BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday, 26 July 2013

Raya Bersama Babyboy.

Idées tattoo † | via Facebook

Hello and assalamualaikum peoples. Salam Ramadhan again. Hihi. Boleh tahan lama gua tak update blog. EH. Takda lah lama noh. Tapi ajet ajet lama lah. Yelah. Datang Ipoh ni mana nak bawak laptop. So agak lame lah sikit. Tak tengok youtube tak update blog tak bukak facebook. Blablabla. Herm. So dengan ini gua ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada housemate gua yang tersayang Farah Edrina kerana memberi peluang kepada gua untuk meminjam laptop beliau sekaligus mengizinkan gua menggunakan broadband yes beliau yang agak laju seperti kuda yang berlari setelah memakan pil kuda dan sekaligus juga dapat lah gua dengan hormatnya mengupdate blog ni haa. Eceh eceh. 

So bagaimana keadaan peminat peminat saya? SIhatkah semuanya? Okay okay. Takyah jawab. Saya tanya je. Taksuruh jawab. Ni bukan exam setiap soalan nak kena jawab. Saya tanya soalan ni pun sebab nak suruh nampak yang saya ni selebriti yang peramah. Eh. Gitu. So hari ni gua senanya tengah sentap. Hm harini ZTF iftar dengan babyboy wa Zizan Razak tapi gua takdapat join. Phew. Macamana nak join sem dua ni jadual pack gila gila. Hari ni kelas sampai petang. Pastu boleh pulak gua lupa esok takda kelas. Hm tadi baru ingat. Punyalah bodoh gua baru teringat yang jumaat takda kelas. Hm kalau aku tahu aku dah pergi wih iftar tu. Sekarang gua tengah meratapi kebodohan gua sendiri. Hm. Aku rasa lepas ni aku kena makan kismis banyak banyak. Dan kurangkan semut dalam makanan. Maybe sebab semut gua jadi nyanyuk. Hm hm hm. 

Tapi tapi tapi hari ni, sebab aku taknak hampakan peminat, aku datang dengan cerita dimana aku beraya dengan babyboy aku. HAHAHA! Orang lain baru nak pergi iftar hari ni aku belum apa apa dah beraya. Mohon peminat peminat jealous lha. HAHA. K tak gurau. Anyonyonyo. SO I would like to thanks a lot to Kak Needa kesayangan abang zizan yang bawak siew pergi event tu. If you reading this Kak Needa I would like to say that I love you so much and thanks thanks thanks a lot. Muah :* Ihiks. Semoga Kak Needa ada masa nak baca blog gua. HAHA. Kak Needa busy. Hewhew. 

So aku taktahu apa apa pun senanya. Tibatiba aku bukak instagram tengok ZTF punya instagram ada cakap yang ada recording beraya dengan babyboy. So aku apalagi hm hm hm. Nak lah. Memandangkan recording tu weekend. Boleh lah nak pergi. Takda ah nak ponteng kelas sangat gitu. Tapi hehehehe ada lah gua ponteng kelas ganti hari ahad tu. Sebab tak sempat balik haaa. So turun KL dengan Kak Needa. Then tunggu Kak Nano dekat KL Sentral. Then tunggu Kak Ash datang ambik bawak pergi Hulu Langat. Dimana berlaku nya tempat kejadian. Sangkut Villa. Lalalala. 

Sedih tak sedih dalam kereta berbuka minum air je tapi kenyang nok. Yelah. Nak jumpa babyboy setelah sekian lama tak jumpa. Yelah. Masing masing busy dengan kerjaya. Eceh. Haha. Thanks a lot to kak Ash kasi bawak we all pegi Sangkut Villa tu. Tapi punyalah dugaan boleh terlajak. Sesat gitu. Sebab tak jumpa petronas yang sepatutnya jumpa crew tu. So patah balik taraaaa! Jumpa lah semua orang dekat Petronas mana entah. So gerak ah pergi Sangkut Villa tu. Yeayyy. Nampak lah ramai orang. Suasana raya sangat nok. Dengan pelita nya semua. Fufuh. Meriah. Serious talk aku taktahu pun ramai artis yang ada. Seriously. Yang tahu nya Dato' Siti Nurhaliza je. Haha. 

Pastu duduk kejap tunggu diorang shooting nampak Che Ta dengan Erra Fazira. Apak dia. Sumpah aku tengok diorang macam anak patung. Sangat lawa T,T Fufuh. Then then then duduk duduk sejap nampak babyboy pakai baju pink tengah joget joget dalam villa tu. Pergh pergh dia handsome wih pakai baju melayu warna pink. Haha. Tergugat iman. Nasib baik bulan puasa. Haha. K pastu dia keluar dia buat lawak. Jujur aku cakap dia memang lawak. Masa off camera tu memang banyak dia merepek. Haha. Tergelak gelak gua. Haaa gua memang kaki gelak. Pastu nampak siapa eh haaa Stacy dengan Aril AF pun ada. Stacy dengan rambut dia tu memang cantik gila wih. Sangat cantik. Okay bah kalau kau. Haaa. Pastu en en Dato' Siti Nurhaliza datang. Ya Allah dia cantik sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat. K dengan suara dia lembutnyaaa. Pergh. 

Then then ramai doh datang. Emma maembong Chacha Maembong Kaka azraff semua datang. And serious talk diorang memang lawa. Pandai Wire Fame cari artis. Haha. Semua talented semua lawak. Bila gua nak jadi artis wire fame jugak ni? Haha. Pastu en ada Nabil Rajalawak. Pastu Ben yang kecik tu pun ada. Nak dijadikan cerita Nabil tu boleh tahan lawak dia. Merapu. Berdekak gelak wih. Part paling best Nabil tiru Dato' K. Hahaha. Sumpah event tu best gila gila. So tak menyesal lah pergi. Pastu bila dah habis semua tu, abang macam penat je. Memang nampak dia penat haa. So sempat ambik gambar je. Tak sempat sembang lama pun. Haa haa. Tapi dia  handsome. Sangat handsome. So korang kena tengok okay nanti dekat Astro Ria okay?

Jangan lupa tengok Fuyoo Raya Zizan, raya kedua pukul tiga petang dekat Astro Ria. Jujur gua cakap program tu best. Serious talk. Zizan Razak sangat lah lawak. And and dia interview orang pun banyak lawak. Ramai artis cantik handsome semua ada. So kalau sayang Zizan Razak kena tengok okay raya kedua nanti? Semoga ada muka buruk gua dalam tv. Kalau ada lah. Memandangkan gua memang duduk belakang belakang. Taktahu lah keluar tv ke idok. Tapi gua tak peduli, korang semua kena tengok okay? Serious talk memang sedap program tu. Potong kuku ah kalau tak best haaa. Haha. So thanks a lot to pihak yang bawak siewleng ni jumpa babyboy dia lagi sekali. It was an awesome night. Terharu gilaaa T.T terimakasih. Hihi. 

So ada lah beberapa keping gambar yang gua ambik. Tapi takda lah semua artis. Yelah semua macam busy nak balik awal. Hehehe. SO tengok ni. 

The awesome ZTF ever :D Thumbs up!

Taraaaa! Siewleng and her babyboy. Tapi muka saya buruk. Yelah. Saya tak cantik. Hm hm. 

Another picture from paparazzi. Haha. Nampak macam sedondon je. Lalala. Haha. 

The very beautiful Kaka Azraff. And she is sooooo friendly. Serious talk. 

The very tall Nabil Ahmad. Ke gua yang pendek? Hm hm hm. Haha

And Taraaa! Aku bo bo bo bo bosan! The gorgeous Stacy. Phew. Dengan putihnyaaaa. 

Okay. Tu je yang sempat gua bergambar. Yang lain tak sempat. Yelah. Semua busy kan. Takboleh nak buat apa haaa. Hihi. Tapi still bersyukur lah boleh jumpa ramai orang dalam satu malam je. And yang paling best boleh lepas rindu dekat babyboy gitu. Haa korang kalau nak lepas rindu, nak tengok abang zizan yang awesome tu, jangan lupa tengok okay raya kedua nanti. Hihi. 

Jadi adik adik kakak kakak abang abang. Itu saja dari saya. Hehehe. Saya rasa dah lama tak update jadi saya update. Dan saya rasa juga nak bercerita. Haha. So itu saja. Keep on supporting Zizan Razak okay? Don't forget to follow @ZTF_Official on twitter. Hihi. Dan follow semua page ZTF. Ihiks. Dan dan dan. jangan lupa follow keek gua yang hambar tu. Yelah saya takcomel. Lalala. keek.com/siewlenggg . Okay tu je. Selamat bersahur semua. And selamat berbuka. Keep on topup pahala okay? Hihi. Much of love. Me loves you readers. Hihi. Assalamualaikum :)

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !