Assalamualaikum Ramadhan :)
Hi Hello and Assalamualaikum. Haa gitew. Cerita dia gua sangat lah busy sampai gua takda masa dengan buah hati babybloggie gua. Ajet ajet omeyy gitu babybloggie. Phuii. So peoples, aku tak rasa yang aku ni dah terlambat nak cakap Salam Ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia. Haaa satu dunia terus gua ucap. Kerja nak international je. Hewhew. So selamat menyambut Ramadhan lah semua adik adik kakak kakak abang abang kacak bergaya dan bermakna. Selamat topup pahala lah semuanya. Mulut tu kurang kurangkan sikit mengata orang.
Okay sejap. Aku taktahu kenapa aku rasa macam aku dah makin awkward lah wih nak update blog ni. Aku taktahu nak bebel apa. Mungkin aku rasa aku makin matang. Eh tak jugak. Eleh. Mungkin matang sedikit jelah. Eleh sikit sangat jelah nak matang tu. Tapi aku ni matang ke? Eh matang matang ni apa? Ah sakai. So maaf lah semua andai kata blog gua ni makin boring. Gua takda input nak letak apa lah hoi. Hewhew.
So cerita dia aku nak cakap yang aku puasa jauh tau tahun ni. Haaa puasa di Yipoh bersama teman teman tercinta. Haaa gitew. Ye ah. Dah sem dua, dah besar sikit, duduk rumah sewa dengan member member konon berdikari semuanya. Tapi gua rasa diorang power lah jugak. Memandangkan aku tak pernah kebulur dekat rumah ni. Yelah. Diorang gila memasak. Hm perut gua ni kenyang lah kiranya. Dan alhamdullillah diorang tak pernah bunuh gua dengan masakan diorang. Contohnya diorang tak pernah letak racun dalam nasik yang aku makan. Mahupun diorang tak pernah cuba untuk bagi gua makan nasi kangkeng. AHAHAHHA! Okay. Gua gurau :( Jangan mawah. Uhuks.
Haaa jadi, power jugak lah kan puasa jauh. Tapi tak sehebat puasa di Kelantan. Di Kelantan nak makan takpayah buat keluar duit sendiri. Makan ajo. Semua dah terhidang atas mejo. Haa lepastu dekat Kelantan pergh pergh makanan diaaaa. Haaa yang paling sedeh, gua tak jumpa akok kat sini hoi ! Aku dah macam mengidam sangat gitu. Nak makan akok :( Tapi kat sini tak jumpa akok pun. Hm hm hm. Lepastu kalau dekat Kelantan dulu sempat ajo nak gi terawih tapi gua kat sini, stakat ni macam tak berkesempatan lagi nak pergi terawih atas sebab sebab yang tertentu lah. Ihiks. Pastu cerita dia lagi dekat kelantan dulu balik terawih, haaa cari rojak buah. Pastu makan dengar rakusnya. Kiranya malam dah macam jadi masa untuk makan sepenuh perasaan lah. Tapi kat sini, makan assignment gua.
Dah. Boring pulak cerita gua. Boring tahu boring? Tapi aku saja update blog ni sebab aku taknak habuk habuk menguasai blog aku ni haaa. Nak harapkan korang sapukan habuk memang idok. Oh yaaa. Gua nak cakap yang gua sedang kecewa sekarang. Kecewa kerana cinta. Haa. Cinta bertepuk sebelah tangan. Memang kecewa ah cerita dia. Sedih dan emosi. Tapi saya janji dengan diri saya sendiri yang saya takkan harapkan beliau lagi. Saya dah kecewa. Sangat kecewa. Tau tau tau? Okay dah. Bye semua. Selamat berpuasa. Selamat bersahur, selamat dunia akhirat. Dan pesanan saya lagi bulan puasa ni kurang kurang kan lah buat dosa tu. Eh eh. Note to self ni. Selamat memeriahkan bulan Ramadhan, bukan dengan mercun tapi dengan pahala. Amin. So bye and assalamualaikum :)
No comments :
Post a Comment