BabyBooo :)

Play with It. I'm busy :3



Wednesday, 26 December 2012

Kebahagiaan Dalam Angan Angan.


Hi. Assalamualaikum. Dengan perasaan yang agak berkecamuk dan sangat lah sentap aku update blog. K. Saat ni mungkin #ZTF yang lain tengah bergumbira dengan babyboy beta. K. Biarkan mereka. Beta tumpang gembira. Yea. Beta hanya mampu menumpang. Ouh. Bilakah beta boleh berjumpa dengan babyboy beta? Tidak kah tuan hamba semua tertanya tanya bilakah beta dapat berjumpa dengan putera idaman beta? OMG ! Tidak? Apa punya peminat tuan hamba semua ni. Apa ni apa? Tapi tidak mengapa. Beta rasa akan tiba masanya suatu hari nanti, beta ketemu dengan beliau. K. Takyah nak bahasa istana sangat lah Jo. Jadi dayang istana belum tentu kau tu. Kalau tukan kebun ada peluang. K. Mintak jauh. Wa nak jadi seorang architect merangkap bini seorang pelawak pelakon penyanyi rap. Eh eh? Hahaha. Maafkan saya maiyl, saya sudah berkahwiiin. Takda kena mengena. Haha

So berdasarkan gambar diatas mohon kau semua baca dalam dalam ayat dia, tapi jangan sampai lemas weh. Kang dalam sangat kau pergi, tersangkut dekat batu karang baru kau tahu. Haa. Jangan lupa bawak tong oksigen. Tong sampah jangan lupa. Mana tahu ikan ikan duyung buang sampah merata rata. Haaa. K. Jauh terpesong aku ni. Ah lantak. Sekarang aku nak kau baca ayat tu elok elok. Lepastu? Takyah buat apa. Haha. Aku pun kurang faham ayat tu. Tapi aku tahu ayat berkenaan nak cakap macam, setinggi mana pun angan angan kau, kau tetap kena berpijak di tanah. Atototo. Bajet faham pulak aku ni. Haha. So bercakap pasal angan angan, semalam aku jadi seorang gadis yang sangat sweet. HAHAHAHAHA ! K. Aku buat beberapa orang berangan angan semalam. Berangan nombor satu aku ni. Entah bila nak jadi kenyataan. 

Seperti biasa memang aku selalu jugak lah kan ber bedtime story. Semalam pun macam biasa lah. Tapi aku taktahu nak cerita apa tau tau. Aku pun berangan ah dengan babyboy. Walaupun dia taklayan. Aku sangat lah confident dia mungkin rasa mual loya dan rasa nak muntah pagi ni kalau dia baca tweet aku. Mungkin. So disini saya menyusun sepuluh jari tangan sepuluh jari kaki. Kita tengok siapa susun paling kemas. Haha. Tibatiba pulak buat pertandingan susun susun jari. Ampun ampun. Sekarang ni saya nak mintak maaf pada abang zizan sebab saya dah semakkan abang punya mention dengan kisah sweet tu semua. Kononnya sweet. Haha. Dah tu saya nak sangat jumpa abang, takdapat jumpa saya berangan je lah. Itu sahaja mampu. Tapi beberapa orang terpengaruh k semalam. Kononnya tersengih blablabla. Yang aku ni gelak sorang sorang pebenda? K poyyo joe poyyo! Mohon sedar diri semua. Mohon! Tak. Aku je yang kena sedar diri. K.

Kenapa aku rasa aku poyo sangat hari ni? Eh tak. Bukan selalu aku memang poyo pun kan? Tak pelik k tak pelik. Duh. Hari ni aku keluar tau. Sempat pergi IPC. Rindu gila k dekat pejabat tu. Tak tipu langsung. Mulamula ingat nak lalu je. Tibatiba tengok ada orang. Singgah la. Borak borak sembang sembang cakap cakap semua. Then chiow. K. Bosan nya pengisian aku hari ni. Yea. Agak bosan k. Sangat. Tapi aku keluar. Ok lah tu daripada duduk kat rumah online 24 jam. Tak bermoral semua tu. Tak bermoral. So ingin saya tegaskan disini, kita hendaklah berjaga jaga di musim banjir. Selain itu kita juga harus mengundi di musim mengundi dan tidak lupa, kita hendaklah ziarah menziarahi di hari raya. Jangan lah kita menjadi seperti seekor ulat gonggok yang hanya tahu berjalan jalan di taman taman tema air dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Kau nampak tu? Ayat baru. Kalau kau letak peribahasa ni masa SPM menangis pemeriksa kertas soalan kau tu sebab terharu ada pelajar yang bijak dekat MALAYSIA ni. 

Senanya aku taktahu nak membebel apa dah ni tau. Niat dihati nak nyanyi. Tapi memandangkan cuaca agak baik taknak pulak aku rosakkan cuaca ni. Haha! So kiranya lain kali pula lah ku nyanyi nyanyi. Jangan risau , aku memang suka menyumbangkan suara. Suka sangat. Menyumbangkan suara yang agak sumbang mengalahkan beberapa ekor kumbang yang kembang dan telah mati kekembungan namun tidak dapat mengalahkan beberapa ekor kambing yang keguguran rambut. Nampak takda kena mengena? K aku malas dah nak menulis. Malas sangat k. Kalau kau rasa nak menulis kau menulis. Hello. Bukan disini. Blog sendiri. Harap maklum. Ni blog aku. Aku dengan babyboy je boleh update. Kami pasangan yang comel bila kami berkongsi blog yang sama. Mohon jealous. 

So everyone. Byee ! Assalamualaikum :) Jaga diri. Rumah siapa yang banjir tu, takyah pindah la. Main air banjir tu. Takpa. AIr banjir adalah air sungai yang mengalir. Lagi elok dari kau mandi dekat mana mana kolam. Kalau allergic takyah ah main. Tengok tengok je. Kang aku pulak kena saman sebab suruh orang main air banjir. Takda ah. Jaga kesihatan semua. I love you olls. Babyboy ! I LOVE YOU MORE MORE MORE. Tahu. Taklayan. Byeee :)

K K K. Takyah buat muka macam tu babyboy. I bukan sengaja taknak pergi gathering tu, tapi you kena faham, i dekat Kelantan ni. Em. Sorry k? I tahu you memang rindu gila dekat i. I tahu. Nanti you datang ambik i dekat Kamsis PUO tu, kite keluar k? You teman i beli buku k? Kbye ! Iloveyou :* . 

Sorry sorry semua. Babyboy i merajuk i tak ikut dia pergi gathering #ZTF. Comel betul muka merajuk tu. HAHAHA. K. Poyyo aku ni poyyo. Mohon muntah semua. HAHA

No comments :

Counting

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

katakan lahh :) anda bebas bersuara !