Happy Holiday everyone !
Hello hi and assalamualaikum. After all, lama jugak tak update blog kot. Biasalah. Busy busy busy. Project sana sini. Project juta juta bak ang. Konon konon dah jadi architect berjaya. Padahal design je pun. Haha tapi parah doh aku punya design. Kerja last minute dan sekarang aku dah start gelabah sebab aku risau encik fuad akan marah aku sebab aku punya design cincai cincai je. Kalau cincau boleh jugak buat minum, ni kalau cincai apa pun takboleh.
Even first project dah selamat hantar, belum apa apa dah dapat second project. Lagi empat minggu kot nak kena submit. Pendek kata hidup mati design lah kot. Tak sanggup.
So update blog ni senanya sebab dah bosan duduk dalam bilik sorang sorang, housemates ramai dah balik. Roomates pun dah balik. Aku memang forever alone lah dalam bilik ni. Dah la demam. Banyak masalah lagi. Badan panas. Taklarat. hmmm sedihnya jadi saya. Hm mohon menangis semuanya.
Jadi since dah balik ipoh a month ago, dah macam macam hal aku buat rasanya. Tapi alhamdullillah, they actually care. Ada bestfriend yang memang care sangat. Maaf sebab salah anggap konon diorang tak peduli. Padahal diorang memang guardian angels aku kot. Eheh.
So semua dah balik kampung. Ada yang gerak balik kl dulu semua. Ha semua dah tinggal aku. Padahal aku yang cari nahas cari tiket lewat. Haha. End up tiket yang awal awal semua dah habis. Terpaksa lah aku terperap dekat ipoh ni sampai hari ahad. Lewat pun lewat lh. Daripada tk dapat balik langsung.
Sampai demam demam rindu nih. Eheh. And yes, di kesempatan update blog ni, aku nak ucap tahniah kepada adik perempuan aku, aisyah auni, pmr dapat 6A. Haha aku tktahu kenapa dia lagi bijak dari aku. Aku ingat aku lagi bijak. And dia punya science dapat A dan aku mula rasa yang dia bukan adik aku. KAHKAH.
and apalagi nak cakap? K kepada kawan kawan baik yakni AR10, hati hati balik kampung. Jangan lupa aku. In sha Allah panjang umur takda aral melintang lagi seminggu kita jumpa. Maaf salah silap aku sepanjang sebulan kat sini. Maaf banyak susahkan korang. Dan terimakasih untuk semuanya.
Aku segan nak cakap, tapi aku pejam mata lah ni eh. Aku sebenarnya sayang korang sangat sangat haa. Mungkin aku ni kawan biasa korang je tapi to be honest korang dah macam adik beradik aku. Memandangkan aku je yang selalu buat hal, aku rasa macam aku paling muda bodoh taktahu apa. Haha so korang dah macam abang abang kakak kakak aku dah. Abang abang sado kakak kakak cantik. Aku tahu aku kawan yang menyusahkan tapi aku tahu aku takboleh hidup takda korang, Mungkin boleh hidup tapi lain. hmm fahamilah. Haha dah cliche betul aku hari ni. Tapi aku ikhlas.
Aku janji takkan susahkan korang lagi. In sha Allah. Aku try. Tapi aku memang menyusahkan. Hm hm hm. Okay serious maaf salah silap aku yang banyak tu. And thankyou untuk semua nasihat yang korang bagi. Bebel korang semua tu aku dah rindu. Marah lah aku bebel lah dekat aku, aku tahu korang peduli. Tapi tolong, jangan ignore aku :( Hmm okay dah. Sayang korang semua tau. Eh haha selamat bercuti.
Okay kepada mama abah adik adik, tunggu kakak cantik balik rumah menggegarkan rumah. Eh? Haha aku dah rindu semorang dah. Lama dah tak jumpa mama abah fattah aisyah hakim muiz wafiy athirah. hm rindu lah you olls. Hehe. Semoga semua sabar menanti kepulangan anakanda yang paling cantik ni kerumah. Hhaha. Tak sabarnya. Dan doakan aku selamat sampai okay? Hehehe
Itu saja untuk hari ni. Selamat bercuti kepada semorang. Selamat menghabiskan hari hari anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Bye and assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Thanks for reading :) #AR10, aku akan rindu korang. Hihi ada jodoh jumpa lagi.
No comments :
Post a Comment