The DSB1A. The New Sweethearts :*
And hello. Assalamualaikum. Selamat pada waktu yang sepatutnya. Tak kisah lah pagi petang malam pun asal semorang selamat. Nampak caring disitu. So here dengan gaya yang agak vogue aku datang update blog walaupun gaya berkenaan bukan gaya aku. Aku anak kampung je. Mana pandai nak vogue vogue ni. Vogeh vogeh boleh lah. So sekarang ni gua tibatiba rasa nak update blog pepanjang. Memandangkan gua jarang jarang dah balik Paris yakni Kelantan, gua rasa adalah hak gua untuk menulis panjang panjang. Biar lu lu yang baca ni rasa terharu dan juga rasakanlah. K. Kalau gua merepek tu tak pelik lah. Gua jadi artist pun sebab gua ni berseni. Walaupun takda kaitan, gua nak lu guna otak otak lu untuk kait kan apa yang gua cuba katakan. Haaa tu dia. Gua nak membantu lu semua untuk berfikir. Gua taknak lu jadi seperti katak bawah tempurung yang mencurah air ke daun keladi dan hanya mampu harapkan pagar untuk pagar makan padi. HAHA! Gua taktahu gua terer dalam peribahasa. Kalau cikgu gua tahu, dia dah lama suruh gua ganti dia mengajar. Haa tu dia.
So here, aku rasa aku nak cerita life di Ipoh , New York memandangkan aku tak pernah cerita dengan lebih terperinci hidup aku kat sana. Ye kome semua mesti risau. Ye dak? So hidup aku cemtu lah. Bangun pagi mandi pergi kelas jalan kaki dengan classmates, masuk kelas, buat lawak hambar, balik tengahari, rehat, singgah makan dekat cafe campus, bayar dekat acik oyot, naik bilik sembahyang pastu siap siap jalan pergi kelas balik, belajar, then balik, sepanjang perjalanan menyalak melompat jadi red indian panggil orang tu panggil orang ni kira pagar ahhh. Tu semua kerja aku. Thanks kawan kawan ku. So here boring ah jugak. And of course duit keluar macam air kau tahu tak? Tahu?! Dengan aku nya boros, makan taknak kalah, tamak nak mampos, memang selalu habis lah duit aku. Pastu weekend keluar pulak pergi tengok movie makan dekat food court nak balik kamsis beli mcd pulak. Gila nyah life aku kat sana. Takda orang control duit. Kalau kat sini takpa. Mama ada. Keluar selalu mesti mama bising. Kalau kat sana, keluar, mama tak bising dah. Mama faham anaknya stress belajar. Ceyh konon. Haha. Ni tak duduk rumah sewa lagi. Kalau next sem duduk rumah sewa banyak lagi keluar agaknya duit aku. Fuhh. Aku kena masuk mana mana tusyen yang boleh ajar aku manage duit dengan baik mungkin. Ataupun aku kena lantik sorang untuk jadi PA aku. Mana tahu ada siapa siapa nak buat kerja amal, boleh lah korang jadi PA aku. TOLONG lah.
So kalau hari hari yang cerah, aku pergi class, tidur, basuh baju, makan semua, tidak lupa malam malam yang gelap. Malam malam yang gelap aku siapkan assignment (konon) pastu bila terlampau stress dengan assignment aku turun dataran kamsis cari insan insan yang mampu menceria kan hati ini. Haaaa tu dia. Brought to you by me, DSB1A ! Ching ching ching. AKu memang nak cerita pasal diorang senanya. Sebagai peminat tegar artis hot meletup pung pang pung pang bunyi belanga macam aku ni, aku rasa korang semua ada menyimpan niat kecil dihati nak kenal jugak ah kan orang yang baik dengan aku kan? Korang nak buat baik dengan diorang biar korang boleh baik dengan aku kan? Haaa. Aku dah nampak dah permainan korang. So here we go. Ehem ehem, nak cerita pasal siapa dulu haaa? Lets start with ladies. Muahaha!
Jap , let me talk about our PA first. Penasihat Akademik. Goes to Papa LAN :) Encik Azlan Ayob. Haa tu dia. Setiap kelas ada PA tapi aku rasa PA kelas kitorang best gila. Kau bayang ah masuk kelas dia lepak. Makan nasik lemak beli dekat koperasi seringgit dua puluh sen. Tu dulu. Sekarang takboleh makan dalam kelas dah. Kenapa entah. Takboleh nak makan kelas cik lan dah. SO so so, dia best. Kau bayang ah dia boleh ikut je kepala kitorang. I mean sangat sporting. Kau bayang ah kitorang taksuka exco kamsis dia boleh rileks je. Maksud aku dia boleh lagi menganjing nganjing kitorang dengan exco kamsis tu. K ah. Dia taksuka jugak agaknya dekat si Meor tuh. Haha. Dia best. Jujur aku cakap dia best. Nyahaha!
Yang baju oren tu PAPA LAN :)
Dalam kelas aku ada kaki kecoh semua lengkap ah. Yang senyap. Pemalu kadang kadang. Yang banyak bercakap. Yang baik. Yang cool. Yang wat lek wat peace. AHhh. Macam macam kelas aku ni. And the best part is dalam kelas kami ada KakYong k. Engkau hado? Budak perempuan semuanya okay. Takda ah perangai buruk suka korek hidung pastu makan di khalayak ramai tu takda ah. Semua baik baik. Kalau ada pun kami suka makan taik hidung yang koperasi jual dalam botol warna hijau tu. Sedap siak benda tu. Baru bukak semua dah mintak. Dah jadi permintaan ramai. Pastu diorang macam boleh blend dengan semua ah. Semua gila ah kira. Setakat nak masuk tanjung rambutan tu boleh ah. Apebenda aku merepek ni. Jom tengok gambar sat. Tak salah rasanya. Haha
Ladies in the house yawww!
The NANA. Nanananana nanananana. Wow! Fantastic baby! Kita ada Nana. Bising jugak boleh tahan. Aku pernah tengok dia buat muka teruk dan aku tahu muka tu sangat teruk. HAHAHAHA!
Mek!And also dalam kelas tu ada Yuha yang sangat lah. Em em. Pada mulanya amat pemalu. Tapi dia tak pemalu pun senanya. Dia cuma takboleh berada di depan semua orang, bercakap, pastu orang usik usik dia. Merah siak muka dia. Haha.
The ZIZA. Ziza. Not ZIZAN. Dia ni senyap sikit dalam kelas tu. Tapi kalau lepak dengan dia ni boleh ah dengar beliau bercerita. Cuma pendiam sikit lah. Hehehe.
Then we have Farah *Klik untuk tweethandle* . Dia duk sebelah i you. Haha. Dia serious. Kadang kadang tak. K. Masih jugak boleh blend bersama. Dan dia satu satunya minah yang turun dataran kamsis pakai kain batik.
The next is Tasha. Emph. Dia ni gila. Sangat gila. Dia suka buat muka dan aku taktahu apa dosa dia bila dia buat muka teruk pun dia tak nampak teruk. Boleh aku cakap dia paling kecik dalam kelas aku. Seriously. Dan kami sweet. Kami pasangan lesbo yang amat bahagia. Hahaha! Jangan percaya doh!
Then kelas tu ada Anis yang suara dia sangat ah. Kalau lepak dekat dataran kamsis tu, cara nak suruh semua budak kelas aku turun, kau suruh je anis gelak. Orang dengar, orang turun. Haaa. Trust me. Aku turun dataran kamsis sebab aku dengar suara dia ah. Haha. K ah tu.
Then we have kak yong @ fatin. Sebelah ziza ni orangnya. Why kak yong. AH beliau sangat gangster. Kalau aku jalan dengan dia aku rasa selamat sangat. AKu rasa selamat pagi selamat malam selamat petang. Semua selamat aku rasa. Kadang kadang rasa macam dia tu kasim selamat. Hm. Nampak tak betapa gangster dia tu? Haha.
Then we have Boloq. Yang ni pun bising jugak. Nak gelak sekali tu boleh ah. Kadang kadang ni boloq serious jugak ah. Hehe. Yang sebelah nana tu boloq.
Then we have Atika. Minah cool. Sangat cool. Tapi siapa tahu dia ni gangster senanya. Haha. Aku tergelak doh bercakap dengan dia. Aku taktahu jugak apa dosa dia, bila dia serious aku gelak. K. Bad jo. Jo is bad! Okay jap. Gua nak bagi credit dekat Atika ni sebab gua ambik gambar melalui camera beliau. So subsidi boleh diberi kepada beliau. THANKS ATIKA :*
We have Chee Yan. The only chinese in our class. Dia senyap. Tapi aku terkejut masa oral english hari tu dia boleh berlakon jadi mamat macho dan dia sangat macho. Korang kena percaya. Haha.
Pastu ada Wardah. Senyap jugak orangnya. Hehe. Walaupun dia senyap dia banyak cakap jugak. Haaa. Cuma dia tak bising. Tapi masih lagi ikut kepala kitorang. Haha
Dan ada sorang lagi gadis ayu dalam kelas tu. Hm. Sangat ayu. Lemah lembut. Manis. Hihi. Nur Amirah Auni. Hahahaha! Ayu siak minah tu. Kbye!Sorry takda gambar. Budak tu limited edition gambarnya. HAHAHHA! KBYE !
whoahh! Panjang nau cerita budak perempuan. Aku bersyukur dalam kelas tu takda yang berperangai seperti Kilafairy mahupun Lady Gaga. Dan alhamdullillah takda yang buat perangai bukan bukan contoh nya seperti datang ke kelas memakai selipar jepun jamban berwarna biru, makan menggunakan batang penyapu dan masih belum ada lagi yang jenis suka bercakap dengan Kerusi meja mahupun pintu. Bagus betul budak kelas aku.
So lets proceed with the heroes! Abang abang macho dan segak bergaya serta menawan. Ching ching ching! Start dengan ketua i dulu lah. Sebab dia ketua. Haaa. Nampak aku hormat orang tu? Nampak? Haha. LEGGO !
Haa tu dia. Hanif Halim. The ketua. Nampak tak kematangan beliau tu? Nampak? He is a very serious person. Sangat serious. Wa takut dia wa habaq lu. Percaya kata gua. HABISSSS! Haha
The terengganu man. Haha. Baju kuning tu Amir and baju kelabu tu Fath. Air yang dicincang takkan putus. Try cincang diorang putus tak. SO fath kaki bahan kelas tu. Ada je tak kena. Dia suka tiru Ustaz Azhar versi Zizan. Apekename sihat belake? Haha. Dia gelak bising gila. Dan agak pelik dia gelak. Haha. Amir pulak gila pantun. Kalau buat presentation kat depan takda pantun, tu bukan dia. Seriously. Dia lawak. Dia kaki gelak. Haha. Tapi wa cerita sama lu, dia baik orang nya. Wa adore dia. Wa hormat dia. Dia baik. *Tabik* SO both of them bising siak. Seriously. Haha. Loghat terengganu tu tak hilang. Kalau zizan tahu dia mesti bangga. Hahaha
Ni Syed. Tapi we olls ni panggil EG. Ni mamat poyyo kelas gua. Dia bongok. Dia bising. Dan dikala aku bercakap, dia satu satu nya lelaki yang cakap boring boring boring. Berani dia. Dia tak kenal aku siapa agaknya. Mamat ni cool lah konon. Dia suka buat bunyi kentut dengan mulut -..- Tu je aku tahu pasal dia. Dan dia jugak gemar buat muka kalau taksilap. Hm hm. Haha. Pastu yang duduk sebelah dia tu HANIF. Tapi gambar hanif takda. Dia takda masa kitorang melakukan aktiviti. Dia balik. Em. Keistimewaan Hanif ni, dia boleh buat bunyi cengkerik dan juga bunyi burung. Dan dia mampu buat macam kelas kitorang tu, hutan. Macam macam bunyi woi. HAHA.
Yang sebelah EG tu ZAHYN nama dia. Nampak Bruno Mars tak? Haha. Sarawakian. WEll. Aku sempat belajar cakap sarawak dengan dia tapi aku lupa. Dia senyap. Takbanyak bercakap. Bercakap bila perlu. Dia earphone dan lagu tak dapat dipisahkan. Dia melukis sambil dengar lagu. Lecturer kat depan panggil dia tak dengar. Bila orang suruh bukak earphone, dia mamat paling gelabah. Dan dia satu satunya student yang berani tidur kelas Puan ZAZA. Hahaha. Dan dia juga 'anak kesayangan' Miss Agnes. HAHA! Kbye. Dear Tika, kau punya lesung pipit dalam.
This is IZZHAM ILLHAM. Haha. Kau ilham ku. Haha. Dia ni mula mula senyap je wei. Seriously. Aku taktahu kenapa sekarang ni dia hyper gila. Dia paling lawak masa oral english hari tu. Haha. Jujur wa cakap lu, beliau unique. Aku rasa tiap kali dia buat presentation kat depan, masa dia bercakap, semorang focus. Haha.
K. Next. Abang tegap dan segak pakai baju hitam tu AZMIL nama dia. Dia ah kaki buat aku latah. Kalau korang lalu depan Kamsis, kau tibatiba dengar perempuan buat bunyi red indian kat tepi jalan, tu semua kerja dia ah. Dia takpernah gagal buat aku latah. Satu kejayaan baginya mungkin. Nampak diam tapi hmm. Ada ke budak kelas aku yang diam? Haha. Takda! Baju kelabu tu pulak ZUL. Zul ni diam pada awalnya. Tapi sekarang dia dah macam pandai dah kacau orang. Sejak sejak orang tahu aku latah, semua budak diam dalam kelas tu semua pandai mencuba nasib nak kacau aku. Haha. ZUL pemalu, tapi takda ah pemalu sangat. Dia ngek jugak. Dia scandal NANA. Eh? GURAU! Haha
K. Abaikan yang ramai ramai. Aku nak kau focus pada yang pakai spec baju kelabu. Haaa, tu NIK. Dia senyap. Takbanyak bercakap sangat. Tapi takda ah tak bercakap langsung. Haha. Kadang kadang dia takmasuk kelas sebab tertidur. Good Nik good! Haha. Baju biru tu pulak BAKHTIAR. or else, bakhtiaq~ dia orang kedah. Orang Changlun. Dia malu malu tapi aku tahu dia cute. Haha. Siapa ada dekat dataran kamsis masa dia mintak selipar dengan Yuha tu tahu lah betapa cute nya dia. Haha. Senyap senyap dia, dia pandai jugak dah kacau aku. Tahniah. Yang hujung sekali baju putih tu pulak ASYRAF nama dia. Tapi we olls panggil ACAP. Dia ni diam tapi kau kena tahu yang dia sangat berseni. Seriously. Normal lah tu. Orang berseni ni dia senyap.
Then i have AZHAN in the house yaww. Ni Azhan. Dia satu satunya budak yang tak duduk kamsis dalam kelas tu. Dia gila. Sangat gila. Takpernah serious. Tapi kalau dia serious tu, serious sangat. Hm. Then, dia ah buat penemuan yang aku latah. Dan sebarkan dalam kelas tu. Terimakasih azhan. Sampai sekarang aku ingat -..-
Haaa. Satu satunya lelaki tu SYAFIQ nama dia. SYAFIQ SKAEMO. Emo sangat. Hahaha. Dia mamat paling cool. Lelaki yang sangat cool. Dia panggil orang, konon konon nak bising something penting, tapi dia sebenarnya cakap Hai je dekat orang tu. Seorang yang sangat bermotivasi apabila berkata kata tapi apa yang dia cakap tu emph. Hahaha! Dia tak serious wei. Dia tak pernah gagal buat aku gelak. Haha. Lawak doe dia ni. Sangat lawak.
The next is ACAI ! Yang baju purple tu Acai. Haha. Nama dia Adib. Tapi kitorang panggil ACAI. Seriously muka dia macam cina. Haha. Acai ni pun senyap senyap jugak orang nya. Tapi tak senyap mana pun. Bajet bajet senyap. Haha. Dia present kat depan, aku ah sibuk panggil dia ACAI ACAI. Pastu dia mesti tanya, "apeeee jo?" Haha. Pastu sorang lagi JAF. Ah. Panggil JEF sudah. Tapi aku ada dengar siapa entah panggil si Jef ni JEP. Ah lantak. Haha. Jef tinggi. Dia tinggi woi. Dan dia suka buat aku jerit macam orang kena histeria. Like seriously. Fuh. Dan aku jugak akan cakap dia gila. Tapi normal ah tu kalau budak kelas DSB1A gila. Sekian.
This is Hasif ! Dia lawak. Dia ada lesung pipit. Haha. Kalau kau dengar dia bercakap serious gila. Tapi emph. Sama macam syafiq. Bukan serious pun. HAHA. Ni pun ala ala Bruno Mars sikit. Haha. Tapi si Hasif ni baik jugak. Tapi aku malas nak bising bising. Haha.
Maka dengan ini cukup lah ahli kelas saya. Haha. Seriously aku cakap, sekarang ni kami takda apa apa masalah nak buat apa apa bersama. Diorang semua sporting k. Sangat sporting. Kalau kitorang plan apa apa, takda lgi lah yang nak membangkang. Seriously aku rasa sangat seronok duduk kelas tu. Ini jujur. Haha. Kitorang dapat SARJAN polibriged yang sangat awesome. Boleh bergurau. Boleh buat lawak. Gelak gelak gelak. Tak stress langsung masa kawad. Kitorang satu satunya kelas yang sanggup kawan round satu padang sebab nak challenge budak kapal. Kitorang satu satu nya kelas yang dapat lecturer polibriged yang bajet bajet serious tak sporting pn, tapi akhirnya sekarang lecturer tu dah macam faham dah kitorang sikit sikit. Haaa nampak? Pastu kitorang satu satunya kelas yang lepak sama sama dalam bulatan, buat lawak gelak gelak bising bising dekat dataran kamsis tu. Sedangkan orang lain busy siapkan assignment. Haha. Pastu tidak dinafikan ramai jugak kawan kawan aku yang macam jealous ah sikit dengan kelas kitorang yang happening semacam tu. Alhamdullillah. Aku harap semua ni kekal lah. Tak macam puan ZAZA cakap masa malam camp tu. Kononnya sem dua kita takkan rapat dah. Mintak jauh woi.
SO sekarang ni ingin aku nyatakan yang aku sayang korang. Ceyh. Sweet gila tak gua? Haha. Aku bangga ada classmates macam diorang. Gila gila. So i think i have to go. Panjang sangat dah ni. Mahu meleleh airliur kau semua baca ni. HAHAHA. So enjoy the picture dulu. Bye assalamualaikum cinta :*
Le classmates masa ARCHINITE DINNER. Event takda lah hebat sangat. Sesi ambik gambar tu best gila. Betapa gilanya kitorang bergambar sampai akak akak kena tutup lampu sebab nak suruh kitorang berhenti bergambar.
Ni muka muka yang pantang tengok CAMERA. JUJUR.
US :) Nak tunggu bas pun sempat woi ambik gambar. Haha. DESIGN FESTIVAL 2013 :)
Again and again and again. HAHA
Tasha, the new sayang. HAHA.
The awesome ladies. HAHA.
Lalalala. Orang pandang buat taktahu je. HAHA
Gambar ni yang cantik ke kami yang comel? Hm. Wondering. Haha.
“Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”
No comments :
Post a Comment