BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Sunday 25 November 2012

Congratulations !

Tumblr_mdy9p9jdl01rhcmv3o1_500_large
Hai. Assalamualaikum semorang. Tak jawab dosa weh. Jawab salam tu. Jawab soalan dekat ask.fm rajin pulak kau. Jawab salam malas. Pemalas. Hah! Yang aku tibatiba garang ni kenapa? Buang tebiat agaknyaa. Grr. Okay ampun readers. Ampun kan beta. Beta lupa diri kejap. Beta bukan lah garang mana pun. Beta hanya insan yang lemah yang comel dan kiut serta begitu serasi dengan zizan razak. Haaaa. Itu melampau. Eh tak. Gurau. Jangan marah. Aku gurau. Kasar pulak aku gurau malam malam ni. Haha.

Kalau selalu aku update blog tanpa sebarang motif hari ni aku nak update blog dengan niat nawaitu. Haaa. Sapa tengok SHOUT AWARDS angkat tangan atas bahu ! Beratur elok elok. Cepat. hah kau pendek , beratur depan orang yang tinggi. Yang kau tinggi kenapa duk depan. Duk belakang. Berdiri tegak semua. Nak nyanyi lagu negaraku ni. Okay itu tibatiba mirah. Sangat tibatiba. Okay. Aku tahu agak lewat kalau aku masih nak bercakap pasal SHOUT AWARDS. Tapi rilek ah. Kau kena faham aku ni cool okay. Sangat cool. Ikutkan hati nak update pasal SHOUT AWARDS ni bulan depan tahu takk. Tapi yelah. Aku takut kau semua menunggu je pastu duk call call aku suruh update blog. Aku bukan nya taksuka korang duk call call aku suruh update blog, aku ni busy. Nak shooting lagi nak photoshoot lagi, susah tahu tak jadi artis hot ni. HMM HMM. Mana nak bergayut dengan babyboy lagi. Macam mana aku nak bergayut dengan babyboy kalau kau semua selalu kacau? Haaaa. Tolong ah bagi aku dengan zizan privacy. Boleh tak? Lalalala~ Zizan mesti cakap, POYO je budakk ni. Haha

Okay nak cakap SHOUT AWARDS lah! Kenapa jauh sangat aku pergi. 24 hours mimpi sampai ke bintang aku ni. Ampun readers ampun. Ampun kan beta kerana melenguh lenguh melengah lengah kan masa. Takda niat dihati beta. Takda. Haha. Hmm so, aku sentap jugak sebab aku takdapat pergi pun SHOUT AWARDS tu. SENTAAAAP T_T Tapi aku buat buat cool sebab aku ni seorang yang brutal teramat sangat. Ahh. Persetankan. Hahah. So untuk pengetahuan semua orang, SHOUT AWARDS telah diadakan pada hari yang sama dengan MAHARAJA LAWAK MEGA 2012. Kau tahu tak yang zizan tu takboleh nak potong dua . Tahu tak tahu tak? Aku pun pelik kenapa diorang buat pada hari yang sama.. Kau pelik tak? Ah. Kau memang pelik. Exotic. Haha. Ah. kejam aku kejam. Ampun pak polisi ampun. 

So amatlah menjadi masalah. Aku sebenarnya dah lama mengidam nak tengok Papa Johan and Baby Zizan naik atas stage sama sama ambik award tu. Dan aku bayang konon kononnya diorang jalan sama sama, atas stage diorang berpeluk macam dalam SuperSpontan tu. Gua mengidam sangat weh. Gua vote sebab tu lah. Tapi , nasi sudah menjadi bubur, karipap telah menjadi kuey teow, apa boleh buat, takda rezeki diorang nak naik atas stage sama sama. Ahh! Tapi kan, diorang menang weh diorang menang . BEST ON SCREEN CHEMISTRY AWARD. Walaupun aku selalu dapat C dan D untuk subjek chemistry, aku kuatkan hati aku untuk vote diorang. Tengok. Sampai macam tu sekali. Cikgu Ali must be proud of me. Haha! Kau tak kenal Cikgu Ali tu kan? Dia cikgu chemistry gua. Dia best dan gua tengah rindu dia. Cikgu, if you reading this, i miss you. Ewah. Nampak? Dulu dalam kelas asyik tidur. Sekarang dah tak sekolah rindu. Hmm hmm. Okay abaikan. 

Pastu main tekan tekan channel weh. Kejap kejap nak tengok MLM , kejap kejap nak tengok SHOUT AWARDS. Pastu bila MLM sampai turn JOZAN, aku stop tengok SHOUT AWARDS kejap. Aku tengok MLM lah wei. Ohmaii ! Bapak sazali is soooooo comel ! Pakcik, please be mine pakcik. Nanti kita didik sazali samasama k pakcik? ILOVEYOU bapak sazali. Ahhh.. From anakku sazali cerita tu turn into Bawang Putih Bawang Merah. Err. Tapi takda lah bawang putih merah sangat. Bawang Goreng weh ada. Homai. Bawang Goreng, can i be your Daun Bawang? Auw auw. Kau comel bang. Kalau lah aku kenal kau lama dah aku dah ajak kau kahwin bang Hmm. Gatal aku ni. Gatal. Ahhh. Tak kisah. Ikan jaws pun ikan jaws la. Gua sanggup kena telan dengan ikan Jaws kalau macam tu lah ikan Jaws. Okay melampau. For sure aku gelak gila gila! Boleh tak JOZAN sekali je jangan buat aku gelak? Boleh tak? Hahaha! Geram siot. Diorang lawak gilaaaa okay. Tolong lah faham. Haaaa, lawak lawak jugak. Mohon Vote JOZAN weh.. Mohon. Haha. type ML < > JOZAN hantar ke 32888 . Ahhh. Sebelah ML tu korang letak ah 20 terus. Kata gelak gilagila kan? Vote ah kalau nak gelak. HAAAAA. 

Hmm. Tapi disini aku nak bagitahu yang hmm congratulations ZIZAN RAJA LAWAK sebab menang Favourite Tv Personality Award ! Hoyeahh ! I know that you can do it *Nyanyi macam lagu DORA the EXPLORER* HAHAHA. Tahniah bang. Dah agak dah abang boleh dapat award tu. Tapi ken kite ken tak SENGKE abang tak dapat Hot Guy Award tu. Hmm. alaaa, tapi chill lah bang. Kita golongan golongan yang cool. Abang macho, kena cool *Buat Muka Cool* . No matter what Congratulations. Kalau saya pergi SHOUT AWARDS tu memang saya lambung abang tinggi tinggi ah. Kononnya. Nak lambung adik aku pun belum tentu. Hahaha! 

Hmm. Tapi pokoknya aku memang sentap ah tengok tweet orang orang yang pergi SHOUT AWARDS tu. kenapa lah gua tak lucky macam diorang. Kenapalah? Haaaaa. Sentap ! Paling sentap tengok tweet kak lya. Alahai. Bahagia nya Jemah boleh jumpa buah hati. HAHAHA. Wuuu. kak lya, gambar akak dengan abang sangat lah comel.. Ah. Kenapa abang selalu buat muka comel kalau dengan akak? Kalau dengan saya. Hmm, tak pernah buat muka pun. Yelah. Takpernah jumpa kan? Hahaha. hmm hmm. Ahh. Gua sentap gua sentap. Tapi sekarang tidak lagi.. Kini saye telah bebas. Bebas dari segele gelenye. HAHA! Ah. Merapu. Tapi na bagitahu kepada semua yang pergi shout awards tu, tahniah. Korang untung siot. Ahaaaa. Aku ni terperap je dekat Kelantan. Em em. Tapi kini aku bangit membuktikan yang ku taksakit ! *Tibatiba* Haaa. Dah. Merepek banyak dah gua ni. Banyak sangat. Pendek kata, CONGRATULATIONS abang ZIZAN RAZAK ! You're the best. Sangat best ! Hoyeah ! 

And kepada readers aku yang undi jugak zizan tu, thankyou weh. Terharu. Bukan selalu kau dapat vote dia. Kan dah menang. haaa haaa. thankyou thankyou and congratulations.. Hahaha.. Weh weh. Tadi kan aku nyanyi lagu Terukir Di Bintang. Hmm hmm. Nak dengar tak? Alahai. Kalau taknak sudah. hahaha! Tapi seriously, ampun. Record suara je. Malas nak pakai tudung dalam bilik ni. Panas. Lantak kau ah nak percaya suara tu suara aku ke tak. Haaa. Bukan nya sedap sangat pun -______- Gua nak nyanyi dekat ZIZAN RAZAK je. Hikhok! Tapi dia takbaca pun. Em em. Sadlife :( Takpa. Gua akan pastikan dia baca satu hari nanti *AsahPisau* Eh kononnya. Macam mana entah nak suruh dia baca. ahh. Takpa. Kau semua baca pun jadi lah. Hikhiks *GelakGedik* Haha! Dengar ah. Tapi sebelum tu, pause dulu lagu kaler pink at the bottom of the blog. Ewah i talk talk in english you know. HAHA. 


Okay. Senanya aku akui yang memang susah gila nak nyanyi lagu ni . Gua respect yuna. Gua respect. Haha. Tajuk video ni, Terukir Di Bintang version TakSedap. Dekat blog aku je ada ni hah! Haha. So so so. Takyah cakap apa. Tahu dah tak sedap. hahaha! tapi gua tujukan khas lagu ini untuk zizan. Lu tolong ah. Se brutal brutal gua, dalam hati gua masih ada taman bunga dimana beberapa ekor rama rama sedang berterbangan sambil bermain burung pipit. Homai ! Bahagia nya mereka dalam hati aku. haha!

Embedded image permalink
*Pengsan dengan sendirinya tengok gambar ni. Kbye*

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !