BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday, 6 March 2013

Changes.

Tumblr_mhvklexmbr1rpxr8vo1_400_large

Test test. Assalamualaikum. Takjawab dosa, jawab baik. Ihiks. So dengan mangkuk maggi di depan laptop, dengan kain yang penuh baldi direndam dekat toilet, dan dengan penuh ketenangan aku mengupdate blog. Semalam baru update dan hari ni update lagi. Sukahati aku lah. Kau sibuk kenapa? Cakap ah cakap cakap cakap ! Sukati aku blog aku. Hm. Ayat tu aku selalu guna masa sekolah rendah. For example, sukati aku duit aku, sukati aku buku aku, sukati aku blablablablabla. Boring. Bodoh jugak aku masa kecik dulu. Hm. Sekarang bodoh jugak sikit. Tapi tak seteruk dulu. Walaupun aku taktahu bila aku nak jadi lebih bijak. Hm. Mungkin kena pakai spec baru nampak bijak. 

So today. Aku taknak merapu sangat. I would like to talk about changes. Jujur aku cakap, banyak kali jugak aku dengar ayat yang macam, hm, people change, situation change. Well. Its all about changes. Tipu lah kalau korang cakap, korang tak pernah alami semua tu kan. Aku pun tengah alami sekarang ni. Sedang mengalami perubahan yang kadang kadang aku taktahu perlu ke tak perubahan tu. And aku tak pasti perubahan tu bagi kebaikan ke tak. or else, perubahan tu sekadar perubahan kosong. Maybe. Apa perubahan aku yang aku nak bising bising sangat tu. I dont know, tapi tibatiba aku rasa aku berubah. 

Sejujurnya aku cakap, lately, aku lebih suka alone gitew. Being along, less talk and so on. Mungkin tak sepenuhnya jadi pendiam tapi ada masa aku akan diam. Kalau nak dibandingkan dulu yang tak pernah diam langsung. Erghh. Apa punya manusia aku ni. Hm. Dan perubahan berikutnya merupakan tahap kemalasan aku yang melampau lampau ni. Dulu, pergh, tanya mama aku, bila aku sidai kain, bila aku basuh pinggan basuh gelas basuh sudu. Tapi sekarang pergh. Dah pandai dah basuh baju. Dah kenal dah sabun basuh baju. Haha. Dah kenal dah mana satu sabun basuh pinggan. And yang paling memberangsangkan, aku rasa sangat seronok melipat baju sekarang. Walaupun aku selalu jugak , balik kelas, salin baju, baling. Hm. Tapi ada lah time nya aku lipat baju. And aku dah pandai kemas bilik lipat selimut menyapu. Dekat rumah aku takpernah pegang penyapu. Bilik aku, adik aku yang kemas. Teruknya kakak macam ni. Haha. So tu perubahan dari segi kerajinan lah. har har har. 

Next is kematangan. Kematangan? Okay. Yang tu tak pernah berubah. Masih lagi macam ni aku haaa. Haha. Cuma dah pandai naik bas naik teksi. Haha. K. Tu tergolong dalam kematangan ke? Okay tak kisah. Haha. Hm. Senanya , bukan pasal diri aku yang aku nak cakap. Its about peoples around me. Macam aku cakap, kita selalu dengar, manusia berubah ubah. Aku pun berubah. Orang sekeliling aku pun berubah. Dulu lain sekarang lain. Sebab masing masing dah bawak haluan sendiri, so perangai dah berubah. Kalau dulu boleh bergurau, boleh cakap cakap kasar, sekarang dah takboleh. Contohnya lah. Eh . Susah nya nak explain. Haha. Malas aku. Haha. Korang pun mesti rasa apa yang aku rasa tau. Jadi, kenapa semorang berubah? kenapa adanya perubahan ni? 

Banyak sebab. For example because of the situation, peoples around you, because you have to change ! Banyak sebab  ah. Banyak faktor. Atototo. Contoh , situasi dimana orang taksuka perangai kau yang sah sah memang teruk. Kalau seorang dua tak apa , ni kalau dah semua orang benci perangai kau tu, takkan kau nak kekalkan , kan? Kena berubah. Ye dak? Next orang sekeliling yang buat kau berubah. Andai kata pada asalnya kau ni seorang yang pendiam, tibatiba kau jumpa kawan baru yang memang kaki gila bising, lama lama kau pun akan jadi bising jugak. Lawak lawak tu kau boleh terikut ikut tahu tak. Kiranya daripada takpandai berlawak langsung kau dah boleh buat lawak lah. HAHAHA. 

Tapi en, aku benci satu perubahan dimana , sesauatu yang rapat jadi makin jauh. Perubahan ni yang aku paling taksuka. Dan perubahan ni terjadi sebab situasi selalunya. Situasi dimana orang tu terpaksa berpisah, duduk jauh jauh, daripada asalnya rapat gila babeng, but then terpaksa berpisah. Bila jumpa balik dah macam awkward. So tu yang berubahnya. Hm. Dan perubahan dari segi cinta. Orang mula mula couple, then lama sikit, dah start gaduh gaduh manja, and atlast, gaduh sekali satu hari tu wajib. Tu dikira perubahan jugak kan? Next about relationship, kalau kau ada kawan yang sangat baik, kawan yang berlainan jantina, then tibatiba kau ada feeling dengan dia. Automatic keadaan tu akan jadi berubah. And andai kata dia tibatiba tahu perasaan kau, relationship tu akan berubah. Sama ada ke arah lebih baik, lebih cerah , ataupun korang akan dapat relationship yang baru . RELATIONSHIT. So banyak jugak perubahan ni. 

Sebagai rumusan dia, aku nak cakap perubahan ni perlu andai kata ia kearah yang lebih baik. Tapi kalau perubaham ke arah lebih teruk, aku rasa tak payah. Hehehe. Satu lagi yang kita patut risaukan, kejutan budaya. Or culture shock. Dimana perubahan yang lebih ke arah keterukan kerana terlampau terkejut dengan benda baru. Hewhew. Bahaya tuh bhai ! Si tanggang lupa mak dia sebab culture shock ah. Takpernah jadi kaya. tibatiba kaya, lupa diri. HAHA. Dah ah. Sekian. Jangan berubah tanpa sebab. Nanti orang rindu. Berubahlah ke arah kebaikan. Dan ubahlah dunia :) Sekian. Sincerely, Amirah Auni :))

Tumblr_mj3hnl5chs1r8mmrfo1_500_large
Kerana pengalaman.

Tumblr_mhjpfdtxde1rne198o1_500_large
Then, you have to change :))

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !