Hari Yang Tak Bermoral.
Kehadapan semua orang yang berada di belakang. EH korang semua kenapa duk belakang sangat? Boleh tak kedepan sikit. Orang lain nak masuk lagi ni. Hi. Assalamualaikum wbt. Soalan ask.fm kau pandai jawab , takkan salam yang aku bagi ni takpandai jawab. Kalau pandai jawab lah dulu. Takjawab salam dosa weh. SO hi. Aku lagi. Ye memang aku lagi. Kau ingat babyboy aku nak update blog ni? Duh. Ikutkan dia memang dia nak tolong aku update blog ni, tapi aku cakap, takpayah lah babyboy, you kan busy. I taknak susahkan you. Biar i je yang update blog ni. Lalu babyboy berkata lagi, i taknak tengok you letih update blog ni. I sayang you. I nak you goyang kaki ye. Aku pun cakap, kalau macam tu babyboy, i akan update blog ni guna kaki. HAHAHAHA. Indahnya dunia kalau betul betul jadi angan angan aku ni.
Berdiri nya aku disini sebab takda orang hulurkan kerusi pun dekat aku untuk duduk. Malahan kalau aku duduk pun, mesti kau semua taknampak aku sebab aku ni comel orangnya. K semua orang dah tahu kan? Takpa. Aku saja nak ingatkan kau semua dalam blog ni memang aku comel. Dekat luar. Emm. Gorgeous je. Haaa tengok tengok. Nampak dah muka orang orang yang jealous tu. Pengawal! Halau mereka dari blog beta. Kurung mereka dalam penjara bawah tanah. Oooo kejam kejam. Haha. So takda apa pun nak buat ni. Memandangkan hobi aku memang blogging. Menaip. Dan aku memang takboleh nak control nafsu menaip ni, untung jugak lah ada blog kan. Ehem. Thanks baby bloggie. I love you. Muah muah. K. Babyboy i love you more. Nampak dah muka jealous tu. Alaaa beby. Dengan blog pun nak jealous. Jangan lah jealous. Nanti i bagi hadiah lolipop strawberry nak? I ada banyak sangat you. I ingat nak simpan untuk anak anak kita nanti. Tapi biarlah. I bagi dekat you jelah. Omg! Asal korang semua buat muka jealous ni? Kenapa? Kau yang pakai baju lengan pendek tu, kenapa pegang asid? Kenapa? Sorry. Aku dengan babyboy memang sangat lah sweet. Sampai doctor pesan jangan lah selalu sweet. Takut dua dua kena diabetes. Tapi samasama kena diabetes pun sweet jugak. Hewhew.
Well. Semalam i call you, you tak answer. You kata you keluar pergi dinner. You kata you keluar dengan kawan you. But when i call tommy said it wasn't true. Okay. Ternyanyi pulak. Haha! Semalam kan kita kan ber bedtime story dengan babyboy kita lagi kan. Tapi kan kwaja betul lah twitter nih. Tengah aku syok gila cerita cerita, aku kemain feel macam aku dengan dia je, berada di tepi pantai yang indah, bercerita semua benda padanya, lalu dia mendengar dengan penuh setia dan hanya mengangguk sahaja sambil tersenyum dengan penuh perasaan memandang kearah ku yang sangat comel bercerita semua benda padanya, dan di sekeliling kami ada beberapa ekor rama rama, kura kura dan jentik jentik menari nari lagu Oppa Gangnam Style dengan memakai baju kebaya yang kain nya terbelah tanpa menghiraukan orang sekeliling, dihiasi pula dengan pemandangan stesen keretapi yang hanya dipenuhi dengan asap asap kilang roti yang ada inti kaya dan juga inti sardin aku mula pelik kenapa takda inti tuna? Panjang pulak cerita aku. Siapa boleh bayang memang orang yang sangat hebat. Haha! So aku nak cakap yang tengah aku syok tweet babyboy semalam , tibatiba aku kena limit. Kau boleh faham tak perasaan aku? Boleh faham tak.
Jadi aku telah membuat kesimpulan bahawa Twitter mungkin jealous dengan aku sebab aku selalu tweet babyboy aku, dan tak pernah tweet dia. Selain itu, dia mungkin jealous sebab wallpaper phone aku memang gambar babyboy aku dan bukan gambar dia. Dan selain itu dia juga jealous sebab hari sabtu aku balik kelantan naik bas yang bergerak macam roller coaster. K takda kena mengena. Dan kesimpulan kedua telah dibuat dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Maksud aku kesimpulan telah dibuat dimana twitter sangat lah jealous apabila babyboy aku telah melayan bed time story ku pada malam sebelumnya. Dan dia jugak tak puas hati bila terasa rindu ku sebut namamu , dengan harapan kau kan muncul dalam tidur. Takda kena mengena lagi. Ahhh kesah pulak aku kenapa twitter tu nak jealous. Tapi yang aku pelik nya kenapa dia buat aku kena twitlimit. Kenapaaa? Dia tak kesian ke ah dekat aku? Bila aku kena twitlimit aku takboleh nak tweet babyboy aku. Bila aku takboleh nak tweet babyboy aku, aku bosan. Dan kau tahu lah apa jadi dekat aku bila aku bosan. Aku tidur. K, memang aku patut tidur semalam sebab aku mengantuk gila gila. Tapi ku gagahi jua. Kononnya aku nak tidurkan babyboy aku dulu lah kan. Kononn. Kan nampak sweet disitu. No wonder lah abang sayang aku. Walaupun dia takbagitahu dia sayang aku tapi aku tahu. Kami kan selalu guna suara hati. Nampak nampak? Suara hati tu aku dengan dia je dengar. So takpelik kalau korang tak pernah dengar. em em. Haha
Okay dah. Aku rasa macam panjang sangat aku membebel. Tapi aku tak kisah. Ni blog aku. Panjang mana pun aku menulis, bukannya kena bayar pun. Korang yang baca ni kena bayar. Eh eh? Haha. Takda ah. I gurau you olls. Pandai betul aku bergurau. Tahu tahu. Hihi. No wonder babyboy sayang i. You taksayang i tak kisah. Yang penting babyboy i sayang i. Pengawal ! Ada orang jealous dengan beta lagi. Halau dia pengawal. Halau halau ! Kite bakooo ~ So ingin aku bagitahu dekat sini, Kota Bharu, Paris sedang hujan lebat sekarang. Jadi memang aku takda mood gila gila nak buat assignment. Tapi assignment aku sikit gila weh. English je pun. Ada lagi satu, agama tapi aku malas nak buat lagi memandangkan tu assignment berkumpulan. Aku tunggu nak buat dengan azhan, hasif dengan syafiq je. K aku dah chop dengan diorang aku nak menaip je sebab aku ni kan blogger. Eh? Haha. So aku nak chiow dulu. Nak ber bedtime story dulu sepukul dua pukul. Mohon jangan rindu lagi. Ketika aku di kelantan ni, maksud aku di Paris , akan ku terus update blog ni. Aku tahu peminat aku sangat merindui aku. Hmm. So bye. Assalamualaikum. Selamat hari hari :) Jaga diri, jaga amal, ingat tuhan, solat jangan tinggal :)
YA ALLAH indahnya ciptaan Tuhan. Haha. Untung ah aku ada babyboy cenggini. Pengawal ! Ada orang jealous lagi. Hahaha! Dear babyboy, mohon jaga diri all the time. Nanti datang ambik i k dengan evo10 k? Haritu cakap boleh tumpang. Aummm. I tuntut tweet you tu nanti. Haha. Datang lah ambik kalau sampai Ipoh. Datang lah datang lah. Saya tunggu bang :)
WAAAH. AM I CRAZY ENOUGH TO CHANGE THE WORLD ?
No comments :
Post a Comment