BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Tuesday, 3 December 2013

Oh PTPTN

. | via Tumblr

Hello Hi and Assalamualaikum wbt. Aku rasa aku dah lama tak update blog since aku dah balik Ipoh ni. Ye. I've been here for almost a week kot. Eh entah. Lupa. Takda lah busy sangat. Cuma sedang membiasakan diri di rumah baru. Kemas sikit sikit. Lepas rindu dekat geng. Lepak lepak segala bagai. 

So nak cerita apa aku pun taktahu. Walaupun dah nak masuk seminggu aku duduk sini, baru dua hari kot masuk kelas. Cerita sedihnya bila rumah jauh dengan campus pastu memang keadaan tengah nazak. Takda transport jadi kena lah jalan kaki. Jadi aku dah buat keputusan nak ambik positif. Jalan kaki jauh jauh setiap hari boleh kurangkan cholestrol aku dan boleh menguruskan aku. HAHA. Mohon ramai tergoda untuk berjalan kaki bersama aku. Walk With me 2013. 

First day masuk kelas dah dapat assignment. Working drawing dah kena prepare untuk presentation hari jumaat ni. And harini kelas design dah dapat first project. Nama project tu Ice Breaking. Tapi tahu tak yang teruknya apa? Tempoh dua minggu je nak siapkan benda tu. Dan sebenarnya project tu kitorang dah buat dah sem lepas tapi kitorang dah buat untuk tempoh enam minggu tau. Nampak tak kerja makin tough? 

Aku dah gelabah. Serious aku risau. Dan ni belum apa apa kepala otak dah terganggu. Serious terus malas nak buat kerja. Mood aku dah hilang. Sangat hilang. Okay dah biar je. Malas nak emosi. Tapi aku ada cerita sedih lagi ni. Dan aku rasa benda ni betul betul sedih tau. Aku harap korang sediakan tisu sebab aku risau korang akan nangis. Ha gitu. 

Jadi berita paling sedih kali ini adalah duit ptptn belum masuk. Dan aku seolah olah dah kopak sangat dah. Sesak bhai. Nak makan fikir dua tiga empat kali walaupun end up aku akan makan jugak apa yang aku nak. Eh benda paling perit sem ni adalah tunggu ptptn masuk. Dan yang boleh tahan mencabar bila ada sesetengah pihak yang memberi harapan palsu kononnya pt masuk esok lah lusa lah haritu lah harini lah. Khabar angin semua tu. Jangan percaya. Anggap lah ptptn itu suprise yang terbaik nanti. Haih. 

Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Terseksa juga tunggu ptptn. Tapi ptptn juga mengajar kita erti kesabaran yang sebenar. Selagi kita bersabar, mungkin perit pada mulanya, tapi in Sha Allah penantian kita tu membuahkan hasil yang memuaskan. Sabar lah. Allah SWT bersama dengan orang orang yang sabar. Aaaa nampak tak? Isu ptptn je. Hihi. Semoga ambik isi penting ye. HAHA. 

Okay dah takda apa rasanya nak aku cakap. Andai kata ada yang nak sponsor aku kereta, bagitahu lah. Contact aku di facebook twitter dan dimana sahaja. Aku tak kisah. HAHA. Dan yang mana nak menyumbangkan wang pun aku terima. Boleh lah hantar kerumah. Aku alu alu kan. Dah. Itu saja cerita sedih aku sem ni. Dan jangan risau semua, aku bahagia di sisi geng geng aku. Diorang jaga aku elok elok. Tapi jujur lah cakap memang rindu gila dekat mama abah, adik adik. Tapi takpa. Nanti bulan ni balik lagi. Hehe

Sekian saja saya melaporkan. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Eh awak, solat jangan lupa. Tiang agama tu, takda tiang rosak lah agama. Kbye. Hihi. 

Pages | via Facebook

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !