BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday, 8 January 2014

Weekend Yang Terganggu......

а я уйду обид не замечая конфетку шоколадную жуя и пусть тебя полюбит лошадь злая а не такое солнышко как я - Поиск в Google
Hi assalamualaikum. Misi aku harini, nak belajar rajin rajin, nak kerja power, gaji besar, nak cari laki kaya nak mampus dengan harapan anak aku nanti boleh shopping like a boss macam budak kat atas ni. Semoga impian aku jadi kenyataan. Tapi jangan risau, aku takkan biar anak aku jalan sorang sorang, aku akan upah dua orang bodyguard untuk teman dia shopping. 

Jadi itulah intro aku harini. Sekarang ni , aku nak uar uarkan yang nilah kali pertama aku update blog tahun ni. Seyes. Dan aku rasa masih belum terlambat kalau aku nak ucap Selamat Tahun Baru kepada readers yang berjuta juta dari seluruh dunia. Ehem. Ye. Biasalah, readers banyak, kena lah gebang sikit dalam berbicara. Mohon muntah pelangi semua. 

Selalunya kalau cakap pasal new year ni, soalan cliche yang selalu keluar nya, apa azam tahun baru, Hmmm cliche betul. Yang jawab nya beriya, azam itu ini, end up sampai sepuluh tahun akan datang pun belum tentu tercapai azam tu. Tu aku lah. Orang lain aku taktahu. Eheh. Jadi aku taknak cakap banyak pasal new year, tapi nak cakap aktiviti bosan yang aku lalui untuk minggu pertama di tahun 2014 ni. Eheh. 

Cerita nya, first week of 2014, weekend memang kena kacau. Sabtu pergi pasir salak untuk site visit for building construction which is we have to learn about timber construction. Sketch everything. Sakit bontot duduk dalam bas sejam. membuta sepenuh perasaan lah jugak. Then then then sampai sana makan, masuk rumah kayu. Hm cantik. Menarik. Sketch. Ukur itu ini. Dan kemudian, masuk galeri. Macam maccam ada. Ambik gambar dan pulang, emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati goreng dan sedia, tepung cucur adabi namanya. Kami nak lagi boleh kah cepat?

OOTD untuk hari berkenaan. Hashtag, Kak Culing si cantik tak habis. HAHA gurau. 

Untuk pengetahuan pihak media, kami adalah insan paling awal ke kampus pada hari berkenaan. Mohon rekodkan dalam buku sejarah tingkatan lima sekolah international. 

Seorang artis takboleh menghampakan peminat. Ini salah satu peminat yang terpilih dalam jutaan peminat untuk bergambar bersama saya. Aherher. Okay tak. Ni Zahyn. Classmate I olls. Uhuks. 

Muka budak kelas yang semangat di pagi hari untuk site visit yang pertama sem ini. 
Setelah sampai di tempat kejadian. Pasir Salak. Tiada A.Galak mahupun anjing menyalak. 

Muka keluar gallery dan baru nak balik. Tempat ni seronok tau. Mohon datang ramai ramai.
Okay tu untuk hari Sabtu. Then hari Ahad  pulak ada lagi aktiviti which is kitorang ada ArchiDay. Aktiviti sepatutnya pukul lapan pagi, tapi kitorang pukul lapan baru nak bangun, walaupun aku ni ulang alik pergi overseas, pergi LA, pergi Paris New York London Korea jarang jarang, aku masih lagi melayu sejati. Jadi begitulah janji melayu, cakap pukul lapan, pukul lapan setengah dekat dekat pukul sembilan baru sampai. So aktiviti not bad. Tapi takda lah fun sangat. It just okay okay lah. Ha gitu. Atleast ada lah beberapa orang baru yang kau boleh kenal.

Kiranya lepas program tu, duduk dalam group, jalan kat kampus keesokan harinya, ada lah orang jerit panggil kau "Hi akak!" "Selamat pagi" "Takda kelas ke?" Haa cenggitu. Ehem. Haha. So tu lah Weekend aku memang diganggu. Di samping banyak assignment. Fuh. 

Muka budak budak baik yang join program berkenaan. Yang lain hilang tanpa jejak.

Bergambar bersama YB. Guru Besar poli. Eh tak. Sebenarnya tu Wardah. Businesswoman berjaya sekarang. Nak produk kecantikan, boleh contact beliau. Ihiks. Berminat untuk contact beliau? Contact saya dulu. 

Awek kegilaan ramai untuk ArchiDay. Peminat serbu kami je. Hmmm. Tapi ternyata aku lagi hot dari Atika. Hm

Wajah kegembiraan di hari berkenaan. Jadi menyesal lah siapa yang tak hadir kerana tak dapat jumpa artis yang sanggup turun padang seperti saya. Aharharhar. Kbye. 

Jadi cakap pasal assignment I was thankful sebab nya im done with design presentation. Thankyou to Acai, Syafiq and Fath for a good commitment for our group, and kerjasama yang agak power jugak lah. Idea pun boleh share share. What makes me proud is, diorang try untuk buat semua orang nampak power. Haa gitu. Takda lah sorang dua nampak bosan kan. 

To be honest acai yang banyak effort sebab dia yang buat floor plan dengan segala plan yang ada. Such a very good leader lah I told you. While Syafiq dengan Fath pulak ikut je disamping banyak idea dan good presentation jugak lah diorang kasi. Ah kira semua power lah. WHile aku satu satunya gadis, aku buat kerja seorang gadis lah. Tulis sikit, potong kertas sikit, tampal sikit. Then edit slide sesikit. Haa. 

Lepastu apa lagi eh. Yaa presentation site practise pun dah settle. So aku lega. Aku nak lega lelebih pasal presentation ni pun sebab semua presentation ni kena present depan en fuad. En fuad tu power tau. Dia punya soalan belum tentu kau boleh jawab. Eheh. Jadi aku lega lah kalau presentation dah lepas. Masa site practise tu en fuad dengarkan je. Dia takda soal apa apa so aku lega. Jadi im done. Cuma wish me luck for oral presentation esok. Kak Culing nebes you olls. Eheh. 

Hm dan doakan aku berjaya dalam semua benda yang aku buat sem ni. Doakan rezeki aku murah dan mencurah curah. Dan sekarang aku rindu Athirah, adik bongsu aku. Eh tak. Sebenarnya aku tengah rindu semua adik adik aku. Rindu mama abah. Nak balik. Hm k. 

Oh ye. Sebelum terlupa, aku ada cerita sedih nak cerita ni. Harap semua nangis dan jadikan iktibar. Sebenarnya phone aku rosak. Dia akan mati bila dia rasa nak mati dan akan hidup balik bila dia rasa nak hidup. Dia ingat dia siapa nak hidup mati sesuka  hati? Lepastu tibatiba dia punya memory full dengan sendiri. DIa ingat aku takda perasaan ke nak buat aku macam ni? Jadi aku harap, ada anak anak dato' yang baca post ni dan bersimpati dengan aku, sekaligus dapat memberi aku hadiah iPhone. Aku tak mintak lebih. IPhone 5s pun dah cukup. Kalau nak bagi iPhone 6 pun aku sanggup tunggu. Andainya takda anak dato' yang simpati, aku harap anak anak Tan Sri pun ada yang simpati. Dan anak anak orang lain pun simpati. Dan semua nak sponsor aku phone. Amiin. Taksalah guna banyak phone. 

Jadi itu saja untuk hari ini. HEHEHEHEHE. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Okay Bye. Hasta La Vista bebeh! 

Peek-a-boo..!

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !