BabyBooo :)
Play with It. I'm busy :3
Friday, 31 May 2013
Saya yang kebosanan.
Wednesday, 22 May 2013
I'm leaving.
Sunday, 12 May 2013
Happy Mother's Day beautiful lady :)
Hi assalamualaikum. Okay first entry for today, kite nak cakap pasal mama kite. hm. Semua orang ada mama. Kite tahu. Ada orang ada mak, ada ibu, ada mommy, ada umi, ada mama, ada bonda. hm tak kisah lah. Tapi kite tahu lah mama kite ni lahirkan kite. Hihi.
Haaa, dia ni lah yang simpan kite sembilan bulan dalam perut dia. Bawak je kite gi mana mana. Pastu dia tahan sakit tau masa nak lahirkan kite. Pastu dia jaga kite besar. Susah susah dia pun dia ada masa dengan kite. Dia besarkan kite dengan penuh kasih sayang. Sampai kite jadi besar panjang ni haaa. Hm. Takda ah panjang mana. Pendek sikit sebab tumbesaran kite terbantut agaknya. Haaa. Dia ni lah yang bagi makan minum kite. Sama sama dengan abah. Jaga kite. Pastu dia jugak yang mengandungkan adik adik kite yang enam orang tu haa. Pastu lahirkan pulak. Haa. Tujuh kali tau tahan sakit bersalin. Tapi mama kite kuat. Kite tahu.
Pastu en, dia ah hantar kite gi sekolah. Adik adik kite semua sekolah. Pastu bila kite dengan adik adik kite balik sekolah, haaa, makanan dah atas meja. Makan je. Siapa yang masak? Dia lah. Pastu kitorang buat sepah dulu semua. Masa kite kecik kecik. Sekarang pun kite banyak jugak buat sepah. Adik kite lagi ah suka buat sepah. Dengan mainan dengan buku. Siapa yang kemas? Dia lah. Pastu haa kalau adik kite demam, siapa yang jaga, suruh makan ubat semua. Dia lah. Pastu kalau kite ada masalah itu ini, siapa yang dengar, siapa yang bagi nasihat dekat kite? Dia lah. Pastu kalau kite buat salah, siapa bebel dekat kite? Dia lah. Pastu kalau kite nangis semua, siapa tenangkan kite? Dia lah. Hmmm. SEMUA DIA. Dia yang ada time kite dengan adik adik kite susah. Hm Pastu apa pun dugaan, kite tahu mama kite ni tabah. Bukan kite taktahu dia banyak problem tapi dia cool je. Dia tabah :')
Pastu kan, kite respect dia. Sebab dia faham kite. Kite ni jenis suka kawan dengan lelaki. Haa, dia faham. Dia tak marah. Tapi dia pesan macam macam dekat kite. Sebab kite tahu dia sayang kite :) Pastu dia sporting. Haa, dia tak kisah kalau kite bawak balik kawan kawan kite dekat rumah. Hm. Dia siap tolong masak, buat air lagi dekat kawan kawan kite. And dia boleh jadi mama kawan kawan kite jugak. Sampai kawan kite, datang rumah kite, panggil mama jugak pastu boleh boleh peluk peluk dia semua. Sibuk betul kawan kawan kite. Haha. Tapi dia tak kisah. Dia jadi mama kawan kawan kite jugak. Haa. Pastu haritu kite cerita pasal geng baru kite dekat dia. Tu pun dia tak kisah. Dia suka geng baru kite. Tu maknanya dia memang faham kite :)
Lepas tu an, dia tahu kite minat babyboy kite. Abang Zizan. Dalam risau risau dia, dia tetap izinkan kite turun KL jumpa abang zizan kite. Eh. Abang zizan kite pulak. Maaf ye semua. Haha. Tapi maknanya dia faham kite. Dia takda lah kongkong kite sangat sangat. Pastu haritu, masa nak cuti sem, kite cakap kite taknak naik bas sebab barang kite banyak, pastu kite cakap lah kite nak abah datang ambik, pastu dia sanggup datang ambik kite. Ihiks. Banyak lagi benda yang dia buat. Pengorbanan dia tu banyak sangat untuk anak anak dia. Kalau kite cerita, sah sah awak awak semua ni, boleh juling tau sebab panjang sangat. Hihi
Dan siapa dia? Dia mama kite. NOR ASIAH BT MAN :) She's the best mom. She's everything. And i love her *TabikKapten* Semua orang ada mak. Dan kite tahu, masing masing ada mak yang power sangat. Jadi ni lah mak kite. Mama kite :) Dia power. Dia kuat. Dia semuaaaa :) Kite janji, kite takkan sia sia kan kasih sayang dia. Kite janji kite nak jadi manusia yang boleh buat dia bangga nanti :) So mama, I LOVE YOU VERY VERY MUCH FOREVER. And my love is INFINITY :) Sekian. Kepada ibu ibu di dunia, HAPPY MOTHERS DAY :)
Kite sayang mak kite. hihi.
p/s : Kite = Saya
Friday, 10 May 2013
Hari Hari yang Longlai
Holla holli ku beri nama cikebum cikebum. So Assalamualaikum dan hai beta ucap kan pada rakyat jelata beta dan peminat peminat beta yea. Beta amat tahu bahawa kalian semua sangat merindui beta. Dilihat pada keadaan negara yang agak huru hara selepas PRU13 ini, beta tahu puncanya kerana kalian semua merindui beta. Ye lah. Terdapat satu hipotesis dimana, semakin rindu kalian semua pada beta, semakin keliru kalian untuk membuat pilihan. Hypothesis accepted! Har har. Beta tahu kalian semua benar benar merindui beta. Ye beta memahami rakyat rakyat dan peminat beta. Beta faham. Tapi apa saja beta boleh buat. Hanya bajet bajet faham saja. Har har.
Ah dah semua. Yang sudah tu sudah la. Ye. Aku tahu dah lama sangat aku tak update blog. Dah lama sangat. Fuhh. Last update blog, masa dekat Ipoh dulu. Atototo. Bajet lama gila dah tinggal Ipoh. Padahal baru seminggu satu hari tinggal Ipoh. Haha. So aku nak bagitahu kat sini bahawasanya aku sedang berada di Kota Bharu, Paris. Ye. I dekat Paris you olls. Datang ah Paris semua. Datang jumpa aku ni haaa. Hahaha. Paris lah sangat kalau ada Kbmall ni. Hahaha.
Frankly speaking *buat muka serious* Aku sangat lah bosan berada di Kelantan. Eh. Itu tidak bermakna aku bosan berada di sisi keluarga aku okay. Aku bahagia. Tenang je duduk dengan keluarga. Tapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Apalagi. Makan jelah bubur tu. Kalau biar lama lama nanti basi. Haha. Tapi jujur. Sedap weh duduk Kelantan. Duduk rumah sendiri. Haha. Dimana aku bangun tidur, sarapan pagi sudah tersedia di atas meja walaupun aku bangun tu dah nak hampir tengahari. Bangun bangun, makan. Pergh. Pastu lepak depan tv. Baring. No drawing no unipen no plan no acik oyot no exco ah no no no no dont punk with my heart. Hidup memang sangat relax. Mandi pun sukahati nak mandi pukul berapa. Kalau ada yang suruh mandi awal tu, mandi awal lah aku. Memandangkan aku ni jenis dengar kata. Haha.
Tapi yang sedihnya. Takda kawan kat sini. Eh no. I didn't say that aku takda langsung. Tapi kan kan kan, kawan yang dekat Ipoh tu takda kat sini. Kalau ada pun jauh. Daerah lain lain. So susah. Dengan geng aku nya semua jauh jauh. Johor Melaka Negeri Sembilan Shah Alam. Kau nampak tak haluan mereka tu lain dengan aku? So memang tak ah nak jumpa dalam tempoh bercuti ni. Gilaaa. Sumpah rindu woi. Haha. Mana tak nya. Kalau dekat kamsis tu tiap tiap malam lepak. Walaupun akhir akhir sem dah kurang lepak dek kerana esaimen dan final project yang berlambak. Tapi aku ingat lagi, malam terakhir dekat sana sempat lepak dekat datarang kamsis, yang mana belum balik tu, duduk cakap cakap, luah perasaan :) Best wooo!
So, my dear #DSB1A @ #DSB2A wanna be. I would say that I am totally missing all of you. Rindu rindu rindu. Rindu nak memekak dalam studio lapan. Rindu nak buat birthday suprise. Rindu nak berlakon masa kelas agama. Rindu nak buat presentation pastu gelak dalam kelas -.- Rindu nak lepak dekat dataran kamsis. Rindu lepak lepak buat hal sendiri masa design fest. Rindu nak photoshoot masa archinite. Rindu nak kawad keliling padang. Rindu nak main main masa kem polibriged. Rindu nak tidur kelas abang Fu. Eh? hahaha. Korang dah santau aku ke ape ni? Sampai rindu rindu ni?
Okay dah. Tapi jujur. Sekarang ni amat gelabah memandangkan result bakal keluar. Haha. It would be stewpid kalau exam tapi takda result. Useless. How was my final exam? Hm hm hm. Not bad. Aku ada dua paper je kot. Math dengan materials je KOT. Har har. Math so far alhamdullillah. Boleh lah jawab dengan tak study tu. Hihi. Materials pun boleh lah jawab walaupun aku pun taktahu apa aku jawab. Eh, materials aku pernah belajar ke? Haha. Seingat aku, aku hanya berkhayal je. Haha. Ah lantak. Tak kisah. Ihiks. Pastu ada portfolio. Portfolio tu macam tu jelah. Ergh. Gelabah siaaa. Doakan pointer aku dengan kawan kawan aku geng geng aku bongok aku semua nya tinggi. Amin. Eh. Bongok? Har har har. Kbye.
Dah dah dah. Hm Takda apa dah aku nak cakap. Tapi aku rasa lepas ni aku boleh kut kalau nak update blog setiap hari memandangkan i've got nothing to do. Membuta je kerja aku. Ye. Membuta di siang hari. Malam mana boleh membuta. Sibuk hafal script. Hafal lagu baru. Yelah. Sejak sejak dah jadi artis berpengalaman ni. Makin banyak job. Makin banyak award. Aku malas lah nak cakap banyak. Nanti orang cakap apa pula kan. So aku nak menyeru semua rakyat Malaysia, jangan lupa saksikan BikersKental ye. Ada babyboy I. Ihiks ihiks. Hm. Lama betul tak cakap pasal dia. Rindu juga. Tapi wa busy. Tak menyempat nak membebel hari hari. Tapi jangan risau. Hati ini masih sayang. Kbye. Dah semua. Mata dah mengantuk. Tapi taktahu nak tidur ke tak. Haha.
Kbye. Assalamualaikum. Muah kiri muah kanan muah dua dua belah. Thanks for reading :* Lapchiu. Ihiks.
Sebentar sebentar. Kenalkan. Ini dia geng geng saya. Body guard body guard saya. Hm. Biasalah. Selebriti macam I ni kena banyak orang jaga. Haha. kbye :*
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)