Holla holli ku beri nama cikebum cikebum. So Assalamualaikum dan hai beta ucap kan pada rakyat jelata beta dan peminat peminat beta yea. Beta amat tahu bahawa kalian semua sangat merindui beta. Dilihat pada keadaan negara yang agak huru hara selepas PRU13 ini, beta tahu puncanya kerana kalian semua merindui beta. Ye lah. Terdapat satu hipotesis dimana, semakin rindu kalian semua pada beta, semakin keliru kalian untuk membuat pilihan. Hypothesis accepted! Har har. Beta tahu kalian semua benar benar merindui beta. Ye beta memahami rakyat rakyat dan peminat beta. Beta faham. Tapi apa saja beta boleh buat. Hanya bajet bajet faham saja. Har har.
Ah dah semua. Yang sudah tu sudah la. Ye. Aku tahu dah lama sangat aku tak update blog. Dah lama sangat. Fuhh. Last update blog, masa dekat Ipoh dulu. Atototo. Bajet lama gila dah tinggal Ipoh. Padahal baru seminggu satu hari tinggal Ipoh. Haha. So aku nak bagitahu kat sini bahawasanya aku sedang berada di Kota Bharu, Paris. Ye. I dekat Paris you olls. Datang ah Paris semua. Datang jumpa aku ni haaa. Hahaha. Paris lah sangat kalau ada Kbmall ni. Hahaha.
Frankly speaking *buat muka serious* Aku sangat lah bosan berada di Kelantan. Eh. Itu tidak bermakna aku bosan berada di sisi keluarga aku okay. Aku bahagia. Tenang je duduk dengan keluarga. Tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Apalagi. Makan jelah bubur tu. Kalau biar lama lama nanti basi. Haha. Tapi jujur. Sedap weh duduk Kelantan. Duduk rumah sendiri. Haha. Dimana aku bangun tidur, sarapan pagi sudah tersedia di atas meja walaupun aku bangun tu dah nak hampir tengahari. Bangun bangun, makan. Pergh. Pastu lepak depan tv. Baring. No drawing no unipen no plan no acik oyot no exco ah no no no no dont punk with my heart. Hidup memang sangat relax. Mandi pun sukahati nak mandi pukul berapa. Kalau ada yang suruh mandi awal tu, mandi awal lah aku. Memandangkan aku ni jenis dengar kata. Haha.
Tapi yang sedihnya. Takda kawan kat sini. Eh no. I didn't say that aku takda langsung. Tapi kan kan kan, kawan yang dekat Ipoh tu takda kat sini. Kalau ada pun jauh. Daerah lain lain. So susah. Dengan geng aku nya semua jauh jauh. Johor Melaka Negeri Sembilan Shah Alam. Kau nampak tak haluan mereka tu lain dengan aku? So memang tak ah nak jumpa dalam tempoh bercuti ni. Gilaaa. Sumpah rindu woi. Haha. Mana tak nya. Kalau dekat kamsis tu tiap tiap malam lepak. Walaupun akhir akhir sem dah kurang lepak dek kerana esaimen dan final project yang berlambak. Tapi aku ingat lagi, malam terakhir dekat sana sempat lepak dekat datarang kamsis, yang mana belum balik tu, duduk cakap cakap, luah perasaan :) Best wooo!
So, my dear #DSB1A @ #DSB2A wanna be. I would say that I am totally missing all of you. Rindu rindu rindu. Rindu nak memekak dalam studio lapan. Rindu nak buat birthday suprise. Rindu nak berlakon masa kelas agama. Rindu nak buat presentation pastu gelak dalam kelas -.- Rindu nak lepak dekat dataran kamsis. Rindu lepak lepak buat hal sendiri masa design fest. Rindu nak photoshoot masa archinite. Rindu nak kawad keliling padang. Rindu nak main main masa kem polibriged. Rindu nak tidur kelas abang Fu. Eh? hahaha. Korang dah santau aku ke ape ni? Sampai rindu rindu ni?
Okay dah. Tapi jujur. Sekarang ni amat gelabah memandangkan result bakal keluar. Haha. It would be stewpid kalau exam tapi takda result. Useless. How was my final exam? Hm hm hm. Not bad. Aku ada dua paper je kot. Math dengan materials je KOT. Har har. Math so far alhamdullillah. Boleh lah jawab dengan tak study tu. Hihi. Materials pun boleh lah jawab walaupun aku pun taktahu apa aku jawab. Eh, materials aku pernah belajar ke? Haha. Seingat aku, aku hanya berkhayal je. Haha. Ah lantak. Tak kisah. Ihiks. Pastu ada portfolio. Portfolio tu macam tu jelah. Ergh. Gelabah siaaa. Doakan pointer aku dengan kawan kawan aku geng geng aku bongok aku semua nya tinggi. Amin. Eh. Bongok? Har har har. Kbye.
Dah dah dah. Hm Takda apa dah aku nak cakap. Tapi aku rasa lepas ni aku boleh kut kalau nak update blog setiap hari memandangkan i've got nothing to do. Membuta je kerja aku. Ye. Membuta di siang hari. Malam mana boleh membuta. Sibuk hafal script. Hafal lagu baru. Yelah. Sejak sejak dah jadi artis berpengalaman ni. Makin banyak job. Makin banyak award. Aku malas lah nak cakap banyak. Nanti orang cakap apa pula kan. So aku nak menyeru semua rakyat Malaysia, jangan lupa saksikan BikersKental ye. Ada babyboy I. Ihiks ihiks. Hm. Lama betul tak cakap pasal dia. Rindu juga. Tapi wa busy. Tak menyempat nak membebel hari hari. Tapi jangan risau. Hati ini masih sayang. Kbye. Dah semua. Mata dah mengantuk. Tapi taktahu nak tidur ke tak. Haha.
Kbye. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Thanks for reading :* Lapchiu. Ihiks.
Sebentar sebentar. Kenalkan. Ini dia geng geng saya. Body guard body guard saya. Hm. Biasalah. Selebriti macam I ni kena banyak orang jaga. Haha. kbye :*
No comments :
Post a Comment