Hi assalamualaikum. Berbekal kan gambar yang gua cilok dari weheartit.com , gua update blog gua hari ni. Selain itu tidak lupa pada penyeponcer laptop kepada gua iaitu roomate gua sendiri, cik puan Amy, gua melangkah dengan penuh sopan memakai baju tshirt warna hitam ada gambar teddy bear yang gua lagi comel daripada beliau dan tidak mengenakan apa apa kasut mahupun selipar, dan jangan lupa, gua juga memakai seluar, gua datang update blog gua. Aaaa nampak? Betapa panjang nya muqadimah gua. Mukadimmah gua tu lagi panjang dari mukabuku mahupun talam dua muka. Aaa nampak takda kena mengena kat situ. Tapi gua tak kisah sebab ni blog gua. Gua sedikit pun tak kesah. Kalau lu kesah, lu terbitkanlah buku kesah kesah lu. Kalau buku tu menarik, lu nak gua promo, lu bagitahu gua. Payment bagi dua. Senang buat duit.
Terasa sangat lama tak update blog, padahal beberapa hari yang lalu je update blog. Malam ni tibatiba ada mood nak update blog. Entah mood siapa yang aku jumpa tadi. Jalan jalan nak masuk bilik, naik tangga, jumpa mood sebelah tong sampah. Aku kutip, ingat nak buang dalam tong sampah, tapi taksampai hati pulak. Aku pun ambik, guna mood tu untuk update blog. Itu yang dinamakan kitar semula. Walaupun sedikit bercanggah dengan alam sekitar mahupun alam semesta dan tidak lupa alarm kereta. Ah kesah? Senanya takda apa pun update ni. Sekadar nak meluahkan perasaan sebab takda idea langsung nak buat assignment Basic Design. Where me and the other DSB1A punya student kena buat our second project which is 3D composition. Ergh. And and and, i have to submit our design besok pagi. Ah. Kau tahu tak aku takjumpa idea langsung. Aku rasa idea tu dah terbakar masa Fire Drill tadi. Em em. Aku takfaham macam mana classmates aku yang lain boleh dapat idea nak buat project tu. Come on! Korang beli kat mana woi? Beli idea tak ajak. Ah. Macam ni ah kawan kan. Em em. *Bajet bajet emo*
Pastu esok ada pulak oral english where me still taktahu nak buat apa. Nampak tak Amirah Auni sedang takda matlamat hidup ni? Nampak tak? Semua benda aku taktahu. Ni lah akibat nya kalau tak makan sayur. K. Takda kaitan tapi tu je hujah yang mampu aku keluarkan malam ni. Mohon jangan mengeluh mahupun memasang niat untuk membangkang hujah aku. Kalau tak merasa ah kau tapak kaki saiz enam kasut polibriged tu dekat muka kau. Persoalan nya sekarang, aku nak suap kaki ke nak suap kasut polibriged dekat korang? Itu kau fikir. Hm. Aku rasa jiwa aku berkecamuk malam ni seperti nyamuk nyamuk yang nyanyuk serta gemuk. Dah boleh buat buat pantun dengan syair dah ayat aku tu. Mohon penyair penyair tak ambik idea aku dan buat duit dengan mudahnya. Ada pulak idea aku nak bersyair. Kenapa aku tak ambik course yang berkaitan dengan sastera. Kalau tak mesti sekarang aku tengah bersyair dalam bilik sambil menari nari seperti burung kenari yang memandu kereta kancil didepannya ada kereta kelisa dan dibelakangnya ada kereta kura kura. Ah untuk binatang binatang ini. Nama mereka dijadikan kereta. Nampak tak cuba ubah topic disitu?
Dah dah. Udoh teman pikio pikio , teman takdok ideo dah nak menaip. Teman stress. haha. Dah ah. Aku nak cari idea nak melukis pulak ni woi. Doakan aku dapat idea cepat cepat , nanti dapat ah aku bermain badminton dengan K. Rajagobal. Nampak tak takda kaitan? Haha. Diam ah. So here, aku nak gebang gebang kan yang nama aku masuk paper sebab babyboy aku. Hehe. Metro hari isnin yang lepas ye kawan kawan. Dah terbukti ah aku ni artis kan? Aku dah cakap korang taknak percaya. Hm. Tapi aku tahu korang percaya sebab korang peminat susah mati kan? Nampak berbelit ayat kat situ? Tu seni membelit namanya. Haa sebut elok elok. Bukan sembelit. Take a look at this.
Tengok bawah sekali please. Hahaha.
Dah aku nak jugak cakap aku sedang menghitung hari nak balik kelantan. Hehe. Jumaat malam i naik Soyuz you olls . Kau hado? Kan aku dah cakap Soyuz tu aku punya. Bukan Syeikh Muszaphar punya. Hm. Tapi aku dah beli rocket lain untuk dia. Aku bagi hadiah. Nama dia Soyaz. K. Lawak hambar nama dia. Haha. K. Nak balik. Me is rindu my family. Mama Abah, Fattah Akmal, Aisyah Auni, Hakim Akmal, Muiz Akmal, Wafiy Akmal and my baby sist, Athirah Auni. Those two Auni and Four Akmal :) Hehe. Taksabau nak balik. hihi. Naik bas je. Bukan apa. Sebab nak naik bas bersama peminat orang kata. Haaa. Tu ah cerita dia. Haha. K dah dah dah. Diam semua. Haha. Semua bangun. Asallambat cikgu! haha. Bodoh je lawak budak kelas aku. Assalambat ponboleh ah gila. hahaha. Dah dah. Nak bercerita panjang pulak. Konon nak out dah. Roger roger. Byeee olls !
Lupa nak cakap, I'm an iPhone 8s user. Yelah. Nama dah masuk paper Malaysia, terus tukar phone. Credit to Adib Azlan a.k.a Acai for this picture. Haha. Okay got to go. Im serious. Bye muahhh ! me is love all of you :*
#Facts
This is serious. Im OUT :) Byeeee :*
No comments :
Post a Comment