To Dearest Judges :)
This is totally not me. Jangan nak sebar fitnah cakap aku dah tak pakai tudung tau sekarang. Hahaha. K tak memasal update blog tibatiba nak emo. Haa keji perangai. So hi assalamualaikum semua. Anda semua sihat? Ramai ramai tunggu aku update blog ni kenapa? Tak kerja semua? Korang ni sampai bila nak tunggu je aku update blog ni? Bila korang semua ni nak kahwin? Sudah sudah lah buat perangai macam ni. Kalau mak bapak korang tahu ni kecewa tau diorang. Haa dah dah. Siapa ni tercabut pampers kat sini ni? Kutip cepat. Hish korang ni tak belajar adab baca blog orang ke? Dah tahu pakai pampers jangan buang merata. Dah penuh bagitahu. Hish. Tak senonoh tau. Haa ni hapak semua ni. Ye tahu lah eksaited nak tunggu aku update tapi jangan sampai abaikan kesihatan dan kebersihan tau. Dah dah mandi sana. Cepat haa aku tunggu. Haa buruk perangai semua berlari pergi toilet.Tu kalau patah paip kena dengan aku semua. HAHAHA! Okay dah. Aku dah penat merepek.
So hari ni takda misi apa apa pun update blog haa. Sesaja dek kerana bosan. Dan taknak blog ni dilupakan. Hm hm. Kesian pula dia diabaikan. Ye lah sekarang ni aku dah macam bajet bajet busy padahal tak pun kan. Aku rasa blog aku ni boleh tahan kecewa dengan aku. Time aku nak dia, aku cari dia. Time aku bahagia. Mana nak ingat dia. Oh sorry baby bloggy, I do love you for a thousand years. Ihiks. Okay dah. So hari ni ada lah nak bagi nasihat percuma sikit dekat korang ni haa. Takda lah nasihat mana sebab aku bukannya pesen betul sangat. Tak betul aku ni. Sebab tu sampai sekarang tak kahwin kahwin. Haha. Bajet bajet macam dah anak dara tua. HAHAHA!
First, sekarang ni macam dah ramai sangat pesen nak main judge judge ni tau. Kalau nak judge kawan yang dah kenal bertahun tahun takpa lah. Tak kisah. Dah sah sah kau kenal dia siapa kan. Tapi kalau kau nak judge orang yang kau belum kenal, aku rasa tu melamapau. Haa tapi kalau yang belum kenal dah taksuka tu aku takboleh nak cakap apa tau. Maybe sebab kau tengok perwatakan dia. Tapi jangan takut nak kawan dengan orang yang kau taksuka masa kau belum kenal dia. Kadang kadang, before kau kenal, kau memang annoying gila babi dekat dia, tapi bila kau dah kenal, kau jangan terkejut kalau dia orang yang paling rapat dengan kau. Haaa. Kau tahu sebab apa? Manusia ni banyak perwatakan dia. Cara dia layan orang berbeza. I mean cara dia layan kawan lain, cara dia layan family lain, cara dia layan kekasih lain, cara dia layan pelayan restoran lain, cara dia layan tetamu lain, cara dia layan orang yang dia tak kenal lain cara dia layan orang yang baru dia kenal lain. So semua nya lain. Aku pun macam tu wih. So ayat yang memang dah cliche aku nak cakap kat sini yang, dont judge a book by its cover lah. Tak memasal. HAHA. Aku nak cakap kau langsung takda hak nak judge nak sebar benda benda tak betul pasal orang yang kau belum kenal. Okay?
Okay dah. Nasihat pasal benda lain nanti aku try di entry yang lain. Haha. Tapi aku bercakap sebagai seorang yang taktahu apa apa lah ni ye. Hm tapi aku ni bukan lah taktahu apa apa sangat. Pasal zizan aku tahu. Hm mana taktahu. Dah lama lagi suami. Memang tahulah. Ihiks. Haa jangan nak jealous sangat nok. Jangan sampai aku cerita yang aku dengan dia dah couple masa dalam perut mak lagi tau. Haa aku malas nak cerita. Nanti korang cakap aku sweet pula. Yelah. Masa couple kecik kecik dulu hari hari beli kitkat makan sama sama. Siap main tengteng dengan kitkat tu semua. Yelah. GreyC belum ada masa tu. So kitorang buat macam kitkat tu haiwan belaan lah. Haa tapi kalau lapar makan. Tapi takpa. Kalau habis boleh beli. Yelah. Yang patah tumbuh yang hilang pun berganti, yang habis boleh beli. Haaa tak memasal. Okay. Sekarang aku nak cakap satu je dekat korang, you are amazing just the way you are. Ihiks.
Okay dah semua. Aku nak undur diri. Korang tu jangan lupa solat. Haaa. Nak tidur baca doa. Sebelum makan baca doa. Dah kenyang pun baca doa. Baru berkat hidup ni. Ingat. Kita ni menumpang dibumi Allah. Menumpang buat cara menumpang. Solat jangan tinggal. Tiang agama tu. Rumah takda tiang boleh runtuh. Agama tanpa tiang? kosong kosong kosong. Haa mama kite selalu cakap, amalkan ayat kursi. Semoga kita semua dilindungi. Amin :) Okay dah semua. Selesai sahaja disini. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Take care and thanks for reading :)
THINK :)
No comments :
Post a Comment