BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Monday, 11 March 2013

Lawak Ke Der ?


Ceyh ceyh ceyh. Gambar mula mula dah tahu dah nak cerita pasal apa. Firstly, i am so sorry sebab dah lama tak update blog. Mana tahu kalau kalau ada yang tak makan tak mandi sebab tunggu aku update blog ni haaa. Jadi aku dengan ini menyusun lima jari sambil menyusun buku buku atas meja study ni, aku nak mintak maaf ah buat korang kebulur. HAr har. K lawak hambar. Taklawak. Dah takpandai dah buat lawak sekarang. 

So a few days ago. Acece macam dah lama. Padahal baru hari jumaat lepas kot. Masa tu keluar dengan tasha dengan atika and farah. Senanya atika nak keluar nak settlekan hal broadband dia. Entah apa masalahnya. Taktahu. So aku sebagai kawan yang comel baik anggun dan bergaya, har har har. Padahal saja ja nak ajak diorang tengok Lawak Ke Der 2. So lepak lepak Ipoh Parade, then kitorang pi JJ. Makan makan, melantak sampai kenyang perut, then bila dah kenyang perut sukahati woi nak tengok Lawak Ke Der2. Memandangkan dalam kelas lagi aku duk bising dalam kelas nak tengok Lawak Ke Der2. Sampai lecturer tanya filem apa ada kat panggung sekarang aku boleh jerit Lawak Ke Der2. Hewhew. Kami kena lukis poster. Ye. Assignment graphic. Yess. I mean assignment again. Again and again. Pergh. Penat woi ambik architecture. Nak jadi pelakon ah cemni. Kalau ada Lawak Ke Der 3 , mohon Hans Isaac ajak aku join sekali. Jadi penari latar pun takpa lah. Emph. tolong kemas stage pun takpa. Susun kerusi dekat IB pun tak kisah. Eh? Hahaha.

Okay so yang mana mana tengah keliru nak tengok ke tak Lawak Ke Der 2 tu aku syorkan korang semua pergi tengok. Berbaloi ah beli tiket tu , pi tengok. Memandangkan aku peminat tegar tahap lipan terbang guna sayap gajah zizanrajalawak, i would say beliau sangat comel. Woi bang ! Let me be the nazmidah. The baik version. Haha. I will wait berapa lama pun abang nak iwapeyek. Eh? Haha. Tu abang Johan yang iwapeyek melampau. Haha. K komen gua lah kan. Opinion gua sebagai budak architecture lah kan. Hahaha. This is it. 

Okay first part boboi tu a little bit boring ah bagi gua. Eh tapi takda ah boring melampau. Best jugak ah wei. Dengan afdhlin shauki jadi pontianak. Rare tu pontianak macam tu. HAHAHA! Then the second part is in the airlines. HAHA! Lawak doh! Mana nak cari naik flight bayar tujuh hinggit takda kerusi, bayar tujuh hinggit setengah duduk atas tikar mengkuang. Stewardess kemain seksi. Bagi makan macam bagi dekat ayam. HAHAHA! Lagu airlines tu paling takleh blah. Siap ada Insyallah tu. Haha. Redho Airlines katakan. Oh gabung dengan Nabil. Nabil lawak wei. Haha. Yang takleh blah lawak Nasir Bilal Khan, aku dah terbawak bawak masuk kelas. Haha. Thumbs up! Haha. So the next is Harith Iskandar. Emph. Uncle ni sangat sangat lah lawak. Stand up comedy. Kerja dia bercakap je. Tapi sumpah lawak. Aku rasa kalau korang pergi tengok en, sumpah ramai yang terasa. Haha. Kalau yang selalu ada masalah dengan awek tu boleh pergi tengok. Haha. Kau akan setuju dengan harith iskandar. Haha. Tidak dinafikan atika tasha farah dengan aku memang gelak woi part Harith Iskandar. K. Dia punya satu part je. hewhew. Tapi puas hati. Berair jugak mata. HAHA!

So here it comes. Haha. When i say JO, you say ZAN. Jo? ZAN!!! Haa, tu cliche. Syok sendiri nama dia. Haha. So dua part lah kan. Aku taktahu mana diorang dapat idea gila macam tu. Boleh pulak berebut awek jahanam. Nama dah Nazmidah tapi kerja racun orang. So dengar ni Jozanners mahupun ZIZANNERS. Gua rasa korang lagi kenal JOZAN punya lawak. Haha. First part is dah lawak, but then second part lagi lawak. Haha. Sumpah aku terbawak bawak sampai keluar lawak tu. Woiii ! Abang zizan sangat kacak weh. Sangat. Haha. Bila dia gedik sangat lawak. Eh susah nak cerita, tapi tolong lah faham second part tu lawak. Haha. Keluar airmata jugak ah aku gelak. Aku memang over acting. Haha. So aku nak tegaskan kat sini, bagi mana mana pihak yang belum tengok lagi tu aku rasa dah boleh dah kau nak tengok haaa. Haha. Tengok lah weh tengok. Tak menyesal woi. Haha. 

Maka itu saja dari saya. Saya menyeru rakyat Malaysia tengok Lawak Ke Der2. Lawak wei. Takkan menyesal . Hewhew. Sekian saja dari saya, Amirah Auni, melaporkan di tempat kejadian. Haha. Takboleh lama lama spend time. Project dan assignment banyak nak disiapkan. Semua nak kena submit minggu ni. Mahu tercabut bijik mata sebab tak tidur. Penat woi penat. So sekian saja. Haha. Selamat menonton Lawak Ke Der 2 :D 

Crazy peoples in the house yawww ! 

Trust me! Korang takkan menyesal beli ni. Berbaloi balik. Best gila bab siot ! 

p/s: Congratulation Hans Isaac. Payment share share yea. HAHA. Bergurau. Hehe. Terbaik! Thumbs up! 
Hm one more thing, sempat lagi kalau korang nak vote Zizan Razak untuk abpbh. Tolong lah woi. He's the best man. Trust me :) Sekian :* Sincerely, Amirah Auni :D

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !