Before august end, I think I should update my blog yang dah lama aku tinggalkan ni. Berbekalkan sekeping gambar muka sendiri, aku update blog dengan penuh yakin dan bersemangat *baring* So hi peoples. Boleh mintak tolong sikit? Katakan bahawa anda semua amat merindui saya. Boleh? Tolonglah. Saya merayu ni tau. Haha.
Ah malas cakap banyak. Cerita dia aku nak cakap yang aku dah makin tua. Birthday aku bulan August. So dah lepas. So siapa siapa yang tak wish tu mohon tebus kesalahan masing masing dengan menghantar hadiah ataupun hantarkan cake ke rumah aku. Alamat boleh tanya PA aku. Haa. Aku tak mintak lebih kepada mana mana pihak yang berniat nak belikan aku hadiah tu. Cukup lah belikan aku sebuah kereta swift untuk aku bawa ke kelas dengan penuh bergaya. Hm no no no. Jlangan cakap aku artis yang takda kereta tau. Kereta kereta aku semua, aku dah sedekahkan dekat anak anak yatim. Haha. Okay. Tipu. Bergurau. Lalala
Dan kepada pihak pihak yang wish tu, terimakasih banyak banyak. Tak kira lah yang wish dekat twitter, facebook, wechat, line, whatsapp, text berbayar, call berbayar, call percuma, eh lantak lah macamana pun, terimakasih banyak banyak. Saya hargai sangat sangat. Yang wish dalam hati pun saya hargai juga. Yelah. Faham. Mungkin ramai je peminat peminat gua yang nak wish tapi segan kan? Iyee. Saya faham. Haha. Dan terimakasih jugak kepada yang wish sekali, dua kali dan berkali kali. Ni pesen semua laman sosial nak wish. Dekat twitter nak wish facebook nak wish whatsapp nak wish. Semua tempat nak wish. Haha. SOSIAL betul. Haha. Eceh. Takda lah gurau. Okay. Terimakasih banyak banyak. Bulan depan wish lagi okay? Eh? Haha.
And and and ingin saya tegaskan kat sini saya sayang awak awak semua. Hihi. Semoga awak semua dicucuri rahmat, dipermudahkan segala urusan, sentiasa dilapangkan dada, ditenangkan hati, dan semoga doa awak semua dimakbulkan. And yang boleh tahan sentap dan sedih, babyboy sendiri tak wish pun birthday saya harini. Sangat sedih. Tapi takpa. Saya faham. Mungkin beliau sangat sibuk sehingga takda masa nak online twitter. Hihi. Biarlah. Abang makin busy. Kite faham.
So dua hari lepas birthday tu raya. Haa nengok. Gambar raya. Kengkonon nak cover cerita raya lah. Raya was not bad lah kan. Hm sejak sejak dah jadi pelajar ipta, tidak gua nafikan duit raya makin banyak. Haha. Yelah. Subsidi lebih untuk student student ipta memandangkan kami memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli buku buku dan alat alat tulis. Yelah. Kami tiada Skim Pinjaman Buku Teks di IPTA. Tapi ptptpn kan adooo. Tapi hm hm hm. Biarlah. Rezeki di hari raya gitu. Kalau makin banyak duit raya macamni, memang tiap tiap tahun aku taknak berhenti belajar. Kalau boleh sampai tua taknak berhenti belajar. Apa apa pun terimakasih kepada makcik pakcik sepupu sepapat karipap ketupat haa semua lah. Terimakasih atas sumbangan anda semua. Ihiks.
Okay tu cerita hari raya pertama. To be honest raya aku boleh tahan bosan lah kan. Petang raya pertama tu aku dah membuta dah. kejap sangat raya nya, Then raya kedua bangun dah tengahari. Siap siap gerak pergi Perdana Resort. Family dayy. Weheee~ Kengkonon nak cari swimming pool sebab rumah aku mana ada swimming pool. So me and my family had so much fun lah. Where we can conquer the swimming pool. Kitorang terjun je kolam orang lain mula menjauh. HAHAHAHA! Kitorang which is me and cousin cousin lah, beriya berenang renang. Gua berenang macam ikan duyung tau. Ihiks. Dulu aku berangan nak jadi snow white tapi sebab aku hitam aku batalkan niat aku. Sekarang aku nak jadi mermaid. Aku tak kira tak kira tak kira ! *pegang calculator*
Lepastu raya ketiga keempat dan lifeless sebab nya dah fikir kena balik Ipoh and so on. Ergh. First time beraya tak puas. Uhuks uhuks. Raya kelima dah balik Ipoh. Which is pagi tu sempat aku attend wedding my only auntie sue, and malam tu gerak balik Ipoh. Hewhew. And please, raya keenam I was in Ipoh, in class, dengar lecture pasal site blablabla while orang lain tengah sibuk attend open house rumah member member. Aku dekat Ipoh wih dekat Ipoh :( Then raya ketujuh kitorang gi site visit yang amat krik krik. Haha. Okay malas ah cerita. Bosan.

Lepastu next event apa eh? Hm hm hm. Yaaa, me and my gang, which is Anip, Asip, Anip Halim, Jemil, Capiq, Zul, Jaf, Anis, Tasha, Farah pergi Ulu Chepor cari air terjun. And of course we had a lots of fun lah. Gila kau jumpa air terjun tak fun. Pastu bakar bakar kerang, pastu main main air, pastu pastu tibatiba naik ke darat, taraaa! Ada cake. Hm hm hm. Tacing. Jo is tacing. I don't expect they bought me a cake and celebrate my birthday eventho macam dah berapa haribulan dah. Hihi. Aku tak kesah pasal lewat tu tapi aku macam tak expect diorang masih nak celebrate birthday aku. Sumpah aku terkejut. Seriously. And aku terfikir bila masa lah dia beli cake. Haha. Padahal gerak sama sama doh :( Tapi takpa ah terkejut. Jujur aku hargai. Thanks HASIF, ANIP NANYAN, ANIP HALIM, AZMIL, CAPIQ, JAF, ZUL, TASHA, FARAH and ANIS. Thanks a lord of the ring. Hewhew. Next month celebrate lagi okay birthday aku? Eh. Haha. Haa anyway kat atas tu ah gang gang gua. Lu orang kacau gua, gua panggil diorang. Diorang gangster tau. Ahaks.
SO next hm yaaaa. Hari raya dekat poli,unit senibina which is not so good. Eh tapi good jugak sebab boleh makan sepenuh perasaan. Yaa yaa. Makan macam macam. Hm hm. not bad lah kiranya. Sebab boleh makan. Ye boleh makan. Beriya aku pakai high heels nok. Bila lagi nak tunjuk aku ni boleh tahan tinggi orangnya. Lalalala. Haha. Mohon awak awak yang sama tinggi dengan saya tu jealous dengan selipar saya yang tinggi. Lalala. Kbye ! Kurus nya kami diatas. Ihiks. Ahaks.
So next apalagi? Takda apa dah rasanya. Hihi. Tapi ketahuilah semua, saya bahagia di sisi kawan kawan saya. Dalam pada waktu yang sama saya amat merindui keluarga saya di Kelantan, Paris. Haha. Thanks ATIKA, FARAH, TASHA, AZMIL, CAPIQ, EGY, ANIP NANYAN, ASIP, ANIP HALIM, JAF, ZUL sebab sentiasa ada untuk aku. Sentiasa ada nak buat aku gelak. We had so much fun together, do everything we want. Still glad to have them. Alhamdullillah. There's a lot of precious time we had together, terlalu banyak untuk ditulis disini. Hihi. So guys, this is my August. Alhamdullillah for this month. Hope September will be much better. In Sha Allah. Amiin.
To my dearest followers, saya rasa masih belum terlambat saya nak ucap Selamat Hari Raya memandangkan Syawal belum berakhir. Hihi. Maaf semua salah silap diri ini, tak kira lah yang telah saya lakukan ataupun yang akan saya lakukan. Maafkan. Dan dan dan semoga hari hari anda semua ceria disisi insan insan tersayang. Eceh. macam pesanan dekat radio pulak. Hahaha. And to Zizans twitter Family, Zizanners, jangan lupa. 29 nanti. KLZOMBI! Wuhooo. Nipis nipis. Haha. K dah. Itu saja. Oh saksikan gambar dibawah ni. Haha. Andai kata korang rindu aku nanti. Tengok lah gambar gambar ni. lalala. Kbyeee. Assalamualaikum. Have a nice day peoples :*
Beautiful mama. Hihi. First day rayaaa :D
And I miss my babygirl. Athirah Auni :')
OOTD to Ulu Chepor. Padahal nampak tudung je. Haha.
The birthday cake. Hihi. thanks buddies. Ihiks
Jiwa. Raga. Buah hati. Kekasih. Keluarga. Adik beradik. Sahabat :)
Hasil seni anip alim. Batu bersurat nama dia. Hahaha.
The another family potrait. Hahaha. Muka takleh blah sorang sorang.
She is too busy with his life. Pray the best for her future. Bye earthlings. Amirah Auni is loving you :) mmuah.
Woot woot. Hello and good morning night and whatever lah. Kesah pulak aku pukul berapa sekarang. So so so so. Dengan perasaan yang agak gumbira aku nak cakap yang aku sedang menghitung hari nak balik raya. Eh lusa dah balik lah wih. Lusa lusa lusa! Lusa, Sabtu, pagi naik bas, in sha Allah petang sampai andai tiada apa apa yang menghalang di tengah jalan.
Dan aku meminta jasa baik readers readers yang tersayang ni, mohon doakan keselamatan perjalanan aku. Jujur aku cakap aku dah rindu bau Kelantan. Rindu makanan, suasana Ramadhan dekat Kelantan. Like seriously bro.
Taksabar lah siaa nak berjimba di kelantan. Beli baju raya. K. Lambat noh kalau belum beli baju raya. Tapi apakan daya. Gua ni takpandai berdikari. Baju raya pun kena beli dengan mama. Lalala. Dan dan dan taksabar nak bukak puasa dekat rumah lah wih. Sangat taksabar. Nak makan macam macam. Nak cari makanan yang takda dekat ipoh ni. Gua nak makan puas puas dekat Kelantan.
And and the best part is aku taksabar nak mencemar duli nak masuk dapur nak buat biskut raya. Haaa korang korang semua ni kalau tak malu tak segan datang ah rumah raya nanti. Ihiks. And and aku lupa nak cakap yang cuti kitorang extend. Em em em. Tapi sehari jelah.
Namun begitu ia merupakan satu kenikmatan lah pada aku nok. Bukan senang nak bercuti kalau dah jadi budak architecture ni. Dan kalau dah dapat cuti satu hari tu memang nikmat lah wih. Boleh membuta 24 jam. Lalala.
Okay dah. Dan aku nak semua orang ingat tarikh hari ni, satu ogos, tepat jam berapa entah tadi, puan saedah buat pertama kalinya mengancel (cancel) kelas Working Drawing pada hari jumaat dan membenarkan kami semua menghantar assignment beliau selepas raya. Comel nyaaa puan saedah. Indah nya bulan Ramadhan :)
Bukan selalu lah wih Puan Saedah nak bagi cancel kelas ni. Kasi hantar drawing lewat. Tapi bahaya jugak nak hantar drawing lewat lewat ni. Tak beraya sangat lah aku dekat kelantan disano. Haa sibuk dengan assignment gitu. Ah konon lah. Konon. Aku rasa balik ipoh nanti baru buat balik assignment.
Okay dah. Itu sahaja berita gembira saya malam ini. Terimakasih kerana membaca. Eh ada ke orang baca sekarang? Ada? Haha. Takda. Kbyeee :* Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan. Selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat mencari lailatul Qadr' .
Hi Hello and Assalamualaikum. Haa gitew. Cerita dia gua sangat lah busy sampai gua takda masa dengan buah hati babybloggie gua. Ajet ajet omeyy gitu babybloggie. Phuii. So peoples, aku tak rasa yang aku ni dah terlambat nak cakap Salam Ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia. Haaa satu dunia terus gua ucap. Kerja nak international je. Hewhew. So selamat menyambut Ramadhan lah semua adik adik kakak kakak abang abang kacak bergaya dan bermakna. Selamat topup pahala lah semuanya. Mulut tu kurang kurangkan sikit mengata orang.
Okay sejap. Aku taktahu kenapa aku rasa macam aku dah makin awkward lah wih nak update blog ni. Aku taktahu nak bebel apa. Mungkin aku rasa aku makin matang. Eh tak jugak. Eleh. Mungkin matang sedikit jelah. Eleh sikit sangat jelah nak matang tu. Tapi aku ni matang ke? Eh matang matang ni apa? Ah sakai. So maaf lah semua andai kata blog gua ni makin boring. Gua takda input nak letak apa lah hoi. Hewhew.
So cerita dia aku nak cakap yang aku puasa jauh tau tahun ni. Haaa puasa di Yipoh bersama teman teman tercinta. Haaa gitew. Ye ah. Dah sem dua, dah besar sikit, duduk rumah sewa dengan member member konon berdikari semuanya. Tapi gua rasa diorang power lah jugak. Memandangkan aku tak pernah kebulur dekat rumah ni. Yelah. Diorang gila memasak. Hm perut gua ni kenyang lah kiranya. Dan alhamdullillah diorang tak pernah bunuh gua dengan masakan diorang. Contohnya diorang tak pernah letak racun dalam nasik yang aku makan. Mahupun diorang tak pernah cuba untuk bagi gua makan nasi kangkeng. AHAHAHHA! Okay. Gua gurau :( Jangan mawah. Uhuks.
Haaa jadi, power jugak lah kan puasa jauh. Tapi tak sehebat puasa di Kelantan. Di Kelantan nak makan takpayah buat keluar duit sendiri. Makan ajo. Semua dah terhidang atas mejo. Haa lepastu dekat Kelantan pergh pergh makanan diaaaa. Haaa yang paling sedeh, gua tak jumpa akok kat sini hoi ! Aku dah macam mengidam sangat gitu. Nak makan akok :( Tapi kat sini tak jumpa akok pun. Hm hm hm. Lepastu kalau dekat Kelantan dulu sempat ajo nak gi terawih tapi gua kat sini, stakat ni macam tak berkesempatan lagi nak pergi terawih atas sebab sebab yang tertentu lah. Ihiks. Pastu cerita dia lagi dekat kelantan dulu balik terawih, haaa cari rojak buah. Pastu makan dengar rakusnya. Kiranya malam dah macam jadi masa untuk makan sepenuh perasaan lah. Tapi kat sini, makan assignment gua.
Dah. Boring pulak cerita gua. Boring tahu boring? Tapi aku saja update blog ni sebab aku taknak habuk habuk menguasai blog aku ni haaa. Nak harapkan korang sapukan habuk memang idok. Oh yaaa. Gua nak cakap yang gua sedang kecewa sekarang. Kecewa kerana cinta. Haa. Cinta bertepuk sebelah tangan. Memang kecewa ah cerita dia. Sedih dan emosi. Tapi saya janji dengan diri saya sendiri yang saya takkan harapkan beliau lagi. Saya dah kecewa. Sangat kecewa. Tau tau tau? Okay dah. Bye semua. Selamat berpuasa. Selamat bersahur, selamat dunia akhirat. Dan pesanan saya lagi bulan puasa ni kurang kurang kan lah buat dosa tu. Eh eh. Note to self ni. Selamat memeriahkan bulan Ramadhan, bukan dengan mercun tapi dengan pahala. Amin. So bye and assalamualaikum :)
Hi rakyat rakyat jelata yang sedang merindui beta dengan tenatnya. Okay jangan tarik tarik baju beta ni. Tahulah rindu. Bertenang bertenang. Nanti kita ambik gambar sama sama. Rindu benar tuan hamba semua pada beta. Padahal beta takda lah merindui tuan hamba semua. Hm maaf ye kerana beta ini jujur orangnya. Baiklah baiklah. Jangan menangis. Nah. Ambik chopstick ni. Pergi korek telinga. Tak memasal. Haha.
So peoples, i've been in Ipoh New York dah seminggu rasanya. So banyak jugak benda baru dihadapi. Dimana gua kena mula belajar shopping barang dapur. Mula masuk dapur seperti dirumah. Mula menjadi seorang yang sedikit rajin. Eh sikit. Ah itu tipu. Gua senanya masih berperangai malas seperti dulu. HAHA.
Cerita dia aku pergi camp seminggu hari tu. Balik balik rehat sehari gerak ipoh. Hm rindu jugak dekat kem ni senanya. Rindu tak nak ajar CPR. Eheh. Rindu nak usha usha anak anak ikan dekat kem tu haa. Walaupun dekat kem tu kerap jugak aku dimalukan dek kerana aku ada penyakit yang amak unik iaitu aku suka melakukan perkara yang aku sendiri tidak sedar apabila aku terperanjat. Haa gitu. Teruk jugak aku kena dekat kem tu. Sampai penat tau. Sampai budak budak panggil kak latah tau. Haha.
So balik Ipoh hari sabtu, sampai terus gerak pergi kedai makan, lepak tengok bola. Duduk semeja dengan geng dimana gua sorang je supporters Kelantan. Yang lain semua JDT. Haha tapi yang powernya gua respect kelantan main hari tu. Tahniah kerana berjaya kekalkan piala tu. Tahniah sebab menang. Alhamdullillah lah Kelantan main tak teruk tu. Haha.
Then lepas tengok bola sampai rumah, bajet bajet nak biasakan diri dekat rumah. Lepastu tanpa kemas barang gua membuta macam orang gila, lepastu dengan didikan dan asuhan classmates dapat lah jugak gua buat esaimen. Mula mula sampai Ipoh terus tak tidur dua hari bak hang. Powernya penangan esaimen ni haaa. mohon anak anak raja kesiankan aku dan ajak aku kahwin. K.
Dan apa lagi eh nak cerita? K takda apa. Keadaan di Ipoh okay okay saja. Insan insan di Ipoh pun okay okay saja. Eh eh? Okay takda apa. Haha. Kbye itu saja nak cerita. So awak awak semua ni ada nak cerita apa apa tak? Okay. Ada eh? Okay. Takpayah cerita sini, cerita dekat blog awak okay? Ini blog saya jadi cerita saya je dibenarkan. Okay bye semua. Doakan saya baik baik saja disini. Doakan kebahagiaan dan kejayaan saya disini. Haa gitew. Bye peoples. Assalamualaikum. Muah :*
DANGGG! I am totally in dilemma. Nak pergi camp or nak balik Ipoh. Ah gilagila. My fault. Kalau pergi camp petang ni dah gerak, kalau tak pergi hari ni patut cari tiket and balik Ipoh as soon as possible. Phew. Memang niat asal nak pergi camp, siap suruh pejabat hantar surat bagai. But what happen right now is, aku taktahu apa status surat tu. Diluluskan untuk menyertai aktiviti luar ke tak. Means, aku tak tahu lah aku dibenarkan pergi camp ke tak ni. Bala bala bala!
Ergh. Salah aku. Sebab haritu masa balik Ipoh tak pergi HEP pun tanya pasal surat tu, tibatiba hari ni nak gelabah gila babi. Pebenda siak aku. Hm tadi dah try call HEP and HEP tutup. Memang hari Ahad office tutup ke ape? Alah mana aku tahu. Aku bukan orang Ipoh. Kalau dekat Kelantan office bukak hari Ahad. Hm hm.
So sekarang ni status surat tu aku taktahu, dan aku taktahu nak pergi camp atau balik Ipoh. Gila. Kalau balik Ipoh, tibatiba surat tu lulus, aku akan menyesal seumur hidup sebab tak pergi camp tu. Tiap tiap tahun pergi camp kot. The next is, kalau pergi camp, tibatiba surat tak lulus, mati aku nak jawab dengan lecturer senibina yang boleh tahan garang garang tu :( Hm cemana ni ?
BALIK IPOH , masuk kelas macam biasa or packing barang then gerak PERGI CAMP petang ni. Susah nya jadi Nur Amirah Auni. Benda senang pun nak buat susah. Omg omg ! Sayang tau nak tinggal camp. Sayang. Tapi pada waktu yang sama takut nak tinggal kelas seminggu tanpa kebenaran. All I can say right now is just, SEMOGA SURAT TU DILULUSKAN. AMIN. Kalau surat tu lulus, aku janji aku takkan ponteng kelas melainkan ada hal yang betul betul betul penting. JANJI ! Kbye. Assalamualaikum.
Hi manusia manusia yang tidak membuta dan tengah segar. Hi semua dan assalamualaikum bagi yang wajib menjawab salam. Ihiks. So aku takboleh tidur, seksa gila noks. Dah lama tak berpisah dengan bantal busuk, tapi semalam aku tinggal dekat Ipoh. Pastu aku rasa macam aku rindu bantal aku. Rindu gila sampai aku takboleh tidur.
Apebenda masalah aku ni? Aku rasa bantal busuk tu dah sapu minyak dagu dekat aku tu yang sampai aku teringat ingat dekat dia. Tak pun bantal busuk tu dah bagi aku nasi kangkang. Pergh. Hahahaha! K aku bergurau Jangan marah. Uhuks uhuks.
So sekarang babyboy kite dekat Paris tau. Siapa babyboy aku? Ye ye, mungkin ada yang belum tahu, dan aku tahu ramai sangat yang nak tahu, aku faham, jangan segan, kalau korang nak tahu siapa babyboy aku bagitahu lah. Hm hm. Haa kau , nak tahu kan? K. Zizan Razak nama dia haa. Apa? Dia dengan emma? Eh tak. Emma tu saja je nak coverline aku dengan babyboy aku. Yelah. Aku ada bagitahu dia, biar hal aku dengan babyboy aku ni takda siapa yang kecoh. Hm hm. HAHAHA!
Babyboy ada ajak aku pergi Paris sama, katanya nak honeymoon kali keberapa entah. Tapi aku dah bosan, dah selalu sangat honeymoon, dah bosan pergi Paris tau. Yelah, kalau aku tak masak, kitorang selalu jugak dinner dekat Paris, New York, Los Angeles. Ikut mood ah nak makan apa. Kalau Paris tu dah selalu pergi. Alah, dulu kan stay sana. Sekarang je stay Malaysia atas desakan peminat peminat kitorang. Hm hm. HAHA.
Apa? Aku malas masak? Sebab tu makan luar? Eh tak. Mana ada. Aku bukan malas masak, tapi yelah, babyboy taknak aku penat. Aku nak kemas rumah pun tak kasi, eh kalau kau nak tahu, dia tak kasi aku berjalan, selalu dia je yang dukung. Haaa tutup mulut tu masa aku bercerita, masuk lalat nanti. HAHA! Tu pun babyboy merajuk aku taknak ikut dia pergi Paris, tapi okay lah balik. Sebab aku dah janji dengan dia masa dia kat Paris, aku janji akan setia. Atotototo. Haha
Tapi senanya aku nak cakap aku sedang merindui bantal peluk aku. Mohon ramai yang mengasihani aku. Okay tu je nak cakap. Bye. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Hahaha. Assalamualaikum :*