BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Monday, 11 March 2013

Lawak Ke Der ?


Ceyh ceyh ceyh. Gambar mula mula dah tahu dah nak cerita pasal apa. Firstly, i am so sorry sebab dah lama tak update blog. Mana tahu kalau kalau ada yang tak makan tak mandi sebab tunggu aku update blog ni haaa. Jadi aku dengan ini menyusun lima jari sambil menyusun buku buku atas meja study ni, aku nak mintak maaf ah buat korang kebulur. HAr har. K lawak hambar. Taklawak. Dah takpandai dah buat lawak sekarang. 

So a few days ago. Acece macam dah lama. Padahal baru hari jumaat lepas kot. Masa tu keluar dengan tasha dengan atika and farah. Senanya atika nak keluar nak settlekan hal broadband dia. Entah apa masalahnya. Taktahu. So aku sebagai kawan yang comel baik anggun dan bergaya, har har har. Padahal saja ja nak ajak diorang tengok Lawak Ke Der 2. So lepak lepak Ipoh Parade, then kitorang pi JJ. Makan makan, melantak sampai kenyang perut, then bila dah kenyang perut sukahati woi nak tengok Lawak Ke Der2. Memandangkan dalam kelas lagi aku duk bising dalam kelas nak tengok Lawak Ke Der2. Sampai lecturer tanya filem apa ada kat panggung sekarang aku boleh jerit Lawak Ke Der2. Hewhew. Kami kena lukis poster. Ye. Assignment graphic. Yess. I mean assignment again. Again and again. Pergh. Penat woi ambik architecture. Nak jadi pelakon ah cemni. Kalau ada Lawak Ke Der 3 , mohon Hans Isaac ajak aku join sekali. Jadi penari latar pun takpa lah. Emph. tolong kemas stage pun takpa. Susun kerusi dekat IB pun tak kisah. Eh? Hahaha.

Okay so yang mana mana tengah keliru nak tengok ke tak Lawak Ke Der 2 tu aku syorkan korang semua pergi tengok. Berbaloi ah beli tiket tu , pi tengok. Memandangkan aku peminat tegar tahap lipan terbang guna sayap gajah zizanrajalawak, i would say beliau sangat comel. Woi bang ! Let me be the nazmidah. The baik version. Haha. I will wait berapa lama pun abang nak iwapeyek. Eh? Haha. Tu abang Johan yang iwapeyek melampau. Haha. K komen gua lah kan. Opinion gua sebagai budak architecture lah kan. Hahaha. This is it. 

Okay first part boboi tu a little bit boring ah bagi gua. Eh tapi takda ah boring melampau. Best jugak ah wei. Dengan afdhlin shauki jadi pontianak. Rare tu pontianak macam tu. HAHAHA! Then the second part is in the airlines. HAHA! Lawak doh! Mana nak cari naik flight bayar tujuh hinggit takda kerusi, bayar tujuh hinggit setengah duduk atas tikar mengkuang. Stewardess kemain seksi. Bagi makan macam bagi dekat ayam. HAHAHA! Lagu airlines tu paling takleh blah. Siap ada Insyallah tu. Haha. Redho Airlines katakan. Oh gabung dengan Nabil. Nabil lawak wei. Haha. Yang takleh blah lawak Nasir Bilal Khan, aku dah terbawak bawak masuk kelas. Haha. Thumbs up! Haha. So the next is Harith Iskandar. Emph. Uncle ni sangat sangat lah lawak. Stand up comedy. Kerja dia bercakap je. Tapi sumpah lawak. Aku rasa kalau korang pergi tengok en, sumpah ramai yang terasa. Haha. Kalau yang selalu ada masalah dengan awek tu boleh pergi tengok. Haha. Kau akan setuju dengan harith iskandar. Haha. Tidak dinafikan atika tasha farah dengan aku memang gelak woi part Harith Iskandar. K. Dia punya satu part je. hewhew. Tapi puas hati. Berair jugak mata. HAHA!

So here it comes. Haha. When i say JO, you say ZAN. Jo? ZAN!!! Haa, tu cliche. Syok sendiri nama dia. Haha. So dua part lah kan. Aku taktahu mana diorang dapat idea gila macam tu. Boleh pulak berebut awek jahanam. Nama dah Nazmidah tapi kerja racun orang. So dengar ni Jozanners mahupun ZIZANNERS. Gua rasa korang lagi kenal JOZAN punya lawak. Haha. First part is dah lawak, but then second part lagi lawak. Haha. Sumpah aku terbawak bawak sampai keluar lawak tu. Woiii ! Abang zizan sangat kacak weh. Sangat. Haha. Bila dia gedik sangat lawak. Eh susah nak cerita, tapi tolong lah faham second part tu lawak. Haha. Keluar airmata jugak ah aku gelak. Aku memang over acting. Haha. So aku nak tegaskan kat sini, bagi mana mana pihak yang belum tengok lagi tu aku rasa dah boleh dah kau nak tengok haaa. Haha. Tengok lah weh tengok. Tak menyesal woi. Haha. 

Maka itu saja dari saya. Saya menyeru rakyat Malaysia tengok Lawak Ke Der2. Lawak wei. Takkan menyesal . Hewhew. Sekian saja dari saya, Amirah Auni, melaporkan di tempat kejadian. Haha. Takboleh lama lama spend time. Project dan assignment banyak nak disiapkan. Semua nak kena submit minggu ni. Mahu tercabut bijik mata sebab tak tidur. Penat woi penat. So sekian saja. Haha. Selamat menonton Lawak Ke Der 2 :D 

Crazy peoples in the house yawww ! 

Trust me! Korang takkan menyesal beli ni. Berbaloi balik. Best gila bab siot ! 

p/s: Congratulation Hans Isaac. Payment share share yea. HAHA. Bergurau. Hehe. Terbaik! Thumbs up! 
Hm one more thing, sempat lagi kalau korang nak vote Zizan Razak untuk abpbh. Tolong lah woi. He's the best man. Trust me :) Sekian :* Sincerely, Amirah Auni :D

Friday, 8 March 2013

Sorry.

25018_425891344147467_394825748_n_large

I'm tired being ignored. Sangat penat. And i'm sorry for being too emo just now. But if you were at my place, mungkin kau akan rasa apa yang aku rasa. Mungkin. This is not the first time i feel it. Ni untuk kali keberapa entah. But then, manusia ada tahap sabar dia. And i am so sorry, takmampu nak tahan tadi. Yes. I'm too selfish. Nak hati ni orang jaga. Sedangkan aku lupa siapa je aku? Nak orang care nak orang ambik tahu pasal aku. I'm nothing. How can i expect orang akan jaga hati ni? Yes. That was the silly me. Always the silly me.  

And i am sorry. That was my fault. Mengada ngada nak merajuk semua. Konon nak perhatian. Aku mintak maaf. And i am not going to do that anymore. Aku telan je semua nanti. Sekian. By me. And not forget. Happy Birthday Zahyn. Happy Belated Birthday Haniff ! May ALLAH bless both of you . Oh yaaa. Thanks to a friend who really care just now. Thanks a lot. 

Tumblr_mhlv7zldri1s4kea6o1_500_large

Wednesday, 6 March 2013

Changes.

Tumblr_mhvklexmbr1rpxr8vo1_400_large

Test test. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab baik. Ihiks. So dengan mangkuk maggi di depan laptop, dengan kain yang penuh baldi direndam dekat toilet, dan dengan penuh ketenangan aku mengupdate blog. Semalam baru update dan hari ni update lagi. Sukahati aku lah. Kau sibuk kenapa? Cakap ah cakap cakap cakap ! Sukati aku blog aku. Hm. Ayat tu aku selalu guna masa sekolah rendah. For example, sukati aku duit aku, sukati aku buku aku, sukati aku blablablablabla. Boring. Bodoh jugak aku masa kecik dulu. Hm. Sekarang bodoh jugak sikit. Tapi tak seteruk dulu. Walaupun aku taktahu bila aku nak jadi lebih bijak. Hm. Mungkin kena pakai spec baru nampak bijak. 

So today. Aku taknak merapu sangat. I would like to talk about changes. Jujur aku cakap, banyak kali jugak aku dengar ayat yang macam, hm, people change, situation change. Well. Its all about changes. Tipu lah kalau korang cakap, korang tak pernah alami semua tu kan. Aku pun tengah alami sekarang ni. Sedang mengalami perubahan yang kadang kadang aku taktahu perlu ke tak perubahan tu. And aku tak pasti perubahan tu bagi kebaikan ke tak. or else, perubahan tu sekadar perubahan kosong. Maybe. Apa perubahan aku yang aku nak bising bising sangat tu. I dont know, tapi tibatiba aku rasa aku berubah. 

Sejujurnya aku cakap, lately, aku lebih suka alone gitew. Being along, less talk and so on. Mungkin tak sepenuhnya jadi pendiam tapi ada masa aku akan diam. Kalau nak dibandingkan dulu yang tak pernah diam langsung. Erghh. Apa punya manusia aku ni. Hm. Dan perubahan berikutnya merupakan tahap kemalasan aku yang melampau lampau ni. Dulu, pergh, tanya mama aku, bila aku sidai kain, bila aku basuh pinggan basuh gelas basuh sudu. Tapi sekarang pergh. Dah pandai dah basuh baju. Dah kenal dah sabun basuh baju. Haha. Dah kenal dah mana satu sabun basuh pinggan. And yang paling memberangsangkan, aku rasa sangat seronok melipat baju sekarang. Walaupun aku selalu jugak , balik kelas, salin baju, baling. Hm. Tapi ada lah time nya aku lipat baju. And aku dah pandai kemas bilik lipat selimut menyapu. Dekat rumah aku takpernah pegang penyapu. Bilik aku, adik aku yang kemas. Teruknya kakak macam ni. Haha. So tu perubahan dari segi kerajinan lah. har har har. 

Next is kematangan. Kematangan? Okay. Yang tu tak pernah berubah. Masih lagi macam ni aku haaa. Haha. Cuma dah pandai naik bas naik teksi. Haha. K. Tu tergolong dalam kematangan ke? Okay tak kisah. Haha. Hm. Senanya , bukan pasal diri aku yang aku nak cakap. Its about peoples around me. Macam aku cakap, kita selalu dengar, manusia berubah ubah. Aku pun berubah. Orang sekeliling aku pun berubah. Dulu lain sekarang lain. Sebab masing masing dah bawak haluan sendiri, so perangai dah berubah. Kalau dulu boleh bergurau, boleh cakap cakap kasar, sekarang dah takboleh. Contohnya lah. Eh . Susah nya nak explain. Haha. Malas aku. Haha. Korang pun mesti rasa apa yang aku rasa tau. Jadi, kenapa semorang berubah? kenapa adanya perubahan ni? 

Banyak sebab. For example because of the situation, peoples around you, because you have to change ! Banyak sebab  ah. Banyak faktor. Atototo. Contoh , situasi dimana orang taksuka perangai kau yang sah sah memang teruk. Kalau seorang dua tak apa , ni kalau dah semua orang benci perangai kau tu, takkan kau nak kekalkan , kan? Kena berubah. Ye dak? Next orang sekeliling yang buat kau berubah. Andai kata pada asalnya kau ni seorang yang pendiam, tibatiba kau jumpa kawan baru yang memang kaki gila bising, lama lama kau pun akan jadi bising jugak. Lawak lawak tu kau boleh terikut ikut tahu tak. Kiranya daripada takpandai berlawak langsung kau dah boleh buat lawak lah. HAHAHA. 

Tapi en, aku benci satu perubahan dimana , sesauatu yang rapat jadi makin jauh. Perubahan ni yang aku paling taksuka. Dan perubahan ni terjadi sebab situasi selalunya. Situasi dimana orang tu terpaksa berpisah, duduk jauh jauh, daripada asalnya rapat gila babeng, but then terpaksa berpisah. Bila jumpa balik dah macam awkward. So tu yang berubahnya. Hm. Dan perubahan dari segi cinta. Orang mula mula couple, then lama sikit, dah start gaduh gaduh manja, and atlast, gaduh sekali satu hari tu wajib. Tu dikira perubahan jugak kan? Next about relationship, kalau kau ada kawan yang sangat baik, kawan yang berlainan jantina, then tibatiba kau ada feeling dengan dia. Automatic keadaan tu akan jadi berubah. And andai kata dia tibatiba tahu perasaan kau, relationship tu akan berubah. Sama ada ke arah lebih baik, lebih cerah , ataupun korang akan dapat relationship yang baru . RELATIONSHIT. So banyak jugak perubahan ni. 

Sebagai rumusan dia, aku nak cakap perubahan ni perlu andai kata ia kearah yang lebih baik. Tapi kalau perubaham ke arah lebih teruk, aku rasa tak payah. Hehehe. Satu lagi yang kita patut risaukan, kejutan budaya. Or culture shock. Dimana perubahan yang lebih ke arah keterukan kerana terlampau terkejut dengan benda baru. Hewhew. Bahaya tuh bhai ! Si tanggang lupa mak dia sebab culture shock ah. Takpernah jadi kaya. tibatiba kaya, lupa diri. HAHA. Dah ah. Sekian. Jangan berubah tanpa sebab. Nanti orang rindu. Berubahlah ke arah kebaikan. Dan ubahlah dunia :) Sekian. Sincerely, Amirah Auni :))

Tumblr_mj3hnl5chs1r8mmrfo1_500_large
Kerana pengalaman.

Tumblr_mhjpfdtxde1rne198o1_500_large
Then, you have to change :))

Kemerepekan.

That_feeling_you_get-276364_large

Hello ladies and gentlemen :) Assalamualaikum wbt ! Katakan padaku bahawa kau sedang merindui. Katakan sazali. Katakan. Har har. Tiada kaitan. Sazali pun aku tak kenal. So whatsupp. Semua rindu aku kan? K takyah cakap. Dah tahu. Hm. Korang ni takda benda lain. Kerja nak rindu aku je. Oleh sebab tu kerja tetap korang , aku rasa aku nak bagi gaji lah dekat korang. Setiap kerja kena ada gaji. Aip ! Jangan mencuri pulak. Dosa. Kalau nak mintak. Kalau orang tak kasi, beli. Kalau takda duit curi. Aip ! Jangan mencuri. Haha. Nampak tak nasihat yang tak tersusun dan takda guna tu? Pendek kata, takcakap pun takpa. Hm. Tapi kalau nak ikut si Pendek, macam macam dia nak kata. Yang aku heran, ramai orang cakap yang pendek kata. Famous jugak Pendek tu. Hm. Tapi dia tak pernah menang award macam aku. So aku tak perlu tahu. Har har har. Bila seorang yang angkuh sombong dan bongkak berkata kata. Diamma !

So agak lama jugak aku mendiamkan diri. Biasa lah artist. ngeh ngeh ngeh. Nak shooting. Sekarang dekat Bangkok. Teman babyboy shooting. Har har har. Aku bukan nya nak ikut sangat tapi yelah, babyboy tu mana boleh takda aku. Taklalu makan lah apa lah. Hm. Tapi demi kasih sayang yang tak ternilai ni aku ikut jugak dia. Hahaha. Woi woi woi ! Siapa belum vote abang zizan waa? Haaa. Vote ! Vote ! Vote ! Ada seminggu je lagi. Tssk. Kite nak dia menang. Tolong lah kite. Kate sayang kite. Ihiks *Gelak Gedik Tahap Nak Merasa Penyapu* So korang selaku peminat aku harus lah bersama sama aku vote babyboy aku tu haaa. K. Paling senang, vote online je. Tolong lah tolong lah :3 

Berbalik dengan cara yang serious, aku senanya tak update blog lama sebab busy. Busy ganti masa tidur yang tak terganti tu. Eheh. Plus macam takda mood kot nak update blog. I've got no idea katanya mat salleh. Dah pandai dah speaking sejak sejak further study dekat New York Aman Jaya ni haaa. Dulu dekat Paris cakap bahasa Jepun. Tak sempat belajar english. Sekarang ni takda apa yang menarik pun. Belajar belajar belajar. Susah kalau dah jadi ulat buku ni. Esaimen takyah cakap. Makin banyak. Dengan project itu project ini. Baru rasa penatnya jadi student architecture. I mean bukan penat biasa biasa. Penat yang macam letih tahap kura kura buang cengkerang lalu diganti dengan tudung saji. Nampak betapa letih tu sampai takda kaitan langsung tu? Dan saya rasa sekarang saya banyak bercakap seorang tahu tak? Sekarang ni takramai orang nak layan aku. Entah kenapa. Aku cakap je dengan diorang buat buat cakap dengan phone lah apa lah -.- Sedih tahu tak? Hm. SO i choose to be alone. Less talk. Penat jugak kalau banyak jugak bercakap ni. Baru terasa. 

Hm so korang nak aku cakap pasal apa? Haaa. Cakap. Cakap ah cakap. Nak aku cakap apa? K. Takda kan? So nak chiow dulu. Guess what, sekarang waa rasa macam waa nak kahwin tau. Waa bosan. Kawan kawan waa semua ada kakasih hati. Waa pun nak kakasih hati jugak. Tssk. Aku nak ada orang texting dengan aku. Layan aku. Dengar aku membebel. Tapi takda dah tahu tak? Sedih :/ Ah. Doakan jodoh aku cepat sampai. Haha. Gedik. Datang sini nak belajar, tibatiba gedik cakap nak kahwin nak couple ! Dah ah jo. Haha. Tak tetap pendirian langsung. Haha. Sudah cukup cukup sudah. So sekarang aku nak bagitahu yang aku tengah rindu kawan kawan PBS. Sangat rindu. Banyak kenangan kitorang. Lekat dalam kepala. Tapi semorang ada jauh jauh. RINDU SANGAT. Tengah mancari tarikh yang sesuai nak gather. Hehe. Dah ah semua. Chiow ! Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab gatal. K chiowww! Hasta La Vista , JO :))

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !