JOURNEY
Hello hi and assalamualaikum. Sebab dah bosan sangat aku nekad nak update blog. Rasa nak bergiat aktif ballik walaupun aku ni boleh tahan membosankan. Ah lantak. Kalau nak baca, baca. Kalau taknak sudah. Sebab aku update ni pun sebab gila menaip. So today tibatiba rasa nak cakap pasal JOURNEY.
Yes. Life is a journey. Cliche betul kalau cakap macam tu. Tapi tu lah faktanya. Life is a JOURNEY. Perjalanan. Dan semua orang tahu perjalanan dalam hidup ni paling banyak dugaan. Boleh jugak nak dikaitkan dengan roda. Kejap kat atas kejap kat bawah.
Sepanjang hidup ni, kadang kadang kita akan duduk dekat atas. Masa tu orang sanjung kita. Suka kita. Semua benda kita buat ni senang je. Lancar je. Dipermudahkan semuanya. Tapi jangan lupa, akan ada satu masa kita duduk kat bawah. Be prepared. Sebab masa kita dekat bawah ni lah sukar jugak hidup kita. Banyak dugaan. Ada je tak kena. Dan masatu, mungkin orang yang selalu ada dengan kita pun boleh jauh dari kita. Ha gitu. Akan rasa susah sampai kita mengeluh. So hidup ni tak sentiasa senang. Ingat.
"Even in the straightest roads, we can get lost." Jadi sepanjang perjalanan yang aku cakap ni lah kita kena sentiasa berpegang pada landasan. Ingat balik arah tuju kita nak kemana. Letak target nak kemana. Nak berjaya ke. Nak jadi orang senang ke. Nak jadi orang susah ke. Nak sentiasa berada di tempat yang sama ke. Sukahati lah. Ikut hati masing masing. Hidup kau, bukan hidup orang lain. Haa faham kan?
Dah tahu nak kemana tu, usaha lah macamana nak ke tempat tu. Contohnya macam kalau kau rasa kau nak berjaya, pandai pandai lah kau usaha. Dalam dunia ni takda orang yang bodoh, yang ada cuma yang malas. Semua orang berhak untuk berjaya. Tapi layak ke tak ke, kau decide sendiri. Dan pastikan kau tak tergelincir sepanjang perjalanan tu. Jalan elok. Hati hati. Sebab perjalanan dalam hidup ni banyak apa? Ye betul anak anak. Cubaan dan dugaan.
Apa yang jadi di belakang, biarkan je. Kau dah lepas. Teruskan perjalanan. Kalau sebelum tu kau ada jatuh, bangun lah selagi kau mampu. Teruskan perjalanan. Ingat balik destinasi kau. Niat kau. So bangun lah. Kalau rasa lemah takda orang nak sokong dah, ingat parents kau, ingat orang yang kau sayang, orang yang sayang kau. So bangun. Stand up. Teruskan. Perjalanan masih panjang. Jangan bazirkan masa dengan masa lalu. What past is past. Jadi kan iktibar jelah. Sebagai peringatan. Apa yang aku boleh cakap, berhenti meratapi masa lalu. Nanti perjalanan kau yang masih panjang ni terganggu.
Life is a journey, from Allah SWT and to Allah SWT. Ingat. Kita ni ada pencipta. Penentu hidup kita pun Allah. Jadi buat apa apa tu ingat Allah SWT. Jatuh bangun kita Allah ada di setiap langkah. Jangan takut. Dan cubalah untuk sentiasa ada di landasanNya. Amiin.
Selain usaha, doa tu yang penting. Rajin rajin lah berdoa. Allah je boleh tolong kita. Serious. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Jadi doakan lah apa yang kita rancang tu Allah restu dan doa biar Allah tolong kita. Kalau tak jadi, maknanya Allah tu ada plan yang lebih baik :)
Akhir kata, jangan banding kan life kita dengan sesiapa pun. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin apa yang kita ada tu, orang lain takda. Bersyukur dan terus bersyukur. Apa pun jadi dengan life kita, tu adalah perancangan Allah. Dan itu adalah sebaik baik perancangan. Itu lah yang terbaik untuk kita. Jadi target kemana kita nak pergi, hati hati dalam perjalanan, usaha, doa, dan jangan tersalah landasan. In sha Allah, sampai tempat yang kita nak tuju tu which is menuju kejayaan. Ha itu lah maksud aku.
Nur Amirah Auni. 19. Pengguna part time camera360. HAHA.
Bakal meneruskan perjalanan di sem tiga untuk menuju kejayaa. Nak graduate. Jadi arkitek. InshaAllah.
Itu saja dari saya. Terimakasih kerana membaca. Itu je akku mampu tulis. Aku ni takdalah sempurna nak nasihat orang. Sekadar bagi pendapat sendiri. Sukahati nak terima ke tak. Hehe. Kbye assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab sayang. HEHEHE.
No comments :
Post a Comment