BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Tuesday, 12 February 2013

The DSB1A. The New Sweethearts :*

6bda212033e811e2b95b22000a1fab39_7_large
And hello. Assalamualaikum. Selamat pada waktu yang sepatutnya. Tak kisah lah pagi petang malam pun asal semorang selamat. Nampak caring disitu. So here dengan gaya yang agak vogue aku datang update blog walaupun gaya berkenaan bukan gaya aku. Aku anak kampung je. Mana pandai nak vogue vogue ni. Vogeh vogeh boleh lah. So sekarang ni gua tibatiba rasa nak update blog pepanjang. Memandangkan gua jarang jarang dah balik Paris yakni Kelantan, gua rasa adalah hak gua untuk menulis panjang panjang. Biar lu lu yang baca ni rasa terharu dan juga rasakanlah. K. Kalau gua merepek tu tak pelik lah. Gua jadi artist pun sebab gua ni berseni. Walaupun takda kaitan, gua nak lu guna otak otak lu untuk kait kan apa yang gua cuba katakan. Haaa tu dia. Gua nak membantu lu semua untuk berfikir. Gua taknak lu jadi seperti katak bawah tempurung yang mencurah air ke daun keladi dan hanya mampu harapkan pagar untuk pagar makan padi. HAHA! Gua taktahu gua terer dalam peribahasa. Kalau cikgu gua tahu, dia dah lama suruh gua ganti dia mengajar. Haa tu dia. 

So here, aku rasa aku nak cerita life di Ipoh , New York memandangkan aku tak pernah cerita dengan lebih terperinci hidup aku kat sana. Ye kome semua mesti risau. Ye dak? So hidup aku cemtu lah. Bangun pagi mandi pergi kelas jalan kaki dengan classmates, masuk kelas, buat lawak hambar, balik tengahari, rehat, singgah makan dekat cafe campus, bayar dekat acik oyot, naik bilik sembahyang pastu siap siap jalan pergi kelas balik, belajar, then balik, sepanjang perjalanan menyalak melompat jadi red indian panggil orang tu panggil orang ni kira pagar ahhh. Tu semua kerja aku. Thanks kawan kawan ku. So here boring ah jugak. And of course duit keluar macam air kau tahu tak? Tahu?! Dengan aku nya boros, makan taknak kalah, tamak nak mampos, memang selalu habis lah duit aku. Pastu weekend keluar pulak pergi tengok movie makan dekat food court nak balik kamsis beli mcd pulak. Gila nyah life aku kat sana. Takda orang control duit. Kalau kat sini takpa. Mama ada. Keluar selalu mesti mama bising. Kalau kat sana, keluar, mama tak bising dah. Mama faham anaknya stress belajar. Ceyh konon. Haha. Ni tak duduk rumah sewa lagi. Kalau next sem duduk rumah sewa banyak lagi keluar agaknya duit aku. Fuhh. Aku kena masuk mana mana tusyen yang boleh ajar aku manage duit dengan baik mungkin. Ataupun aku kena lantik sorang untuk jadi PA aku. Mana tahu ada siapa siapa nak buat kerja amal, boleh lah korang jadi PA aku. TOLONG lah. 

So kalau hari hari yang cerah, aku pergi class, tidur, basuh baju, makan semua, tidak lupa malam malam yang gelap. Malam malam yang gelap aku siapkan assignment (konon) pastu bila terlampau stress dengan assignment aku turun dataran kamsis cari insan insan yang mampu menceria kan hati ini. Haaaa tu dia. Brought to you by me, DSB1A ! Ching ching ching. AKu memang nak cerita pasal diorang senanya. Sebagai peminat tegar artis hot meletup pung pang pung pang bunyi belanga macam aku ni, aku rasa korang semua ada menyimpan niat kecil dihati nak kenal jugak ah kan orang yang baik dengan aku kan? Korang nak buat baik dengan diorang biar korang boleh baik dengan aku kan? Haaa. Aku dah nampak dah permainan korang. So here we go. Ehem ehem, nak cerita pasal siapa dulu haaa? Lets start with ladies. Muahaha!

Jap , let me talk about our PA first. Penasihat Akademik. Goes to Papa LAN :) Encik Azlan Ayob. Haa tu dia. Setiap kelas ada PA tapi aku rasa PA kelas kitorang best gila. Kau bayang ah masuk kelas dia lepak. Makan nasik lemak beli dekat koperasi seringgit dua puluh sen. Tu dulu. Sekarang takboleh makan dalam kelas dah. Kenapa entah. Takboleh nak makan kelas cik lan dah. SO so so, dia best. Kau bayang ah dia boleh ikut je kepala kitorang. I mean sangat sporting. Kau bayang ah kitorang taksuka exco kamsis dia boleh rileks je. Maksud aku dia boleh lagi menganjing nganjing kitorang dengan exco kamsis tu. K ah. Dia taksuka jugak agaknya dekat si Meor tuh. Haha. Dia best. Jujur aku cakap dia best. Nyahaha!

Yang baju oren tu PAPA LAN :)

Dalam kelas aku ada kaki kecoh semua lengkap ah. Yang senyap. Pemalu kadang kadang. Yang banyak bercakap. Yang baik. Yang cool. Yang wat lek wat peace. AHhh. Macam macam kelas aku ni. And the best part is dalam kelas kami ada KakYong k. Engkau hado? Budak perempuan semuanya okay. Takda ah perangai buruk suka korek hidung pastu makan di khalayak ramai tu takda ah. Semua baik baik. Kalau ada pun kami suka makan taik hidung yang koperasi jual dalam botol warna hijau tu. Sedap siak benda tu. Baru bukak semua dah mintak. Dah jadi permintaan ramai. Pastu diorang macam boleh blend dengan semua ah. Semua gila ah kira. Setakat nak masuk tanjung rambutan tu boleh ah. Apebenda aku merepek ni. Jom tengok gambar sat. Tak salah rasanya. Haha

Ladies in the house yawww!

The NANA. Nanananana nanananana. Wow! Fantastic baby! Kita ada Nana. Bising jugak boleh tahan. Aku pernah tengok dia buat muka teruk dan aku tahu muka tu sangat teruk. HAHAHAHA!

Mek!And also dalam kelas tu ada Yuha yang sangat lah. Em em. Pada mulanya amat pemalu. Tapi dia tak pemalu pun senanya. Dia cuma takboleh berada di depan semua orang, bercakap, pastu orang usik usik dia. Merah siak muka dia. Haha.

The ZIZA. Ziza. Not ZIZAN. Dia  ni senyap sikit dalam kelas tu. Tapi kalau lepak dengan dia ni boleh ah dengar beliau bercerita. Cuma pendiam sikit lah. Hehehe.

Then we have Farah *Klik untuk tweethandle* . Dia duk sebelah i you. Haha. Dia serious. Kadang kadang tak. K. Masih jugak boleh blend bersama. Dan dia satu satunya minah yang turun dataran kamsis pakai kain batik.

The next is Tasha. Emph. Dia ni gila. Sangat gila. Dia suka buat muka dan aku taktahu apa dosa dia bila dia buat muka teruk pun dia tak nampak teruk. Boleh aku cakap dia paling kecik dalam kelas aku. Seriously. Dan kami sweet. Kami pasangan lesbo yang amat bahagia. Hahaha! Jangan percaya doh!

Then kelas tu ada Anis yang suara dia sangat ah. Kalau lepak dekat dataran kamsis tu, cara nak suruh semua budak kelas aku turun, kau suruh je anis gelak. Orang dengar, orang turun. Haaa. Trust me. Aku turun dataran kamsis sebab aku dengar suara dia ah. Haha. K ah tu.

Then we have kak yong @ fatin. Sebelah ziza ni orangnya. Why kak yong. AH beliau sangat gangster. Kalau aku jalan dengan dia aku rasa selamat sangat. AKu rasa selamat pagi selamat malam selamat petang. Semua selamat aku rasa. Kadang kadang rasa macam dia tu kasim selamat. Hm. Nampak tak betapa gangster dia tu? Haha.

Then we have Boloq. Yang ni pun bising jugak. Nak gelak sekali tu boleh ah. Kadang kadang ni boloq serious jugak ah. Hehe. Yang sebelah nana tu boloq.

Then we have Atika. Minah cool. Sangat cool. Tapi siapa tahu dia ni gangster senanya. Haha. Aku tergelak doh bercakap dengan dia. Aku taktahu jugak apa dosa dia, bila dia serious aku gelak. K. Bad jo. Jo is bad! Okay jap. Gua nak bagi credit dekat Atika ni sebab gua ambik gambar melalui camera beliau. So subsidi boleh diberi kepada beliau. THANKS ATIKA :*

We have Chee Yan. The only chinese in our class. Dia senyap. Tapi aku terkejut masa oral english hari tu dia boleh berlakon jadi mamat macho dan dia sangat macho. Korang kena percaya. Haha. 

Pastu ada Wardah. Senyap jugak orangnya. Hehe. Walaupun dia senyap dia banyak cakap jugak. Haaa. Cuma dia tak bising. Tapi masih lagi ikut kepala kitorang. Haha

Dan ada sorang lagi gadis ayu dalam kelas tu. Hm. Sangat ayu. Lemah lembut. Manis. Hihi. Nur Amirah Auni. Hahahaha! Ayu siak minah tu. Kbye!Sorry takda gambar. Budak tu limited edition gambarnya. HAHAHHA! KBYE !

whoahh! Panjang nau cerita budak perempuan. Aku bersyukur dalam kelas tu takda yang berperangai seperti Kilafairy mahupun Lady Gaga. Dan alhamdullillah takda yang buat perangai bukan bukan contoh nya seperti datang ke kelas memakai selipar jepun jamban berwarna biru, makan menggunakan batang penyapu dan masih belum ada lagi yang jenis suka bercakap dengan Kerusi meja mahupun pintu. Bagus betul budak kelas aku.
 
So lets proceed with the heroes! Abang abang macho dan segak bergaya serta menawan. Ching ching ching! Start dengan ketua i dulu lah. Sebab dia ketua. Haaa. Nampak aku hormat orang tu? Nampak? Haha. LEGGO !

Haa tu dia. Hanif Halim. The ketua. Nampak tak kematangan beliau tu? Nampak? He is a very serious person. Sangat serious. Wa takut dia wa habaq lu. Percaya kata gua. HABISSSS! Haha

The terengganu man. Haha. Baju kuning tu Amir and baju kelabu tu Fath. Air yang dicincang takkan putus. Try cincang diorang putus tak. SO fath kaki bahan kelas tu. Ada je tak kena. Dia suka tiru Ustaz Azhar versi Zizan. Apekename sihat belake? Haha. Dia gelak bising gila. Dan agak pelik dia gelak. Haha. Amir pulak gila pantun. Kalau buat presentation kat depan takda pantun, tu bukan dia. Seriously. Dia lawak. Dia kaki gelak. Haha. Tapi wa cerita sama lu, dia baik orang nya. Wa adore dia. Wa hormat dia. Dia baik. *Tabik* SO both of them bising siak. Seriously. Haha. Loghat terengganu tu tak hilang. Kalau zizan tahu dia mesti bangga. Hahaha

Ni Syed. Tapi we olls ni panggil EG. Ni mamat poyyo kelas gua. Dia bongok. Dia bising. Dan dikala aku bercakap, dia satu satu nya lelaki yang cakap boring boring boring. Berani dia. Dia tak kenal aku siapa agaknya. Mamat ni cool lah konon. Dia suka buat bunyi kentut dengan mulut -..- Tu je aku tahu pasal dia. Dan dia jugak gemar buat muka kalau taksilap. Hm hm. Haha. Pastu yang duduk sebelah dia tu HANIF. Tapi gambar hanif takda. Dia takda masa kitorang melakukan aktiviti. Dia balik. Em. Keistimewaan Hanif ni, dia boleh buat bunyi cengkerik dan juga bunyi burung. Dan dia mampu buat macam kelas kitorang tu, hutan. Macam macam bunyi woi. HAHA.

Yang sebelah EG tu ZAHYN nama dia. Nampak Bruno Mars tak? Haha. Sarawakian. WEll. Aku sempat belajar cakap sarawak dengan dia tapi aku lupa. Dia senyap. Takbanyak bercakap. Bercakap bila perlu. Dia earphone dan lagu tak dapat dipisahkan. Dia melukis sambil dengar lagu. Lecturer kat depan panggil dia tak dengar. Bila orang suruh bukak earphone, dia mamat paling gelabah. Dan dia satu satunya student yang berani tidur kelas Puan ZAZA. Hahaha. Dan dia juga 'anak kesayangan' Miss Agnes. HAHA! Kbye. Dear Tika, kau punya lesung pipit dalam. 

This is IZZHAM ILLHAM. Haha. Kau ilham ku. Haha. Dia ni mula mula senyap je wei. Seriously. Aku taktahu kenapa sekarang ni dia hyper gila. Dia paling lawak masa oral english hari tu. Haha. Jujur wa cakap lu, beliau unique. Aku rasa tiap kali dia buat presentation kat depan, masa dia bercakap, semorang focus. Haha. 

K. Next. Abang tegap dan segak pakai baju hitam tu AZMIL nama dia. Dia ah kaki buat aku latah. Kalau korang lalu depan Kamsis, kau tibatiba dengar perempuan buat bunyi red indian kat tepi jalan, tu semua kerja dia ah. Dia takpernah gagal buat aku latah. Satu kejayaan baginya mungkin. Nampak diam tapi hmm. Ada ke budak kelas aku yang diam? Haha. Takda! Baju kelabu tu pulak ZUL. Zul ni diam pada awalnya. Tapi sekarang dia dah macam pandai dah kacau orang. Sejak sejak orang tahu aku latah, semua budak diam dalam kelas tu semua pandai mencuba nasib nak kacau aku. Haha. ZUL pemalu, tapi takda ah pemalu sangat. Dia ngek jugak. Dia scandal NANA. Eh? GURAU! Haha

K. Abaikan yang ramai ramai. Aku nak kau focus pada yang pakai spec baju kelabu. Haaa, tu NIK. Dia senyap. Takbanyak bercakap sangat. Tapi takda ah tak bercakap langsung. Haha. Kadang kadang dia takmasuk kelas sebab tertidur. Good Nik good! Haha. Baju biru tu pulak BAKHTIAR. or else, bakhtiaq~ dia orang kedah. Orang Changlun. Dia malu malu tapi aku tahu dia cute. Haha. Siapa ada dekat dataran kamsis masa dia mintak selipar dengan Yuha tu tahu lah betapa cute nya dia. Haha. Senyap senyap dia, dia pandai jugak dah kacau aku. Tahniah. Yang hujung sekali baju putih tu pulak ASYRAF nama dia. Tapi we olls panggil ACAP. Dia ni diam tapi kau kena tahu yang dia sangat berseni. Seriously. Normal lah tu. Orang berseni ni dia senyap. 

Then i have AZHAN in the house yaww. Ni Azhan. Dia satu satunya budak yang tak duduk kamsis dalam kelas tu. Dia gila. Sangat gila. Takpernah serious. Tapi kalau dia serious tu, serious sangat. Hm. Then, dia ah buat penemuan yang aku latah. Dan sebarkan dalam kelas tu. Terimakasih azhan. Sampai sekarang aku ingat -..-

Haaa. Satu satunya lelaki tu SYAFIQ nama dia. SYAFIQ SKAEMO. Emo sangat. Hahaha. Dia mamat paling cool. Lelaki yang sangat cool. Dia panggil orang, konon konon nak bising something penting, tapi dia sebenarnya cakap Hai je dekat orang tu. Seorang yang sangat bermotivasi apabila berkata kata tapi apa yang dia cakap tu emph. Hahaha! Dia tak serious wei. Dia tak pernah gagal buat aku gelak. Haha. Lawak doe dia ni. Sangat lawak. 

The next is ACAI ! Yang baju purple tu Acai. Haha. Nama dia Adib. Tapi kitorang panggil ACAI. Seriously muka dia macam cina. Haha. Acai ni pun senyap senyap jugak orang nya. Tapi tak senyap mana pun. Bajet bajet senyap. Haha. Dia present kat depan, aku ah sibuk panggil dia ACAI ACAI. Pastu dia mesti tanya, "apeeee jo?" Haha. Pastu sorang lagi JAF. Ah. Panggil JEF sudah. Tapi aku ada dengar siapa entah panggil si Jef ni JEP. Ah lantak. Haha. Jef tinggi. Dia tinggi woi. Dan dia suka buat aku jerit macam orang kena histeria. Like seriously. Fuh. Dan aku jugak akan cakap dia gila. Tapi normal ah tu kalau budak kelas DSB1A gila. Sekian. 

This is Hasif ! Dia lawak. Dia ada lesung pipit. Haha. Kalau kau dengar dia bercakap serious gila. Tapi emph. Sama macam syafiq. Bukan serious pun. HAHA. Ni pun ala ala Bruno Mars sikit. Haha. Tapi si Hasif ni baik jugak. Tapi aku malas nak bising bising. Haha. 

Maka dengan ini cukup lah ahli kelas saya. Haha. Seriously aku cakap, sekarang ni kami takda apa apa masalah nak buat apa apa bersama. Diorang semua sporting k. Sangat sporting. Kalau kitorang plan apa apa, takda lgi lah yang nak membangkang. Seriously aku rasa sangat seronok duduk kelas tu. Ini jujur. Haha. Kitorang dapat SARJAN polibriged yang sangat awesome. Boleh bergurau. Boleh buat lawak. Gelak gelak gelak. Tak stress langsung masa kawad. Kitorang satu satunya kelas yang sanggup kawan round satu padang sebab nak challenge budak kapal. Kitorang satu satu nya kelas yang dapat lecturer polibriged yang bajet bajet serious tak sporting pn, tapi akhirnya sekarang lecturer tu dah macam faham dah kitorang sikit sikit. Haaa nampak? Pastu kitorang satu satunya kelas yang lepak sama sama dalam bulatan, buat lawak gelak gelak bising bising dekat dataran kamsis tu. Sedangkan orang lain busy siapkan assignment. Haha. Pastu tidak dinafikan ramai jugak kawan kawan aku yang macam jealous ah sikit dengan kelas kitorang yang happening semacam tu. Alhamdullillah. Aku harap semua ni kekal lah. Tak macam puan ZAZA cakap masa malam camp tu. Kononnya sem dua kita takkan rapat dah. Mintak jauh woi. 

SO sekarang ni ingin aku nyatakan yang aku sayang korang. Ceyh. Sweet gila tak gua? Haha. Aku bangga ada classmates macam diorang. Gila gila. So i think i have to go. Panjang sangat dah ni. Mahu meleleh airliur kau semua baca ni. HAHAHA. So enjoy the picture dulu. Bye assalamualaikum cinta :* 

Le classmates masa ARCHINITE DINNER. Event takda lah hebat sangat. Sesi ambik gambar tu best gila. Betapa gilanya kitorang bergambar sampai akak akak kena tutup lampu sebab nak suruh kitorang berhenti bergambar.

Ni muka muka yang pantang tengok CAMERA. JUJUR.

US :) Nak tunggu bas pun sempat woi ambik gambar. Haha. DESIGN FESTIVAL 2013 :)

Again and again and again. HAHA

Tasha, the new sayang. HAHA. 

The awesome ladies. HAHA. 

Lalalala. Orang pandang buat taktahu je. HAHA

Gambar ni yang cantik ke kami yang comel? Hm. Wondering. Haha.
 
“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.” 

Thursday, 7 February 2013

I Need An Idea.

Tumblr_mht5i8bbiy1rkchmwo1_500_large 
 
Hi assalamualaikum. Berbekal kan gambar yang gua cilok dari weheartit.com , gua update blog gua hari ni. Selain itu tidak lupa pada penyeponcer laptop kepada gua iaitu roomate gua sendiri, cik puan Amy, gua melangkah dengan penuh sopan memakai baju tshirt warna hitam ada gambar teddy bear yang gua lagi comel daripada beliau dan tidak mengenakan apa apa kasut mahupun selipar, dan jangan lupa, gua juga memakai seluar, gua datang update blog gua. Aaaa nampak? Betapa panjang nya muqadimah gua. Mukadimmah gua tu lagi panjang dari mukabuku mahupun talam dua muka. Aaa nampak takda kena mengena kat situ. Tapi gua tak kisah sebab ni blog gua. Gua sedikit pun tak kesah. Kalau lu kesah, lu terbitkanlah buku kesah kesah lu. Kalau buku tu menarik, lu nak gua promo, lu bagitahu gua. Payment bagi dua. Senang buat duit. 
 
Terasa sangat lama tak update blog, padahal beberapa hari yang lalu je update blog. Malam ni tibatiba ada mood nak update blog. Entah mood siapa yang aku jumpa tadi. Jalan jalan nak masuk bilik, naik tangga, jumpa mood sebelah tong sampah. Aku kutip, ingat nak buang dalam tong sampah, tapi taksampai hati pulak. Aku pun ambik, guna mood tu untuk update blog. Itu yang dinamakan kitar semula. Walaupun sedikit bercanggah dengan alam sekitar mahupun alam semesta dan tidak lupa alarm kereta. Ah kesah? Senanya takda apa pun update ni. Sekadar nak meluahkan perasaan sebab takda idea langsung nak buat assignment Basic Design. Where me and the other DSB1A punya student kena buat our second project which is 3D composition. Ergh. And and and, i have to submit our design besok pagi. Ah. Kau tahu tak aku takjumpa idea langsung. Aku rasa idea tu dah terbakar masa Fire Drill tadi. Em em. Aku takfaham macam mana classmates aku yang lain boleh dapat idea nak buat project tu. Come on! Korang beli kat mana woi? Beli idea tak ajak. Ah. Macam ni ah kawan kan. Em em. *Bajet bajet emo*
 
Pastu esok ada pulak oral english where me still taktahu nak buat apa. Nampak tak Amirah Auni sedang takda matlamat hidup ni? Nampak tak? Semua benda aku taktahu. Ni lah akibat nya kalau tak makan sayur. K. Takda kaitan tapi tu je hujah yang mampu aku keluarkan malam ni. Mohon jangan mengeluh mahupun memasang niat untuk membangkang hujah aku. Kalau tak merasa ah kau tapak kaki saiz enam kasut polibriged tu dekat muka kau. Persoalan nya sekarang, aku nak suap kaki ke nak suap kasut polibriged dekat korang? Itu kau fikir. Hm. Aku rasa jiwa aku berkecamuk malam ni seperti nyamuk nyamuk yang nyanyuk  serta gemuk. Dah boleh buat buat pantun dengan syair dah ayat aku tu. Mohon penyair penyair tak ambik idea aku dan buat duit dengan mudahnya. Ada pulak idea aku nak bersyair. Kenapa aku tak ambik course yang berkaitan dengan sastera. Kalau tak mesti sekarang aku tengah bersyair dalam bilik sambil menari nari seperti burung kenari yang memandu kereta kancil didepannya ada kereta kelisa dan dibelakangnya ada kereta kura kura. Ah untuk binatang binatang ini. Nama mereka dijadikan kereta. Nampak tak cuba ubah topic disitu?
 
Dah dah. Udoh teman pikio pikio , teman takdok ideo dah nak menaip. Teman stress. haha. Dah ah. Aku nak cari idea nak melukis pulak ni woi. Doakan aku dapat idea cepat cepat , nanti dapat ah aku bermain badminton dengan K. Rajagobal. Nampak tak takda kaitan? Haha. Diam ah. So here, aku nak gebang gebang kan yang nama aku masuk paper sebab babyboy aku. Hehe. Metro hari isnin yang lepas ye kawan kawan. Dah terbukti ah aku ni artis kan? Aku dah cakap korang taknak percaya. Hm. Tapi aku tahu korang percaya sebab korang peminat susah mati kan? Nampak berbelit ayat kat situ? Tu seni membelit namanya. Haa sebut elok elok. Bukan sembelit. Take a look at this.
    #Facts
 
377767_10151411905167300_1074683649_n_large 
This is serious. Im OUT :) Byeeee :*

Friday, 1 February 2013

Here I Comes :))

Tumblr_mhfwkftn8a1rwwtido1_500_large

*BunyiKompang* So hello everyone. Meriah betul blog aku hari ni. Ye aku tahu. Semorang memang dah main kompang ni lama kan? Tunggu kedatangan aku je kan? K. I am so sorry peminat peminat sekalian yang memang dah lama tunggu aku update blog. K aku senanya tahu yang korang memang rindu aku kaw kaw. Ada tu sampai nak pergi sekolah pun taknak kan? Sebab sayang nak tutup laptop, risau aku update blog pastu korang takdapat baca kan? Ya Ampun memahami betul aku ni. No wonder ah ramai peminat. Aaaa nampak? Masuk bakul angkat sendiri. Aku bukan taknak suruh orang angkat. Sengaja je angkat sendiri bakul tu. Berdikari orang kata. Kesian pulak orang lain susah susah nak tolong angkat kan bakul. Bukan ringan aku ni. Nampak tak aku ni jenis yang taksuka menyusahkan orang. Nampak?

So haiii semua orang. Assalamualaikum wbt. Haaa. Berjela jela membebel, baru reti nak bagi salam. Pebenda aku ni. Tak baik sungguh. Im sorry. Atleast aku bagi salam k. Daripada aku bagi penumbuk ke penampar ke mahu lebam muka kau semua. K amirah auni. Behave. Malu kat orang. Orang pandang. Awak tu public figure. Sila jealous. So ada apa apa soalan tak nak tanya sepanjang ketiadaan aku di blog ni? Ada orang nak tanya apa apa tak? Well actually, aku ada banyak gila aktiviti yang awesome ah kan lately nih. Okay siapa nak dengar sila jerit ZIZAN sekarang. Saya kira satu dua tiga jerit k? K. Satu , dua , tigaaa ........ ZIZAN !!! K. Diam diam semua. Jangan nak memekak dekat blog aku. Suka suka hati kau je nak memekak. Pekak kang baru tahu. So aku taknak ah cerita sekarang. Memang takkan habis k. Like seriously. Hehe. So i think nak cakap je event ape. Then balik nanti aku cerita banyak banyak. Dan aku nak korang semua baca sampai muntah. 

So first event is ArchiNite where semua budak senibina terlibat. Keesokan harinya ada Design Festival dekat Mydin Meru for two days. Hari sabtu dengan Ahad. Then takde dah. Start class macam biasa. Then sekarang ni masih ada class. Sabar untuk satu minggu. Lusa aku ada kem. Pergi kem semalaman then balik. Masuk kelas lagi seminggu then balik Kelantan. Hoyeaahhh! Rindu tahap kambing meragut rumput sampai tercekik melihat ikan didalam akuarium menari lagu Bara Bara Bere Bere tau tak. Sampai macam tu sekali nak balik. Gila doh. Aku ni anak perempuan yang baik. Seumur hidup aku tak pernah lagi takbalik rumah untuk sebulan lebih tahu tak. Fuhh. Sekarang ni dah masuk sebulan aku takbalik k. Harap maklum. Rindu sangat dekat rumah tu. Seriously. Rindu rumah, rindu isi rumah. Yang bising bising kat rumah aku tu semua aku rindu. I just miss two of my sister, Nur Aisyah Auni and Nur Athirah Auni. And i miss four small brother, Abdul Fattah Akmal, Abdul Hakim Akmal, Abdul Muiz Akmal, Abdul Wafiy Akmal. Yang paling rindu Datin Sri Asiah and also Prof Madya Dato' Sri Mat Hassan. Hahahaha. Aaaa nampak tu? Aku ni anak YB. Aku TB. Haha. K bergurau ah. Jangan ambik serious sangat. Kau macam tak pernah baca pulak blog aku. Haha. 

So tu ah. Doakan aku selamat balik ke Kelantan. Dapat jumpa family yang kat sana dan jumpa peminat peminat dekat sana. Tolong lah. Aku tak sampai hati melihat penderitaan peminat aku di Kelantan yang meraung raung sampai buat perhimpunan bersih semata mata sehidung hidung setelinga telinga nak jumpa aku. Aku malas nak poyyo. Tapi ni lah hakikat. Hahaha. K dah ah. Aku rasa cukup disini ah aku merepek membebel bebel. Proudly said, makin hari makin seronok ah duk sini. Memandang kan dapat classmate yang sangat lah sporting dan gilagila. Even PA aku , i mean Penasihat Akademik kelas aku sangat sangat lah sporting k. Haha. Dan tak lupa, sarjan yang ajar kelas kitorang paling sporting. Ah semua sporting. Plus , sangat best ada roomates yang macam Amy dengan Nina. Chewahh. Dan semua kawan kawan baru ah. Haha. Tidak lupa kakanda ku babyboy yang adinda cintai kasihi dan sayangi. Bilakah kakanda ingin mengambil adinda disini dan bawa adinda ke kampung halaman dinda. HAHA. Cepat ah kanda. Mentang mentang kekanda pulang ke Australia, lupa pula pada dinda disini. Haha. K dah. Ini semua poyyo. Tolong lah. Saya nak berhenti sekarang. 

So last nak pesan, em em em, jangan lupa vote ZIZAN RAZAK for ABPBH. Please please please. Nak tengok dia menang please. Please please. Merayu ni merayu *BuatMukaComelMacamBayiYangBaruLahir* So dah. I've got to go.Haha Eh jap. Takde gambar abang lah. Hm. sorry. Update guna laptop orang. Takda gambar. Em em em. Sedih. Sorry abang. But don't worry babyboy. I love you more more and more *KenyitMata* SO got to go. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Hehe. I lapchiuuu :*

Thursday, 31 January 2013

Bored

I am boring person who always get bored,i live in boredomness

Sunday, 13 January 2013

The Dream That Never Came TRUE.

Tumblr_mgiu6sqk501rr92qho1_400_large
Hi assalamualaikum. After such a long time didn't update my blog, aku datang dengan cerita yang agak menyentapkan. Maksud aku sangat sentap. SANGAT. Sampai sekarang rasa sentap tu. K. Mohon semua orang sediakan tisu beberapa kotak sebab cerita ni sangat sedih mengalahkan cerita 3Idiots mahupun cerita Sembilu Kasih dan cerita Hantu Kak Limah Tak Jumpa Jalan Pulang Ke Rumah Oleh Kerana Sesat Kerana GPS Buat Perangai. Haaa. Panjang gila tajuk filem. HAHA. K Jangan gelak siew. Mood sedih. Camera ready, three two one action!

*BunyiViolinLaguSedih* Ceritanya bermula pada pukul 12.30 tengah hari. Aku tunggu kak needa datang ambik aku. Well. Aku stay IPOH dan memandangkan minggu ni Maharaja Lawak Mega tu dekat Ipoh aku rasa memang aku wajib pergi lah. Well. Takda apa jadi pun kalau aku pergi tapi aku nak pergi lah. First sebab aku memang tak pernah pergi MaharajaLawak tu. Takpernah sampai pun. Second sebab aku nak jumpa ZTF, nak jumpa ibu, along, yang aku tak pernah jumpa tu. And the main reason is, aku nak jumpa abang. Nak sangat. Berapa lama tunggu? Sangat lama. SO dengan bantuan kak needa tu dapat ah jugak join. Thanks a lot kak needa. THANKYOU VERY MUCH :*

Pukul 12 lebih lepas kelas memang aku rushing gilagila. Pagi tu kelas graphic then lecturer aku suruh design something ah. Aku cepat cepat siapkan sebab nak balik awal. Dah janji dengan kak needa pukul 12.30 tu dia datang ambik. Lukis cepat cepat. Then hantar kan. Pastu cepat cepat balik KAMSIS (Asrama) . Simpan baju. Then turun balik. Tunggu kak needa then dia sampai. Dia cakap nak pergi ambik Kak Ida dengan Kak Ayu dekat hotel tau. Diorang singaporeans and aku taktahu pun diorang datang. And jujur masa tu, aku rasa macam, ah segan ah dengan diorang. Jumpa pun takpernah. Bajet bajet malu ah mulamula. Kononnya nak tutup ah perangai gila ni. Kononnya. HAHAHA. Then sampai dekat hotel tu, diorang masuk atas kereta. Yelah. Sebab kitorang kan dengan kereta. Takkan tibatiba diorang kena kayuh basikal. Kak Needa pon bagitahu ah diorang yang saya ni SIEWLENG. Ke belakang sikit. Then diorang macam ooooo ni lah siewleng. Famous amos jugak aku. HAHAHAHA! K gurau. Haha. Kak Ida dgn Kak Ayu cakap dia kenal "Siewleng" sebab selalu tweet dgn Kak Lya. Haha. Kalau tak memang tidak diorang nak kenal. Haha. Seriously first first tu rasa janggal. Segan. AH. Takkan korang taktahu aku ni memang pemalu gilagila tahap penyapu yang sedang bermain kompang di majlis perkahwinan. Yelah wei Tak pernah jumpa. Gila kau tibatiba nak buat perangai speaker pecah aku nih. Bajet bajet ayu ah sikit. Hhahaha. 

Pastu kitorang pi makan. And me kena bahan. Because of kak needa bagitahu kak ayu dengan kak ida pasal aku sangat berbahaya bila dekat dengan pisau. Haha. Malu ah wei. Malu. Makan makan tu then kitorang pi menjengah stadium tu. Memandangkan kak ida dengan kak ayu nak pergi booth ibu nak beli something. Kitorang pun pi ah booth ibu. Ada lah ibu. OMG ! Ibu babyboy weh ibu babyboy ! Maka, satu hajat dah kesampaian. Nawaitu nak jumpa ibu tu dah tercapai. Cakap cakap kejap. Then ambik gambar. Nampak pulak kelibat along. Ambik gambar dengan along pulak. Hahaha. Kiranya dah dapat jumpa along babyboy, ibu babyboy. Tapi masalahnya sekarang aku takjumpa babyboy lagi. Kau kena paham tu. Lepas cakap cakap semua tu, kitorang balik hotel. And masa tu dah okay ah dengan Kak Ida dengan Kak Ayu. Siap boleh ambik gambar sesama lagi. Diorang friendly kay. Sangat friendly! Hidup SINGAPORE. Haha. Masuk bilik. And siap siap siap, we are ready for JOZAN. And masa tu jugak kak yan sampai tau. OMG! First time jumpa kak yan. And me peluk peluk her. Hiks hiks. Macam biasa ah bajet bajet segan ah mula mula. Tak. Aku tipu. Haha. Aku dah bising senanya dengan kak yan. Hahaha. Aku tahu telinga kak needa kak ain dengan kak yan sangat sakit dengar aku membebel non stop. Dah tu nak buat macam mana. Mulut ni takda handbreak. Haha. 

Pastu malam tu dari hotel kitorang gerak pi MLM. Jalan jalan jalan. Hotel tu dekat je dengan stadium tu. Meet ibu again. Kak needa pas pas tiket. Tiket kami warna pink. Tapi kami datang nak sokong JOZAN! *Tibatiba* And masa tu jumpa Kak Nurul. Dengan kawan dia, Kak An! Haha. First time jugak jumpa diorang k. First time. Haha. Pastu nampak budak Izzati dengan mak dia. Then dapat tiket, kami pun masuk ah dalam dewan tu. Tapi kak needa, kak ida and kak ayu tak masuk sekali. Seat diorang sekali dengan ibu along and crew crew m7. Kami masuk dulu. And kami dapat sabun DAIA! Hidup DAIA !!! Haha. Kami duduk dan kami sangat bersedia. Tunggu punya tunggu, keluar ah juri juri tu semua, LISA SURIHANI, NAJIB ALI, WULAN pastu AWIE! Punyalah sejuk dalam tu. Gila ah. Nak tahu sejuk nya macam mana? Kau masuk dalam peti, pasang tv. Duduk dalam tu tiga jam. Haha. Best doh jerit jerit. Pastu start ah. Tengok ah. Sangat seronok dalam dewan tu. Boleh jerit jerit , lompat lompat sambil pegang banner. Haha. Dekat sebelah kite ada abang kacak. Muka dia sejuk mata memandang. Macam Hafiz Hamidun muka dia. Rindu ah dia. k. Mohon babyboy jangan jealous. Haha. Ada ah orang orang dekat belakang kitorang kan. Diorang cakap diorang datang untuk SAYWHO, tapi diorang macam eksaited je duduk belakang supporters JOZAN. Diorang cakap diorang minat JOZAN. Hahaha. And mereka bersorak bersama kami. Yeayy! Haha. 

K sorak sorak sampai habis program. Keluar, then pi makan dengan ibu along and crew crew tu. Ibu said abang ada meeting dengan bos astro. Kitorang pun gerak pi makan dulu. Ingat abang datang ah. Hermm. Tapi tak. Ibu cakap abang makan dengan Fasha Sandha dengan Jejai memandangkan diorang bestfriend. And aku memang dah sentap gilagilagilagilagila masa tu. OMG! Kenapaa lah aku takdapat dapat jumpa abang? Why oh why?! K. Takda rezeki. Then kami balik ke hotel. Sedih siaaaa. Buat bising dalam kereta semua, pastu kena berpisah. OMG :( Me want to cry masa tu. Dengan sentap takjumpa abang belum habis, then i have to say goodbye to Kak Nurul dengan Kak An. Pastu ibu pun nak balik hotel dah. Salam salam semua. Bye semorang. Masuk bilik tidur. And pagi ni tanpa sempat jumpa Kak Ida dengan Kak Ayu, kite kena balik dah. And right now, aku dekat rumah kawan. Rumah nani, naimah. Tu yang boleh update blog tu. Haha. Kalau tak bulan dua lah aku update pasal semifinal maharaja lawak. MUAHAHA! Majlis diteruskan dengan tayangan gambar gambar sepanjang aktiviti *SuaraPengerusiMajlis*

Benda alah ni ah aku lukis dengan bersungguhnya sebab nak balik awal.

Aumm. Mother in law. HAHAHA! K gurau. This is ibu. Aku rasa kalau aku takcakap dia peramah semorang dah tahu dia peramah. Sangat peramah. Omg. Ibu babyboy! Haha

Along! Nampak tak muka dia iras siapa?! Nampak?! Haha. 

I've got this. The ticket. Muehehe. First time pegang ticket ni. 

I'm in. Haha. Meriah okay stage dia. Ni memang ah gelap. Kalau dah bukak lampu, OMG sangat. Jakunnya aku. Haha

At the left side is Kak Ayu and at the right side is Kak Ida. Glad to meet them. Seriously. Mereka peramah sangat :) Will miss them. I will. Demi Mu Ku Rela. 

Ini Kak Yan saya. Haha. Kak Yan sangat pening berada di sebelah saya masa dalam kereta kerana saya bising. Ampun Kak Yan. Haha

Kak Needa. Thanks to her sebab bawak siewleng ni ke Maharajalawak Mega. Takdapat jumpa abang pun takpalah. Janji dapat jerit untuk dia. 
Zizan'sTwitterFamily. K lelaki sebelah saya tu dia duduk sebelah saya. Sejuk mata memandang lah muka dia. Haha. Muka dia macam Hafiz Hamidun. Oh come on! Saya tak curang lah babyboy!

And you babyboy. Takyah buat muka sedih. I merajuk dengan you. How could you pilih Fasha dan Jejai. You abaikan i. Em em. Sentap you sentap. K. SIla pujuk i. Sila. I dekat Ipoh. Kite dekat. Haha. Tapi takpa. I masih support you. I sayang you. cewah. Haha
Dan walaupun saya agak sentap tak jumpa abang. Maksud aku amat sentap. Aku macam bersyukur gila lah weh. Atleast dapat merasa duduk dalam dewan MaharajaLawak tu kan. Seat pulak bahagian utama giteww. Not bad ah. Boleh pulak pegang banner JOZAN. Pastu main sorak sorak. Haha. Jerit zizan zizan zizan sampai habis suara. Tapi takpa. Katanya Kak Ayu, demi mu ku rela. And alhamdullillah dapat jugak lah kan aku jumpa ibu dengan along. Orang penting dalam hidup babyboy gua. Haaa. Nampak tu? Haha. Pastu dapat pulak jumpa kak needa, kak ain, kak yan, kak nurul, kak an, izzati. Haaaa. TU dia. And not forget, dapat kenal Kak Ida dengan Kak Ayu yang before this aku tak pernah tegur pun diorang. Walaupun dekat twitter tu. And i had so much fun with them. Alhamdullillah. Aku rasa kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, bukan menangisi apa yang kita takda. Jauh je bunyi nya.Haha. Kesah?! And aku harap gilagila dapat jumpa abang one fine day. Sekarang ni aku boleh cakap, impian tu akan tetap jadi impian rasanya. Lantak ah. 

So goodluck lah JOZAN ke final. CONGRATULATIONS! ALL THE BEST BABYBOY! YOU CAN DO IT! Nanti final kite takdapat jerit untuk abang. Takdapat tengok. Life seorang budak asrama memang cemni. Takpa, saya akan bertahan sampai saya jadi seorang architect. Amin. Then i'll find you. I will make sure i'll found you :) Thanks to everyone. Terimakasih semua. Hihi. So saya nak chow dulu sebab saya mengantuk. Terimakasih baca. Assalamualaikum :) 

Tumblr_mgikzfc0n11qfwj8wo1_500_large

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !