This Is For A Month :)
And hello hai assalamualaikum. Tak jawab dosa chopp ! So apa khabar semua? Anda masih lagi okayy? Nak hiburan lagi? And hello , this is not a concert okay. Takpayah nak cliche sangat soalan tu boleh tak? No no. I'm not talking to you , i'm talking to myself. So tak payah nak angguk angguk geleng geleng. And and and , tahu tak aku update ni untuk sebulan. Maaf kalau entry ni panjang gilagila okayyy. Memang panjang. No i mean sangat lah panjang.
So before aku teruskan dengar perucapan dan hujah hujah saya , biarlah saya berpantun terlebih dahulu. Buai laju laju , sampai pokok sena , apa dalam baju , sekuntum bunga cina. Persoalan nya sekarang , siapa yang buai kan buaian tu sampai melambung ke pokok sena? Laju sangat tu agaknya. Persoalan berikutnya , pokok sena kawasan mana yang dinyatakan oleh pantun diatas. Atau mungkin , penulis pantun mengalami masalah typo dimana beliau ingin menulis 'sana' tetapi tertulis 'sena'. Ataupun typo itu melibatkan nama seseorang iaitu makcik senah. Dan persoalan nya lagi , macam mana dia boleh tahu dalam baju tu ada sekuntum je bunga cina? Mungkin banyak kuntum tapi dia tak nampak. Mungkin. Dan persoalan terakhir , cina mana yang dimaksudkan oleh penyajak? Kayy. Fikir lah kau semua. Siapa dah siap buat semua persoalan tu , boleh hantar dekat aku. Jawapan siapa paling tempat akan menerima hadiah misteri. Jangan terkejut kalau hadiah tu taksampai rumah kau kau semua. Sebab nama lagi hadiah misteri. Kan nampak misteri tu kalau hadiah yang dijanjikan tak sampai dekat rumah. Haaaa.
Ahhhh. Sekarang aku nak cerita apa jadi hari ni dulu lah. Nampak macam diary sikit blog ni. So tadi i woke up very early in the morning , semata mata nak keluar dengan geng Youth Network aku. Pastu ken , aku ken keluar lah kan. Kawan datang ambik. Pastu jumpa dekat kbmall. Tapi nak tahu satu benda tak. I mean satu rahsia. Shhh , tapi janji jangan bagitau orang k? JANJI ? Okay senanya kan , sebelum aku keluar rumah tadi kaaaaaaan , akuuuuu , gosok gigi dulu , pastu aku mandi. Shhh , jangan bagitau orang. Tolong lah. Dan aku tahu mama sangat lah bengang dengan aku tadi. Haha! Semalam aku bagitahu dia , kejutkan aku pagi pagi sebab aku nak keluar pagi lagi kan. Then pukul lapan kot mama kejut kan tadi. And and and , pukul 9.30 baru aku bangun senanya. HAHAHAHA ! Keluar bilik , boleh tengok muka mama macam nak cakap , takda guna pun dia kejutkan aku awal awal and aku still bangun lambat. Tapi tapi tapi , awal lah tu aku bangun dari selalu Hmmm. Ada perubahan lah tu sejak sejak nak jadi siswi. MUAHAHAHA !
Lepas tu keluar tadi yang ada nyaaa YUS , SOLIHIN , FATHI , SIAH , MIMI and ALYAA. Aku mesti lah ada kan tapi aku lambat lambat sikit. Yelah , masa ontheway nak pergi tempat bowling tu , ramai peminat serbu. Kau bayang ah masa aku tengah jalan , peminat bergantung dekat kaki aku. Aku jalan seret peminat tadi woi. Cuci lantai kbmall tu. Nampak ramai peminat tu ? Okay diam. Don't say any word. Tahu lah kau jealous , airliur tu lap boleh tak ? Jealous sangat sampai mengalir air liur. Dah macam air sungai dah aku nampak. Kalau lepas ikan goreng dalam airliur kau yang tengah mengalir tu boleh hidup balik agaknyaaa. Macam eyuuwwww sangat aku bergurau hari ni. Sorry lerr. Aku memeriahkan keadaan. Kan nampak meriah ni. Dah macam hari raya dah ni. Kena pasang lagu raya je ni , terus mood raya sampai. Mueheh ! Jangan marah. Kita bincang. Hewhew. Pastu main ah boling tadi. Macam biasa lah aku , kalau membowling , memang niat sebenar tu bukan nak main bowling sangat pun. Tapi yelah , aku ni baikhati orangnyaa. Niat tu pergi nak tolong cuci kan longkang bowling tu. Hmm. Alhamdullillah , bersih jugak longkang tu tadi. HAHAH. And and and , tahu tak first first baling tu kite buat jadi SPARE okayy. Pastu main main lagi , STRIKE okayy ! Okay please , jangan suruh aku join sukan olimpik. Kalau join aku lagi takda masa dengan babyboy aku. Kesian diaaaa. Aku isteri yang takboleh tinggalkan suami. Ehemm. Hahaha
Kiranya best jugak lah membowling tadi walaupun takramai macam biasa. Macam aku cakap lah , ada jugak yang masuk longkengg , tapi tapi tapi , ada sebab. Hmm , tahu tak kenapa ?Tipu ah kalau kau cakap tahu , aku tak bagitau pun lagi. Senanya , aku bayang kan abang zizan tu pin bowling tu , jadi bila bayang kan abang , terus taksampai hati nak jatuhkan pin pin tu , tu yang baling masuk longkeng tu. Haha. Alaaa, comel. Sanggup hilang mata sebab taknak jatuhkan abang zizan. Tak , bukan mata aku , tapi alaaa , mata bowling tu , i mean yang markah dia tu. Ahh , lantak ah kau faham tak. yea aku tahu aku comel. Boleh tak jangan bagitahu benda yang aku dah tahu ? Boleh tak ? Hish kau ni. HAHA ! Aku tibatiba. Pastu sambung cerita , tadi sempat ah pergi IPC jap . Pejabat aku yang memang banyak kenangan dekat situ. Pastu balik ah. Tidur. Berdengkorrr ! Haha.
Okay tu lah cerita hari ni nyaaa. Sempat lagi keluar walaupun dah memang nak pergi belajar dah. Nampak tak sayang kawan tu ? Aku bukan apa , takut diorang rindu. Haha. Diorang kalau rindu aku melampau , meraung raung mengigau ngigau tengah malam. Yelah , susah nak cari kawan yang macam aku ni. Tu yang diorang rindu kalau aku takda. HAHAHAHA ! Nak muntah lettew. Aku gurau je lah. Okay nak tahu satu lagi cerita , aku rasa aku takboleh tengok MAHARAJA LAWAK MEGA jumaat ni. Memandangkan malam tu aku berada dekat rumah mak sedara aku , dan anak dia memang budak kartun , suka tengok tv so i guess , aku tak berpeluang tengok maharajalawak mega melainkan orang yang buat lawak tu semua kartun.. Erghh -___- Tapi aku harap aku boleh conquer tv. Aku harap. Haha.
So abang zizan , abang johan , im sorry tau kalau kita takboleh tengok abang abang kita ni haaa. Tapi jangan risau , kalau kita boleh tengok ke takboleh tengok ke , kita vote lah ! Nanti boleh claim kan ? Okay gurau ! Chak ! Terperanjat tak ? Tipu ah kalau tak terperanjat. Muka tu terperanjat sangat. So goodluck to JOZAN , to ABANG ZIZAN and ABANG JOHAN. JOHAN , ZIZAN bergabung meletup pung pang pung pang alexandre. Okay tibatiba. Tapi tahukah anda bahawa disekolah kawan kawan saya pun panggil saya JOE jugak dulu. Since form one. JUNIOR and SENIOR semua panggil JOE. And ada beberapa orang cikgu panggil JOE. Nampak ? Di sekolah lagi dah hot. Sekarang ni bukan setakat sekolah , di selekoh pun hot okayyy. Tapi hakikatnyaa saya ni cool orangnya. Em em. And and and sekarang pun memang kawan kawang panggil JOE lagi. Jadi kalau saya bergabung dengan abang zizan , still jadi JOZAN. Ehem. Malas ah nak cakap banyak bang. HAHA. Tapi kalau kita bertiga bergabung kan , jadi JOJOZAN ! OMG ! Lagi meletop nama tu. Haha. Saya jaga barang pun tak kisah lah asal dapat bergabung. Tolong lah. HAHAH! Okay gurau. No matter what goodluck goodluck goodluck ! Saya tau JOZAN takkan mengecewakan. Takpernah pun kecewa sampai tahap nak bunuh diri sebab JOZAN. Takpernah lagi. Em em. Hahaha!
And this is for you abang zizan . Eheh. Goodluck tau. Banyak kali dah cakap , tapi nak cakap lagi. Hihi. Pastu abang tak berapa sihat kan ? Okay tahu. Bukan demam kan ? Tapi tak berapa sihat je kan ? Minum air banyak banyak please please please kamu jangan nakal. Nanti aku datang bawa yang kau pesan. Diriku , untukmu. Lalalala. Em jaga diri tau nanti saya pergi belajar tau ? Saya takboleh nak spam abang dah. Takboleh nak bedtime story dengan abang dah. Takboleh nak nyanyi nyanyi untuk abang dah nanti. Pastu saya takboleh nak berpantun pantun dah nanti. Emm. Tahu abang takkan rindu , tapi tolong lah ingat , abang tak pernah keluar pun dari dalam kepala otak saya ni. Saya dah lock pintu keluar dia. eheh. You're not going to miss me , but i'm promise , i will miss you :) Tapi jangan risau , kalau kita tak busy , kita mention lerrr sikit sikit. Ahhh. Sayang gila weh rasa nak tinggal dunia bedtime story tu bang. Alahai :'( Takpa , nanti cuti , saya lepas rindu :) Janji janji janji ! Hihi. Jaga makan , jaga tidur , jaga segala galanya. Pastu dengar ah cakap KAK MARINA tu. Hewhew. And one more thing. Takperlu risau apa yang peminat abang akan fikir bila ada gosip tak betul pasal abang. Peminat yang sebenar adalah yang tak pernah meragui :) So enjoy your life. I just love the way you are. I love youuu :)
And untuk korang korang semua, macam aku bagitahu lah kan , aku pergi nanti takbawak laptop so i am not going to update my blog melainkan cuti. Jangan rindu please. Haha. Okay tahu kau semua takkan rindu pun :) Sama macam zizan. Hihi. Tapi korang tahu tak , aku macam bersyukur gila bila kau semua baca blog aku. Yang mention aku dekat twitter cakap baca blog aku , thankyou very much. Yang follow aku tu , thankyou jugak weh. And korang korang , zizanners , kalau abang zizan online , tolong bagitahu dia aku tengah rindu dia :) hihi. Jaga dia untuk aku. Ewah. Hahaha. Last kau semua pun takecare weh. Alahai, baik pulak aku malam ni. Haha. Nanti cuti aku janji aku update k. Tak kisah lah korang tunggu ke tak , tapi aku akan update. Hello. Sukati aku lah blog aku. Haha. Bye korang ! Hihi. Sayang korang ketat ketat , sendat sendat ! Me loves youuuu :)
So byeeee :') Doakan minggu suai kenal aku awesome okay. Haha. Assalamualaikum :)
Dear abang zizan , jangan buat macam tu . Orang bercakap secara serious ni :) Haha. Okay tahu abang tengah sentap sebab no more bedtime story kan ? Kan dah cakap nanti saya cuti saya bedtime story. Haih. Hahah I love you. Takecare :)
No comments :
Post a Comment