Adunan Sebati Cuti Sem
Hi hello and assalamualaikum. Hm awkward sebab macam rasa dah lama tak update blog. Since cuti sem ni banyak duduk diam diam dekat rumah. Err. Aku banyak habiskan masa dengan ganti balik masa tidur, makan, tengok tv puas puas. Disini kredit kepada astro kerana menyiarkan siaran ulangan untuk semua program tv yang saya tertinggal dekat Ipoh. Ha terimakasih.
Dan sebenarnya jugak, hm aku ambik sedikit ruang untuk mendiamkan diri untuk sekejap sahaja. Sebab rasa macam dah terlampau serabut dan stress dengan semua keadaan. To be honest, cuti sem ni akan tinggalkan kesan yang boleh tahan besar untuk life aku lepasni.
And what make it worst, buat pertama kalinya aku sendiri berhadapan dengan situasi kehilangan yang amat besar. Orang yang paling kita sayang, tinggal kita secara tibatiba. Terkejut. Masih lagi terkejut. Tapi I believe in faith. Allah SWT is planning the best for me. He's the best planner.
Thankyou kepada yang buat aku bangun balik, bangkit balik, buat aku sedar yang apa pun jadi mesti ada hikmah dia. Terimakasih. Dan aku janji, aku belajar untuk kuat balik. Dan here I am. Masih kuat. Alhamdullillah. Tapi, life will be so different after this. Jujur.
Okay. Tukar mood lah jom. Eh emosi pulak aku. So life, hm alhamdullillah better. Cuba bangkit balik walaupun jatuh kejap haritu. Cuba buat semua benda sorang sorang. Well, I'm not alone actually. Ada kawan kawan. Ihiks.
Err and selain duduk kat rumah habiskan beras, naikkan bil elektrik, aku juga buat kerja berfaedah which is aku ada lah pergi duty juga. Berkhidmat untuk negara gitu. Haha. Lepastu ada lah buat part time sehari dua. Bosan jugak duduk rumah makan tiduq makan tiduq.
And omg omg omg. eh no. Ya Allah, lusa result kot. I mean 21. Pergh takut sangat sangat okay. Risau gila kalau ada repeat. Tapi mintak jauh. Taknak repeat. Nak praktikal samasama dengan geng. Nak graduate samasama dengan geng dan yang pastinya taknak buat mama abah disappointed. Dan orang lain juga. Hm.
I need to prove to peoples yang, walaupun muka aku nampak bodoh, dan tingkahlaku aku jugak bodoh, aku boleh jadi architect nanti. Amiin. Tak kisah kalau pointer tak tinggi, takjadi best student pun, i just believe in rezeki. Belajar bukan untuk exam tapi untuk ilmu tu. Baru sedar. Teruknya.
So kepada insan terdekat, aku rasa sem depan aku nak berubah. Walaupun aku tahu dari sem sem yang lepas lagi aku cakap nak berubah. Tapi aku harap kali ni korang percaya aku, support aku. Sebab aku ada korang je. Kalau aku malas, marah aku. Sampai aku nangis pun takpa. Brainwash aku sikit okay?
I really need to change. Kehilangan yang besar buat aku berubah sikit sikit. Aku taktahu apa, tapi aku rasa aku dah lain. Ada yang tak kena dengan aku. Aku takdalah nak cakap perubahan aku ni perubahan yang macam lebih baik, perubahan ke arah lebih buruk pun tak, cumu aku rasa macam aku makin HEARTLESS. HEARTLESS yang betul betul punya.
Phew. Andai kata aku lulus semua subject, aku janji aku takkan sia sia kan sem depan. Walaupun aku tahu sem depan memang killer sem. Aku akan try untuk jadi lebih baik. Dan in Sha Allah aku dah taknak meroyan sem lepas. Nak jadi lebih matang mungkin. Yaaa! Kehilangan juga mematangkan.
Okay itu saja. Bosan betul entry aku. Hahahaha! Sorry. Yang mana nak unfollow tu boleh lah. Haa cenggitu ceghita dia.
Sedikit gambar penyejuk mata. Future mama gitu. Still waiting for his papa. Eceh. Who is he eh? Kehadapan bakal suami yang saya taktahu awak siapa, semoga sekarang awak tengah belajar rajin rajin dan fikir future awak nanti dengan isteri awak, yakni saya. Dan saya akan belajar rajin rajin juga biar bila kita dah kahwin nanti, in sha Allah dengan rezeki Allah kita senang sikit. Dan semoga awak jaga solat awak, jaga diri awak. Sebab saya nak awak jadi imam saya, imam anak anak saya nanti. Dan taklupa juga jadi papa untuk anak anak saya nanti. Eh tak. Anak kita. Ihiks. HAHAHA! Sweet gila pesan dekat bakal suami. Dah la gedik nak mampos. Annoying. Me is annoying. Gatal nak kahwin. Belajar dulu lah MIRAH! Hahahaha. Kbye.
Itu saja dari saya. Kepada rakan seperjuangan, mari belajar rajin rajin sem depan. Aku tahu aku tak sebijak korang, tapi tolong bimbing aku, tegur aku kalau aku salah. Dan tolong aku untuk berubah. Jangan biar aku sorang sorang, tiapkali aku jatuh, tolong bantu aku untuk bangun, dan pimpin aku untuk melangkah dengan korang walaupun aku tak setaraf. Aku janji, aku akan jadi kawan terbaik korang. Aku nak berjaya dengan korang. In sha Allah.
Okay itu je dari aku. Kepada peminat peminat, jangan lupa doakan aku okay? Cuak nya nak ambik result. Gr. Eceh. Takda lah. Gurau je peminat peminat tu. Me is kidding kidding. Semua semua ni kawan semua. Ihiks. Okay bye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang.
No comments :
Post a Comment