A few days in Ipoh
Hi rakyat rakyat jelata yang sedang merindui beta dengan tenatnya. Okay jangan tarik tarik baju beta ni. Tahulah rindu. Bertenang bertenang. Nanti kita ambik gambar sama sama. Rindu benar tuan hamba semua pada beta. Padahal beta takda lah merindui tuan hamba semua. Hm maaf ye kerana beta ini jujur orangnya. Baiklah baiklah. Jangan menangis. Nah. Ambik chopstick ni. Pergi korek telinga. Tak memasal. Haha.
So peoples, i've been in Ipoh New York dah seminggu rasanya. So banyak jugak benda baru dihadapi. Dimana gua kena mula belajar shopping barang dapur. Mula masuk dapur seperti dirumah. Mula menjadi seorang yang sedikit rajin. Eh sikit. Ah itu tipu. Gua senanya masih berperangai malas seperti dulu. HAHA.
Cerita dia aku pergi camp seminggu hari tu. Balik balik rehat sehari gerak ipoh. Hm rindu jugak dekat kem ni senanya. Rindu tak nak ajar CPR. Eheh. Rindu nak usha usha anak anak ikan dekat kem tu haa. Walaupun dekat kem tu kerap jugak aku dimalukan dek kerana aku ada penyakit yang amak unik iaitu aku suka melakukan perkara yang aku sendiri tidak sedar apabila aku terperanjat. Haa gitu. Teruk jugak aku kena dekat kem tu. Sampai penat tau. Sampai budak budak panggil kak latah tau. Haha.
So balik Ipoh hari sabtu, sampai terus gerak pergi kedai makan, lepak tengok bola. Duduk semeja dengan geng dimana gua sorang je supporters Kelantan. Yang lain semua JDT. Haha tapi yang powernya gua respect kelantan main hari tu. Tahniah kerana berjaya kekalkan piala tu. Tahniah sebab menang. Alhamdullillah lah Kelantan main tak teruk tu. Haha.
Then lepas tengok bola sampai rumah, bajet bajet nak biasakan diri dekat rumah. Lepastu tanpa kemas barang gua membuta macam orang gila, lepastu dengan didikan dan asuhan classmates dapat lah jugak gua buat esaimen. Mula mula sampai Ipoh terus tak tidur dua hari bak hang. Powernya penangan esaimen ni haaa. mohon anak anak raja kesiankan aku dan ajak aku kahwin. K.
Dan apa lagi eh nak cerita? K takda apa. Keadaan di Ipoh okay okay saja. Insan insan di Ipoh pun okay okay saja. Eh eh? Okay takda apa. Haha. Kbye itu saja nak cerita. So awak awak semua ni ada nak cerita apa apa tak? Okay. Ada eh? Okay. Takpayah cerita sini, cerita dekat blog awak okay? Ini blog saya jadi cerita saya je dibenarkan. Okay bye semua. Doakan saya baik baik saja disini. Doakan kebahagiaan dan kejayaan saya disini. Haa gitew. Bye peoples. Assalamualaikum. Muah :*
No comments :
Post a Comment