BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Thursday 12 April 2012

. Ooooo Bbom Meletup .


hello . readers sayang . auww . sayang lah sangat kan .nmesti kau teruja kan , bukak site aku then nampak aku update . dah agak dah . aku tau kau memang rindu gila dekat aku en ? takpayah nak geleng kepala tu doe . aku tau semua orang rindu aku . first of all . sorry agak lama jugak tak update blog . macam lah ade orang bace kan . tapi abaikan . sebab aku artis , aku kena bajet hot . grrr . ekchelli . ada masalah yang tidak dapat dielakkan . tu yang aku takboleh nak on . okay okay . aku tau ramai gila yang rindu aku macam orang gila . and aku tau ramai jugak antara you olls ni dah jadik gila sebab terlampau rindu aku . bagus lah kalau kau dah gila an . mati masuk syurga . ouh indahnya .

okay . hari tu kan . bertarikh 6hb APRIL , aku join BBOM . kau tau tak bbom tu apa ? alaaa . takkan taktau . yang bising bising dulu tu . yang macam iklan sabun tu , OOOO BOM MELETUP . haa . dia macam tu la . and dia boleh jugak dikaitkan dengan adam stacy bergabung mengandung . tetibe je kan . tersedak diorang kat rumah . tapi macam lah aku kesah kan . okay . proceed proceed . ekchelli . BBOM is a short form for Bantuan Bencana dan Operasi Menyelamat . dan seperti biasa lah . aktiviti ni memang berkait rapat dengan PBSMM . auww . i learned so many kind of things . many lah sangat kan . pegi kelas pon lenggang lenggang . dalam beg tu ada laptop , charger . lepas tu pencil case adik aku yang aku pinjam secara senyap senyap . yela . masa tu kan nak exam . mesti lah kena ada pen kan . okay . the days begin like this . . . . . .  

aku bangun tepat jam lapan pagi . sebab beberapa hari sebelum tu ade dapat mesej mengatakan exam BBOM akan diadakan pada 6hb . pukul 8 - 5 . so . tindakan aku bangun pada jam 8 pagi tu amat sesuai lah kan . alaaa . kau bukan macam tak biasa dengan janji melayu kan . janji pukul 8 , pukul 8.30 tu paling awal sampai . memang tak la janji pukul 8 , 7.50 dah menunggu kan . okay . aku tak nafikan ada lah yang punctual macam tu . tapi aku ni memang tak la . sebab aku melayu . dan janji yang dibuat oleh orang melayu adalah janji melayu . so . dalam pukul 8.30 aku dah pegi IPC ( Ibu Pejabat Cawangan ) yang merupakan tempat kejadian . pastu . sampai tu . masuk dalam bilik ape entah nama dia . sorry lupa . tapi bilik tu ade aircond . masuk tu ade dah beberapa orang . while the others still lagi kat bawah tunggu kawan lah kononnya . oleh kerana bilangan manusia dalam bilik tu sikit sangat . aku mengambil langkah bijak ,duduk melepak di tangga bersama SOLIHIN , YUSRY . then AZAM datang . pastu ken . kitorang borak borak . pastu nampak kereta MYVI sampai . and the driver is BUDDY aku . cik ALIYA . kat belakang tu takda orang lain dah . JIHAH . AIN . JIJIE . KIERAH . pastu nampak KOMAN datang . pastu NASIR datang . pastu yang lain lain pun datang . sorry . takkan la aku nak mention semua nama kan ? ni bukan name list orang yang ambik exam tu .so lepak lepak kat tangga tu pastu tibatiba our LECTURER , PROF IKHWAN , datang panggil suruh masuk kelas . i mean masuk bilik tu lah kan . 

so . kitorang belajar lah . dengar je explaination from our PROF lah kan . blablabla . zon merah zon kuning zon hijau . blablabla .pastu lepas habis je sesi slideshow dan explaination tu . ABE WEA cakap . eh silap . PROF IKHWAN cakap , jap lagi kita kena buat simulasi bencana . exam secara praktikal lah kut . so , we're divided into 6 groups . and for sure , me . KOMAN . JIHAH . JIJI . ALIYA . AIN were in the same group . and we're the 'kecoh' one . so . after we divided into 6 groups , we have to mengundi sebab nak tau tugas apa yang we all dapat . KOMAN ambik tanggungjawab mencabut undi tu . so kitorang jadik SR . what is SR everyone ? SR stand for Second Responders . who is the First Responders ? okay . geng amir yang dapat tugas tu . and group dia adalah satu satunya group yang semua lelaki .group UBAI dapat CCP . aku pon dah lupa CCP tu singkatan untuk ape . sorry PROF . muahaha ! pastu , group WANI dapat Field Clinic . means that diorang kena duduk dekat Field Clinic tu la . while UBAI punya group , kena dduk dekat CCP lah kan . okay jap ? dua group lagi , apa diorang buat ? okay . sampai part ni aku jadik geram . diorang dapat jadik ABE WEA punya pembantu . macam aku geram gila lah kan . grrrr . and bila dah bagi group tu . our PROF yang lebih dikenali dengan nama manjanya iaitu ABE WEA , bagi tau kitorang secara terperinci ape kitorang kena buat . group aku dapat jadik SR kan , so , we all dah menggelarkan diri kami ni SupeRing . and tugas we all , memindahkan mangsa dari CCP ke FIELD CLINIC . mula mula dengar tuh macam senang gila bang . and ABE WEA cakap each group kena ada leader .so group aku ni agak huru hara sikit . yelah kan . takda orang nak jadi leader . okay itu membuktikan kitorang tak gila kuasa .so lepas briefing tu . kitorang boleh rehat . and we are the first group yang turun ke bawah . dan kau tau apa kitorang buat ? kitorang main LATTALILAT untuk carik leader . adab main benda tu sapa keluar dulu dia terselamat lah . means that takyah jadi leader . so lattalilat tu . and aku taktau kenapa setiap kalu stop tu mesti kitorang menjerit pastu gelak kuat kuat sampai sakit perut . JIJIE pulak . setiap kali stop dia cakap dia yang keluar . padahal masa tu tak pon . dah la cara dia cakap tu macam confident gila dia selamat kan . pastu sorang sorang keluar . last last tinggal aku dengan ALIYA je . and we have to osom . and ALIYA kalah dan seperti yang dijanjikan dia kena jadi leader lah . tapi dia taknak . betul betul taknak lah kan . sampai merayu rayu cakap kat kitorang yang dia taknak sebab dia buddy aku , dan aku jenis yang mudah kesian aku pon ambik alih tugas tu . and aku ketua . jengjengjeng .

pastu , lepas tau sapa leader we all pergi carik makan . masa tu pukul 11.45 kalau taksilap . kena masuk balik pukul 2.30 . so kami naik kereta aliya . carik makan lah . round round satu KB then we all beli nasik . so nasik kite tu lauk ayam goreng je kan . yelah kan . kite kan bajet comel macam upin ipin . #TanganKeBahuMataKeatas# . dan memandangkan rindu SUME CAMP , lauk tu aku tambah dengan seekor ikan kaloi . taktaktak . ikan KELI . lepas selesai beli makan tu . balik IPC , makan kat sana . makan makan makan . seksa gila doe makan dengan diorang . gelak memanjang . sakit perut gelak . and i know , salah aku buat dia dia tu semua gelak . tak . aku bukan sengaja pon . aku suka buat muka . pastu aku taktau kenapa diorang gelak tetibe . -_- takkan la diorang takbiasa tengok gadis yang muka comel macam aku kan . ape la diorang kan . masa tengah makan tu , afiq datang mintak air . rasa nak baling je kepala dia dengan helmet whilcha . ade ke mintak air dengan we all kan . grrr . after that abe wea datang join kitorang cakap cakap ade isu yang dibangkitkan lah masa tu kan . but that is not important actually . so , after finished our lunch , kami gerak ke bilik gerakan yang dijadikkan tempat bersalin untuk kami . okay . ayat aku bunyik teruk gila . but itulah ayat yang sesuai . and before tu kitorang dapat arahan yang all the kanak kanak perempuan yang comel macam we all ni kena masukkan tudung dalam baju . arghhh ! kau tau tak benda tu tak handsome langsung . grrr . tergugat ke hot an aku . tapi takpa . demi tugas i rela you . so siap siap . around 2.15 . kitorang nak keluar balik . nak pegi photostat nota . then cari topup . aku drive . nervous i drive kereta orang . so pusing pusing dekat area stadium tu , semua kedai photostat tutup . so perjalanan kami diteruskan ke KB again . carik seven eleven . sampai je . cik JIHAH sayang keluar pegi carik topup . dan masa tu aku rasa bangang gila . kitorang semua ni masukkan tudung dalam baju . takpenah aku berpakaian ganjil cenggitu pegi KB . and itu adalah pengalaman . tibatiba kan ? so dapat je topup back to ipc . yang aku taktahan . aliya takhabis habis jerit masa aku drive tu . dia takut aku bawak . masa nak parking dekat IPC tu macam aku nak langgar kereta orang tau . tapi aku saja ja buat cenggitu . mau kasi gempak . tapi takde hal lah . kereta orang . takkan lah aku nak buat keje gila nak calarkan kereta tu . 

sampai IPC . kitorang kena masuk bilik aircond tu again . kena warrantin . takboleh keluar . watif bukan main kejam . aku nak keluar pegi toilet pon tak kasi . so kitorang kena kurung . watif yang jaga . masa tu abe wea and dua group lagi tu . dah pegi tempat kejadian . buat ape entah #BajetTaktau# pastu ken kitorang bunyi siren ambulans . mula mula tu kitorang buat bodoh je . watif je yang bersungguh lari keluar . kitorang taktau apa apa pon . pastu kitorang baru dapat tau yang , tu tanda kecemasan . bangang betul we all kan ? masa tu semua orang kelam kabut carik strecher segala bagai . berkumpul kat bawah semua .then kitorang diberi info yang ade bencana telah berlaku . aiyak . lupa lah . gempa bumi ke tanah runtuh entah bencana tu . okay abaikan . yang penting ia adalah bencana . so amir jadik ketua kami . so . first first dia berlari cari ketua polis . bila dia jumpa , dia bawak kitorang pulak kena pegi mengadap ketua polis tu . omg . ketua polis tu punya lah comel . auww . taknampak macam polis pun . so kami diberi tau itu ini . tempat kejadian nya kat mana . so at the first , we run to go to that place . i mean kwasan kejadian tu an bsungguh semua lari mula mula tu . pastu sampai kat sana AMIR pegi lapor dekat ketua bomba pulak kan . pastu dia selaku ketua utk first responder kena masuk dekat zon merah tu tengok dulu berapa orang mangsa ada . kesian dia kena berlari satu padang yang luas tu . and dia arah semua First Responders masuk dalam zon merah bawak mangsa keluar . jap jap . before that ade drama . masa AMIR and the gang nak bawak keluar mangsa tu , ade sorang kakak yang jadi mangsa tu , punyalah menjadik dia berlakon . dia buat macam orang trauma . meraung raung dia cakap adik dia kat dalam tu . gila . macam betul weii . terkejut kitorang dekat luar zon merah tu . gila gempak lah lakonan dia . seriously we all terkejut . so kakak , you buat i tergugat . grrr . pastu bila budak budak CCP berjaya tenangkan kakak tu , anak buah aku yang merupakan Second Responders bawak kakak tu pegi dekat Field Clinic . pastu kan , sorang sorang mangsa dibawa keluar . dan sorang sorang mangsa yang selesai dirawat dan dilabel dengan merah kuning hijau kami bawak ke field clinic . i mean second responders yang bawak . just imagine lah jauh kot kitorang kena berjalan bawak mangsa tu . dah la sorang sorang berat . pastu yang bawak tu semua gadis yang ayu . ingin aku ulang . Second Responders tu AKU , KOMAN , ALIYA , AIN , JIJIE , JIHAH . hello . we all ni lemah lembut sopan santun . ade ke kitorang yang kena bawak mangsa tu jauh jauh . bawak ke field clinic . jauh bang jauh . tak tipu . dengan beban yang berat . hello . kitorang angkat orang dewasa . bukan bayi . grrrrr . tapi demi tugas . we all sanggup . tapi kan tapi kan . letih . uwaaa . okay continue . so sebelas orang mangsa berjaya kite kite ni bawak pegi field clinic . 

bila dah settle semuanya , kitorang semua dah lemah dah . semua lepak kat bawah minum air mineral dalam botol . and masa tu aku dah mula yang sedar air kosong ni enak . gila . kalau dah letih campur dahaga kau kasi air paip pon sedap bang . pastu minum minum . and we all kena exam la . teori . so rehat rehat kejap kat bawah . pastu naik atas . duduk and tawakkal . jawab soalan exam . baiklah . exam nye agak lah susah . tapi we all baik je . senyap je . tak meniru pon . we all takde lah letak buku atas meja . and takde lah jawab soalan tu kuat kuat macam kite meniru dalam exam kat sekolah tu kan . pastu we all takde lah tengok orang sebelah or orang kat belakang semata mata nak kan jawapan . and kitorang takde lah duduk dekat dekat mase exam tu . jauh . okay . they know the truth actually . 

so . that day amatlah awesome ! you know why ? sebab ade SUME CAMP members . muahaha ! tapi best jugak doe orang lain . and aku sempat jugak bagi ajaran sesat . for example . whatever style and talk to my hand style . sampai ade lelaki lelaki yang tiru gaya berkenaan . nampak tak betapa kuat nya pengaruh artist ? tambah tambah lagi artist hot gila macam aku . harap maklum . so selesai lah sesi bercerite kite pade hari ini . 

so sebagai kesimpulanya . saya telah menghadiri BBOM dan hari tersebut sangat menarek . okay dah . kite nak chioww . nanti update lagi . banyak aktiviti menarek i buat dalam masa seminggu . herherher . nanti lah aku update lagi yea . dont worry . betapa busy nye tugas aku sebagai artist yang bertaraf antarabangsa . aku takda lah nak lupa blog aku kan . sebab aku sayang peminat aku . okay aku tau itu agak tibatiba . abaikan . so . dengan muka yang tahan nangis . dengan jari mengelap airmata yang tidak keluar . aku ucapkan selamat tinggal kawan ku . eh jap . kite ade gambar . tengok lerrr . 

: MUKA CERIA SEBAB INGAT DAPAT JADI Second Responders :
: AND MASA NI TAKTAU LAGI BETAPA LETIHNYA JADI SR :

: SEE . WE ARE SUPERING ! DAN KAMI GORGEOUS . AUMM ! :
: MAAF GAMBAR AGAK BLURR :

: NAMPAK TAK KESUNGGUHAN KAMI . HINGGA SENGET BADAN KAMI :
: DAN KEESOKAN HARINYA . TANGAN KAMI LENGUH :

okay dah . sangat panjang entry nih . so everyone bye . sayang anda semua . muah kiri muah kanan . muah dua dua belah . toodles ! bye ! assalamualaikum :)

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !