BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Friday, 26 July 2013

Raya Bersama Babyboy.

Idées tattoo † | via Facebook

Hello and assalamualaikum peoples. Salam Ramadhan again. Hihi. Boleh tahan lama gua tak update blog. EH. Takda lah lama noh. Tapi ajet ajet lama lah. Yelah. Datang Ipoh ni mana nak bawak laptop. So agak lame lah sikit. Tak tengok youtube tak update blog tak bukak facebook. Blablabla. Herm. So dengan ini gua ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada housemate gua yang tersayang Farah Edrina kerana memberi peluang kepada gua untuk meminjam laptop beliau sekaligus mengizinkan gua menggunakan broadband yes beliau yang agak laju seperti kuda yang berlari setelah memakan pil kuda dan sekaligus juga dapat lah gua dengan hormatnya mengupdate blog ni haa. Eceh eceh. 

So bagaimana keadaan peminat peminat saya? SIhatkah semuanya? Okay okay. Takyah jawab. Saya tanya je. Taksuruh jawab. Ni bukan exam setiap soalan nak kena jawab. Saya tanya soalan ni pun sebab nak suruh nampak yang saya ni selebriti yang peramah. Eh. Gitu. So hari ni gua senanya tengah sentap. Hm harini ZTF iftar dengan babyboy wa Zizan Razak tapi gua takdapat join. Phew. Macamana nak join sem dua ni jadual pack gila gila. Hari ni kelas sampai petang. Pastu boleh pulak gua lupa esok takda kelas. Hm tadi baru ingat. Punyalah bodoh gua baru teringat yang jumaat takda kelas. Hm kalau aku tahu aku dah pergi wih iftar tu. Sekarang gua tengah meratapi kebodohan gua sendiri. Hm. Aku rasa lepas ni aku kena makan kismis banyak banyak. Dan kurangkan semut dalam makanan. Maybe sebab semut gua jadi nyanyuk. Hm hm hm. 

Tapi tapi tapi hari ni, sebab aku taknak hampakan peminat, aku datang dengan cerita dimana aku beraya dengan babyboy aku. HAHAHA! Orang lain baru nak pergi iftar hari ni aku belum apa apa dah beraya. Mohon peminat peminat jealous lha. HAHA. K tak gurau. Anyonyonyo. SO I would like to thanks a lot to Kak Needa kesayangan abang zizan yang bawak siew pergi event tu. If you reading this Kak Needa I would like to say that I love you so much and thanks thanks thanks a lot. Muah :* Ihiks. Semoga Kak Needa ada masa nak baca blog gua. HAHA. Kak Needa busy. Hewhew. 

So aku taktahu apa apa pun senanya. Tibatiba aku bukak instagram tengok ZTF punya instagram ada cakap yang ada recording beraya dengan babyboy. So aku apalagi hm hm hm. Nak lah. Memandangkan recording tu weekend. Boleh lah nak pergi. Takda ah nak ponteng kelas sangat gitu. Tapi hehehehe ada lah gua ponteng kelas ganti hari ahad tu. Sebab tak sempat balik haaa. So turun KL dengan Kak Needa. Then tunggu Kak Nano dekat KL Sentral. Then tunggu Kak Ash datang ambik bawak pergi Hulu Langat. Dimana berlaku nya tempat kejadian. Sangkut Villa. Lalalala. 

Sedih tak sedih dalam kereta berbuka minum air je tapi kenyang nok. Yelah. Nak jumpa babyboy setelah sekian lama tak jumpa. Yelah. Masing masing busy dengan kerjaya. Eceh. Haha. Thanks a lot to kak Ash kasi bawak we all pegi Sangkut Villa tu. Tapi punyalah dugaan boleh terlajak. Sesat gitu. Sebab tak jumpa petronas yang sepatutnya jumpa crew tu. So patah balik taraaaa! Jumpa lah semua orang dekat Petronas mana entah. So gerak ah pergi Sangkut Villa tu. Yeayyy. Nampak lah ramai orang. Suasana raya sangat nok. Dengan pelita nya semua. Fufuh. Meriah. Serious talk aku taktahu pun ramai artis yang ada. Seriously. Yang tahu nya Dato' Siti Nurhaliza je. Haha. 

Pastu duduk kejap tunggu diorang shooting nampak Che Ta dengan Erra Fazira. Apak dia. Sumpah aku tengok diorang macam anak patung. Sangat lawa T,T Fufuh. Then then then duduk duduk sejap nampak babyboy pakai baju pink tengah joget joget dalam villa tu. Pergh pergh dia handsome wih pakai baju melayu warna pink. Haha. Tergugat iman. Nasib baik bulan puasa. Haha. K pastu dia keluar dia buat lawak. Jujur aku cakap dia memang lawak. Masa off camera tu memang banyak dia merepek. Haha. Tergelak gelak gua. Haaa gua memang kaki gelak. Pastu nampak siapa eh haaa Stacy dengan Aril AF pun ada. Stacy dengan rambut dia tu memang cantik gila wih. Sangat cantik. Okay bah kalau kau. Haaa. Pastu en en Dato' Siti Nurhaliza datang. Ya Allah dia cantik sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat. K dengan suara dia lembutnyaaa. Pergh. 

Then then ramai doh datang. Emma maembong Chacha Maembong Kaka azraff semua datang. And serious talk diorang memang lawa. Pandai Wire Fame cari artis. Haha. Semua talented semua lawak. Bila gua nak jadi artis wire fame jugak ni? Haha. Pastu en ada Nabil Rajalawak. Pastu Ben yang kecik tu pun ada. Nak dijadikan cerita Nabil tu boleh tahan lawak dia. Merapu. Berdekak gelak wih. Part paling best Nabil tiru Dato' K. Hahaha. Sumpah event tu best gila gila. So tak menyesal lah pergi. Pastu bila dah habis semua tu, abang macam penat je. Memang nampak dia penat haa. So sempat ambik gambar je. Tak sempat sembang lama pun. Haa haa. Tapi dia  handsome. Sangat handsome. So korang kena tengok okay nanti dekat Astro Ria okay?

Jangan lupa tengok Fuyoo Raya Zizan, raya kedua pukul tiga petang dekat Astro Ria. Jujur gua cakap program tu best. Serious talk. Zizan Razak sangat lah lawak. And and dia interview orang pun banyak lawak. Ramai artis cantik handsome semua ada. So kalau sayang Zizan Razak kena tengok okay raya kedua nanti? Semoga ada muka buruk gua dalam tv. Kalau ada lah. Memandangkan gua memang duduk belakang belakang. Taktahu lah keluar tv ke idok. Tapi gua tak peduli, korang semua kena tengok okay? Serious talk memang sedap program tu. Potong kuku ah kalau tak best haaa. Haha. So thanks a lot to pihak yang bawak siewleng ni jumpa babyboy dia lagi sekali. It was an awesome night. Terharu gilaaa T.T terimakasih. Hihi. 

So ada lah beberapa keping gambar yang gua ambik. Tapi takda lah semua artis. Yelah semua macam busy nak balik awal. Hehehe. SO tengok ni. 

The awesome ZTF ever :D Thumbs up!

Taraaaa! Siewleng and her babyboy. Tapi muka saya buruk. Yelah. Saya tak cantik. Hm hm. 

Another picture from paparazzi. Haha. Nampak macam sedondon je. Lalala. Haha. 

The very beautiful Kaka Azraff. And she is sooooo friendly. Serious talk. 

The very tall Nabil Ahmad. Ke gua yang pendek? Hm hm hm. Haha

And Taraaa! Aku bo bo bo bo bosan! The gorgeous Stacy. Phew. Dengan putihnyaaaa. 

Okay. Tu je yang sempat gua bergambar. Yang lain tak sempat. Yelah. Semua busy kan. Takboleh nak buat apa haaa. Hihi. Tapi still bersyukur lah boleh jumpa ramai orang dalam satu malam je. And yang paling best boleh lepas rindu dekat babyboy gitu. Haa korang kalau nak lepas rindu, nak tengok abang zizan yang awesome tu, jangan lupa tengok okay raya kedua nanti. Hihi. 

Jadi adik adik kakak kakak abang abang. Itu saja dari saya. Hehehe. Saya rasa dah lama tak update jadi saya update. Dan saya rasa juga nak bercerita. Haha. So itu saja. Keep on supporting Zizan Razak okay? Don't forget to follow @ZTF_Official on twitter. Hihi. Dan follow semua page ZTF. Ihiks. Dan dan dan. jangan lupa follow keek gua yang hambar tu. Yelah saya takcomel. Lalala. keek.com/siewlenggg . Okay tu je. Selamat bersahur semua. And selamat berbuka. Keep on topup pahala okay? Hihi. Much of love. Me loves you readers. Hihi. Assalamualaikum :)

Wednesday, 17 July 2013

Assalamualaikum Ramadhan :)


Hi Hello and Assalamualaikum. Haa gitew. Cerita dia gua sangat lah busy sampai gua takda masa dengan buah hati babybloggie gua. Ajet ajet omeyy gitu babybloggie. Phuii. So peoples, aku tak rasa yang aku ni dah terlambat nak cakap Salam Ramadhan kepada semua umat islam di seluruh dunia. Haaa satu dunia terus gua ucap. Kerja nak international je. Hewhew. So selamat menyambut Ramadhan lah semua adik adik kakak kakak abang abang kacak bergaya dan bermakna. Selamat topup pahala lah semuanya. Mulut tu kurang kurangkan sikit mengata orang. 

Okay sejap. Aku taktahu kenapa aku rasa macam aku dah makin awkward lah wih nak update blog ni. Aku taktahu nak bebel apa. Mungkin aku rasa aku makin matang. Eh tak jugak. Eleh. Mungkin matang sedikit jelah. Eleh sikit sangat jelah nak matang tu. Tapi aku ni matang ke? Eh matang matang ni apa? Ah sakai. So maaf lah semua andai kata blog gua ni makin boring. Gua takda input nak letak apa lah hoi. Hewhew. 

So cerita dia aku nak cakap yang aku puasa jauh tau tahun ni. Haaa puasa di Yipoh bersama teman teman tercinta. Haaa gitew. Ye ah. Dah sem dua, dah besar sikit, duduk rumah sewa dengan member member konon berdikari semuanya. Tapi gua rasa diorang power lah jugak. Memandangkan aku tak pernah kebulur dekat rumah ni. Yelah. Diorang gila memasak. Hm perut gua ni kenyang lah kiranya. Dan alhamdullillah diorang tak pernah bunuh gua dengan masakan diorang. Contohnya diorang tak pernah letak racun dalam nasik yang aku makan. Mahupun diorang tak pernah cuba untuk bagi gua makan nasi kangkeng. AHAHAHHA! Okay. Gua gurau :( Jangan mawah. Uhuks. 

Haaa jadi, power jugak lah kan puasa jauh. Tapi tak sehebat puasa di Kelantan. Di Kelantan nak makan takpayah buat keluar duit sendiri. Makan ajo. Semua dah terhidang atas mejo. Haa lepastu dekat Kelantan pergh pergh makanan diaaaa. Haaa yang paling sedeh, gua tak jumpa akok kat sini hoi ! Aku dah macam mengidam sangat gitu. Nak makan akok :( Tapi kat sini tak jumpa akok pun. Hm hm hm. Lepastu kalau dekat Kelantan dulu sempat ajo nak gi terawih tapi gua kat sini, stakat ni macam tak berkesempatan lagi nak pergi terawih atas sebab sebab yang tertentu lah. Ihiks. Pastu cerita dia lagi dekat kelantan dulu balik terawih, haaa cari rojak buah. Pastu makan dengar rakusnya. Kiranya malam dah macam jadi masa untuk makan sepenuh perasaan lah. Tapi kat sini, makan assignment gua. 

Dah. Boring pulak cerita gua. Boring tahu boring? Tapi aku saja update blog ni sebab aku taknak habuk habuk menguasai blog aku ni haaa. Nak harapkan korang sapukan habuk memang idok. Oh yaaa. Gua nak cakap yang gua sedang kecewa sekarang. Kecewa kerana cinta. Haa. Cinta bertepuk sebelah tangan. Memang kecewa ah cerita dia. Sedih dan emosi. Tapi saya janji dengan diri saya sendiri yang saya takkan harapkan beliau lagi. Saya dah kecewa. Sangat kecewa. Tau tau tau? Okay dah. Bye semua. Selamat berpuasa. Selamat bersahur, selamat dunia akhirat. Dan pesanan saya lagi bulan puasa ni kurang kurang kan lah buat dosa tu. Eh eh. Note to self ni. Selamat memeriahkan bulan Ramadhan, bukan dengan mercun tapi dengan pahala. Amin. So bye and assalamualaikum :)

Wednesday, 3 July 2013

A few days in Ipoh

love | Tumblr
Hi rakyat rakyat jelata yang sedang merindui beta dengan tenatnya. Okay jangan tarik tarik baju beta ni. Tahulah rindu. Bertenang bertenang. Nanti kita ambik gambar sama sama. Rindu benar tuan hamba semua pada beta. Padahal beta takda lah merindui tuan hamba semua. Hm maaf ye kerana beta ini jujur orangnya. Baiklah baiklah. Jangan menangis. Nah. Ambik chopstick ni. Pergi korek telinga. Tak memasal. Haha. 

So peoples, i've been in Ipoh New York dah seminggu rasanya. So banyak jugak benda baru dihadapi. Dimana gua kena mula belajar shopping barang dapur. Mula masuk dapur seperti dirumah. Mula menjadi seorang yang sedikit rajin. Eh sikit. Ah itu tipu. Gua senanya masih berperangai malas seperti dulu. HAHA.

Cerita dia aku pergi camp seminggu hari tu. Balik balik rehat sehari gerak ipoh. Hm rindu jugak dekat kem ni senanya. Rindu tak nak ajar CPR. Eheh. Rindu nak usha usha anak anak ikan dekat kem tu haa. Walaupun dekat kem tu kerap jugak aku dimalukan dek kerana aku ada penyakit yang amak unik iaitu aku suka melakukan perkara yang aku sendiri tidak sedar apabila aku terperanjat. Haa gitu. Teruk jugak aku kena dekat kem tu. Sampai penat tau. Sampai budak budak panggil kak latah tau. Haha. 

So balik Ipoh hari sabtu, sampai terus gerak pergi kedai makan, lepak tengok bola. Duduk semeja dengan geng dimana gua sorang je supporters Kelantan. Yang lain semua JDT. Haha tapi yang powernya gua respect kelantan main hari tu. Tahniah kerana berjaya kekalkan piala tu. Tahniah sebab menang. Alhamdullillah lah Kelantan main tak teruk tu. Haha. 

Then lepas tengok bola sampai rumah, bajet bajet nak biasakan diri dekat rumah. Lepastu tanpa kemas barang gua membuta macam orang gila, lepastu dengan didikan dan asuhan classmates dapat lah jugak gua buat esaimen. Mula mula sampai Ipoh terus tak tidur dua hari bak hang. Powernya penangan esaimen ni haaa. mohon anak anak raja kesiankan aku dan ajak aku kahwin. K. 

Dan apa lagi eh nak cerita? K takda apa. Keadaan di Ipoh okay okay saja. Insan insan di Ipoh pun okay okay saja. Eh eh? Okay takda apa. Haha. Kbye itu saja nak cerita. So awak awak semua ni ada nak cerita apa apa tak? Okay. Ada eh? Okay. Takpayah cerita sini, cerita dekat blog awak okay? Ini blog saya jadi cerita saya je dibenarkan. Okay bye semua. Doakan saya baik baik saja disini. Doakan kebahagiaan dan kejayaan saya disini. Haa gitew. Bye peoples. Assalamualaikum. Muah :*

Sunday, 23 June 2013

I'm In Dilemma.


DANGGG! I am totally in dilemma. Nak pergi camp or nak balik Ipoh. Ah gilagila. My fault. Kalau pergi camp petang ni dah gerak, kalau tak pergi hari ni patut cari tiket and balik Ipoh as soon as possible. Phew. Memang niat asal nak pergi camp, siap suruh pejabat hantar surat bagai. But what happen right now is, aku taktahu apa status surat tu. Diluluskan untuk menyertai aktiviti luar ke tak. Means, aku tak tahu lah aku dibenarkan pergi camp ke tak ni. Bala bala bala!

Ergh. Salah aku. Sebab haritu masa balik Ipoh tak pergi HEP pun tanya pasal surat tu, tibatiba hari ni nak gelabah gila babi. Pebenda siak aku. Hm tadi dah try call HEP and HEP tutup. Memang hari Ahad office tutup ke ape? Alah mana aku tahu. Aku bukan orang Ipoh. Kalau dekat Kelantan office bukak hari Ahad. Hm hm. 

So sekarang ni status surat tu aku taktahu, dan aku taktahu nak pergi camp atau balik Ipoh. Gila. Kalau balik Ipoh, tibatiba surat tu lulus, aku akan menyesal seumur hidup sebab tak pergi camp tu. Tiap tiap tahun pergi camp kot. The next is, kalau pergi camp, tibatiba surat tak lulus, mati aku nak jawab dengan lecturer senibina yang boleh tahan garang garang tu :( Hm cemana ni ?

BALIK IPOH , masuk kelas macam biasa or packing barang then gerak PERGI CAMP petang ni. Susah nya jadi Nur Amirah Auni. Benda senang pun nak buat susah. Omg omg ! Sayang tau nak tinggal camp. Sayang. Tapi pada waktu yang sama takut nak tinggal kelas seminggu tanpa kebenaran. All I can say right now is just, SEMOGA SURAT TU DILULUSKAN. AMIN. Kalau surat tu lulus, aku janji aku takkan ponteng kelas melainkan ada hal yang betul betul betul penting. JANJI ! Kbye. Assalamualaikum. 

Saturday, 22 June 2013

Oh Bantal Peluk

Imageshack - thvn.jpg

Hi manusia manusia yang tidak membuta dan tengah segar. Hi semua dan assalamualaikum bagi yang wajib menjawab salam. Ihiks. So aku takboleh tidur, seksa gila noks. Dah lama tak berpisah dengan bantal busuk, tapi semalam aku tinggal dekat Ipoh. Pastu aku rasa macam aku rindu bantal aku. Rindu gila sampai aku takboleh tidur. 

Apebenda masalah aku ni? Aku rasa bantal busuk tu dah sapu minyak dagu dekat aku tu yang sampai aku teringat ingat dekat dia. Tak pun bantal busuk tu dah bagi aku nasi kangkang. Pergh. Hahahaha! K aku bergurau Jangan marah. Uhuks uhuks. 

So sekarang babyboy kite dekat Paris tau. Siapa babyboy aku? Ye ye, mungkin ada yang belum tahu, dan aku tahu ramai sangat yang nak tahu, aku faham, jangan segan, kalau korang nak tahu siapa babyboy aku bagitahu lah. Hm hm. Haa kau , nak tahu kan? K. Zizan Razak nama dia haa. Apa? Dia dengan emma? Eh tak. Emma tu saja je nak coverline aku dengan babyboy aku. Yelah. Aku ada bagitahu dia, biar hal aku dengan babyboy aku ni takda siapa yang kecoh. Hm hm. HAHAHA! 

Babyboy ada ajak aku pergi Paris sama, katanya nak honeymoon kali keberapa entah. Tapi aku dah bosan, dah selalu sangat honeymoon, dah bosan pergi Paris tau. Yelah, kalau aku tak masak, kitorang selalu jugak dinner dekat Paris, New York, Los Angeles. Ikut mood ah nak makan apa. Kalau Paris tu dah selalu pergi. Alah, dulu kan stay sana. Sekarang je stay Malaysia atas desakan peminat peminat kitorang. Hm hm. HAHA. 

Apa? Aku malas masak? Sebab tu makan luar? Eh tak. Mana ada. Aku bukan malas masak, tapi yelah, babyboy taknak aku penat. Aku nak kemas rumah pun tak kasi, eh kalau kau nak tahu, dia tak kasi aku berjalan, selalu dia je yang dukung. Haaa tutup mulut tu masa aku bercerita, masuk lalat nanti. HAHA! Tu pun babyboy merajuk aku taknak ikut dia pergi Paris, tapi okay lah balik. Sebab aku dah janji dengan dia masa dia kat Paris, aku janji akan setia. Atotototo. Haha

Tapi senanya aku nak cakap aku sedang merindui bantal peluk aku. Mohon ramai yang mengasihani aku. Okay tu je nak cakap. Bye. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Hahaha. Assalamualaikum :* 

(1) teen quote | Tumblr

Friday, 21 June 2013

PERASAAN.

Totally trueeee! | via Facebook

I wish I could do this. Stop disturbing peoples who avoid me. But seriously I can't. I don't know why but I think that is the major problem with me. Sometimes I feel that my life is totally sucks. Yes. I laugh too much. Happy too much. But I guess no one knows what do I felt actually. I am totally dying. I've so many problems and I don't know how to settle it ALONE. I wish I could handle it but I can't. I wish I could share it with someone but I don't how and where to start. It is too complicated. Only ALLAH SWT knows what I felt. 

Hmm, tapi aku taktahu macamana nak settle masalah dengan manusia manusia ni, aku takpandai nak luah luah. Kalau luah aku takut orang salah anggap. Entah lah. Eh sakai lah rasa. Kadang kadang rasa nak lari dari dunia ni. Nak berehat dari berfikir macam ni. Kalau boleh aku rasa nak delete nak buang jauh jauh masalah dalam kepala otak ni, but its not easy. No one can't even do it. Kalau boleh buat, i guess everyone will live happily ever after without any problems. 

Scars & Stories | via Tumblr
All I can say is just, benda benda ni jelah yang main dalam kepala otak aku. Macam macam aku fikir. Itu ini itu ini. Faham tak aku rasa macam life aku SUCK gila gila. Eh aku nak lari weh. Dulu tak macam ni sial. Aku takfaham kenapa aku jadi macam ni. Dulu kemain heartless, orang buat itu ini aku tak kesah, sekarang semua benda nak ambik serious. Eh bodoh siak aku. Sekarang ni aku macam mudah nak tersentuh. Hish sakai lah weh macam ni. Pastu nak touching touching. Weh, aku nak lari dari semua ni weh. Nak lari. Serabut. Sangat serabut. Saiko pun ada rasa. Tapi hish entah laaaaaah. Yee, aku gelak aku buat lawak jadi bengong, tapi eh hati, hancur lebur, taktahu apa yang aku nak. Semua benda dah jadi tak kena. Apa yang aku nak semua aku tak dapat. Sebab tu orang cakap, JANGAN TERLALU MENARUH HARAPAN YANG TINGGI UNTUK MENDAPAT KAN SESUATU, kalau kau dapat apa yang kau nak tu, ALHAMDULLILLAH, tapi bila kau tak dapat, kecewa diaaa, Ya Allah, sakit weh rasa. Haa macam ni lah rasa dia. Macam ni. 

No worries | via Facebook
Saat paling sakit bila takda orang yang faham apa kau rasa dan takda orang kisah pun apa kau rasa. I just need a hug bila aku sedih, tapi ada siapa kesah? Takda wih :( Pedih. Sakit. Ye, ramai yang boleh dengar aku bercerita, yang boleh dengar aku luah perasaan, tapi tak semua faham. TAK SEMUA. Bercerita dekat orang yang takfaham apa kita rasa ni susah jugak, end up kita balik yang sakit hati. Susah nak cari orang yang boleh tenangkan kita sepenuhnya. SUSAH. That is why I said yang I am totally alone. Aku takda kawan yang betul betul rapat untuk dengar masalah aku tu semua. Macam aku cakap, orang dengar tapi orang tak faham. Balik balik, kutuk kita dekat belakang. Sedih doh sedih. 

Scars and Stories | via Tumblr
This. Sometimes, I just hate night. When I'm alone. Masa ni semua benda nak fikir. Haa macam sekarang ni lah. Aku rasa aku serabut, aku rasa aku sedih, aku perlukan seseorang, aku cari orang tu, tapi bila orang tu cakap, "eh got to go, ada kerja, nak buat itu, nak buat ini" and I was like, I just need someone to cheer me up. Tolong aku hilangkan semua rasa ni. Tapi ada tak orang macam tu? TAKDA. Semua blah. SEMUA. There must be a reason when I find you, thats mean I really need you. Buat lah aku gelak macam aku buat orang gelak. Aku tak selalu buat orang gelak, tapi aku harap ada orang yang boleh buat aku gelak bila airmata aku hampir mengalir, tapi apa yang jadi, orang bagi harapan palsu dekat aku. That make it worst. 

http://weheartit.com/lousummer | via Tumblr
There is a lot of peoples like this. Phew. Sangat ramai. So why don't I just die? Maybe when I'm no longer here, peoples will care about me and appreciate me more. Macam orang lain, I just want to be appreciated. Faham lah. Tapi apa yang jadi, masa aku ada orang buat itu ini dekat aku, sakitkan hati aku, buat aku menangis, tapi bila aku dah cukup kuat buat keputusan untuk lepaskan manusia manusia macam tu, masa tu baru cari aku. Sampai bila bila pun aku masih stuck dengan benda yang sama. Weh, I need to go on, tapi aku takboleh sorang sorang. Aku perlukan orang untuk teman aku, bagi semangat dekat aku.

Pheed

This shit are happen to me right now. Pedih siak. Sakit hati ni. Aku tahan je semua. Aku tahan selagi mampu aku tahan. Aku penat dilayan macam sampah, orang nak aku, orang cari, tapi bila aku nak orang, orang blah. Masa orang ada masalah, aku best friend tapi bila aku ada masalah? Mana best friend aku? MANA? Bukan nak mengungkit bukan nak harapkan balasan, tapi cukup lah kau jadi kawan yang boleh tenangkan aku bila aku sakit. Aku tak harap lebih pun. Hm. Aku cuma nak rasa yang orang masih hargai aku, aku cuma nak rasa yang ada orang sayang aku. Tolong lah bagi aku rasa tu, tolong. Kawan nak bergembira ni ramai, tapi takramai yang ada dengan kita bila kita susah. Sakit weh sakit. 

(!) | via Facebook
Nur Amirah Auni sangat penat nak layan perasaan dia sendiri. SANGAT SANGAT PENAT. Tolong lah manusia sekeliling ku, berhenti lah mainkan perasaan aku, berhenti lah sakitkan hati aku, kalau korang takboleh gembirakan aku, tak apa, cukup lah sekadar korang tak sakit kan hati aku, buat aku terasa. Weh Aku banyak gelak, aku bengong, aku gila gila, tapi tak semestinya orang macam aku takda perasaan. Kau nampak aku bahagia tapi hati aku? Tak siapa tahu wih. Maaf andai kata ada orang tak puas hati dengan perasaan perasaan bodoh aku ni. Nak cakap aku tak matang pun cakap lah, aku tak kisah. TERIMAKASIH SEMUA. TERIMAKASIH. Aku sangat penat dengan semua ni. Aku nak kawan yang betul betul boleh jadi kawan, kawan yang takkan rendahkan aku bila aku cerita masalah aku, kawan yang tak pernah lari bila aku perlukan perhatian, kawan yang tak pernah berhenti usaha buat aku gelak bila airmata aku nak jatuh, kawan yang boleh peluk aku disaat aku rasa teruk, kawan yang boleh lap airmata aku, kawan yang faham apa perasaan aku. Weh aku cuma nak orang sedar kewujudan aku. Bukannya buat aku macam ada takda je. Maaf. Benci lah aku kalau korang rasa aku pentingkan diri, MAYBE ada yang akan cakap aku saiko update benda benda bodoh ni tapi inilah apa yang aku rasa. Assalamualaikum. 

Aku harap aku boleh lari dari dunia ni sementara. Aku sangat penat. Aku rasa aku takguna. Aku rasa aku tak diperlukan. I AM TOTALLY NOTHING. 

Monday, 17 June 2013

My FAULT.

~*My Life*~ | via Facebook

And im crying alone at night. Did someone cares? No one. Because I am totally alone. Keep hoping for something that I will never get. Well. I just a little girl that has so much dreams. For god sake, I am totally tired being in this way. You used to be my bestfriend a month ago and what happen right now? You just go away like that. No! That is not your fault. My fault. 

Salah aku sebab takboleh terima perubahan kau. Dulu kau layan aku lain sekarang cara kau layan aku lain. Dulu aku rasa kau sayang aku dan sekarang aku rasa kau nak lari dari aku. Sorry bro. Aku takboleh terima perubahan tu. Aku takboleh. Ye. Kau tak cakap apa apa. Tapi salah aku. Sebab aku perempuan. Mudah cair dengan semua benda sweet yang lelaki buat. Maaf. Hati aku rapuh. Jujur. Tu kelemahan aku. The first time we know each other, aku rasa bersyukur kenal kau. Aku rasa kau sayang aku. Tapi sekarang? Aku hilang kau gila gila. No! Bukan salah kau. Salah aku. 

Manusia, mudah berubah. Tapi kenapa kau jadi orang lain? No. I just over thinking. Banyak sangat fikir mungkin. Banyak sangat tengok conversation lama. Conversation yang fun gila. Yang takpernah ada masalah pun. We just enjoy ourselves and enjoy the conversation. Haaa nak berdrama ke ape ke nak buat lawak ke nak jadi ape ke semua takpa. Tittle kita apa masa tu? Dulu kemain boleh nak ngada ngada itu ini. Boleh. Semua boleh tapi sekarang? If dulu nak OTP berjam jam pun boleh. But now? Got nothing to talk. Okay. Aku yang salah. Peoples move on while me masih ingat benda benda dulu. Benda yang awal awal kenal dulu. Tapi kau faham tak bila kau dah berubah aku rasa aku hilang kawan aku? Kau faham tak? Aku nak kau yang dulu. Kau yang boleh terima semua benda pasal aku. Yang boleh layan aku macamana sekalipun. Yang boleh 24jam dengan aku. Yang boleh dengar aku membebel. Yang boleh membebel itu ini dekat aku. I'm wondering kenapa dulu boleh sekarang tak boleh? Babe. Aku hilang kawan. Aku sedih. Aku try cari kau yang dulu tapi aku takjumpa. Sumpah aku tak jumpa :'(

I don't know what is my problem. Aku tak suka perubahan yang macam ni. Serious aku tak suka. Aku rasa lost. Aku sabar. Aku tahan semua benda. Aku tahan perubahan tu dan aku belajar untuk terima. Tapi aku takboleh. Sebab aku rasa kau yang dulu lagi sayang aku. Kau yang dulu lagi care pasal aku. Aku takboleh weh. Aku try nak act macam biasa tapi aku takboleh. Sorry. Aku dah buat perangai gila aku. Tapi aku takboleh go on bila aku rasa kau terpaksa layan aku. Aku harap ni malam last aku menangis. Aku tak nak nangis dah. Tolong. Aku dah penat. Sangat penat. Maaf weh salah aku. Tapi tolong faham. Aku rindu kau yang dulu. Aku tahu aku tak sempurna tapi tolong jadi kawan aku yang dulu. Hm. Walaupun aku tahu ni salah aku. Ye. Salah aku sebab berharap kau takkan pergi. Berharap kau tak pernah hilang. Berharap aku tetap jadi keutamaan kau. Berharap aku jadi 24hours kau. Maaf weh maaf. Tapi satu aku nak cakap, AKU SAYANG KAU. 

love | Tumblr

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !