BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Saturday, 19 April 2014

Kaki Oh Kaki

yourhappythought21.tumblr.com

Hello beautiful creatures. Assalamualaikum wbt and hi. Long time no see is it? Acah acah dalam tv semua orang nampak aku kan. HAHA. Okay apa apa jelah. Rasanya macam dah lama tak update blog. Rasanya readers rindu. Kahkah. Ada reader ke engko? 

So nak ceghita sedih lah sikit ni mengkome mengkome sekalian. Ate teman ni udoh patoh kaki. Ngape? Haha. Aku main skateboard pastu jatuh pung pang. Bak kata orang kelantan, "baso dio lah, nok geroh". Makna dia macam, kalau benda tu dah nak jadi, kau main main pun akan jadi. Takboleh nak elak dah. But bukan salahkan takdir lah. Its more to redha for what happen lah. 

Lagipun bila lagi nak merasa patah kaki kan. Hidup di dunia ni cuma sementara ni. Kenalah rasa sakit lain pulak kadang kadang. Sebelum ni sakit hati je, kali ni sakit kaki. Tapi serious, taknak kena dah. Ni dah serik sangat dah ni. Seksa sangat kot patah kaki. Banyak guna tenaga, while kaki yang lagi sebelah pun seems like nak sakit juga. 

Alhamdullillah masa patah kaki tu abah dah memang ada kerja dekat jeli which is dah dekat dah dengan perak kalau nak dibanding kan dengan kota bharu tu kan. So bagitahu abah, abah settle kerja dia datang ambik, balik kelantan then yeayy! Baring. Makan. Kena gelak dengan adik. Kena hina dengan adik. Oh normal sangat. Haha. 

Tapi apa yang penatnya nak kena jalan lah, mula mula berjengket sebab takda tongkat kan. Tu jenuh ah, sekali lompat sekali sakit kaki yang patah tu. Kaki kiri yang tak patah ni rasa lenguh ah kot. Then mama pinjam tongkat dengan sedara. SO pakai dia punya dulu. Just untuk bawak balik ipoh jelah kot. Test test pakai tongkat okay lah. Tapi kaki kiri mmang lenguh lah. Sebab semua bergantung dekat dia. Kaki kanan lagi ah sakit. Bila dah sedap duduk, baring, bangun, saaaap! Datang rasa sengal nak mampus. Sakit tau. Sakit sangat. 

Dekat area lutut kaki kanan tu memang sakit lah kan sebab nya simen bukan lah ringan. Doctor dah simen sekali dengan betis, apak sakit ah cerita dia. Tak tipu. Sakit. Lenguh nak bawak simen ke hulu ke hilir. Nak jalan kaki kena bengkok, tahan berat kaki. Fuuhhh. Taknak main skate board lagi!

Pantang? Tak banyak macam orang luka ke bersalin ke sunat ke. Takboleh makan benda beranginn, macam kipas contohnya. Lawak old school sangat. Haha. Tapi betul , tak leh makan kacang, timun, most of them is sayur lah. And and and, takboleh minum air sejuk. Pergh pergh. 

Yang sayur sayur punya pantang tu macam boleh g mampus lah sebab aku memang tak makan sayur tau, tapi bila sampai part kena pantang air sejuk tu memang aku surrender. Seriously! Kau faham lah, Malaysia tengah panas nak mampus sekarang, takkan lah nak minum air panas? Panas panas, minum air panas, ha berpeluh, kalau kumpul peluh tu boleh minum lagi agaknya. Haha. 

So aku decide nak langgar pantang. haha. Aku mula mula boleh ah pantang, acah acah taknak minum air sejuk sebab taknak kaki sakit kan. Tapi bila fikir balik, tak minum pun sakit. so baik minum. Aku pun lenjan lah air sejuk tu dengan harapan air sejuk bila dah masuk dalam perut terus panas, tak terasa sejuk sangat tulang aku. HAHAHA!

Lagi apa yang sengsara sikit pasal patah kaki ni bila kena simen. Macam aku cakap lah, dah la berat nak mampus kan, doctor pulak balut kemas gila kot sampai aku rasa darah aku tak mengalir langsung dekat kaki ni. Kalau peghati jari semua dah bengkak. Masuk angin agaknya. Lemas. And ada lah kan usik usik sikit balut tu, tengok kaki, apak ah, sampai luka kot. Serious ah dia punya kemas tu memang kemas tk tipu. And maybe tuu pun buat kaki sakit. Pastu bila kaki dah terkurung dalam simen, dia jadi gatal tau. Worst part, nak garu, tapi tak berjaya. Faham tak rasa tu? 

Lepastu apa lagi eh yang seksa nya berkeadaan cemni? Oh. Agak susah untuk orang yang hyper macam aku nak biasakan diri. Adalah rasa kekok duduk diam je. Terbaring kaku dan layu. And i keep shouting, "BOSANNYA BAK ANGGG!" and aku admit menjerit macam tu tk tolong apa apa pun. Aku masih di tempat yang sama. haha. Faham tak jiwa yang meronta nak merayau, jalan macam orang normal tapi takboleh. TAKSUKA!

Tapi apa yang jadi ni salah sendiri. Gatal sangat nak main skateboard kan? Hah. Main lah sampai muntah. Tak. Main sampai patah. Entah sampai bila tah nak cemni. AHAH. Doakan kita cepat sembuh tau. Apa apa pun terimakasih kepada semua pihak yang jaga aku secara langsung dan tidak langsung. Aku hargai. Hanya tuhan je mampu balas. Aku doakan yang terbaik untuk engkorang. Hehe selamat maju jaya. Jasamu ku kenang. 

Guardian angel masa dekat ipoh. Babysitter. Diorang lah mama, diorang lah papa, diorang lah kawan. 

Extra leg maybe? Alhamdullillah. Masih mampu pakai selipar sebelah. HAHA.

somtime it's really hard to get over someone who mean the world to you
Without a normal leg i can't go to anywhere. I can't move on. I miss my leg. 

Doris  | via Tumblr
Oh ini comel. What best friends are for. HAHA. Thanks for reading. Lebiuuu. 

1 comment :

mey aiman said...

Uuuu bestnye dqpat rase..tapi kalau boleh mntak jauh jauh

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !