, Ina, Fathi dan ramai lagi. Ah! Malas pulak aku nak mention semua. So , we just wait for our jurulatih datang. Uuu, wait for encik Azlan to come. Pastu dia pun datang lah kan. Kite takut dekat dia. Sebab dia garang. Kite dah pernah kena soal dah dengan dia. Serem~ Haha! 

Pastu start ah class pertolongan cemas kan. Abg lan ajar macam macam. Nak balut itu nak balut ini. Anduh segala bagai semua dia ajar. Yess! The ohsemm part bila belajar CPR. Ehemm. Kite suke. Hahaha! Pastu yang takleh blah abg lan pasang vid CPR yang macam seksi gila nak mati tau tak. Auwww! Haha. Tapi aku budak baik. Ayu. Buat taktau je tengok vid tu. Eleh. Vid CPR je kot. Haha! Pastu kitorang kena buat sendiri CPR tu dekat Dummy. Nak buat tekanan tu lah macam ohsemm gila. wuuu~ Kena buat ikut beep lagu yang abg lan pasang tu. Lagu ape entah. Tapi music dia macam lagu beat it. Tapi aku taktau tu lagu apa. Pastu kau semua tahu tak yang otak burung unta lagi kecik dari matanya? Takda kena mengena. Booo ! Hah! Aku mimi siah dengan alyaa yang kena buat cpr ikut beep tu. Kitorang kena first skali. Auww auww. Aku suka. I just imagine Dummy tu abang zizan. Memang selamat ah mangsa! Hahahahahaha! Anything for you abang. Haha!

Lepastu petang tu kitorang blaja buat balutan. Macam macam balutan, malas nak mention. Kang kalau aku mention, kau bukan tau pun. Penatkan aku je menaip. Hahaha!  Balut semua balut. Okay aku banyak main petang tu. Banyak sangat. Hmm. Dan aku dah dapat padahnya pun. Grrr. Hahah! Lepas main main dengan kain anduh tu kitorang berkumpul balik. Duduk elok elok kan. Pastu encik azlan atau lebih selesa dipanggil dengan abe leyy tapi apabila di kayell an jadi abang lan. Ergh! Can i proceed with the name abe leyy? Sukahati aku ah blog aku. Hah! Lepas tu abe leyy panggil berkumpul balik. Dia bagi taklimat untuk kursus kaedah mengajar esok tu. Kena pakai kemas blablabla. And you know what , kitorang kena buat presentation keesokan harinya. Kitorang semua dah dibagi tajuk. And kau tau tak aku dapat tajuk yang aku paling benci benci benci. SISTEM PEREDARAN DARAH! Balik dengan perasaan yang sangat kecewa, jalan pun sambil tunduk, orang tegur aku buat taktau. Hmm. Okay semua tu tipu. Haha! Hello. Aku cool. Takda nak emo sebab dapat tajuk tu. Tapi kat rumah aku hampir gila. Itu betul.

Balik tu aku cari semua buku. Aku tipu lagi. Bukan lah. Aku belek buku pertolongan cemas tu je cari pasal peredaran darah. Dan tidak dinafikan, benda alah tu sikit sangat dalam buku okay. Grr! Bila aku dah pandai nanti, aku akan buat balik buku tu.. Hahahah! Itu melampau. Tak tak. Aku bergurau. Tapi try kau bayang aku buat buku then penulisan aku sama macam aku menulis dalam blog ni. Mahu gila pembaca buku aku tuh. Okay. Merepek dah ni. So balik tu aku cari junior aku, budak bijak science, Hanifah. Err. Hanifah Potter. Dia bijak science macam harry Potter dan Harry Potter bijak macam aku. Kau fikir ah macam mana. haha. And aku study dengan dia sampai pukul tiga pagi kalau taksilap. Dan baru lah aku faham pasal sistem peredaran darah manusia. Teruknya aku. Sedangkan aku ni memang manusia. Baik jadi kerusi kalau sistem peredaran darah sendiri pun taktau. Teruk okay aku. Teruk. 

Pastu keesokan hari nya aku bangun seawal tujuk pagi untuk melukis sendiri jantung diatas kertas mahjong. Kenapa aku bodoh tak buat slideshow. Sorry to say, bukan aku yang bodoh tapi laptop aku yang bodoh sebab dia buat perangai malam tu. Yea! Dan hasilnya aku dah pandai lukis jantung sekarang. JUJUR ! Pastu siap siap , tunggu buddy datang ambik then then then, gerak pergi ipc. Aku kemain gelabah sebab aku ingat presentation tu pagi. Kemain lagi dalam kereta aku cerita dekat alyaa dekat abe waa pasal sistem peredaran darah tu. Okay. Aku tahu diorang mungkin bengang. Maafkan saye :3 pastu sampai ipc, masuk bilik kuliah tu, abe leyy mengajar pasal jurulatih yang baik. Err. Dia bagitau lah pasal jurulatih yang baik ni kenaada sifat yang macam mana. Banyak jugak belajar. Petang tu presentation. Ahhh! INi aku geram. Aku geram. Nama aku dalam namelist tu nom tiga. Pastu dua orang manusia yang bernama diatas tu, masuk lewat. Ohemgee! Aku kena buat presentation. The first person. I repeat. THE FIRST PERSON -________- And masa tu i was like, mati lah aku. Mampos. Hah! Kau tau aku kena soal banyak gila? Okay tidak dinafikan aku gelabah gila gila gila, aku lupa apa yang aku kena cakap and and aku sakai nak mampos masa tu. Ahh! Abe leyy soal aku dan banyak benda aku taktau dan aku takboleh jawab. Okay itu ohsemm! Eh bukan ohsemm! OHNOOOOO! grr. Gua takut disoal. Gua takut. Se gangster gangster gua pun gua takut derr. And tanpa siap aku buat presentation aku dipersilakan duduk. HAHAHAHA! Teruknya aku :(

Pastu tunggu turn orang lain buat presentation. Lepas habis tu balik ah. Lewat gila gila sampai aku taksempat nak pergi kenduri kahwin kak fatin. Yess. Im serious :3 SORRY KAKFATIN <3 ILOVEYOU :* Balik tu siap siap pergi rumah nenek aku pulak, maksedara aku akad nikah. Alooo, dah kahwin pun auntie sue kite. Malam tu, sangkut camera dekat leher, pegang camera di tangan, ambik gambar apa yang patut, sampai aku berpeluh peluh, penat, i don't have time to eat pun. Pity me. Tolong lah kesian. And balik rumah tu memang lewat gila, penat, tak sempat nak study pun then esok exam untuk semua kursus. Can you imagine? Aku tak study dan aku kena jawab exam keesokan harinya. Omaigod*5DAYS MC STYLE* Bangun pagi tu pergi IPC, baca baca kejap then jawab lah. Kertas soalan first tu kena jawab subjektif, objektif, esei sikit. Tapi exam cool. Lepas jawab soalan bertulis kena pulak buat balutan. Jeng jeng jeng! Something happen to me. Sangat tragis, seperti melihat anak semut digilis troli. Sangat lah tragis. Tidak dinafikan. 

Kitorang kena buat satu balutan berdasarkan undian tu. Aku kena buat balutan untuk patah anggota bawah. Homaii :'( Hari sebelumnya tu aku dah buat benda tu dan aku taktau kitorang tu buat salah. Tidak dinafikan. Kan aku dah cakap masa hari kitorang main balut balut aku banyak main. Aku pun buat lah macam hari first aku buat tu kan. Bagi kertas dekat abe bob, then abe bob macam nak aku explain. Sumpah taktau nak explain apa. Pastu abe bob tanya ah betul tak aku buat tu, aku keliru weii. Aku rasa salah. Abe bob cakap kalau tak confident, bukak then buat lagi sekali Fuhh. Masa bukak balutan tu nak buat lagi sekali tu dah rasa dah kesebakan tu. SEBAK gilaaa. SENTAP CUAK semua ada ah. Tapi tahan airmata. Tahap. Gua cool gua macho. Aku betulkan sikit je balutan tu tapi salah i guess. Lepas siap balut kali kedua tu, aku hulur kertas untuk abe bob tanda, dan aku duduk je. Tak bercakap langsung. Sebab risau airmata keluar. Pastu abe bob inginkan explaination lagi sekali dan aku taktau nak cakap apa. Aku teragak agak nak jawab. Dan aku keliru. Lagi sekali abe bob suruh aku buka, then balut balik dengan cara yang betul. Aku pun bukak balutan tu, airmata pun keluar weiii ! ARGHH! Gangster menangis woi. Adik abanglong fadhil menangis woi! Haha! Malu gua malu. Okay. Tu memang salah gua. Gua tau tu salah gua. Bukan abe bob okay. Cuma gua penat sikit haritu sebab gua tak berehat pun hari sebelum tu. Maksedara gua kan nikah, gua sibukkan diri. Gua tak sempat rehat. Gua penat sebabtu jiwa gua sedikit rapuh mungkin. Grrr. HAHAH! Gua malu gua malu *Tutup muka dengan baldi*

Pastu aku bukak balutan tu, aku tak buat balik aku pergi masuk dalam toilet aku menangis gilagilagila. Bengkak mata aku. BENGKAK! Tidak dinafikan memang aku menangis sepuas hati. Menangis sebab salah aku sendiri, banyak main main, menangis sebab aku penat. HONESTLY, thanks to ALYAA, SIAH, MIMI yang datang peluk aku dalam toilet tu. Hmm. Aku tau kenapa abang zizan takdatang peluk aku masa aku nangis tu, abang zizan mana boleh masuk tandas perempuan kan? Takpa bang. Saya faham :) Haha! Pastu masa syok nangis tu, aku dengar abe bob panggil nama aku. Kuat gila. Auww :') Abe bob pujuk. Hello. Dia ajak aku buat CPR pulak. And aku kena buat CPR depan dia. Homai. Aku takut dah. Takut. Haha! Tapi atlast , aku buat CPR depan dia. Katanya mereka mereka, aku orang first yang exam dengan dia. Terharu mak nokkk ! To abe bob, please know that i am really sorry atas kejadian pada hari berkenaan andai anak buahmu ni sakitkan hatimu. Sumpah tadok niat nok maroh ko abe bob. Jo tokmaroh ko abe bob pung bena. SUMPAH. Kbye! Kepada orang lain, tak elok dengar perbualan orang. Ehem.

Pastu aku okay. Petang tu sambung jawab soalan lagi. Soalan Basic Life Support 30 soalan objektif kena jawab dalam tempoh 30 minit. Tapi kacang je soalan, pilihan jawapan tu mengelirukan. Haha! Pastu jawab soalan kaedah mengajar macam jawab soalan esei sejarah SPM! Susah kau tau. SUSAH! Tangan aku kebas gila menulis. Rasa macam tangan aku kena hempap gorilla tau tak. Grrr. Pastu habis lah kesemua exam ada majlis penutup petang tu. Kite jadi pengacara majlis. Tapi kite pelik kenapa kite jadi pengacara, suruh lah kite nyanyi ke hape Hmmm. Haha! POYO joe POYO! Haha. Maka lepas majlis tu ade kambing golek menunggu dibawah. Ah! Makan makan makan. AND thanks to TIRAH, INA, AFIQ sebab hantar aku balik petang tu. Hihihihi! 

So lets enjoy the picture :3 CREDIT to ABE MIE as the photographer .

This is ENCIK AZLAN. Jurulatih kitewww. Hihik. Abe leyyy ~ 

Find me. Kite yang pakai shawl tu hah. Nampak tu focus nak selamatkan mangsa? Kita bayangkan tu abang zizan, babyboy kite. Hihik. Gediknyeww kiteww >.< 
Did i mention that aku kena buat choking. No i mean, selamatkan mangsa yang tercekik. Hah! Aku tengah buat ni. Kejap je makanan tu keluar. Siap terbang lagi dari mulut dummy. Sekali lagi, kite bayangan Dummy tu abang Zizan. Makin semangat aku nak selamatkan orang. haha. Gedik.

Haaa. Ni masa Abe Leyy ajar buat CPR dekat baby. Kau tau tak patung tu macam sama berat je dengan baby biasa. Gila. Rasa macam pegang baby betul. Haha.

Balutan kaki cenggini lah aku kena buat masa hari exam tu. Aku ingat dah betul buat macam tu. Tapi salah sikit je. Okay. Tetap salah. And balutan ni jugak buat aku nangis okay. Arghh! Benci. 

Okay. Aku memang main main masa tu. Sangat main main. See, dah terima padah. Airmata woi airmata.

Mampu tersenyum. Kau tau kenapa aku senyum? Aku takboleh tengok orang ambik gambar aku. hahaa. Tak. Senanya aku dah macam takboleh jawab dah exam masa tu. Hahaha!

Ehem.Shhh. Aku serious ni aku serious. Yang mana tak pernah tengok muka serious aku, ni lah muka serious aku. Okay. Bukan aku yang pendek. Mic tu tinggi sangat. Haha!

Muka Bajet Rasmi , Muka Formal

Gambar ni betul betul candid okay. Aku tengah reply whatsapp kot masa tu. Haha

Kami ROCK ! Yeahh !

Muka merdeka. HAHA! Last payperrr !

Thanks to him . En. Mohd Azlan . Thankyou so much ajar kami banyak benda. Well. Bakal bakal pelapis BSMM. Auww. Amin :) And to you guys. KAU semua OHSEMMMM :'D


This is me and Abe Leyy. Abaikan selipar jepun ku. Tu hadiah babyboy masa dia balik dari jepun haritu. Auwww :') Eh. Bukan aku yang pendek abe leyy yang tinggi. HAHA!

Me with kambing golek. Tapi kite takmakan kambing. Sama macam encik Haris Megalawak. Eh? Tu babyboy kiteww. Haha!

And this is my babyboy. Tengok tu, dia memang suka baca blog aku ni. Siap gelak lagi. Engkau ado? Mohon jangan jealous semuanya. Mohon mohon. Haha!

Hah! Nampaknya babyboy aku dah mula berbaik dengan abang ipar dia. Tolong lah tahu yang aaron tu abang aku. Nampak? Haaa.

So, october melabuhkan tirai dengan aktiviti yang sangat lah awesome. Terimakasih rakyat malaysia sebab lu orang bahagiakan hidup gua. Gua bangga jadi rakyat Malaysia. Yeahh! Gua bangga sebab abang ZIZAN pun rakyat Malaysia. Yeyeahh ! HewHew ! HAHAHA! Abang zizan, bila nak datang buat suprise dekat kita? Bila nak datang jumpa kita? Bilabilabila? Auww :') Kita tunggu abang zizan. hermm. Kita tunggu tau tak. Kita tunggu. Nanti datang ah jumpa kita. Hikhik :3 

So, bye peoples.. AKu rasa panjang sangat dah entry aku ni. Kau bajet baca novel lah ni. Dah tu rindu sangat. Baca sampai nak muntah. Entry ni stock untuk sebulan. Haha. Kalau aku tak update jangan cakap ape lah. haha. K ah. Got to go. Ada tugas. Nak tidur kan babyboy dengan bedtime story. hahaha! Bye! Goodnight. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan. Ouh lupa nak pesan, kalau ada readers aku ni yang jumpa abang zizan, tolong lah bagitahu dia yang aku kirim salam aku nak sangat jumpa dia. Tolong lah. Kay bye! Sayang semua. Hikhoks! Ouh btway, jangan lupa undi Razizan Razak untuk ShoutAwards . Pleaseee ~ Klik je dekat shout awards tu. Nanti ada ah cara nak undi. Tolong ah. Gua nak tengok babyboy gua menang. Tolong gua derr. haha.

Do you like it? Okay tak kisah. Like ah kalau nak. Hihik !

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !