BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Saturday, 25 January 2014

Hey dude, its weekend.


Hi hello and assalamualaikum. Dengan suasana yang nyaman ni aku tibatiba rasa nak update blog. Sebenanrnya dari semalam nak update. Tengah cari cari gambar suddenly mood nak update hilang. So how?

Well alhamdullillah. Day by day, still alive. Still breathing. Still had chance to live the life. And I dont know why rasa tenang eventho kerja banyak. Something is wrong with me. Lantak. Peduli hape. Hidup tenang best. Buat semua kerja pun tenang. Oiceh. Cakap macam buat kerja padahal tak buat sangat pun. Eh no no no. Buat tapi sikit sikit, bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Aku harap dengan sikit sikit punya kerja ni, submission day nanti, adalah hasilnya. Hahaha. Cliche cliche cliche. Mampus. 

Harini memang weekend. Ah weekend bagi orang lain is sooo nikmatnya. While us, budak budak archi ni kena hadap auto cadd, siapkan working drawing siapkan design sebab dua dua nak kena submit on this becoming thursday, tarikh yang sama hari yang sama. Come on. Semoga Allah permudahkan semuanya. Amiin. 

So kepada korang yang boleh menikmati weekend dengan senang lenang tu, hargai lah weekend anda. Buat lah benda berfaedah sedikit. Contohnya basuh baju yang bertimbun, kemas bilik yang bersepah, masak, tukar lampin anak, kira bulu harimau dan sebagainya. Aku ni mana sempat nak buat benda benda tu semua. Yelah. Busy sangat. Hmmm busy busy pun sempat nak update blog. Tak sedar diri you olls. 

Dump A Day Random Funny Pictures - 73 Pics

Tapi sebenarnya kan, bila weekend dan kau boleh bangun pukul lapan pagi tanpa orang kejut pun, kau akan rasa macam "wow, productive betul hari aku hari ini. Bangun awal" dan dalam kepala otak kau, kau mula dah boleh start planning hari kau dengan productive nya. The best part is bila kau dah mula fikir nak siapkan semua kerja kau harini jugak. Oh i see. Tu aku lah yang fikir macam tu. End up duduk je mengadap laptop sampai tengahari.


Talk about feelings pulak, out of nowhere kan tibatiba nak cakap pasal feeling. Ah lantak. Sometimes, all you need is just "ikhlas". Try to believe that apa yang kau buat tu mesti ada hasil dia. I mean setiap yang terjadi tu ada hikmahnya. Kau buat baik, baik lah nanti yang kau dapat. Well i didn't say yang aku ni ikhlas orangnya. Masih mencari ikhlas yang sebenar tu. Eheh. 

"Cinta tak semestinya memilik". This is what people use to say. Tapi betullah tu. Kalau betul betul cinta, kau mesti relakan hati kau untuk tengok dia bahagia. Walaupun kebahagiaan dia tu bukan dengan kau. Eh takyah nak cinta sangat. Geli pulak. Maksud aku sayang. Haa so, tipulah kalau aku cakap tak sakit. Sakit tu memang lah sakit awal awal. Nanti lama lama kau sendiri akan biasa. Rasa sakit tu akan hilang. Lepastu kau akan puas. Puas tengok pengorbanan kau yang berhasil. Pengorbanan sangat. 

Letak dalam kepala otak. Kalau dah jodoh, sejauh mana pun terpisah, akhirnya jumpa balik jugak. Put your trust on Allah. Dia sebaik baik perancang. 

"Eh jo, dulu kau pun meroyan royan sebab nak orang tu nak orang ni, nak nasihat orang?" 

Dah. Go die. Talk based on experience. Takda lah banyak mana experience aku tapi begitulah gamoknya. Percaya pada Allah. Nanti akan tenang, nanti akan jumpa apa tu ikhlas. Aku pun masih mencari. Jom lah sesama. Eheh. 

Dah la. Sampai sini. Aku banyak kerja nak buat harini. Oicecece. Haha. Dah bye assalamualaikum. Maaf andai diri ini ada salah dalam berbicara. Ahaks

Kan sedap mata memandang dapat suami macam gini. Adorable sangat you olls. Ok bye. Haha

Friday, 17 January 2014

Nak cerita apa...?

delightful | via Tumblr

Hi hello and Assalamualaikum wbt. Aku rasa boleh tahan lama aku tak update blog. Haih. Dan jadi masalah jugak bila aku nak update tapi tak tahu nak cerita pasal apa. Like seriously. I dont know what happen to me. nak bebel pun tak tahu nak bebel pasal apa. Ye. Aku sedar aku mula bosan sekarang.  Hmmm cewdihnyeww. 

To be honest memang la tengah sedih tapi tak rasa macam kena cerita and boleh cerita. Ah I wish I could share it here tapi tak boleh. Tapi tengah sedih tengah forever alone. And yeah, tepuk tangan sikit. I'm suffered in pain for a three days kot. Makin menjadi jadi sakit aku. Pergh pergh. Ubat nya dekat Kelantan. Nak taknak kena balik Kelantan lah. Tapi lagi dua minggu kot nak balik. So please, harap sakit boleh tahan eh sakit eh? Udoh udoh ler sakit ye. Teman udoh penat. 

Hm nak cerita apa lagi ni korang? Its look like dah lama tak update pasal fe feelings gitu you olls. Ni pun sedih. Cakap pasal feeling aje sedih. Tapi serious. Aku rasa ceritera cinta aku lebih sedih daripada ceritera cinta snow white dan putera katak. Eh. Ada? Tapi hm aku rasa takboleh cerita dekat sini. Macam private sangat gitewww. Uhuks. Ahaks. 

Takpalah. Just pray for my happiness. Boleh tak you olls? Dah penat nak sedih sedih. Dah penat nak berharap. Dah penat nak menunggu. Dah penat nak fikir. Penat semua lah. Rasa macam diri ni dah tak diperlukan. Kalau dulu sayangnya  masih ada, sekarang aku rasa sayang dia dah takda. So aku betul rasa sayang aku je yang tak pernah hilang hilang ni. Tapi biarlah. Biar dia dekat situ. Satu hari akan hilang juga. 

"Sibuk sangat nak sayang orang, Allah yang sayang kau pagi petang siang malam, ada kau hargai?" 

"Allah sayang kau, tapi kau tak hargai, mana lah manusia nak hargai sayang kau. Betul tak? Cuba hargai sayang Allah dulu. Solat tu jangan tinggal. Buat apa apa pun sebab Allah. Ajar ajar bercinta dengan Allah dulu. Mengadu itu ini dekat Dia. Ni sibuk kejar manusia. Allah yang sayang kau tu, kau abaikan. Ingat. Pemilik hati semua manusia tu ALLAH. Nak hati sesiapa pun, mintak lah dengan ALLAH. Allah tolong lah nanti..."

Terimakasih :')

Wednesday, 8 January 2014

Weekend Yang Terganggu......

а я уйду обид не замечая конфетку шоколадную жуя и пусть тебя полюбит лошадь злая а не такое солнышко как я - Поиск в Google
Hi assalamualaikum. Misi aku harini, nak belajar rajin rajin, nak kerja power, gaji besar, nak cari laki kaya nak mampus dengan harapan anak aku nanti boleh shopping like a boss macam budak kat atas ni. Semoga impian aku jadi kenyataan. Tapi jangan risau, aku takkan biar anak aku jalan sorang sorang, aku akan upah dua orang bodyguard untuk teman dia shopping. 

Jadi itulah intro aku harini. Sekarang ni , aku nak uar uarkan yang nilah kali pertama aku update blog tahun ni. Seyes. Dan aku rasa masih belum terlambat kalau aku nak ucap Selamat Tahun Baru kepada readers yang berjuta juta dari seluruh dunia. Ehem. Ye. Biasalah, readers banyak, kena lah gebang sikit dalam berbicara. Mohon muntah pelangi semua. 

Selalunya kalau cakap pasal new year ni, soalan cliche yang selalu keluar nya, apa azam tahun baru, Hmmm cliche betul. Yang jawab nya beriya, azam itu ini, end up sampai sepuluh tahun akan datang pun belum tentu tercapai azam tu. Tu aku lah. Orang lain aku taktahu. Eheh. Jadi aku taknak cakap banyak pasal new year, tapi nak cakap aktiviti bosan yang aku lalui untuk minggu pertama di tahun 2014 ni. Eheh. 

Cerita nya, first week of 2014, weekend memang kena kacau. Sabtu pergi pasir salak untuk site visit for building construction which is we have to learn about timber construction. Sketch everything. Sakit bontot duduk dalam bas sejam. membuta sepenuh perasaan lah jugak. Then then then sampai sana makan, masuk rumah kayu. Hm cantik. Menarik. Sketch. Ukur itu ini. Dan kemudian, masuk galeri. Macam maccam ada. Ambik gambar dan pulang, emak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati goreng dan sedia, tepung cucur adabi namanya. Kami nak lagi boleh kah cepat?

OOTD untuk hari berkenaan. Hashtag, Kak Culing si cantik tak habis. HAHA gurau. 

Untuk pengetahuan pihak media, kami adalah insan paling awal ke kampus pada hari berkenaan. Mohon rekodkan dalam buku sejarah tingkatan lima sekolah international. 

Seorang artis takboleh menghampakan peminat. Ini salah satu peminat yang terpilih dalam jutaan peminat untuk bergambar bersama saya. Aherher. Okay tak. Ni Zahyn. Classmate I olls. Uhuks. 

Muka budak kelas yang semangat di pagi hari untuk site visit yang pertama sem ini. 
Setelah sampai di tempat kejadian. Pasir Salak. Tiada A.Galak mahupun anjing menyalak. 

Muka keluar gallery dan baru nak balik. Tempat ni seronok tau. Mohon datang ramai ramai.
Okay tu untuk hari Sabtu. Then hari Ahad  pulak ada lagi aktiviti which is kitorang ada ArchiDay. Aktiviti sepatutnya pukul lapan pagi, tapi kitorang pukul lapan baru nak bangun, walaupun aku ni ulang alik pergi overseas, pergi LA, pergi Paris New York London Korea jarang jarang, aku masih lagi melayu sejati. Jadi begitulah janji melayu, cakap pukul lapan, pukul lapan setengah dekat dekat pukul sembilan baru sampai. So aktiviti not bad. Tapi takda lah fun sangat. It just okay okay lah. Ha gitu. Atleast ada lah beberapa orang baru yang kau boleh kenal.

Kiranya lepas program tu, duduk dalam group, jalan kat kampus keesokan harinya, ada lah orang jerit panggil kau "Hi akak!" "Selamat pagi" "Takda kelas ke?" Haa cenggitu. Ehem. Haha. So tu lah Weekend aku memang diganggu. Di samping banyak assignment. Fuh. 

Muka budak budak baik yang join program berkenaan. Yang lain hilang tanpa jejak.

Bergambar bersama YB. Guru Besar poli. Eh tak. Sebenarnya tu Wardah. Businesswoman berjaya sekarang. Nak produk kecantikan, boleh contact beliau. Ihiks. Berminat untuk contact beliau? Contact saya dulu. 

Awek kegilaan ramai untuk ArchiDay. Peminat serbu kami je. Hmmm. Tapi ternyata aku lagi hot dari Atika. Hm

Wajah kegembiraan di hari berkenaan. Jadi menyesal lah siapa yang tak hadir kerana tak dapat jumpa artis yang sanggup turun padang seperti saya. Aharharhar. Kbye. 

Jadi cakap pasal assignment I was thankful sebab nya im done with design presentation. Thankyou to Acai, Syafiq and Fath for a good commitment for our group, and kerjasama yang agak power jugak lah. Idea pun boleh share share. What makes me proud is, diorang try untuk buat semua orang nampak power. Haa gitu. Takda lah sorang dua nampak bosan kan. 

To be honest acai yang banyak effort sebab dia yang buat floor plan dengan segala plan yang ada. Such a very good leader lah I told you. While Syafiq dengan Fath pulak ikut je disamping banyak idea dan good presentation jugak lah diorang kasi. Ah kira semua power lah. WHile aku satu satunya gadis, aku buat kerja seorang gadis lah. Tulis sikit, potong kertas sikit, tampal sikit. Then edit slide sesikit. Haa. 

Lepastu apa lagi eh. Yaa presentation site practise pun dah settle. So aku lega. Aku nak lega lelebih pasal presentation ni pun sebab semua presentation ni kena present depan en fuad. En fuad tu power tau. Dia punya soalan belum tentu kau boleh jawab. Eheh. Jadi aku lega lah kalau presentation dah lepas. Masa site practise tu en fuad dengarkan je. Dia takda soal apa apa so aku lega. Jadi im done. Cuma wish me luck for oral presentation esok. Kak Culing nebes you olls. Eheh. 

Hm dan doakan aku berjaya dalam semua benda yang aku buat sem ni. Doakan rezeki aku murah dan mencurah curah. Dan sekarang aku rindu Athirah, adik bongsu aku. Eh tak. Sebenarnya aku tengah rindu semua adik adik aku. Rindu mama abah. Nak balik. Hm k. 

Oh ye. Sebelum terlupa, aku ada cerita sedih nak cerita ni. Harap semua nangis dan jadikan iktibar. Sebenarnya phone aku rosak. Dia akan mati bila dia rasa nak mati dan akan hidup balik bila dia rasa nak hidup. Dia ingat dia siapa nak hidup mati sesuka  hati? Lepastu tibatiba dia punya memory full dengan sendiri. DIa ingat aku takda perasaan ke nak buat aku macam ni? Jadi aku harap, ada anak anak dato' yang baca post ni dan bersimpati dengan aku, sekaligus dapat memberi aku hadiah iPhone. Aku tak mintak lebih. IPhone 5s pun dah cukup. Kalau nak bagi iPhone 6 pun aku sanggup tunggu. Andainya takda anak dato' yang simpati, aku harap anak anak Tan Sri pun ada yang simpati. Dan anak anak orang lain pun simpati. Dan semua nak sponsor aku phone. Amiin. Taksalah guna banyak phone. 

Jadi itu saja untuk hari ini. HEHEHEHEHE. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Muah kiri muah kanan. Muah dua dua belah. Okay Bye. Hasta La Vista bebeh! 

Peek-a-boo..!

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !