Dan sekarang diorang semua tengah tengok bola dekat makmah while me duduk je kat rumah atas sebab yang tertentu. Ada baiknya juga saya duduk rumah. Boleh update blog kasi peminat baca *sila muntah*
BabyBooo :)
Play with It. I'm busy :3
Saturday, 26 October 2013
Hari yang Produktif
Dan sekarang diorang semua tengah tengok bola dekat makmah while me duduk je kat rumah atas sebab yang tertentu. Ada baiknya juga saya duduk rumah. Boleh update blog kasi peminat baca *sila muntah*
Friday, 25 October 2013
Hari meratapi result PB
Random Talk About FRIEND.
Hi and Assalamualaiku wbt. Okay singgah update lagi. Ah lantak. Blog aku. Sukati. Haha. Taknak baca sudah. Tak heran. Eceh eceh. Angkuh dan bongkak betul statement tu. K tak. Gurau lah.
Tadi keluar lepak Khizanat. And that was my first time sampai sana. Eceh. Macam jauh. Takda lah jauh sangat. Tapi cool gila kut tempat tu. It was a cafe, tapi aku rasa tempat tu macam cool gila. Setakat nak lepak lepak tu boleh lah.
Plus dekat dia punya interior design tu rare ah. Eceh, interior design. Biasa ah budak archi. Haha. Ha angkuh lagi sombong lagi. Aku dengan kata kata angkuh aku dah boleh buang ke laut. Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan aku dari sikap angkuh. Eheh.
Back to Khizanat, aku nampak ada lah a few drawing drawing dia gantung dekat dinding ah kan. Bukan drawing aku tu. Drawing art. Unique lah wih tempat tu. Simple je tempat tu tapi macam omg bijak nya dia dapat idea okay apa apa jelah susah nak cakap.
Lagipun aku bukan nak cakap pasal tempat tu sangat. Aku nak cakap aku lepak hang dengan housemates aku je ha. Hilang segala masalah. Serious aku cakap, kalau kau stress gila gila, kau keluar lah dengan member kau yang kepala otak gila gila. Hilang stress hilang segala masalah. Atleast, you'll stop thinking for awhile lah.
Eleh. Konon stress sangat je aku ni. No lah. Masalah cinta dah settle. Dah boleh move on.Eceh gitu. Haha. Takda masalah lah kot. Tapi normal lah tu kalau fikir sikit sikit. So aku nasihatkan dekat korang semua kan, kalau ada problem ke amenda ke, rasa nak tenangkan fikiran, mengadap Allah SWT dulu.
Then cuba spend masa dengan member. Kawan yang kau percaya, yang kau rasa boleh ada dengan kau time susah senang. Haa gitu. Macam kalau aku, aku tak nafikan yang mostly aku punya kengkawan, member semua nya gila gila. So kalau dah lepak tu, macam macam cerita keluar.
Boleh lepak Kinta Riverfront, main True or Dare lepastu gelak kuat kuat. Tu je kerja. True or Dare memanjang. Okay lah. Sukahati korang lah nak lepak buat apa. Gelak banyak banyak pun tak elok jugak. Orang kata keluar semua ilmu.
So aku nak tekankan, member member boleh buat kau lupakan masalah kau senanya. Don't you worry. Maybe you can have a girls talk gitu. Perempuan, memang faham perempuan kan? Haa maybe cara tu kot boleh buat kau tenang dari fikir masalah masalah kau.
Nak lepak mana, nak buat apa terpulang. As long as you can enjoy yourself. Lagipun, masa dengan kawan kawan lh kita akan jadi diri kita sendiri and maybe masa tu lah kita boleh tengok yang mana boleh terima buruk baik kita *tibatiba* Haha.
Beware. Sebab tu aku cakap, be with friend yang kau rasa betul betul kau rasa friend. Kalau pesen tikam member dari belakang tu, boleh ke nak cakap kawan? Kalau aku, orang dah tikam belakang, bukan kawan dah nama dia. Mungkin sekadar saudara sesama islam kot *betulkan kopiah*
Jangan terlampau percaya. Kadang kadang orang yang boleh boleh tikam kau dari belakang adalah orang yang paling rapat dengan kau. Yelah. Dah rapat, semua problem cerita, dah gaduh kang, mula ah kisah buruk kau, masalah kau dia jaja dekat semua orang. Pandai pandai lah pilih kawan.
Aku rasa aku mula lari topic. Jadi aku sedikit tenang sebab dah dapat merayau tadi. Jadi terimakasih Winie, Tasha, Farah dan Yatika atas masa yang terluang sebentar tadi. Letak phone tengah tengah meja dan berborak hal wanita yang matang. Eh konon. So itu saja untuk malam ini.
Jadi itu saja random talk pasal kawan yang aku mampu cakap. Oh ya. Kalau ada terasa hati dengan kawan tu, benda normal. Sebab makin sayang kau dekat seseorang tu, mungkin lagi banyak kau terasa hati. Macam aku. Aku mudah noh terasa hati. eheh. Sorry. Yang mana jadi kawan aku tu, harap sabar dengan perangai buruk aku. Lalalala
Eh tak memasal letak gambar emosi. Padahal tadi baru cakap dah lupa masalah lah, gembira keluar dengan member lah ape lah. Haha. Apa apa jelah. Saja je letak gambar emosi kat blog ni ha. Saja nak buat korang nangis. Jadi aku harap semua nangis lah. Hargai sikit effort aku. HAHA!
Jadi itu saja dari aku untuk tengah malam ni. Aku nak membuta. Hari ni memang hari aku bersenang lenang dan membuta. Jangan kacau semua. Haha. Hari ini hari untuk aku berdua bersama dengan tilam yang empuk dan selimut yang selesa. Anyonyo. Kbye. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang. Lalalala
Thursday, 24 October 2013
Saya bakal bebas, bebas, bebas
Tuesday, 22 October 2013
Sejarah Yang Tak Perlu Dikenang
Saturday, 19 October 2013
Muka Baru
Friday, 18 October 2013
Seaching...
Thursday, 17 October 2013
Dan Sebenarnyaaa....
In facts. Yes. Cakap soal hati dan perasaan. Eceh. Kengkonon nak move on, tapi susah nak lupakan jugak. Aku taktahu masalah aku. Tapi aku rasa semua perempuan mengalami masalah yang sama. Eh maybe. Eh entah. Lantak pi depa. Sekarang cerita dia aku nak melupakan nak melepaskan tapi masih tak mampu. Perlahan lahan boleh lah. Masih suka masih sayang. Takboleh buat apa. Seriously. Tapi masih mencuba untuk melepaskan. Lagipun aku dah cakap aku nak berkorban kan? Semoga aku kuat. Doakan.
Yes I am. Sometimes masih berharap dia masih pandang aku macam dulu. Masih perhatikan aku. Masih tengok semua benda yang aku buat. AH berangan. Padahal aku tahu, benda dah tak jadi macam dulu. (#np Harapan : haaarapan, harapan menjadi layu) Semua dah lain. Beliau pun dah berubah. Mungkin lebih bahagia. Mungkin. Dalam mata dia tu dah takda apa apa untuk aku. Aku tahu, tapi masih susah nak move on. Ah boleh gila. Tapi mintak jauh lah.Haha.
I'm not supposed to and I'm sorry. It is not your fault. But my fault. Tapi aku masih tertanya tanya bila aku nak lupakan kau ni. Bila bila bila? Okay bye. See, aku masih meroyan pasal kau. Means, kepala otak aku masih ada kau. FUh. Keluar lah cepat. Kenapa kau taknak keluar? :( Sebab aku dah kunci. Kan? Kau terkurung kan? Maaf.
Haa, ni dah takboleh. Haram jadah nama dia. Boleh boleh, lepas kahwin gitu. Haha. Semoga jodoh aku cepat sampai. Eh no. Semoga jodoh aku sekarang tengah belajar rajin rajin, pointer dia tinggi, pastu nanti dia kerja lagi power dari aku, lepastu dia boleh sara aku nanti. Pastu kitorang hidup bahagia. The best part is semoga dia soleh. Boleh jadi imam aku, imam anak anak aku. Eceh. Dah meroyan kat atas tetiba nak berangan. Haha.
Kepada hati, terimakasih. Sebab masih berfungsi. Bangga juga dengan hati sendiri. Hati yang orang curi. buang, pijak, baling, blend, remukkan, gilis dengan treller, tapi dia masih berfungsi. Terimakasih HATI.
Jadi itu saja ulasan aku di petang hari yang hening ni. Haha. Kejap meroyan kejap berangan. Nampak tak kepala otak dah tak berapa betul sehari dua ni? Nampak tak? Semoga otak aku pulih nanti. Haha semoga semoga semoga. Amiin. Okay itu saja.
Anyway, aku sangat merindui babyboy aku satu satunya. ZIZAN RAZAK. Amboi. Busy noh laki aku sebulan dua ni. Alah. Biasa lah tu. Nak cari nafkah untuk bini. Senanya kes aku dengan dia ni macam Wawa Zainal dengan Aeril Zafril. Senanya kitorang dah lama kahwin. Tapi taknak bagitahu. Nanti nanti lah kitorang bagitahu okay? HAHAHA. Kbyeee. Assalamualaikum. Takjawab dosa jawab sayang :*
Wednesday, 16 October 2013
Raya Si Lifeless
Tuesday, 15 October 2013
Pengorbanan
Hello hi and assalamualaikum semua. Hehe. So alhamdullillah, I would like to say that right now I am currently at my hometown, Kota Bharu, Kelantan. Eventho I'll be here for only two days, I think I have an enough time to ran away from all those assignment. Okay wait, err not really actually. Saya masih balik bersama drawing. Haha. So taklari sangat lah kot. Tapi like seriously, saya sangat lah stress for a few weeks. Pergh.
Seriously drawing tak bagi muka langsung. Semua drawing nak kena submit minggu yang sama. We are not a robot. Boleh gila sebab drawing. Tapi nak taknak kena siapkan jugak. Its all about the future. Susah susah sekarang, dengan izin Allah SWT, dah besar sikit nanti, senang sikit hidup. In sha Allah. Amiin. Eceh.
"Dah besar sikit nanti", cakap macam sekarang belum cukup besar. Haha. Omg next year dah 20. Dah boleh cari bakal suami. Bukan boyfriend lagi dah. Tapi bakal suami. Setakat nak couple main main ni bazir masa gitu. Haha. Okay so peoples, saya nak cakap yang maybe saya akan bebel banyak sangat malam ni sebab nak lepas geram dah lama tak update blog dan banyak benda saya nak bebelkan. Hehe. Jadi yang semangat nak baca, teruskan usaha. Yang malas tu, boleh tutup sekarang.
Before I proceed, nak jugak ucap selamat hari raya Aidil Adha or Selamat Hari Raya Korban or Selamat Hari Raya Lembu and so on lah. Haha. Selamat Hari Raya AidilAdha. And as we all know AidilAdha is so familiar with Korban. And its all about pengorbanan. So I think I want to share something sikit hari ni. Something yang maybe orang dah tahu. And maybe tak.
Hari Raya Aidiladha or Hari Raya korban adalah untuk memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah. Nabi Ibrahim sanggup menyembelih anaknya sendiri demi mengikut perintah Allah SWT yang disampaikan melalui mimpinya. Tapi Allah SWT itu Maha Berkuasa. AllahuAkbar. Nabi Ibrahim menyembelih anaknya dengan mata yang tertutup. Tetapi apabila dia membuka matanya, alangkah terkejut nya Nabi Ibrahim apabila yang disembelihnya itu adalah seekor kibas. Bukanlah anaknya Ismail. Tapi Nabi Ibrahim bersyukur kerana Allah SWT memberi nya kekuatan sehingga Nabi Ibrahim dapat melaksanakan ibadat dari Allah SWT.
Jadi tengoklah. Sampai macam tu sekali Nabi Ibrahim berkorban Sampai sembelih anak sendiri tu. Sebab perintah Allah. Kita bila lagi? Tak cakap orang lah. Aku pun sama. Malas nak cakap lebih tapi teringin nak berkorban tahun ni. Mungkin berkorban perasaan? Mungkin berkorban hati? Dan mungkin berkorban kehidupan yang boleh tahan menyeronokkan tapi tak menjanji kan apa apa dekat akhirat nanti.
Susah. Bukannya senang nak berubah. Susah nak istiqamah tu. Pernah jugak cakap nak berubah. Tapi buruk tak buruk perangai boleh terpesong balik. Hangat hangat tahi ayam. Sebab bodoh. Sayang nak tinggal segala keseronokan. End up makan diri. Serabut. Mungkin dah sampai masa nak tinggalkan semua benda tu. Hidup dengan bahan orang. Kutuk orang tu kutuk orang ni. Sampai bila nak jadi macam tu. Teruknya saya rasa.
Sekarang, dah rasa apa yang orang rasa. Saya kutuk kutuk orang, bahan bahan orang, end up sekarang, orang buat benda sama dekat saya. Karma mungkin. Entahlah. Jadi sempena hari raya korban tahun ni, nak jugak buat sesuatu yang baru Nak berubah. Nak korbankan keseronakan yang tak bagi apa apa tu. Dan pada waktu yang sama nak korban kan perasaan yang terabai, hati yang dihancurkan, dan hubungan yang sia sia. Jadi sesiapa yang berkaitan, maafkan salah silap. Halalkan semua benda. Terimakasih.
Doakan saya tak lagi hangat hangat tahi ayam. Doakan saya kekal istiqamah. Doakan kejayaan saya juga. Next week final exam. Hehe. Dah itu je. Saya tak kisah kalau ada yang nak cakap saya ni kengkonon bajet alim tetiba ke amenda. Tapi ini blog saya jadi sukahati saya lah. Haha.
Fuuhhh. Jadi korang ape cerita? Berkorban apa semua? Mari ramai ramai berkorban. Seriously pengorbanan ni sangat susah. Which is korang kena betul betul ikhlas. Tapi berkorban untuk show off tu tak kena lah. Bamm! Kena atas muka sendiri. Okay pape jelah. Haha. Tapi seriously, sometimes, kalau kita nak bahagia kena berkorban. Mungkin awal awal pedih rasa dia. Tapi dengan izin Allah, bahagia dihujungnya.
Yelah. Pelangi pun muncul lepas hujan. So logic lah andai kata bahagia tu muncul selepas keperitan. Pengorbanan ni perit. Tapi ingatlah, ada balasan untuk kita nanti. Allah is planning the best for all of us. Ingat tu. Percaya Allah SWT. Kita yang solat terumbang ambing lagi ni pun Dia masih bagi kita nikmat. Peluang untuk kita hidup. Tak percaya yang Allah SWT tu dah rancangkan yang terbaik untuk kita? Cannot lah cenggitu. Hatudiaaa.
Eh eh. Sembang alim pulak saya. Karang kena bash ni. Haha. Takpalah. Dah biasa. Saya ni takda ah baik sangat. Lalai jugak. Jauh terpesong. Teringin nak berubah. Sangat teringin. Jom lah sama sama. Teman saya. Hehe. Boleh? Sekarang ni satu je saya mintak, maaf semua salah silap saya. Halalkan makan minum saya. Saya banyak sangat dosa. Tak sedar mati tu makin dekat. Haa mati tu makin dekat dengan kita semua ni. Ingat sikit. Jadi mari kita. Sama sama.
Akhir kata, Selamat Hari Raya AidilAdha. Berkorban lah dengan penuh keihklasan. Assalamualaikum :) Tak jawab dosa jawab sayang. Lalalala~
Monday, 7 October 2013
Minggu Stress
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)