Aku perit. Aku sakit. Aku penat.
Mata dah penat menangis. Airmata habis untuk terus mengalir. Kadangkadang aku sendiri taktahu apa yang aku nak dalam hidup ni. Aku tak pernah tahu. Seronok tu selalu rasa, tapi ada tahapnya aku rasa serabut dengan sendiri. Dan taktahu kenapa.
Sekarang memang rasa takut. Takut nak masuk balik. Cuti. Tapi kepala fikir masalah. Fikir assignment. Project. Tak tenang. Takut fikir project yang dah hantar tu. Tahu. Memang main main. Aku sendiri yang tempah maut. Sekarang aku sendiri yang takut.
Dan masalah yang tak pernah selesai sampai aku sendiri buntu taktahu nak buat apa dengan masalah yang satu ni. Susah nak selesaikan masalah berkaitan hati. Kepala bising suruh lepaskan, tapi hati kecil bisik, jangan lepas. Soal hati baik ikut hati. Tapi ikut hati, mati.
Penat jadi sang pencinta. Sang pencinta yang hanya mencinta tapi tidak dicinta. Aku sedar aku tidak dicinta, tapi kenapa nak diteruskan? Sebabnya aku sendiri takpasti. Pernah cuba tapi gagal. Berkali kali cuba tetap gagal. Aku sudah penat mencuba. Dan pada waktu yang sama aku penat nak teruskan.
Penat mencuba untuk melepaskan, dan penat untuk meneruskan. Tapi nyata aku lebih memilih untuk meneruskan. Memang. Dia banyak menyakiti. Setiap hari, tapi hati seolah olah sudah biasa. Jadi aku biar. Rela. Diri ini lebih memilih untuk terus jadi bodoh. Kerana satu sebab yang aku rasa aku je patut tahu.
Dan sekarang, aku taktahu macamana nak lari dari masalah ni. Ye. Manusia takkan boleh lari dari masalah. Sebab tu aku masih disini. Hadap sendiri. Kenapa sendiri? Kerana aku tahu tiada siapa akan pernah memahami. Perit. Complicated. Susah untuk dijelaskan.
Tapi aku harap dia ada dengan aku. Teman aku hadap benda ni sama sama. Tapi mana dia? Tak ada. Tersepit dengan keadaan. Dan aku masih lagi cuba. Cuba untuk faham keadaan. Tapi ada satu lagi rasa yang aku kena tahan. SAKIT. Kenapa? Sebab sendiri.
Maaf. Taktahan hingga terluah disini. Jangan ambik peduli. Adili aku seburuk buruknya. Aku tak kisah. Aku faham kau tak pernah duduk tempat aku. Jadi mungkin kau takfaham apa yang aku rasa. Assalamualaikum.
No comments :
Post a Comment