BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday, 6 November 2013

R.I.P Sem Dua Senibina

Untitled

Hi hello and Assalamualaikum wbt. Miss me. Is it? Eleh ego jangan tinggi sangat. Kalau rindu mengaku je. Memandangkan aku dah lama sangat tak update blog, hati aku kuat mengatakan korang semua memang tengah merindui aku. Acece. 

Takda lah busy sangat sebenarnya. EH busy lah jugak. Since the last time aku update blog haritu, aku rasa lepas tu aku busy. Which is aku kena siapkan drawing and get ready for portfolio. And seriously. portfolio is not really good. Aku risau gila. 

PORTFOLIO. DESIGN. WORKING DRAWING.

So aku rasa first sekali aku nak cerita pasal portfolio design yang bagi aku teruk gila. Taktahu lah bagi orang lain, tapi bagi aku, rasa nak terjun bangunan haritu jugak tahu tak. What make it worst, En Fuad kut yang jadi panel haritu. Aku since sem satu dah takut dia dah. 

Haritu, masa tengah tunggu panel, susun susun board dalam kelas, tibatiba, nampak En Fuad jalan dengan penuh berkarisma masuk studio kitorang. Semua dah diam. Speechless. Phewww. Tak sangka apa yang aku takut tu jadi betul. Yang tu takpa lagi, tibatiba nama aku kena panggil lah siaaa. Tapi bukan En Fuad. Lecturer yang lagi sorang. Perempuan. Yang boleh tahan jugak lah garang dia. Scaryyy. 

Untuk menggambarkan betapa scary nya masa tu, dia rasa macam kau masuk rumah hantu lah. Tapi lagi menakutkan dari masuk rumah hantu. Nak kata scary macam conjuring tu tak sangat. Haa cenggitu lah. Apak dia ah nama aku kena panggil. 

Masuk masuk dia bebel ape entah. Then dia tunjuk aku punya section, dia cakap, 

"Section salah. Sepuluh minit, keluar betulkan"

Ayat dia tu menimbulkan seribu tanda tanya lah sial. Dia tak cakap apa yang salah. Aku lagilah taktahu apa yang salah. Kalau aku tahu salah awal awal dah betulkan. Eceh konon. Haha. Tapi serious aku keluar blurr nak mampus taktahu apa yang salah. Tapi thanks kepada kawan kawan yang tolong. 


Tapi cerita dia bila dah betulkan, tunjuk dekat En fuad, masih lagi salah. Berkali kali tunjuk masih salah. Serious, memang ade je yang tak kena. Sampai aku give up. Sampai menangis lah siak. And last last, he gave us on option, nak terus betulkan atau give up. Oh ya, anyway bukan aku sorang je yang kena betulkan, ramai juga lah. 

Okay bersambung pada option yang En Fuad kasi, nak terus betulkan or nak berhenti. Dan dia tiba tiba cakap, 

"Kalau awak masih nak terus betulkan, saya tak pelik kalau pagi esok awak akan sambung betulkan benda ni. Dan awak jangan marah kalau awak punya design berkali kali saya reject. Awak kena ingat, sikit pun awak betulkan pada drawing awak, maknanya drawing lain akan berubah, dan awak kena betulkan juga"

Pergh. Ayat tu yang patahkan semangat nak betulkan semua kesalahan tu. So all of us decided untuk redha je dengan apa yang jadi. Rasa dah tak sanggup nak hadap semua tu. And to be honest, aku sendiri pun dah cuak sangat dengan markah sendiri. Phew. Takut kena repeat. Tu je.

The next Working Drawing punya port folio. Gelabah dia lain macam tapi end up duduk dalam kelas betulkan yang mana patut je. Takda panel. And ada jugak yang teruk bagi aku which is markah first project aku hilang. And aku cari kat rumah memang dah takda. Sebab aku ingat aku dah bagi dekat lecturer, dua kali kot, tapi macamana boleh hilang. So tawakkal jelah. 

Aku takut gila dengan dua subject ni. Serious aku takut. Takut sangat sangat kena repeat. Ya Allah. Harap harap tak. Aku tahu sem ni aku memanng suck gila gila. Banyak buat perangai, banyak masalah, banyak buat hal. Aku harap Allah SWT masih bagi aku peluang nak bangun sem tiga nanti. Taknak lah repeat. Hmmm. Aku tak kisah pointer rendah tapi tolong lah. Jangan repeat. Harap tu je. Tolong lah doakan juga. 

TRIP AKHIR SEM. BAWAKU PERGI PULAU PINANG.

Taraaa! Yes. Before portfolio Working Drawing kita ada trip pergi Pulau Pinang. That was my first time. Kita pergi tiga buah kereta. And yes. It was fun. As I told you guys before, be with bestfriends is the best time ever. Another memories created. Alhamdullillah. Adalah juga benda untuk dikenang bila dah besar nanti. Ecece. Sweet me is it? Kahkah! Masuk bakul angkat sendiri. Tak ke nampak bodoh. 

Sepanjang perjalanan biasa je. Ala setakat confuse dengan jalan tu biasa jelah. It was our first time kot pergi sana dengan geng geng. And yes. Perasaan paling gembira bila naik atas jambatan Pulau Pinang tu. Masa dah nampak Jambatan Pulau Pinang tu kita semua dah jerit jerit dah dalam kereta untuk menyatakan yang kami eksaited. While aku rilek je actually sebab aku mengantuk sangat. 

Tapi bila dah naik atas Jambatan Pulau Pinang tu, tibatiba lagu yang ktorang play dalam kereta tu, tukar jadi lagu Bawaku Pergi. Serious, rasa macam kena dengan mood sangat. Terus pasang lagu tu kuat kuat, bukak tingkap then we just shout. Nyanyi kuat kuat lagu bawaku pergi. Seriously it was fun enough. Rasa macam tengah shoot program tv je. Haha. Fefeeling artis lah kejap. 

Bila dah sampai sana kita macam taktahu nak gi mana sampai lah kita semua singgah dekat rumah mak angkat anip. Masatu dia bagitahu tempat yang fun lah dekat Pulau Pinang ni. And yes kita semua pergi tempat tu then balik. Even kejap, it was fun enough lah. Best kut have a trip with soulmates. So kita plan in sha Allah next sem nak jaga budget elok elok nak pergi tempat lain pulak. In sha Allah. Doakan aku tak repeat. 

RUMAH MANIS RUMAH (HOME SWEET HOME)

And yes sekarang aku tengah sedap baring dekat rumah sendiri. Sia sia kan masa yang ada. Baring. Tidur. Makan. Tengok tv. Ada bagusnya astro ni banyak ulangan. Sekurang kurangnya cerita yang aku tak tengok dekat Ipoh dulu aku boleh tengok sekarang. Hm tak rugi lah cerita dia.

So sekarang aku rasa aku banyak memboncitkan perut. Makan tidur makan tidur. Buah hati pun dah fly balik tempat asal. So termenung aku sendiri. Alone. Meroyan sorang sorang. Ada sesiapa nak masuk meminang sekarang sangat di alu alukan. Mari mari.

Aku cuti tiga minggu ni. Siapa pun masuk meminang aku terima. Asalkan masa depan aku nanti cerah dengan dia. Jadi mari mari mari masuk meminang. Ke nak kena masukkan iklan dekat tv dulu ni baru ada orang nak masuk meminang. Haha! Takda ah. Gurau. Masih belum bersedia nak kahwin. Lalalala *ajet ada orang nak meminang*

To be honest, right now I am totally missing them. Yes. Them. AzmilLokman, SyafiqDaud, SyedEgyy, JafAiman, FarahEdrina, TashaRashid, AtikaAffendi. In fact aku tahu diorang belum tentu rindu aku. Hm entah. I can feel the different. Macam I'm totally nothing to them right now. Aku ni sekadar orang untuk dibahan. Aku ada ke takda ke sama. Aku bersuara sikit terus kena. Aku cakap apa apa terus kena bash. Entah. Awkward dengan keadaan sekarang.

So guys, I'm sorry for what I've done. Aku tahu aku tak macam korang. Aku paling lame, paling gedik, paling teruk, tapi aku nak korang tahu yang aku memang sayang korang. Aku mintak maaf kalau terlampau banyak tacing dengan korang. Tapi serious, aku tacing sebab aku sayang. Aku taknak jauh dari korang. Aku sayang korang. To be honest, aku rindu kita yang awal awal dulu. Buat semua benda sama sama. Kita kita je. 

Old times

Mungkin aku akan buat korang terasa dengan entry ni. I'm sorry for being too emotional. Aku rasa sem dua aku teruk tanpa korang. Since korang macam dah pulaukan aku. Ignore aku hujung hujung sem. And yes. Aku tahu. semua tu sebab salah aku sendiri. Korang care. Sebab tu korang nak ajar aku kan? Thanks guys. Aku harap sem depan bimbing aku balik. Jangan ignore aku. Nanti aku rindu korang. Hm. 

Tu je. Nanti kat mana pun aku, apa pun jadi dekat aku lepasni, ingat, aku sayang korang. Sangat sayang. Takkan ada pengganti korang dalam hidup aku. To azmil and egy, thanks sebab rampas phone aku semata mata nak aku buat kerja, yes, thanks a lot, atleast aku buat kerja. Aku hargai. 

friends for life

And yes, kepada housemates, wini terutama nya, sorry sepahkan rumah dan kau masih sabar. Walaupun tahap sepahkan rumah tu melampau lampau. Dan disini, aku nak ucapkan terimakasih banyak banyak kepada semua yang terlibat dalam hidup aku dalam sem dua ni. Yang banyak tolong aku, yang care pasal aku, yang banyak nasihat aku, yang banyak torture aku, yang banyak buat macam macam untuk aku, terimakasih banyak banyak. Sekurang kurangnya, bertambah pengalaman aku, bertambah memori aku. Dan yang mana tak elok, aku try jadi kan pengajaran untuk sem depan. 

Classmates sem dua. Susah senang sama sama. Penat lelah sama sama. The best time. Ever. Thanks guys for participate in my life. I love you guys. No doubt. Sorry for all mistakes I've done in this sem. I am totally sorry. 

And yes. Here comes my soulmates. Say hello to them. I love them very very much. Jangan ambik diorang dari aku. Tolong. Sebab aku taktahu apa jadi dekat aku kalau diorang takda. Serius. 

Itu je. Emosi betul kan entry ni? Kahkahkah. Malu pulak. Okay sampai situ saja. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang ketat ketat. Lalala.



 

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !