Hi and Assalamualaiku wbt. Okay singgah update lagi. Ah lantak. Blog aku. Sukati. Haha. Taknak baca sudah. Tak heran. Eceh eceh. Angkuh dan bongkak betul statement tu. K tak. Gurau lah.
Tadi keluar lepak Khizanat. And that was my first time sampai sana. Eceh. Macam jauh. Takda lah jauh sangat. Tapi cool gila kut tempat tu. It was a cafe, tapi aku rasa tempat tu macam cool gila. Setakat nak lepak lepak tu boleh lah.
Plus dekat dia punya interior design tu rare ah. Eceh, interior design. Biasa ah budak archi. Haha. Ha angkuh lagi sombong lagi. Aku dengan kata kata angkuh aku dah boleh buang ke laut. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku dari sikap angkuh. Eheh.
Back to Khizanat, aku nampak ada lah a few drawing drawing dia gantung dekat dinding ah kan. Bukan drawing aku tu. Drawing art. Unique lah wih tempat tu. Simple je tempat tu tapi macam omg bijak nya dia dapat idea okay apa apa jelah susah nak cakap.
Lagipun aku bukan nak cakap pasal tempat tu sangat. Aku nak cakap aku lepak hang dengan housemates aku je ha. Hilang segala masalah. Serious aku cakap, kalau kau stress gila gila, kau keluar lah dengan member kau yang kepala otak gila gila. Hilang stress hilang segala masalah. Atleast, you'll stop thinking for awhile lah.
Eleh. Konon stress sangat je aku ni. No lah. Masalah cinta dah settle. Dah boleh move on.Eceh gitu. Haha. Takda masalah lah kot. Tapi normal lah tu kalau fikir sikit sikit. So aku nasihatkan dekat korang semua kan, kalau ada problem ke amenda ke, rasa nak tenangkan fikiran, mengadap Allah SWT dulu.
Then cuba spend masa dengan member. Kawan yang kau percaya, yang kau rasa boleh ada dengan kau time susah senang. Haa gitu. Macam kalau aku, aku tak nafikan yang mostly aku punya kengkawan, member semua nya gila gila. So kalau dah lepak tu, macam macam cerita keluar.
Boleh lepak Kinta Riverfront, main True or Dare lepastu gelak kuat kuat. Tu je kerja. True or Dare memanjang. Okay lah. Sukahati korang lah nak lepak buat apa. Gelak banyak banyak pun tak elok jugak. Orang kata keluar semua ilmu.
So aku nak tekankan, member member boleh buat kau lupakan masalah kau senanya. Don't you worry. Maybe you can have a girls talk gitu. Perempuan, memang faham perempuan kan? Haa maybe cara tu kot boleh buat kau tenang dari fikir masalah masalah kau.
Nak lepak mana, nak buat apa terpulang. As long as you can enjoy yourself. Lagipun, masa dengan kawan kawan lh kita akan jadi diri kita sendiri and maybe masa tu lah kita boleh tengok yang mana boleh terima buruk baik kita *tibatiba* Haha.
Beware. Sebab tu aku cakap, be with friend yang kau rasa betul betul kau rasa friend. Kalau pesen tikam member dari belakang tu, boleh ke nak cakap kawan? Kalau aku, orang dah tikam belakang, bukan kawan dah nama dia. Mungkin sekadar saudara sesama islam kot *betulkan kopiah*
Jangan terlampau percaya. Kadang kadang orang yang boleh boleh tikam kau dari belakang adalah orang yang paling rapat dengan kau. Yelah. Dah rapat, semua problem cerita, dah gaduh kang, mula ah kisah buruk kau, masalah kau dia jaja dekat semua orang. Pandai pandai lah pilih kawan.
Aku rasa aku mula lari topic. Jadi aku sedikit tenang sebab dah dapat merayau tadi. Jadi terimakasih Winie, Tasha, Farah dan Yatika atas masa yang terluang sebentar tadi. Letak phone tengah tengah meja dan berborak hal wanita yang matang. Eh konon. So itu saja untuk malam ini.
Jadi itu saja random talk pasal kawan yang aku mampu cakap. Oh ya. Kalau ada terasa hati dengan kawan tu, benda normal. Sebab makin sayang kau dekat seseorang tu, mungkin lagi banyak kau terasa hati. Macam aku. Aku mudah noh terasa hati. eheh. Sorry. Yang mana jadi kawan aku tu, harap sabar dengan perangai buruk aku. Lalalala
Eh tak memasal letak gambar emosi. Padahal tadi baru cakap dah lupa masalah lah, gembira keluar dengan member lah ape lah. Haha. Apa apa jelah. Saja je letak gambar emosi kat blog ni ha. Saja nak buat korang nangis. Jadi aku harap semua nangis lah. Hargai sikit effort aku. HAHA!
Jadi itu saja dari aku untuk tengah malam ni. Aku nak membuta. Hari ni memang hari aku bersenang lenang dan membuta. Jangan kacau semua. Haha. Hari ini hari untuk aku berdua bersama dengan tilam yang empuk dan selimut yang selesa. Anyonyo. Kbye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Lalalala
No comments :
Post a Comment