BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday 19 April 2013

Babyboy's Birthday Partyyy :)


Ching ching ching. Berdasarkan gambar rajah diatas, ingin saya tegaskan saya berada di tempat kejadian pada waktu itu. HAHA. yeayyy! Hi peminat peminat setia yang tak jemu jemu menunggu depan screen semata mata nak tunggu aku update blog. Nampak nya you olls semua ni memang fanatik dengan I. Sampai ada yang dah rabak mata tu tunggu i update blog. HAHAHA. K gurau. Sorry babes! Lama tak update. Memandangkan final is around the corner, hidup gua sangat lah busy dimana gua terpaksa berhadapan dengan final project yang berlambak lambak. Bapak diaaa. Sampai taktidur malam aku ni. Sekarang aku memang dah betul betul tahu life budak architecture yang selalu tangguhkan kerja macam mana. HAHA. Penat weh. Tak menyempat nak update blog. Seriously. Tapi aku tahu ramai yang rindu aku. Aku tahu sangat. Tapi aku malas nak heboh heboh. Jealous pulak selena gomez nanti. K dah. So siapa nak dengar cerita aku? Angkat tangan cepat. *Krik krik krik* Haha. Lantak. Nak cerita jugak. Taknak baca sudah. Uhuk uhuk uhuk *sedih*

Okay pertama sekali aku nak bagitahu yang boleh tahan banyak halangan aku nak datang sini. Sepatutnya pukul tujuh pagi lagi dah gerak g kl ikut kak needa. But then, atas sebab yang takdapat dielakkan takdapat nak ikut kak needa. Tapi ada hikmahnya jugak aku tak gerak pukul tujuh sebab aku baru tahu yang pukul lapan kena hantar drawing drafting sendiri. Pastu tahu tak lecturer aku marah aku kaw kaw? Dia cakap aku hantar lewat. Dah la sound sound aku depan lecturer. Pastu dengan drawing hilang semua. Kalau drawing aku je yang hilang aku boleh cakap tu salah aku, masalahnya, drawing budak kelas aku yang lain pun hilang. Pergh. Cubaan. Aku siap nangis dah pagi tu. Tapi demi gila ku pada zizan razak, hahahahaha, ku gagahi jua kaki ini untuk melangkah ke KL KL kota nostra yang bicara. Ambik kaw. Haha. So pukul satu naik ets gerak pi KL. Sampai kl dalam pukul tiga lebih jugak lah. And right now, i would like to thanks a lot to my classmates, Boloq dengan Acai sebab ambik gua dekat KL Sentral dan melancarkan lagi perjalanan gua jumpa babyboy waa. Terharu bak hang. Nasib baik diorang ada. Thanks a lot a lot a lot. Kalau takda diorang taktahu lah ape jadi. Diorang siap bawak gua pergi hotel dimana akak akak #ZTF yang lain bersembunyi. HAHAHA. Amboi macam dekat medan perang. Haha. 

Taraaaa! Dah sampai hotel. Ketuk pintu. Taraaa lagi sekali, ada orang bukakkan pintu. YEayyy! I can see kak yan. Hihi. Kak Yan jelah yang dah biasa dengan aku. Yelah. Dengan orang lain takjumpa lagi. Lama lama tu baru kenal. Rapat sikit dengan Kak Aida, Kak CC, Kak Ika, em em em siapa lagi eh eh? Haa adik Kak Aida tu. Em em Nana rasanya nama dia. K lupa. Kejam gila doh aku. Haha. Pastu pastu siap siap. Nak dijadikkan cerita lagi, phone aku boleh buat hal pulak. Dah la mati tak bagitahu, pastu orang nak charge tak masuk. Menyirap siaaak aku. Ikut hati nak baling je phone tu, tapi fikir fikir balik, aku takut phone tu kena tuduh bunuh diri terjun bangunan. Aku malas ah. Biar je lah phone tu. Tapi seksa bhai takleh nak whatsapp takleh nak tweet. Tapi ada eloknya. Katanya Kak Yan, phone tu nak aku focus masa party tu. HAHA. Tepat dan benar sekali. Haha. Pastu dalam pukul lima lebih gerak gi tempat tu. Masa tu dah jumpa Kak Larrah dengan Kak Firna and ada Kak Ada dengan kak yani. Yeayy! Haha. Dalam kereta gua kena bahan. Ye ah baru first time nak jumpa babyboy. HAHA. Tapi yang terharunya kak Larrah ingat nama sebenar kite. Ihiks ihiks. Terharu. Ihiks. haha. 

Pastu sampai sana taraaa! Nampak Kak Nurul. Pastu menjerit sebab dah rindu sangat tibatiba jumpa. HAHA. Pastu nampak kak needa. Jeng jeng jeng! Nampak Kak Nano! Ah. finally. Jumpa kak Nano. Padahal aku dengan dia sama sama orang Kelantan. Tapi tk pernah jumpa. Aku balik kelantan tak pernah jumpa dia. HAHA. Tapi ye ah dapat jumpa semorang masa tu. Sumpah best. Kite jumpa kak Zafeka, hm hisyam, boy em em amir em em ramai woi ramai ramai ramai. Dah eksaited dah. Petang tu pegang kak CC punya camera ambik gambar. Hihi. Orang lain busy buat kerja. Aku taktahu nak buat ape, rasa berdosa jugak. HAHA. Taraaa! Tibatiba dah malam. Eh boleh macam tu? Boleh boleh? HAHA. Pastu makin ramai orang datang. Aku dah gelabah gila woi. Masa tu masih lagi takleh fikir apa jadi dekat aku kalau jumpa zizan. HAHA. 

Lepas tu sorang sorang datang. Hihi. OMG! Malam tu ada ramai sangat artist bak hang. Ada KAKA AZRAFF, EMMA MAEMBONG, CHACHA MAEMBONG, JOHAN ASA'RI, AWAL ASHAARI, TIGA SWAGGER, BEN IDOLA KECIL semua tu. Jujur aku cakap, aku tak sangka semua orang tu ada. Sangat bersyukur. Hihi. Dah la dapat jumpa abang ZIZAN, dapat pulak jumpa orang lain. Hihi. Masa makan makan tu, abang zizan duduk meja luar sekali dengan media semua ken, while me duduk meja belah dalam. Hihi. Tapi aku nampak abang zizan masuk tu dah gelabah gila dah. Sampai terdiam taktahu nak buat ape. Haha. Tapi dekat tempat aku duduk tu, aku boleh dengar suara abang zizan. Weee ~ Hahaha. Punya lah gelabah masa tu taktahu nak buat ape en. haha. Tapi rilek ah konon. Bajet cool. Padahal nervous siak. First time nak jumpa babyboy ah konon. HAHA. Pastu yang takleh blah nye kak Larrah boleh nak kenakan aku. Dia ajak aku keluar, then lalu depan meja abang, dia bagitahu abang zizan, haa bang, ni siewleng. HAHA. Abang tercengang. Mana taknya. Dia bukan kenal aku.Haha. Aku pulak taktahu nak buat respon ape mase tuh. Haha. Tapi sumpah melting tengok dia depan depan. OMG OMG ! Abang zizan keluar dari tv. Hahaha. Tapi awkward gila masa tu. But then thanks to Kak Larrah heret gua pi keluar. Haha. 

Pastu main main , makan makan , tibatiba nampak abang lalu lalang. OMG! Pastu dia kena interview semua. Ya Ampun. Dia dekat dengan gua. Selalu pun dekat jugak. Cuma dia dalam tv, aku dekat luar tv. Hahaha. Tidak dinafikan dekat jugak tu. Haha. Tapi malam tu dia dekat sangat. Hihi. Pastu en en en, dia pulak lalu lalang. Damn ! Handsome. Pastu disaat orang ramai ramai ambik gambar dengan dia, aku sibuk nak ambik gambar. Tapi sumpah. Masa berdiri sebelah dia, pergh, gelabah gila. Haha. K pastu takcakap sangat tau. Tapi bila orang ramai dah balik, tinggal yang takramai sangat ni, masa tu aku tengok budak budak ni tengah bagi hadiah, aku ape lagi menyibuk lah kan. Sebab aku pun nak bagi hadiah. Hihi. Gua bagi ape je. Takde ape pun. haha. So gua dengan selamber cari masa yang sesuai, depan semua orang, gua hulur kotak berisi hadiah. Hihi. Dan dialog nya berbunyi begini...

ME : Hi abang. Ni hadiah saya. Hm. Takda ape pun. Hadiah je. Alaa biasa je. Biasa je. 
ABANG ZIZAN : Okay takpe. Abang tak kisah. 
ME : Tapi abang, hm hadiah ni biasa je. Tapi tapi tapi, orang lain takdapat pun. Abang sorang je dapat. Betul bang orang lain takdapat. Betul ni. Try tanya orang lain. Abang sorang je dapat ni. Saya bagi abang sorang je *Annoying nya aku. Haha*
ABANG ZIZAN : *gelak comel* Ye abang tahu. Abang tahu. Terimakasih. Haha

Hahaha. Boleh tahan annoying aku. Setakat ni aku boleh rasa aku peminat yang paling annoying. Ampun bang ampun. Haha. Tapi aku nak bagitahu dia yang aku bagi dekat dia je hadiah tu. Haha. Jujur nau aku. Pastu sempat ambik gambar lepas bagi hadiah tu. Hahaha! Tibatiba kak needa datang ke arah kami yang ramai ramai. Hihi. Dia pun berkata... 

KAKNEEDA : Haaa ni lah siewleng. Dia yang bercerita dekat awak dua tiga hari tak habis tu. 
ABANG ZIZAN : Oh yang ni ke? 
ME : Yelah. Abang baca tak saya bercerita dekat abang banyak gila tu? 
ABANG ZIZAN : Abang baca. Memang abang baca. Tapi sebab cerita tu kadang kadang panjang sangat abang baca sikit jelah. Tak sempat baca yang belakang belakang tu. 
ME : Memang panjang pun bang. Boleh buat novel. Tapi kalau saya buat novel nanti abang beli tak? 
ABANG ZIZAN : Okay macam ni. Cerita awak tu, awak kumpul banyak banyak. Print out, letakkan sekali dalam folder, pastu hantar dekat abang. *buat gaya comel*
KAKNEEDA : Pastu budak ni terlepas train tadi. Tinggalkan i bawak barang banyak banyak sorang sorang. 
ME : *terduduk melutut depan orang ramai depan abang* Tak sengaja. Saya kena hantar drawing. Abang tahu tak saya kena marah dekat lecturer saya tadi. Dah la dia marah saya depan lecturer yang ramai ramai. Malu saya bang. Pastu abang tahu tak saya punya drawing, saya dah hantar pastu lecturer saya hilangkan. Sakit hati saya bang. Tu yang saya datang lambat tu. 
ABANG ZIZAN : Drawing ape sebenarnya? 
ME : Final project saya. 
KAK NEEDA : Budak ni, awal awal hari tu, dia kena lukis orang, pastu dia lukis Zizan Razak. 
ABANG ZIZAN : Habis tu mana lukisan tu? 
ME : Ada laa . Haha. 
ABANG ZIZAN : Okay nanti letak dalam folder hantar dekat abang. HAHAHA

HAHAHA. Macam tu lah bunyi dia. Lebih kurang lah. Kau nampak tak siapa banyak cakap? Tapi sedap wooo aku bercerita dekat abang zizan depan depan. Aku rasa dia menyampah dengan aku. Ampun. Ampun. And thanks a lot jugak dekat KakLong ZTF kite, Kak NEEDA sebab kenalkan kite dekat abang. Hihi. Pastu en ambik ambik gambar. Pastu masa abang nak balik en en en, sempat lagi tu. Dia cakap thanks a lot dekat kite kite ni semua en, pastu sempat lagi aku menyampuk. 

ME :Tapi abang , saya first time jumpa abang ni. Sebelum ni takpernah. Hihi. 
ABANG ZIZAN : Oh yeke. Habis tu nak abang buat ape ni? 
ME : Alaaa, abang cakap lah tahniah dekat saya. First time jumpa abang ni.
ABANG ZIZAN : Okay okay okay. Tahniah. 

Gedik. Aku sangat gedik. Tapi dapat mendengar abang zizan cakap tahniah dekat aku walaupun aku yang suruh. Haha. Lantak ah. Bahagia siak jumpa dia. Pastu dia pun balik. Uhuks uhuks. Tapi jujur aku cakap tu pengalaman paling best. First time jumpa Abang Zizan. Selalu aku berangan je lebih. Haha. Dapat jumpa betul. Alhamdulllillah. Dah la boleh jumpa orang lain sekali. Sangat best. Sangat sangat best. 

So disini saya nak berterimakasih pada KakLong ZTF, kak Needa sebab bagi siew peluang join event nih. Pastu thanks a lot to kakak kakak yang lain sebab bagi peluang siew jumpa abang, cakap dengan abang. Thanks a lot kakak kakak. And you guys rock. Best sangat jumpa semua. Finally. Siew dah lama tunggu nak jumpa akak akak. Atlast dapat jugak. And i would like to say that, i am proud to be the one of Zizan's Twitter Family. Ada family yang sangat awesome dan terbaik. Thankyou very much. Terimakasih yang tak terhingga kepada peminat peminat yang banyak mengundi saya.  Jasa anda semua bakal siew kenang. Cewah. Macam speech artist baru terima anugerah pulak rasa. HAHA. K gurau. Taklawak sangat. Tahu. Hahaha. 

Setelah banyak sangat saya membebel bebel. Saya rasa nak show off gambar lah kejap. Haha. Nak tengok tengok, taknak sudah. Haha. 

Me is with Kak Firna dengan Kak Ada. Tumpang kereta diorang ah nak pergi situ. Hihi. Masheh. 

Babyboy with his birthday cake. Comel siaaa.

The very big awesome family. Zizan's Twitter Family. No matter what happen, we'll stick with this family. Selamanya ZTF tegar. Hihi. I am glad to have them. 

Me is with Kak Yan. Abaikan tugu comel dihadapan. HAHA. 

Don't forget to watch Bikers Kental di pawagam berdekatan anda. Best weh. Saya dah tengok sikit. Hihi

Kak Ika and Kak Nurul. Amboi busy kemain. Hihi

Haaa. Ni pun busy jugak ni. Em em. Haha. Busy betul crew crew ni semua. They are Kak Ika and Kak CC. Hihi. 

Kite dengan Kak Larrah. Kite saje menyibuk masa dia nak ambik gambar dengan cake abang. Haha. Tapi kite nak bagitahu yang kite naik kereta sekali dengan dia masa nak pergi  Felda Villa. Haa. Pastu en en en, dia ingat name kite. Terharu jugak kite dibuatnya. Ihiks. Thanks kakak.

Ibu, Abah and kakak kakak cun.

Mereka lagi. Yeayyy! Abang is sooooooo handsome. Dan mereka sangat hot. 

Ni Kak Alyn. Dia cakap kite retis. Hahaha. Kite takcakap ape ape. Dia yang cakap. Hm terharu jugak aku ada orang sedar kewujudan aku sebagai seorang artist. HAHAHA. K gurau. Tapi taklawak sangat.

The family. Ibu abah along adik. Hihi

The very beautiful Kaka Azraff. This is the first time i met her. Sumpah dia lawa. Dan dia sangat lah comel. Maksud saya sangat comel. Dengan friendly nyaaa. Wuishh. Nak jumpa lagi nak jumpa lagi. 

And this is Kak Emma Maembong. First expression jumpa dia, "Akak kenapa comel sangat?" Eh betul weh. Dia sangat comel. Muka anak patung. Dan boleh tahan friendly jugak. Masa nak ambik gambar dengan dia, siap puji puji, "akak ni comel sangat". Then she said, "alaaa jangan lah puji dekat sini. Malu lah". Hahaha. 

Abang Cat Farish. Beliau datang nak suprisekan Abang Zizan. Dan diorang perform. The Tiga Swagger. Hihi

Taraaa! Abang Awal Ashaari. Haha. Dia pun datang nak suprisekan Abang Zizan jugak. But then tak sempat nak borak sangat dengan dia. Haha. Ambik gambar je lah mampu. Hihi. 

Is with Abang Botak. Haha. Abang Johan Asa'ri. Seriously lama dah mengidam nak jumpa dia, tapi dapat jumpa dia jugak. Hihi. Dan dia botak. K. Dan sangat tinggi. Sangat tinggi. Haha. 

The gorgeous Ibu. Hehe. Tabik spring dekat Ibu. Dia ingat saya walaupun kitorang jumpa sekali je dekat Ipoh haritu. Hihi. Terharu. No wonder lah abang zizan handsome. Tengok ibu dia lah. Hehe. Friendly sangat ibu ni. Hihi. 

Gambar pertama. Nampak tak muka tengah gelabah gila gila? And nampak tak saya pendek? Hahaha. 

Gambar kedua . Hihi. Masa ni lepas membebel bebel dengan dia cerita pasal kena marah lecturer semua tu. Lepas bagi hadiah tu semua. Hihi. Dah ceria sikit dah muka saya. Yelah. Dah boleh bercerita live depan babyboy. Haha. 

Gambar ketiga. OMG. Comel jugak dia buat muka. Hahaha. Tapi garang sangat tu muka dia tu. Hihi. 

Last picture untuk hari berkenaan. Tapi nak jumpa dia lagi. Nak ambik gambar lagi. Nak cakap cakap lagi :/ Hehe. Doakan kite boleh jumpa dia lagi. Amin amin amin. 

So Happy Belated Birthday ZIZAN RAZAK. May Allah bless you. Panjang umur. Murah rezeki. Cepat kahwin. Sentiasa hot. All the best bang. Hihi. 

Sekian dari saya. Siewleng aka Amirah Auni. Sekian. Thanks for reading :*

2 comments :

Unknown said...

Wah..untnglah pat jmpa abng zizan dpn2..ad mintak sign x?bg syalah,nk photostat.. =) pas photostat..sya g lik lah kt awk yng ori.. =) haha

Unknown said...

hi2...tahniah dik...lawak n ep baca blog 2..terase keepian die masa jmpa zizan..hi2..akhirnya kan...usahaa minat kat die xsia2..:)

~lov u dik~
Goash Eyka

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !